Thursday, April 26, 2012

Erm....Alahai!!

Assalammualaikum....

Kawan-kawan semua tahukah anda bahawa terkadang kita ni sebagai manusia sahaya selalu lalai dan lupa diri sendiri. 

Kenapa saya berkata begitu kerana adakalanya kita berkata-kata dan ayat yang kita luahkan adakalanya menyentuh dan menyakitkan hati orang lain.

Contohnya ayat lazim yang selalu orang beri dan tanyakan pada kita dan selalu kita dengar masyarakat sekeliling meluahkan pertanyaan dan persoalan sebegini.

"Bila nak tunang", " Bila nak kahwin", "Bila nak ada anak sendiri", "Bila nak terima menantu", " Bila nak bercucu", "Laaa....  beranak lagi".

Semua itu terlalu sinonim dengan masyarakat Malaysia dan memang soalan wajib yang perlu ditanya oleh orang kepada orang yang lain.

Kenapa pulak tidak sebaliknya misal kata bila kita jumpa orang kita cakap " Alhamdulillah, kita berjumpa lagi ye, semoga kita semua diperpanjangkan umur". Kenapa tak nak cakap macam tu pulak?

Kenapalah soalan-soalan sensitip yang selalu diajukan hingga adakalanya menginggung perasaan seseorang itu.

Maka jikalau kita berada di dalam situasi berkenaan, dan berurusan dengan mereka-mereka yang sebegitu maka haruslah kita menjawabnya dengan hanya memberikan senyuman.  Jangan dilawan sebaliknya tampilkan senyuman yang paling manis kepada mereka hingga mereka sendiri akan rasa terssinggung dan berfikir balik atas apa soalan yang mereka tanyakan itu.

p/s:  Bakpe nak lawan tegang urat...buat ngabih boreh jo!! (betul ke tu dialect bahasa nogori tu)


9 comments:

Unknown said...

maafkanlah jika terlanjur kata² mereka.....

kadang² dah terbiasa

Aziela said...

Diorang memang selalu mcm tu....

RamRamCute said...

@Aziela
huhuhuhu........

RamRamCute said...

@azam
selagi boleh senyum kita senyum ajelah....

Puan Kutu said...

manusia mmg macam tu,kononnya ambil berat la tu..bila tak kawen tnya bila nak kawen,dh kawen tnya bila nak ada anak,dh ada anak tnya bila nak tambah..sabo jer la..:)

Reena Sidek said...

sy sekarang ni memang sedang berhadapan dgn situasi yg akak katakan... sbb sy blm kawin, kadang2 tu memang stress bila org tanya... tp sy jawap gak... sy kata... insya-Allah adalah jodoh nanti... doa2kan yer... tu jer yg mampu sy jawap...

RamRamCute said...

@Masz Sidek

senyum aje Masz. Insyaallah kalau dah jodoh PASTI ditangan awak. Jangan risau-risau k...mereka ni memang suka dan tak lari dari bertanya.

RamRamCute said...

@Zamani
Terima kasih Zamani

RamRamCute said...

@Puan Kutu
betul tu..concern sangat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...