Tuesday, July 31, 2012

Promosi Sana Sini....


Assalammualaikum....

Arghh...lambatnya saya apdet entri hari ni..dek kerana kesibukan membuat tugasan pejabat.  Alhamdulillah dapat dan sempat juga menempekkan entri yang tak seberapa ini untuk dikongsikan bersama kawan-kawan. Jadilah daripada takde kan? sesungguhnya mood nak menaip entri dan bercerita di bulan-bulan puasa ni memang agak mencabar bagi saya.  Dahlah tak cukup tidur sebab pulang lambat semalam, saya hanya berbuka di pejabat sahaja..huhuhu..takpelah sekali-sekala.

Oh ya! bulan-bulan puasa ni memang banyak kita tengok promosi di merata-rata tempat baik dalam akhbar maupun majalah. Bukan aje promosi jualan murah kain baju hari raya malahan buffet ramadhan juga kemain ligat jugak.   Berbukalah di mana sahaja di hotel-hotel di sekitar Kuala Lumpur atau di luar KL dan pastinya mereka menyediakan juadah buffet berbuka yang boleh tahan hebatnya.  Restoran-restoran juga ada menyediakan buffet juadah berbuka begitu juga restoran makanan segera.  Yang penting ONGKOSnya perlu ada juga.  Takde duit tak boleh nak cerita kan.......

Di sini saya sempatlah juga menempekkan beberapa info dan maklumat mengenai promosi-promosi yang sedang berlaku di sekitar Kuala Lumpur sepanjang bulan Ramadhan ini.  Pada mereka yang malas nak memasak dan makan di rumah apa kata sila-silakanlah membuat tempahan ye. Ini hanya sebahagian aje tau..selebihnya kena surf-surf juga... 








Sumber dari Cik Google


Peringatan kawan-kawan, janganlah kita terlalu taksub memikirkan kemana destinasi nak berbuka aje, amal dan ibadah di bulan puasa ni kena seimbang juga (mengingatkan diri sendiri juga)

Selamat Beramal dan Berpuasa!!

Monday, July 30, 2012

Nak Sampaikan Cerita Biarlah Berpada.....


Assalammualaikum semua...


Media massa semestinya amat penting dalam kehidupan kita sehari-hari dalam menyampaikan berita dan peristiwa yang berlaku baik di dalam mahupun luar negara.  

Tapi tahukah kita adakalanya berita-berita yang ingin di sampaikan oleh mereka-mereka (wartawan) ini hanyalah gimik dan gempak untuk melariskan akhbar mereka hingga sanggup menitipkan artikel yang berlainan dari kisah sebenar.

Ingin saya maklumkan di sini sesungguhnya sebagai media perantara di kalangan rakyat seharusnya pihak media lebih sensitif dan jangan sekali-kali meprovokasi sesuatu isu hingga menggembar-gemburkan isu tersebut hingga ada kalanya mampu mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman si empunya diri dan keluarga contohnya mengenai isu kematian, pembunuhan, rogol,  rosak akhlak dan sebagainya.

Seharusnya mereka menyampaikan perkara apa yang betul dan sahih tanpa mengaibkan mana-mana pihak yang mana ianya bakal menimbulkan pelbagai spekulasi rentetan daripada kejadian/musibah.  

Kini saya sendiri JARANG SEKALI membaca akhbar kerana saya merasakan semua isu-isu yang mereka paparkan semuanya hanya berunsur politik dan berat sebelah semata-mata tanpa membuat penyelidikan dan mendapatkan maklumat yang tepat dari sumber yang bertepatan.

HENTIkanlah cerita-cerita yang bukan-bukan dan sampaikanlah apa yang sepatutnya di khabarkan.  Adakalanya kita perlu menjaga sensitiviti sesebuah keluarga yang malang yang di timpa musibah dan tidak harus menambahkan lagi derita keluarga tersebut.  

Bukan hanya sensitiviti kaum saja yang kena jaga...hati dan perasaan manusia semua sama perlu adil dan saksama dalam menitipkan artikel-artikel yang bernas, benar dan tepat.  Jangan hanya memikirkan keuntungan hingga sanggup menipu dan menyampaikan maklumat yang tidak benar kepada umum.

p/s: BENCI sungguh baca sesetengah akhbar tempatan sekarang ni yang intipati kandungannya banyak berat sebelah dan hanya berbaur politik...MELUAT!!


BIG CONTEST 1ST TIME"SAYA NAK KAD RAYA DARI KEDAH"


Assalammualaikum....

Alhamdulillah ketemu lagi kita semua di pagi Isnin dan dalam diam tak diam dah 10 hari kita semua berpuasa. Apa khabar anda semua? Diharapkan semoga anda semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.

Pasti pelbagai perkara yang telah anda semua lakukan pada cuti hujung minggu yang lepas, ada tu yang menghabiskan masa cuti dua hari berpuasa dan berbuka bersama keluarga tercinta tak kira berada di kampung atau di bandar kan.


(Merapu la pulak kan)....Oh ya!! Terima kasih pada adik Amirul Ilham kerana sudi megeTAG akak untuk memeriahkan lagi contest beliau sempena nak raya ni... TQ Adik!!

So kawan-kawan jom kita sama-sama support beliau dengan memeriahkan lagi contest beliau ini dengan melayari laman blog beliau di SINI tetapi sebelum tu sila pastikan anda mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan yang mana antaranya ialah....

Syarat-Syarat :

1 ) Follow Blog BELIAU
2 ) Letak Entry Ini Dalam Post Blog Anda
3 )LIKE FAN PAGE
4 ) Letak Banner Dalam Post ( WAJIB )
5 )Tag 2 Orang Kawan Bloggers ( Pastikan Mereka Tahu )
6 )Letak Entry Anda Di Komen .. No shoutbox!
7 ) Pemilihan akan diadili oleh Uncle Random(jika kurang penyertaan akan diadili oleh cabutan)

Saya nak TAG dua orang rakan seperjuangan blog saya antaranya...



Jadi, Janganlah lepaskan peluang ini lagi ye....

Friday, July 27, 2012

Dugaan Di Bulan Ramadhan


Assalammualaikum...

Alhamdulillah kita ketemu lagi di pagi Jumaat, penghulu segala hari.

