Thursday, October 04, 2012

Pinggan Dari Tulang Haiwan


Assalammualaikum...

Terpanggil untuk membuat entri ini dan bertanyakan pendapat pada kawan-kawan semua.

Apa betul ke pinggan jenama "Han Bone China" merupakan pinggan yang diperbuat daripada campuran tulang babi atau tulang haiwan yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam.


Kesahihan maklumat berkenaan pernah saya baca apabila Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan pinggan mangkuk tersebut adalah HARAM di sisi syarak. Walaupun ia diperbuat daripada tulang binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam, maka ia juga tidak boleh digunakan.  Namun ianya halal digunakan jika ianya diperbuat daripada binatang yang halal seperti tulang lembu dengan syarat disembelih secara Islam.



"Bone China" adalah istilah komersil yang digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang haiwan.

Untuk keterangan lanjut mengenai isu ini bolehlah layari sendiri ke laman web SINI dan SINI untuk mendapatkan kepastian.

Huhuhu...kini saya terpaksalah mencari jenama pinggan mangkuk lain untuk kegunaan pejabat kami memandangkan sebelum-sebelum ini kami menggunakan khidmat pinggan mangkuk ini bagi sebarang mesyuarat kelolaan syarikat kami.  Cantik memanglah sangat cantik..tapi kalau dah menjadi suatu tanda tanya dan menjadikan ianya suatu yang was-was dan menjadi buah mulut petugas lain  untuk digunakan adalah lebih baik di tukarkan aje.....(tak nak dengar mereka bising-bising lagi)

Wednesday, October 03, 2012

Wordless Wednesday # 62



Assalammualaikum....


Hari yang penuh keBIZIAN bagi semua orang dipejabatku hari ini.  Nasib baik hari ni hari bisu tanpa kata-kata.....maka TEMPEK gambar pun boleh aje.....

Generator dari jenama Caterpillar

Generator dari jenama Perkins

Inilah tugasan saya since morning yang tak sudah-sudah.  Job scope dah bertukar semenjak dua menjak ni takde buat kerja seksatari dah....akibat dari mendapat arahan dari seorang PENGURUS yang suka mengarah orang tak tentu hala...kerja dia tapi dia suka kasi tempias kat orang lain ....Sendri tak nak buat (ooppss!! termengata la pulak!!).... tapi nasib baiklah saya ni MULTITASKING boleh aje kalau nak soh belajar survey menyervey ni... NO PROBLEM dapat jugak ilmu..bertambah lagi pahala...berkat lagi gaji yang diterima...tak gitu??


Wordless Wednesday # 61


Wordless Wednesday




Macam manalah gaya nak kurus kalau macam ni.... badan semakin hari bagai di pam pam...

Ini adalah hasil belian dari kantin semalam...sayang nak makan tapi sampai je rumah terus bedal...memang  SEDAPPP!!

Pada mereka yang nak order tu bolehlah ke http://www.facebook.com/bellyliciouscupcakes untuk membuat tempahan.

GERENTI PUAS!!


Tuesday, October 02, 2012

Petua Oh Petua



Assalammualaikum...

Orang tua-tua kita selalu aje ada solution kalau sesuatu perkara itu telah berlaku atau bakal berlaku kerana bagi mereka sesuatu yang bakal dan telah berlaku tu pasti ada sebab musababnya.   Jadi mereka mencari solution agar perkara tersebut takkan berulang dan berlaku lagi.

Antaranya salah satu, kawan-kawan pernah tak dengar cara "Bagaimana hendak mencegah rambut agar tidak pecah di hujung"


Google

Solution orang tua dedulu...

Jangan biarkan rambut anda tu dibiarkan lama di dalam penggulung rambut serta elakkan dari menggunakan pengering rambut terlalu kerap kecuali jika perlu sahaja.  Sebaiknya jika anda mencuci rambut bilas dengan bersih dan keringkan dengan tuala kering dan beruslah sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari (wui..banyak tu...)

Selain itu "Bagaimana kita nak menghitamkan rambut dan kelihatan lebat"

Solution mereka ialah...

Google

Dengan menggunakan daun inai, tumbuklah daun tersebut sehingga halus kemudian campurkan sedikit air asam jawa dan selepas itu cuci dan bilas dengan bersih dengan air daun inai tersebut sambil memicit-micitkan kepala.  Biarkan selama setengah jam dan kemudian bilas dengan air bersih.  Amalan ini perlulah diamalkan sebanyak seminggu dua kali.

