Monday, September 20, 2010

TIBA - faizal ismail, faizal tahir, shahir



Lyrics

Separuh dari hatiku
Ingin terus tinggal bersama denganmu
Sehingga unmurku membawa
Kembali ke hari pertama

Pasti aku tunggu
Aku mula dengan baru
Aku pulang ke asalku
Membiar kau mengisiku yang pudar

Bertahan bersaksi berbagai
Patah tumbuh hilang berganti
Pasti ada kamu
Selamat pulang rasa

Ke asal jiwaku
Selamat kembali aku
Ke jalan lurusmu
Selamat datang cinta

Ke ruang hatiku
Hari ini yang menunggu
Hari yang selalu penuh baru
Bergema sempurna

Dalam diri yang teruja
Jiwa penuh cahaya
Menghias setiap seudut alammu
Dapatkah kau rasa?

Apa yang ku rasa?
Engkau dan aku
Sama tahu
Harinya telah tiba

The Day when We Watched a movie called "Lagenda Budak Setan"


Synopsis

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak

Lakonan: Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Raja Farah, Sheila Mambo
Pengarah : Sharad Sharan
Syarikat Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.

Filianti Vlee - Bila Cinta (OST Lagenda Budak Setan)

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

Thursday, September 09, 2010

Salam Lebaran



Dikesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai, rakan taulan dan kepada sesiapa yang mengenali diri ini. Berhati-hatilah ketika memandu dan sentiasa ingat orang yang tersayang. Semoga syawal kali ini disambut dengan penuh ceria didalam kesederhanaan serta elakkan pembaziran.

Ikhlas daripada kami sekeluarga.

Wednesday, September 01, 2010

Berakhirnya Ramadhan dan Timbulnya Syawal

Pejam celik pejam celik dah nak masuk sebulan kita semua berpuasa dan kalau tak silap perkiraan lagi sembilan hari kita akan meninggalkan bulan yang penuh keberkatan ini untuk menyambut kedatangan Syawal....SEDIHNYA.

Aku pasti akan lebih terasa dengan perginya ramadhan kali ini kerana kami sekeluarga tidak akan dapat makan bersama-sama lagi seperti dibulan yang mulia ini....kerana masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing....

Semoga Ramadhan kali ini memberikan kita seribu satu pengertian, kesabaran serta ketaqwaan agar kita sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t.

Amin....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...