Mood tak berapa tenang since petang semalam. Marah,benci, geram dan macam-macam lagilah yang saya rasakan.

Puncanya hanyalah kerana seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan seperti SYAITAN yang tiada hati dan perut memecah masuk kereta kami semalam.  Habis semua barangan peribadi kami hilang yang mana pencuri bodoh tu ingat kami ada menyimpan laptop di dalam kereta.

Kejadian tersebut memang tak masuk akal sebabnya bukan terjadi pada waktu malam tetapi ketika semua orang sibuk membeli juadah untuk berbuka puasa di bazaar ramadhan (siang tu).   Keadaan sekeliling memang sibuk dan bising malahan orang sibuk lalu lalang membeli juadah dan kami hanya meletakkan kenderaan kami di bahu jalan yang mana tak sampai 10 min aje.  Usai membeli juadah kami masuk ke kereta seperti  biasa dan tak nampak macam kereta kena pecah rupanya mereka menggunakan taktik yang sungguh dan amat terancang iaitu mereka umpil dari tempat kunci duduk penumpang depan. Tiada kesan umpilan dan pecah tingkap dan sebagainya saya akui mereka memang pakar dalam membuat kerja2 begini.

Kami hanya menyedari barangan kami hilang sesampai aje di rumah untuk mengambil juadah di tempat duduk belakang. Cari punya cari tak jumpa-jumpa sampailah kami dapat tahu yang kereta kami sebenarnya dah tidak boleh dikunci. Puaslah lepas maghrib semalam kami anak beranak berpusing di sekitar kawasan berkenaan melihat-lihat kalau kalau ada terjumpa beg beg kami yang dicampakkan ke tepi..tetapi gagal.

Pagi ini kami ronda sekali lagi untuk melihat lihat sekitar tempat tersebut dengan harapan jumpalah barang2 yang tidak beharga bagi mereka yang mana mereka akan campakkan...tapi nyata hanya sia sia.

Arghhh...sukarnya apabila anda mengalami  kecurian. Kami tak membuat report polis sebabnya kami rasakan barangan yang hilang tidaklah besar tetapi dalam tak besar tu sedih jugaklah sebabnya external disc saya yang telah saya gunakan bertahun2 untuk menyimpan segala macam data kerja kerja saya selama ini telah hilang..SEDIHNYA!! Selain itu dokumen dokumen penting kegunaan syarikat kami juga hilang yang mana berada didalam beg En Habi.

Semuanya perlukan masa dan urusan yang sungguh detail untuk membuat permohonan semula di bank bank tempatan. Dugaan betul dibulan puasa ni...memang menduga hati minda dan perasaan betullah.

Harapan saya cuma satu, semoga pencuri berkenaan dibukakan pintu hatinya untuk memulangkan semula barangan kami atau paling tidak adalah hamba allah yang baik hati menjumpai barangan kami dan menelefon saya untuk memulangkan barangan kami itu.

Arghhh TENSIONNYA!!

p/s: tak sempat nk ambil gambar keadaan kereta sebabnya kereta saya memang x nampak macam ciri ciri kena pecah masuk kerana mereka menggunakan teknik yang memang canggih dan terancang.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 26, 2012

BONUS!!!!



Assalammualaikum ....



Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kerana masih lagi diberi peluang untuk menumpang bernafas di bumi Allah s.w.t. ini serta diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menjalani ibadah berpuasa bersama-sama keluarga dan kawan-kawan tercinta.

Sudah semestinya kawan-kawan saya di luar sana serta rakan blogger tersenyum girang hari ini dan hari berikut-berikutnya kerana semalam Kerajaan telah mengumumkan akan persetujuan memberikan BONUS setengah bulan gaji kepada semua penjawat awam dan bekas penjawat awam (pensioner).  TAHNIAH!! saya ucapkan...dapatlah juga meringankan bebanan mereka-mereka yang ingin membelanjakan wang dengan membeli pakaian serta peralatan hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Bagaimana pula nasib penjawat swasta seperti saya ni?? Erm...alamat menunggu budi bicara pihak pengurusan atasanlah gamaknya.  Kerajaan dah nampak bayang kami penjawat swasta ni masih menanti-nanti akan berita baik yang bakal diumumkan oleh pihak atasan nanti.  Moga-moga apa yang dihajatkan sebelum kedatangan bulan yang mulia ini akan membuahkan hasil juga bagi kami...

Walau apa pun, setiap apa pemberian dariNYA adalah suatu yang cukup-cukup bermakna dan memadai... janji kesihatan dan keberkatan sentiasa di limpahkan kepada kita agar kita tidak lupa untuk memanjatkan kesyukuran padaNYA setiap hari.... Amin.




Wednesday, July 25, 2012

Contest "Sapo Nak Kad Rayo?"


Assalammualaikum sumo...

Saya tak reti nak cakap Negeri Sembilan, tapi saya suka mencuba mempraktikkan loghat negeri-negeri berkenaan dengan kawan-kawan di pejabat. Sebabnya bahasa-bahasa ni saya rasakan UNIK dan MENARIK.


Nak TRY buleh tak Atok?? 

Kalau ese silap tulong tunjok ajar ese yo...Pertamo skali ese nak ucapkan timo kasehlah pado jiran sepagar ese Puan Aziela sobab eh sudi mengetag blog ese yang tak seberapo ni hah...

Keduonya..ese ado waktu toluang ni nak gak melayan bondo-bondo gini hah mano tau dapek peluang monang kad rayo...sapo nak bagi ye tak?

Ketigonya ese nak ucapkan Selamat Berposo (puasa) pado sumo kawan-kawan blogger ese tak kira jauh dan dokek (dekat) semoga ekau sumo sihat hendaknyo.

Tapi untuk pengetahuan Atok ese ni takde nak bukak fesbuk do..nak LIKE, LIKE ni tak dapek lah ese nak nolong... tapi kalau ado pun ese dah memang lamo dah follow blog Atok yang sungguh menggelikan kotiak ese sotaip maso dan ketiko....


Ish naik togoliek (tergeliat) lidah ese ni.....

Mogo-mogo Atok dan kawan-kawan lain tak marah lah yo kalau ese tersalah tulis kek sini...AMPUN MAAF DIPINTO!!