Ha...orang yang macam saya ni preggy mommy pula semestinya selepas bersalin nanti perut akan kelihatan berkedut-kecut selepas bersalin...maka "Bagaimana cara untuk mengelakkan kulit berkedut"  maka cara untuk mengatasinya..

Gugel


Solution orang tua-tua....

Ambil satu sudu kecil air limau nipis dan titikkan sebanyak 20 titik minyak kayu putih disertakan dengan satu sudu kecil air kapur sireh.  Bahan tersebut perlulah digaul dan disapukan kepada kesan-kesan pecah di perut.

Amalan ini hendaklah dilakukan sebanyak dua minggu berturut-turut.  Insyaallah akan berhasil.

Mudahkan!! orang tua-tua lama ni sebenarnya lebih banyak menggunakan barangan persekitaran alam semulajadi untuk kekal hebat dan cantik. Tak payah bersusah payah nak membeli produk yang mahal-mahal menggunung harganya untuk mengekalkan kecantikan diri.

Banyak lagi petua-petua orang-orang dahulu kala dan orang sekarang ada dan masih dipraktikkan tak kiralah dalam apa jua bidang samaada untuk kecantikan, masakan, kesihatan dan sebagainya.

Pokok pangkalnya samaada kita rajin atau tidak untuk mengamalkan amalan tradisi itu.


G-String


Assalammualaikum...

Owh kalau tengok tajuk pasti ada yang fikir hari ni saya nak tempekkan entri pasal seluar dalam sepanjang hari...bukan...bukan..jauh sekali nak letak gambar seksis yang bakal membuntangkan mata anda semua.  Tak naklah!!

Kisahnya amat menarik perhatian saya dan macam biasa teringin nak berkongsikan cerita dan maklumat yang saya dapati kepada semua.  Manalah tahu ianya bermanafaat pulak lepas ni.

Zaman sekarang ni sebut aje G-String pasti ramai yang dah tahu dan sudah menjadi trend terkini bagi para remaja dan golongan tak kira umur memakainya.  Yang pasti mereka memakainya kerana khuatir dengan garisan seluar dalam yang ketara nampak ketika memakai pakaian ketat, nipis dan bewarna cerah.  Tetapi berlainan pula dengan wanita di negara barat yang saya rasakan mereka memakai G-String adalah disebabkan untuk mendapatkan kulit berwarna sawo matang.

TETAPI tahukah anda pemakaian G-String boleh mengundang kepada beberapa isu kesihatan dan keselamatan jika ianya dipakai dengan cara yang tidak betul.

Sebelum tu TAHUKAH anda apa itu G-String?

Pakaian dalaman yang diperbuat dari secebis kain yang hanya menutupi bahagian hadapan yang mana talinya halus menyambungkan ia melalui punggung dan sekeliling pinggang. 

Antara penyakit yang perlu dipandang serius oleh si pemakai G-String antaranya jangkitan di bahagian faraj dan saluran kencing.  Ini adalah kerana G-String biasanya di perbuat daripada fabrik sintetik yang mana boleh memerangkap lembapan terutamanya di bahagia genital dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan bakteria potagen.

Selain itu geseran yang terkena pada kulit oleh tali-tali berkenaan juga boleh menyebabkan kerosakan kulit dan meningkatkan risiko "Buasir".

Erm...memacam betul kan penyakit nak hinggap ke badan kita kalau tak kena caranya. Walhasilnya nak bergaya tampak hebat dan cantik pun boleh mengundang kepada keburukan rasanya tak perlu kot nak memakai benda-benda yang tidak mendatangkan hasil serta memudaratkan kita. 

Pakaian dan seluar dalam yang ada pun sekarang ni sudah cukup selesa pokok pangkalnya pilih dan teliti akan mutu dan material kainnya barulah selamat kita nak pakai.


Monday, October 01, 2012

Oktober Kembali Lagi...


Assalammualaikum...

