Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Dari Kami!!



Assalammualaikum,



TAHNIAH diucapkan pada skuad Harimau Muda kerana telah berjaya merangkul emas di dalam Sukan Sea di Jakarta semalam dengan JAYANYA menewaskan Indonesia 4 
Malaysia 5.


Google

Tahniah kerana berjaya memberikan permainan yang begitu bermutu dan terBAEKK.  Alhamdulillah tak sia-sia kami semua berdoa dan menjerit-jerit malam tadi untuk memberikan sokongan padu pada skuad Harimau Muda.





CONGRATS to all the Team!! 

Malam esok buat yang terbaik ye, Perlawanan diantara Malaysia vs Syria.  Kami rakyat Malaysia sentiasa menyokong tanpa jemu.

Artis dan Kebendaan

Assalammualaikum,


Terpanggil dan ingin berkongsi dengan rakan bloggers semua mengenai artikel yang saya baca sebelum ini.


Artis dan Kebendaan terlalu sinonim dan cocok jika dibandingkan bersama.  Rata-rata kita lihat dan baca diakhbar dan majalah mengenai hantaran kahwin artis, beg tangan artis, kasut tumit tinggi artis, kereta mewah artis dan macam macam lagilah yang berkaitan dengan artis.   Semuanya hebat hebat belaka tiada yang tak hebat.  Sememangnya artis-artis Malaysia ni bukanlah SENGKEK. Hidup mereka sentiasa dilimpahi dengan kemewahan dan kebendaan setaraf artis antarabangsa.


Ada juga sesetengah artis yang mendapat hadiah perkahwinan berbelas juta ringgit dan mereka dengan bangganya menunjukkan akan kemewahan yang diperolehi oleh mereka pada peminat. Seolah olah itulah MATLAMAT hidup mereka dengan menjadi artis.


Macam ni saya rasa saya pun teringin nak jadi artis, bukan takat orang lain atau para remaja sahaja yang sanggup ponteng sekolah, yang tak lulus periksa pun dan tak nak sambung belajar sebab nak dan termimpi mimpi nak jadi artis.


Sebilangan artis Malaysia ada menerapkan budaya kebendaan dalam kehidupan mereka.  Semuanya diukur dengan kebendaan.  Mereka mempamerkan kehidupan luxury dengan rumah/banglo mewah, kereta mewah, beg tangan mewah, perkahwinan mewah serba serbi mewah hingga hilang dan tenggelamnya budi pekerti, adab serta tata susila mereka.


Motif dan agenda hidup untuk menjadi artis hanya untuk mengejar kebendaan dan status.


Masyarakat lebih pandai untuk menilai mana yang baik dan mana yang tidak.  Kalau seseorang artis itu hanya berlandaskan dengan aset muka yang cantik, menarik dan macho tanpa ada bakat dan fikiran tetapi hidup dalam keadaan mewah itu adalah artis yang mengejar kebendaan semata mata.


Sampai bila hidup hanya berlandaskan dengan kebendaan dan kemewahan tanpa ada rasa tanggungjawab terhadap agama, bangsa mahupun maruah sendiri.


Renung-renungkanlah!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, November 21, 2011

Wahai Blogger, Jom Berkenalan.

Assalammualaikum semua,



Tak nak cakap banyak-banyak cuma ingin melayakkan diri dengan sepantas kilat bersama-sama dalam segmen anjuran Hasrul Hassan kali ni yang bertajuk "Wahai Blogger, Jom Berkenalan".

Mabbe ada yang telah mengetahui dan bagi yang baru ingin menerjah blog saya ini seperti biasa nama saya Rahmah Ram Ram dan tuan punya kepada blog yang diberi nama bla-bla-blub-blub.  Kebanyakan entri saya di dalam blog ini memaparkan mengenai kehidupan seharian saya sebagai seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata dan juga menempekkan berita dan isu semasa dalam negara dan luar negara.  Selain itu saya juga suka berkongsi maklumat kesihatan pada semua rakan-rakan bloggers yang saya sayangi.

Sama macam segmen lepas-lepas saya telah berblogging dah lama dari tahun 2006 cuma lebih bergiat aktif lately ni (awal tahun 2011).  Pada anda yang baru mengenali diri saya, jemputlah singgah dan minta berikan tunjuk ajar serta komen membina pada saya untuk kebaikan bersama.

Terima kasih atas kujungan anda dan Insyaallah saya akan membalas kunjungan anda dan berziarah jika diberikan masa dan waktu yang terluang. Jangan risau.  Salam kenal pada bloggers yang baru nak menerjah dan selamat berblogwalking.

Tutup: 22 November 2011 Jam 3:00 petang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...