Last sekali..Ese nak TAG sorang rakan blogger ese yang paling ese kagumi MAMA MASZULL 

Pado sesapo yang berminat tu ese cadangkan poie ajolah ke laman blog Atok ni secaro toruih menoruih (terus-menerus)..dengan hanyo klik SINI hah.

Gud Luck Semua!!


Wordless Wednesday # 48

Assalammualaikum semua....

Thank you Gugel

Jom Kita!!

Wordless Wednesday # 49


Assalammualaikum....


Gugel


Selamat menjalani ibadah berpuasa....

GIVEAWAY SALAM RAMADHAN 2012


Asssalammualaikum...



Di kesempatan ini saya inginlah juga memeriahkan lagi segmen GZ anjuran adik kita Cik Bintang pemilik blog laylaluckystars.blogspot.com.

Pada kawan-kawan yang ingin memeriahkan lagi segmen ni bolehlah beramai-ramai memberikan support kepada beliau dengan hanya menekan SINI.  Tak susah, senang aje lagipun bukan senang nak bagi hadiah menarik.....

Antara syarat-syarat penyertaan:


1) Buat entry dgn tajuk GIVEAWAY SALAM RAMADHAN 2012
2) Buat entry mngenai " MAKANAN YANG SAYA SUKA MAKAN BILA BERBUKA"
    (Saja2 wat entry dgn kndungan mcm ni, 
supaya dpt juga tgk selera brbuka rakan2 ape ^_^ )
3) Hantarkan link entry tu di komen entry ini beserta NICKNAME 
4) Tamat bila2 masa slps 2 mnggu dr skrg


Oh ya! kalau tanya saya bab makanan apa yang paling saya suka ketika berbuka puasa ialah antaranya Murtabak dan Kuih Tepung Pelita. Itu semestinya akan saya beli ketika bulan ramadhan..sedap tau.

Oleh itu kawan-kawan jom kita segera memberikan support kepada adik kita ni...JOM ramai-ramai.

Tuesday, July 24, 2012

Cik Bunga Dan Encik Sombong


Assalammualaikum semua...


Minat tengok kulit buku ni yang nampaknya ceria dan menarik dengan pemandangan di tepi sawah padi bersama basikal tua yang dihiasi dengan kumbang dan ada bunga-bunga di tepinya.  Saya obses pada kulit buku novel yang cantik walaupun belum membacanya lagi tapi selera nak memiliki buku-buku sebegini memang di tahap yang tertinggi.

Alhamdulillah ini adalah buku yang mana antara koleksi terbaru saya yang saya baru miliki.  Mungkin ada di antara kawan-kawan yang sudah pun membaca dan memiliki buku ini dan bagaimanakah pandangan anda mengenai jalan cerita novel ini......saya baru terhegeh-hegeh nak buka pembalut hehehehe...

Apa pun selain dari berzikir dan menjalani ibadah di bulan mulia ini adalah lebih elok juga jika kita tanamkan sikap membaca di kalangan kita.

Sinopsis belakang buku....

Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,

“Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”

Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”

Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?


Amalan Yang Terpuji

Assalammualaikum...


Google
Di bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal serta kurangkan dan mengelakkan diri dari perkara-perkara yang mengundang kearah keTIDAK ikhlasan kita dalam menunaikan fardhu Allah.

Salah satu antaranya ialah amalan berSEDEKAH di mana ianya adalah satu perbuatan mulia. Seseorang yang selalu bersedekah akan mendapat pulangan lumayan di akhirat kelak, bahkan seawal mungkin ketika masih di alam barzakh. Ketika tidak mampu beramal lagi, sedekah jariahnya akan tali-menali sebagai ganjaran pahala buatnya. Contohnya seperti seseorang mengeluarkan hartanya atau menderma dan mewakafkan tanah untuk membina masjid, surau, sekolah atau madrasah, menanam pokok buah-buahan yang diniatkan sebagai makanan manusia dan haiwan apabila tumbuhan itu mengeluarkan hasilnya kelak.

Perbanyaklah SEDEKAH, kerana di dalamnya terdapat KHASIAT yang mana kita sendiri tidak dapat menilai dan mempertikaikannya :

- Menyembuhkan berbagai penyakit.
- Menjauhkan dari segala macam kesulitan & masalah.
- Diselamatkan dari segala keburukan.
- Menenangkan hati dan jiwa.
- Melapangkan rezeki.


Setiap mukmin mestilah memastikan lingkungan hidupnya tidak lari daripada konsep beribadah bukan setakat bekalan pahala sewaktu hidupnya, malah berusaha meningkatkan kualiti pahalanya agar ada kesinambungan ketika mereka di alam barzakh nanti.

Sebaik-baik manusia ialah mereka yang hidupnya sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.

Monday, July 23, 2012

Bulan Selak Menyelak...



Assalammualaikum...


Kalau dah namanya bulan puasa maka sudah semestinya kaum hawa dan para ibu-ibu di luar sana gigih mencari bahan juga resepi-respi menarik untuk dijadikan juadah bagi berbuka puasa kan.  Bila lagi nak mencuba time bulan ini ajelah nak menerai semua jenis juadah tak kiralah samaada di dalam majalah, suratkhabar mahupun online.



Saya sendiri tak lari dari aktiviti tersebut, mana tak nya kalau takat makan benda sama tetiap hari tekak pun rasa tka selera...sesekali nak juga rasa makanan sedap dan baru rekaan dari hasil air tangan sendiri......BETUL TAK??

Sesi selak menyelak helaian demi helaian resipi di bulan puasa ni memang dah menjadi lumrah dan yang paling canggih susah-susah sangat nak fikir beli ajelah dekat bazaar ramadhan, tetapi sampai bila juga kan? Dapur nak kena juga berasap tambahan pada mereka yagn sudah berumahtangga.  Membeli itu dan ini memang senang tapi lauk-pauk sekarang yang dijual di bazaar ramadhan adakalanya dah tidak boleh di makan lagi hingga ke subuh. Nak tak nak kenalah memasak juga.



Bukan takat rujuk resepi masakan malahan ada juga antara ktia yang dah start ambil tempahan order kuih raya pelbagai jenis shape dan design serta kaler...melata terjual sekarang.  Jadi bagi mereka yang nak mencuba tu pastinya selak buku resepi juga.  