OCTOBER 

Bulan ke sepuluh kita menyambutnya di dalam tahun 2012 ini.  How time flies so fast.  Sekejapan masa dan waktu berlari meninggalkan kita semua.  Oktober telah menjejakkan kakinya kini.  Diam tak diam segala macam peristiwa terjadi / berlaku tanpa kita sedari dan sedar dalam dalam waktu yang sama dua (2) bulan lagi kita semua akan meninggalkan tahun 2012.  Apakah segala macam perancangan dan wishlist kita sudah tercapai?  Kalau masih belum sempat lagi Insyaallaah masih boleh kejar lagi...dan jikalau belum tidak mengapa tingkatkan usaha kita.

Tq Gugel

Semoga kita semua beroleh kebaikan dan manfaat di dalam bulan Oktober ini.

Hehehe..bercerita mengenai bulan Oktober ini juga merupakan bulan kelahiran saya dan juga little pwincess saya...kami berkongsi bulan yang sama cuma tarikh yang berlainan.



Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

Selain dari itu mereka-mereka yang lahir pada bulan Oktober juga merupakan seorang yang seperti berikut:-
  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat

Jom Tukar Bloglist dengan Mak Dara



Assalammualaikum...



Akhirnya dapat jugak saya bersama-sama menjoinkan diri di dalam segmen yang saya tunggu-tunggu anjuran Mak Dara kali ini.

Dah lama menunggu dan Alhamdulillah dapat jugak.

Tanpa berlengahkan masa lagi di sini saya ingin menyertai segmen "Jom Tukar Bloglist" dengan kawan-kawan semua. Pada yang telah mengenali dan berkunjung ke blog saya... saya ucapkan selamat berBW dan pada yang baru Salam Kenal dari saya untuk anda.

Jemputlah singgah ye.

Pada yang ingin menyertai untuk sama-sama bersegmen silalah berkunjung ke SINI ye.

Minggu-Mingguan Hujung Minggu....


Assalammualaikum...

Selamat menjalankan tugas kepada semua dan Selamat Hari Isnin!! 

Menjadi tak hasil 'cucukan' lauk pengantin saya...BOLEHLAH dari tak menolong langsung

Hari ini saya mencuba untuk memotivasikan diri walaupun diri ini lemau melemau setakat ini..kerana hari cuti minggu baru-baru ini,  saya dan suami membantu ala-kadar merewang adik saudara suami yang menaiki pelamin melangsungkan perkahwinan.  Menjadi tradisi mereka (belah suami) mengadakan majlis perkahwinan dengan bergotong-royong among adik beradik (emak) mereka dengan memasak sendiri.  Jadi mahu tak mahu dan suka tak suka kenalah menunjukkan diri dan membantu selagi terdaya dan termampu.  Bagi saya itu pun dah dikira pahala walaupun tak banyak sedikit pun membantu juga.  

Meriah dan seronok bila sesekali bertemu dan saling bantu membantu sambil mengeratkan silaturrahim serta bertemu sanak saudara yang adakalanya jarang-jarang sekali bertemu kalau ada pun setahun sekali ketika hari raya.

Berarak ke pelaminan

Selamat Pengantin Baru saya ucapkan kepada pasangan Aliff Ali dan Aleeya Amir. Semoga berpanjangan selamanya.

Selamat Pengantin Baru
Sebelum-sebelum tu sibuk duk melayan anak-anak dengan karenah mereka dirumah.  Pening dengan gelagat mereka yang tak penat-penat seharian menyelongkar dan menyepahkan rumah dengan segala jenis permainan (nak buat camne dah beranak pinak).  Hari ini saya gagahkan diri dengan meningkatkan usaha dan produktiviti terbaik mungkin. Malas tok sah nak kiralah memang sepanjangan masa dan ketika bermalasan.  Tapi takpe nak cuti panjang dan Insyaallah hujung bulan ini...erm diam tak diam lagi 28 hari lagi due date saya...Takut dan berdebarnya.

Anak-anak yang suka menyepahkan rumah sebelum saya 'merewangkan' diri

Selain tu pasti ada gak yang mengambil cuti tahunan hari ini kerana semalam ada yang menjalankan aktiviti berkampung (perkahwinan).  Orang kahwin sekarang dah tak kira musim..mana dan dan ada duit pasti majlis JALAN aje dengan lancar dan terancang.  Pada yang bercuti tu selamat bercuti-cutian ye. 

Ahli kompang yang paling ramai pernah saya tengok..Memang meriah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...