(Flashback)

Teringat masa zaman saya kecik-kecik dulu ...walaupun emak saya bizi tahap melampau tetapi beliau tetap menghidangkan 2-3 jenis kuih muih hari raya hasil air tangan beliau sendiri...seronok kan...erm..kalau tanya saya sememangnya beli kuih TUNJUK ajelah..tak larat dan tak mampu rasanya nak membuat kuih raya dengan keadaan fizikal yang tidak mengizinkan.  Lagipun kalau nak buat kuih raya ni kena fikir 2-3 kali sebabnya mesti akan ada assisten tak bertauliah 2-3 orang yang turut sama membantu di dapur...MERIAH kan...



Apa pun berbelanja ikut berkadaran agar tidak menjadi santapan tong sampah di luar.  Beli banyak tapi makan nya tidak.

Selamat Berpuasa!!

p/s: semua gambar adalah ehsan dari Cik Gugel

Friday, July 20, 2012

Berbuka Ketika Hamil...



Adakah terdapat cara yang ideal untuk wanita hamil berbuka puasa? 

Tiada pelan makanan ideal yang perlu anda ikut dengan ketat, tetapi cubalah tip-tip berikut mengenai cara terbaik untuk berbuka puasa.
  • Buka puasa dengan tiga biji kurma dan jus, susu atau yogurt rendah lemak, diikuti dengan sup, seelok-eloknya sup yang jernih.
  • Buah kurma dan jus merupakan makanan yang baik untuk menaikkan tahap gula dalam darah kepada normal.
Kemudian, ambil hidangan seimbang yang terdiri daripada:-
  • Satu pinggan salad atau ulam sebagai pemula.
  • Protin daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang kuda atau kacang buncis.
  • Karbohidrat kompleks daripada beras perang dan roti gandum penuh.
  • Sejumlah besar sayur-sayuran.
Jangan lupa untuk elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah kenaikan berat badan atau mengambil nutrisi yang tidak baik atau menggalakkan ketidakcernaan.

BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H


Assalammualaikum....

Segmen lagi!! apalagi jangan tunggu lagi jom kita buat entri ye..



Nampaknya En Ben dah bertukar header nampak lebih kebapaan dengan kelembutan dan kesabaran di dalam diri beliau membesar dan mendidik Qaliff..TAHNIAH En. Ben..

Pada bloggers yang berminat nak add link saya sebagai salah satu bloglist di bulan Ramadhan ni..silakan jangan malu-malu dan segan ok..sememangnya saya suka menerjah dan berziarah ke blog-blog anda samaada menjadi seorang silent reader atau terus memberikan komen-komen yang bernas...  Insyaallah saya akan buat yang terbaik mungkin untuk berkunjung dan meletakkan link anda di dalam bloglist saya juga..tiada restriction sesiapa pun boleh meletakkan link saya ini di dalam senarai blog mereka..maka dengan ini sudi-sudikanlah ye, mana tau dapat berkongsi resepi makanan untuk berbuka, kisah-kisah silam zaman remaja dan kanak-kanak ketika bulan ramadhan dan juga cerita mengenai kenangan menyambut hari raya dapat dikongsi bersama semua di sini...

SALAM KENAL DAN SELAMAT BERPUASA SEMUA!!

Pada anda yang berminat...jangan berlengah lagi jomlah terjah blog BEN ASHAARI untuk mengetahui syarat-syaratnya.


Insyaallah....


Assalammualaikum...

terima kasih spreadsalam.com - pinjam gambar ye...

Insyaallah esok kita semua umat Islam akan menjalani ibadah berpuasa dan malam ini bermulalah solat terawih seperti yang ditunggu-tunggu oleh kita semua..Alhamdulillah kepada Allah s.w.t. kerana kita semua diberikan umur dan kesihatan yang sempurna untuk mengerjakan ibadah puasa pada tahun ini.

Semoga kita semua mendapat kerberkatan dan barakah di bulan yang mulia ini.

Selamat berterawih dan berpuasa kawan-kawan!!

Thursday, July 19, 2012

Dah Start Dah...


Assalammualaikum semua....

Pinjam gambar Instagram dari Puan Shana Ryu...Mekasih ye pinjam gambar jap..hehehe

Tak sudah cerita pasal kedatangan ramadhan..tetapi yelah seronok bukan kepalang nak menempuhi bulan ramadhan...memang BEST!!

Kawan-kawan macam mana pulak? Dipejabat saya ni pula puasa belum start tapi kuih-muih raya sudah terhidang di atas meja untuk dibuat testing aka sampel bagi menyambut kedatangan Hari Raya. Sudah pastinya saya yang letak sebabkan ingin membantu rakan lain berniaga...tak tolong tak baik pula tapi apa pun katanya untuk persiapan awal agar tidak tergocoh-gocoh nanti bila tiba saat akhir takut order penuh dan tak sempat nak penuhi permintaan..

Bukan itu sahaja saya dengar ada orang dah heboh memperkatakan mengenai putaran lagu-lagu raya dan hiasan ala-ala raya di kompleks-kompleks membeli belah umpama macam esok dah nak raya...

Macam mana tu pahala puasa belum sempat di hitung tetapi kita semua telah dihidangkan dengan pelbagai menu dan juadah mata dan telinga untuk sambutan raya... (peringatan untuk diri sendiri)

Yang penting diri kita sendiri cuba untuk mengawal keadaan tersebut agar tidak berlebih-lebihan..bukan ke amal dan ibadat itu sepatutnya di dahulukan dahulu sebelum kita semua menyambut hari kemenangan.

Kahwin Muda??


Assalammualaikum....

Bukan mempertikaikan tapi sekadar berkongsi pendapat dan cerita akan kebaikan dan keburukan berkahwin di awal usia. Kalau tanya saya... "MESTILAH SERONOK KAHWIN" tetapi persoalannya... 

Di sini ingin saya kongsikan artikel menarik melalui sesi pembacaan saya baru-baru ini...


Thank You Mr & Mrs Gugel

Perlukah Kita BerkahwinDi Usia Muda?

Pelajar-pelajar universiti kini ada yang menjalin hubungan lebih dari dua tahun, malah hingga enam tahun. Jadi, dalam tempoh yang begitu lama, agak rugi sekiranya menghabiskan masa bertemu kerana ingin melepaskan rindu tetapi dalam masa yang sama menambah dosa apabila melakukan ‘adegan tambahan’.

Jalan paling baik adalah bertanya secara jujur kepada pasangan sama ada dia bersedia untuk mendirikan rumah tangga atau sebaliknya. Sekiranya dia bersetuju maka usahakan ke jalan kebaikan tetapi jika dia berdolak-dalih dan gagal berikan alasan yang munasabah sebaiknya lakukan solat istikharah.

Pertimbangkan untuk memutuskan hubungan kerana dia gagal menunjukkan kesungguhannya. Biarpun ada yang menentang berkahwin di usia muda tetapi cubalah memandangnya dari sudut yang positif.

Pandangan Masyarakat?

Lazimnya inilah masalah yang sering mengganggu. Sering memikirkan persepsi masyarakat daripada persepsi Yang Maha Berkuasa. Bercinta, berjumpa dan berkasih tidak takut tetapi bila hendak mendirikan rumah tangga masih teragak-agak. Bimbang dengan kata-kata orang kerana di zaman yang serba moden ini, masih ada penuntut universiti yang memilih untuk berkahwin.

Sudah pasti ada perkara yang buruk berlaku membuatkan mereka terdorong untuk mengakhiri zaman bujang dalam masa yang singkat. Itu suara-suara sumbang yang biasa kedengaran tetapi yakinlah jika niat itu baik maka Allah akan mudahkan. Lagipun, selama mana mereka mampu mengata. Takkan selamanya jadi biarkan sahaja. Teruskan dengan niat yang murni kerana Allah sentiasa bersama dengan hamba-hamba-Nya yang sabar.


Mampukah Bahagia ?

Sebenarnya, usia tempoh perkahwinan malah apa sahaja bukanlah jaminan untuk mencapai bahagia. Semuanya tergantung kepada pasangan itu sendiri untuk berusaha ke arahnya. Sekalipun ada di antaranya terpaksa berjauhan kerana masing-masing menginap di asrama yang berlainan tetapi itulah yang mengajar erti kerinduan, erti kasih sayang yang sebenar. Berselisih faham itu biasa. Kata orang lumrah dalam rumah tangga tetapi cuba cepat-cepat selesaikannya. Menariknya lagi masing-masing mengetahui tentang tujuan di masa hadapan. Sudah mengetahui diri terikat dengan lafaz ijab dan kabul maka berakhirlah istilah mencari calon yang meletihkan.


Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday # 47


Assalammualaikum...

Thank you SpreadSalam - cantik gambar ni saya pinjam ye...

Wordless Wednesday # 46


Assalammualaikum semua.....

Bersempena dengan kehadirannya pada hujung minggu ini saya ingin mengucapkan.....

Mekasih Gugel


Kepada semua rakan-rakan blogger yang beragama Islam dan seluruh umat Islam tak kira di mana jua anda berada....

Sama-samalah kita mendapat pahala dan keberkatan di bulan yang mulia ini.

Tuesday, July 17, 2012

Ramadhan Datang Lagi....


Assalammualaikum...

Pejam celik, pejam celik tup tup dah nak berpuasa dan semula.  Seronoknya tak terhingga bukan sebab nak raya tu..tetapi di sebabkan ketibaan Ramadhan yang sentiasa di nantikan pada setiap tahun.

Rindu pada zaman kecik-kecik dulu masih terasa dan teringat-ingat tak kiralah ketika sembahyang bertarawikh dan ketika semua ibu-ibu sibuk membuat persiapan berbuka di dapur kita pun sama sibuk ..asyik tengok TV tunggu sampai iklan buah tamarlah, air yeoslah, air cincaulah keluar dan pengkakhiran mengaji sekejap sebelum waktu mahrib masuk dan berbuka...sekarang pun masih lagi tertunggu-tunggu jugak bila dah besar ni. Tambahan dengan melihat keletah anak-anak yang semakin membesar dan mengamatkan suasana rumah ketika hendak berbuka memang mengujakan.

Kalau dulu-dulu time saya kecik takdelah nak berebut-rebut sangat makanan sebab saya yang paling kecik dalam keluarga lagipun adik beradik pun dua orang aje saya dan kakak, tapi kini bila mempunyai ahli keluarga yang bertambah dah berkahwin dengan anak-anak disekeliling, kemeriahan mememag cukup-cukup dirasakan...Hepi sebenarnya sebab tahun ni giliran saya dapat beraya bersama-sama ibu dan kakak serta suami dan anak-anak tercinta bersama ditambah lagi dengan kehadiran baby baru yang akan keluar pada penghujung bulan 10 nanti Insyaallah...  

Nak cerita pasal persiapan raya tu agak melampaulah lagi sebab puasa pun belum start ..tapi insyaallah di lain entri akan saya titipkan semula cerita-serita menarik ketika ramadhan dan persiapan raya yek.

Kepada semua rakan-rakan dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan kebaikan di bulan yang mulia ini. Tak lama lagi....hujung minggu ni kita semua akan berpuasa.

p/s: Rindu pada arwah abah, sebab ketika nak sambut ramadhan dan raya ni dialah orang yang akan sibuk membantu emak di dapur...sob..sob..sob

Ketibaan yang Dinanti...


Assalammualaikum semua....

Bersiaran kembali..dah lama saya tak bersiaran...rasanya macam dah berlapuk dan kusan blog ni akibat daripada tuan empunya yang bercuti dan tidak mempunyai mood untuk berblogging dalam beberapa hari ni..

Oh ya! beberapa hari lagi kita semua akan menyambut ketibaan bulan yang paling dinanti-nantikan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak.  Pasti ramai juga yang seronok dan tak sabar menanti akan ketibaan harinya yang mana jatuh pada hari Sabtu ni (Insyaallah).  Semoga kita semua beroleh rahmat dan keberkatan dari yang maha ESA.


Baru-baru ini saya dan suami telah membuat sesi imbasan "Scanning 3D/4D" bagi kandungan saya kali ni.  Bukan apa teringin juga nak tahu akan tahap kesihatan anak yang dikandung.  Teruja dan seronok pabila melihat akan kelincahan beliau di dalam 'sana' dan kecomelan tak kiralah pada setiap baby yang dikandung dan dilahirkan.

Alhamdulillah doktor mengesahkan yang kandungan saya sihat-sihat sahaja.  Memang cukup-cukup teruja dan sedih gembira apabila melihat keadaan bayi di dalam perut kita sendiri.  Begitu besar akan kekuasaan tuhan.

Hasil dari sesi imbasan 3D/4D
Pada ibu-ibu yang berminat dan tengah "expecting" bolehlah mencuba kaedah ini dengan kadar harga yang berpatutan mengikut terma dan kondisi pakej yang diingini serta yang telah disediakan.

Baby tutup muka - malu kot
Ingin mengetahui dengan lebih lanjut silalah klik di SINI tetapi harus diingatkan bahawa usia kandungan seawal usia 18 minggu ke atas dan untuk lebih gambar bayi jelas dan cukup sifat di cadangkan agar membuat pemeriksaan imbasan pada usia 25 minggu ke atas.

Bagi pasangan suami isteri yang teruja untuk menunggu kehadiran si comel dan tertanya-tanya bayi mereka mengikut muka siapa dan ingin mengetahui jantina serta tahap kesihatan bayi-bayi mereka, maka bolehlah klik disitu.

Thursday, July 12, 2012

Fikir Panjang


Assalammualaikum....


Gugel

Kekadang kita ni mempunyai 1001 perangai yang ada kalanya tidak dapat nak ditafsir oleh hati dan perasaan.

Kewarasan diri dan ketetapan agama dalam diri seseorang menjadi pengukur akan tahap keimanan dan keseimbangan akal dan fikiran seseorang itu.

Kurangnya ilmu agama dan kewarasan diri maka pincanglah diri.  Itu sebablah kita dengar semakin ramai rakyat Malaysia yang sering menghadapi masalah kemurungan hingga mengundang gejala buruk dan negatif terjadi antaranya bunuh diri, meminum racun, membunuh, mengelar anak atau ahli keluarga sendiri, amuk dan sebagainya...

Saya pernah post upkan beberapa entri mengenai permasalahan ini sebelum-sebelum ini di SINI dan SINI.

Kenapa pendek sangat akal dan kewarasan fikiran hingga sanggup mencederakan mereka yang disayangi dan juga diri sendiri.

Erm macam-macamlah kerenah manusia sekarang ini......semoga kita semua dijauhi dari segala dugaan dan permasalahan begini.

p/s: Puasa dah nak dekat dah tapi saya dah nampak banner Selamat Hari Raya Aidilfitri di beberapa pasaraya dan kedai pakaian...macam mana ni....ibadah ke keseronokan yang dikejarkan...huhuhuhu 

Wednesday, July 11, 2012

Ramadhan Bersama Kaki Novel





Assalammualaikum...

Berita baik bagi semua penggemar novel keluaran Kaki Novel jangan lepaskan peluang ini...Jika anda berkesempatan dan berminat boleh menyertai peraduan ini dan syarat-syarat peraduan juga turut disertakan.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai terma dan syaratnya silalah klik di SINI.

APA TUNGGU LAGI!!!

Jangan lepaskan peluang ini kerana ada hadiah menarik menanti anda semua.

Wordless Wednesday # 45


Assalammualaikum....

Asyik menceceh aje terlupa pulak yang hari ni merupakan hari Wordless Wednesday.




Saya suka banner ni dan sungguh-sunggh berinformasi....rasanya nak share dengan semua rakan-rakan blogger lain juga.  Pada mereka yang pernah melihat dan membacanya pada blog yang lain saya sharekan sekali lagi ye.

Oh Malaysiaku.....


Assalammualaikum semua...

Gugel
Amboii!!! kalau baca tajuk entri memang cukup-cukup gah umpama macam ahli politik nak memberikan hujah dan ucapan pulak kan...tapi biasalah nak kasi gempak kena letak tajuk gah...

Kengkawan....

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan insiden seorang blogger yang mengamuk dengan membawa pedang samurai di Jabatan Perdana Menteri dengan merosakkan harta benda dan kenderaan yang berada disekitarnya dan menggelarkan diri beliau sebagai "Imam Mahadi".  Tapi saya bukan nak cerita lebih detail pasal "lelaki" ini cuma nak cerita serba sedikit serta saling ingat mengingati akan perkara-perkara yang perlu kita ambil tahu bagi mengelakkan perkara-perkara seperti jenayah dan amuk berlaku tanpa kita sedari.

Bukan sahaja insiden-insiden sebegini boleh terjadi tetapi dalam kita semua sedari kadar jenayah harian seperti kes ragut, rompak, rogol, bunuh kian berleluasa kini dan impak yang kita dapat rasakan umpama bila hendak keluar malam ke siang ke atau samaada pergi ke kedai atau ke surau/masjid atau ke mana sahaja pun sudah macam tidak selamat lagi rasanya.

Kehidupan di kota atau bandar-bandar di Malaysia saban hari kedengaran siren polis mahupun ambulan atau bomba berbunyi memenuhi ruang jalanraya.

Sebagai ibu bapa dan penjaga sebaiknya kurangkan aktiviti luaran dirumah sambil memantau anak-anak kecil dan remaja dan tidak terlalu taksub untuk mengapdet setiap kemana langkah yang dibawa di laman-laman sosial agar keselamatan kita sentiasa terjamin dan selamat.

Punca ketaksuban remaja dan diri kita sendiri yang menyebabkan kadar kejadian ini semakin hari semakin meningkat. Akibat dari kelalaian serta sikap tidak mengambil kisah kita serta gaya dan corak pemakaian seseorang itu juga boleh mengundang jenayah berlaku keatas diri mereka.

Laman-laman sosial yang dijadikan tempat untuk meluahkan rasa marah, geram, sakit hati dan suka gembira disalahgunakan hingga ada yang menyampaikan mesej yang sungguh bertentangan dengan akidah dan ketatasusilaan negara dan diri sendiri.  Tetapi apakan daya penyekatan serta kawalan kurang diambil kira maka kejadian-kejadian jenayah berat mengundang dan berlaku pada mereka yang kurang pendekatan dan pemahaman.

Sama-samalah kita saling ingat mengigati agar diri kita sentiasa berada pada landasan yang betul agar tidak mengundang bencana dan padah pada diri sendiri.

Wallahuallam.....

"SHARING IS CARING"

Tuesday, July 10, 2012

Persoalannya................


Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil? 

Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:

  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barangan berat.
  • Sentiasa tenang – anda boleh teryahhidrat dengan cepat dan ini akan membahayakan bayi anda.
  • Kurangkan kerja rumah dan lakukan seminima yang mungkin.
  • Dapatkan tip dan saranan mengenai bagaimana menghadapi puasa semasa hamil daripada wanita dalam keluarga anda.
  • Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka.  
Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walau pun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin gemar tidur lewat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan dengan tenang dan mendapat rehat yang banyak.

Mengambil hidangan yang bernutrisi dan seimbang akan membantu mengekalkan berat badan anda dan mengelakkan:
  • sembelit
  • sakit kepala
  • ketidakcernaan
  • keletihan
  • pedih ulu hati
Semuanya simptom yang biasa berlaku semasa waktu kehamilan.

Monday, July 09, 2012

Mutiara Kata Penguat Jiwa Pembersih Rohani


Assalammualaikum ...

Gugel


Sesungguhnya firman Allah dalam surah Ar-R'ad ayat 11 berbunyi:-

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat yang menjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya , yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.  Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya."

Jauhi Dari Riak...


Assalammualaikum...

Nak cerita lelebih pun tak buleh sebab saya pun bukanlah baik bebeno...tapi sekadar nak berkongsi pendapat dan rasa ....kalau tersalah dan tersilap kata AMPUN dan MAAF saya minta ye....almaklumlah yang baik kita jadikan pedoman dan panduan yang buruk jadikan sempadan dan teladan....

Gugel


Sudah menjadi trend para artis sekarang ni bila setiap kali kita selak surat khabar atau majalah mesti ada terselit cerita-cerita pasal sipolan dan sipolan ni nak ke sini dan ke sinun...tapi itu kira melancong jalan-jalan takpelah lagi..bukan saya heran sangat pun....tapi yang merisaukan dan menjadi tanda tanya  ni pabila nak pergi mengerjakan tuntutan Allah s.w.t. pun nak bagitau satu negara yang dia nak pergi dan berangkat ke tanah suci.

Cerita gebang gebung sana sini bukan dah jatuh riak dan menunjuk ke? Bukankah itu tuntutan bagi mereka-mereka yang mampu dan semestinya sebagai umat islam kita diMESTIkan untuk pergi mengerjakan umrah atau haji jika berkemampuan...tapi itu cerita dulu sebab dulu-dulu tak macam sekarang sebab sekarang dah ramai orang yang berkemampuan dan mampu untuk mengerjakan umrah pada bila-bila masapun yang mereka mahu dan juga mengerjakan haji.

Yang menjadi persoalannya kenapa mesti nak MENUNJUK hebah seantero negeri mengatakan bahawa 'dia' nak pergi mengerjakan umrah.  Setahu saya seeloknya nak pergi mengerjakan ibadah dan mendapat ganjaran pahala yang melimpah ruah tak perlulah bagitau gebang sana sini ambil gambar sana sini nak tunjuk pada fans dan orang-orang di sini..walhasilnya senyap dan diam-diam ajelah..tahu-tahu dah balik dan selamat mengerjakan tuntutan Allah s.w.t. ....lepas tu nak cerita 7 hari7 malam akan kehebatan dan rahmat dari ibadah anda di sana tak kisahlah janji dah selamat pergi dan balik....ini tidak gebang-gebung kat sana..tangkap gambar post dalam twitter dan majalah...HEBAT SANGATKAH??

Saya ni ingatkan aje sebab rasanya sekarang semakin galak artis-artis kita di Malaysia ni pergi mengerjakan umrah umpama macam pergi melancong tapi balik atitude masih tetap sama...tapi saya memang salutelah pada arits-artis yang telah mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t. dan berhijrah untuk tujuan kebaikan. Alhamdulillah.....supaya menjadi contoh dan teladan pada kita 'orang-orang biasa' ni.

Friday, July 06, 2012

Kasih Hingga Ke Syurga....


Assalammualaikum...

Gambar Hiasan Ehsan Google

Perkahwinan dalam Islam adalah satu ikatan suci antara lelaki dan wanita yang memang dituntut dalam ajaran Islam. Suami isteri dianugerahkan rasa kasih dan sayang serta belas kasihan seperti mana termaktub di dalam Al-Quran.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan akan kekuasaan serta rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bahagia dengannya dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan kasihan belas. 

Namun begitu, kadang-kadang dalam melayari kehidupan rumah tangga terdapat beberapa faktor atau sebab pasangan suami isteri tidak dapat meneruskan perkahwinan mereka antaranya tiada persefahaman dan percanggahan pendapat seringkali menjadi topik utama  menjadi punca pertelingkahan di dalam sesuatu institusi kekeluargaan, maka Islam membenarkan berlakunya perceraian walaupun perkara tersebut sangat tidak disukai di dalam Islam. 

Sebijaknya setiap pasangan suami isteri lebih memahami dan menyelami hati dan perasaan pasangan masing-masing agar dapat mewujudkan suasana rumahtangga yang aman dan harmoni.

Perangkaan kes perceraian yang melibatkan pasangan muda memang amat tinggi sekarang akibat daripada sikap yang keras kepala, ego pada setiap pasangan suami isteri.  Kurangnya komunikasi di antara mereka juga menyebabkan isu pertelingkahan menjadi semakin merebak dari hari ke hari hingga tidak mampu untuk diselamatkan lagi.

Pasangan hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan bertolak ansur serta menanam sikap kesabaran dan pengorbanan paling tinggi dalam hubugan suami dan isteri.  Jangan sekadar mengikut kata hati, ego dan keras kepala masing-masing hingga menjadikan masalah terus-terusan berlarutan...

p/s: peringatan untuk diri sendiri....

Mommies...Hindari Perkara Ini.....


Assalammualaikum.....

Gugel
Semakin menghampiri saat bersalin, semakin banyak ketidakselesaan dirasai oleh ibu mengandung.   Tetapi permasalahannya terjadi kepada saya, nak dikatakan menunggu hari dan menunggu waktu-waktu terakhir minggu kehamilan tu rasanya jauh dan sekaligus belum lagi kerana rasanya usia kandungan saya bakal menjejaki ke usia enam (6) bulan bagi sesetengah antara mereka pasti ketika ini perut mereka tidak berapa nampak dan membesar, tetapi berbeza dengan bentuk fizikal saya yang rasanya seperti sudah sarat dan nak menunggu hari.  Disebabkan faktor perut yang membesar maka pergerakan saya terbatas dan sangat tidak produktif.

Faktor sebegini amat menyukarkan dan beberapa kejadian dan perkara yang harus diambil pandang oleh para-para ibu mengandung antaranya bakal mengundang kejadian yang lebih serius dari terjadi. Jadi berhati-hatilah dan sebagai langkah pencegahan ikuti panduan berikut.

Artikel ini saya dapati dari siri pembacaan saya di dalam salah sebuah majalah tempatan.

1. Terjatuh
Sewaktu mahu mengambil barang yang terjatuh, jangan terus membongkok. Sebaliknya lipat sedikit kedua belah kaki dan berada dalam posisi mencangkuk. Cara ini anda dapat mengurangkan risiko membongkok dan terjatuh.

Anda juga boleh meminta bantuan daripada rakan untuk mengambil barang di tempat yang tinggi. Dalam keadaan anda ketika ini, pasti teman tidak sampai hati untuk menolak permintaan anda itu. Lebih baik fikirkan janin dalam kandungan daripada perasaan malu yang menguasai diri.

2. Pedih Pada Tubuh
Keadaan pedih pada tubuh itu boleh dialami di bahagian bahu, pinggang dan punggung. Oleh itu, ketika bekerja pastikan postur tubuh berada dalam keadaan yang betul. Ketika duduk, pastikan posisinya tepat dan anda berasa selesa dengan kedudukan itu. Pastikan juga tiada tekanan di bahagian punggung dan pinggang yang boleh menyebabkan anda berasa pedih dan nyilu.

3. Pedih Ulu Hati
Tidak dinafikan wanita hamil akan mengalami keadaan pedih ulu hati. Jadi perhatikan posisi tubuh ketika duduk, menulis mahupun membaca. Jangan sampai memberi tekanan kepada bahagian ulu hati.

Ikuti juga pola pemakanan yang sesuai dengan sistem pencernaan buat wanita hamil. Disiplin makanan yang mesra wanita hamil juga perlu dipraktikkan misalnya elakkan makanan yang pedas, tajam dan berangin yang boleh mengganggu sistem percernaan.

Anda juga perlu makan dengan jumlah yang kecil tetapi kerap. Makanlah buah-buahan segar ketika di rumah dan boleh juga ambil biskut sewaktu di pejabat.

4. Sakit Kepala
Elakkan mengalami ketegangan sepanjang kehamilan. Apatah lagi sehingga ia menyebabkan anda hilang kawalan dan tumpuan sepanjang bekerja. Latih kemampuan untuk mengawal diri di saat sedang sibuk bekerja. Latihan kerehatan amat berguna untuk anda. Jika terlalu lama melayari komputer, kalihkan seketika pandangan anda di luar atau berjalan-jalan di sekitar ruang kerja anda.

5. Pengsan
Sekiranya pekerjaan anda memerlukan anda berdiri atau menuruni tangga ketika hamil, tidak salah untuk mengajukan permohonan untuk berpindah seketika di bahagian lain yang lebih selesa untuk anda.

Ia bagi menjaga kelancaran aliran darah pada kaki. Ketika berdiri yang terlalu memberi tumpuan pada sebelah kaki untuk tempoh yang lama. Sebaiknya gunakan kasut rendah. Anda juga perlu mengelakkan diri daripada diserang anemia. Justeru, ambil makanan seimbang yang kaya zat mineral

6. Sesak Nafas
Elakkan keadaan ini dengan berehat seketika sewaktu anda bekerja. Tarik nafas panjang dan perlahan-lahan sambil membayangkan udara segar memenuhi seluruh sel tubuh anda sampailah ke janin, lalu hembuskan kembali sambil merehatkan seluruh otot.

Lakukan senaman regangan yang ringan ketika duduk dan berdiri. Misalnya dengan memalingkan bahagian leher dan memusingkan bahu atau mengangkat kedua belah tangan ke atas dan menariknya ke bahagian sisi badan.

Mengapa Selalu Panas?
Sesetengah ibu hamil mudah untuk mengeluarkan peluh. Walaupun telah duduk dengan tenang, namun ia masih juga mengeluarkan peluh yang berlebihan.

Akibatnya pakaian mudah basah. Berpeluh sebenarnya merupakan reaksi alamiah untuk menyejukkan tubuh yang mengalami kepanasan. Namun, ada penyebab lain mengapa wanita hamil mudah berpeluh.

Salah satunya kerana peningkatan hormon progesteron sehingga pembuluh darah kecil pada kulit melebar. Sebab itulah, wanita hamil akan merasa kepanasan.

Keadaan berpeluh ini juga dipengaruhi oleh usia kehamilan yang semakin membesar.

Wanita hamil bagaimana pun perlu lebih berjaga-jaga sekiranya suhu tubuhnya meningkat lebih dari biasa. Barangkali ia bukan disebabkan hal di atas, tetapi akibat jangkitan kuman pada tubuh.

Bagi wanita yang kuat berpeluh, cuba amalkan memakai pakaian yang longgar dan selesa yang diperbuat dari fabrik yang dapat menyerap peluh. Wanita hamil mudah berpeluh juga perlu mengelakkan berada di ruangan sempit dan sebolehnya cuba berada di ruangan terbuka dengan lebih kerap. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi

7. Pendarahan Hidung

Wanita hamil lebih mudah mengalami pendarahan hidung berbanding wanita yang tidak hamil.  Ketika hamil paras hormon wanita yang tinggi dalam tubuh akan menyebabkan saluran darah dihidung mengembang dan mudah pecah.  Ianya mudah berlaku jika wanita hamil itu mengalami selsema, jangkita sinusitis, alahan pada habuk dan makanan atau apabila selaput dalam hidungnya menjadi kering akibat berada dalam persekitaran yang kering seperti bilik yang mempunyai pendigin hawa (aircond).

Walaubagaimanapun ianya tidak merbahaya.  Jika sebaliknya dapatkan rawatan terus kepada pakar.

Kesemua faktor di atas kalau tak kena semua mesti akan terjadi di antara salah satu darinya.  Semoga ibu-ibu hamil ini tabah dan sabar menghadapi sesi kehamilan dengan penuh ceria.


* SHARING IS CARING *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...