Tuesday, March 20, 2012

Makan Di Restoran Alandalus


Anda suka makanan Arab? Pastinya pada mereka yang suka mencuba pelbagai aneka makanan dari pelbagai negara pasti tidak akan ketinggalan untuk mencuba makanan ini.


Lamb Chop yang sungguh sedap kerana dagingnya tiada bau

Makanan yang disediakan disini semuanya dalam potion yang banyak kerana satu satu hidangan yang disediakan boleh dimakan oleh 2 orang.

Beriyani Chicken yang sangat banyak

Setiap kali berkunjung disini kami tidak akan ketinggalan untuk memesan makanan paling famous di sini iaitu mixed grilled yang mana antara kandungannya ialah daging ayam, lembu, kambing, kebab ayam dan kebab kambing di samping fries ranggup dihidangkan bersama.

Kopi arab yang pahit dan pekat


Restoran Alandalus terletak di belakang Wisma Technip, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Selain dari makanan ini terdapat juga makanan seperti nasi arab, beriyani mandy, kebab dan juga makanan dari negara asal mereka yang dimasak khas di dalam periuk tanah mereka. ....klasik.

Cubalah, harganya pun berpatutan.

Mixed Grilled

Beriyani Fish Grilled




Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 19, 2012

Seksi Ke??



Gambar hiasan ehsan Cik Google


Rata-rata kita tengok sekarang artis Malaysia semakin daring dalam penampilan diri mereka.  Pakaian tak payah nak ceritalah kalau ambil gambar cover depan majalah mahupun akhbar mesti nak pakai mini skirt ketat metat, bikini, swimming suit, dedah dada dan peha sana sini. Sesak dada orang yang melihatnya.

Ish...bukan niat hati nak mengata cuma lebih kepada mengingati akan perihal perilaku artis sekarang.


Perlukah mereka begitu??

Adakah artis-artis di Malaysia sekarang sudah semakin ketandusan idea dan bakat yang mana membolehkan mereka beraksi daring, ghairah dan seksi samaada di dalam filem, drama mahupun untuk sesi fotografi majalah mahupun suratkhabar. Adakah dengan ini populariti mereka akan lebih meningkat melonjak-lonjak naik hanya kerana berjaya mendedahkan diri mereka di mata khalayak umum.  Ada tu bakat seni tak seberapa, filem dan drama pun tak banyak mana tapi kontroversi (perasan cantik dan seksi) menyebabkan nama meningkat tinggi naiknya macam goreng pisang panas.

Bukankah artis itu 'role model' bagi para remaja dan kanak-kanak di luar sana.  Jika perangai dan aksi mereka begitu daring dan seksa adakah itu suatu petunjuk yang bagus bagi para remaja kita di luar sana.

Pihak Kementerian Penerangan juga perlu menitip dan menyeragamkan undang-undang berpakaian bagi para artis Malaysia agar mereka lebih menerapkan unsur-unsur kemelayuan dan keislaman bukan ke arah kebaratan.  Contoh dekat tak banyak kita lihat jika berlangsungnya sebarang event dan sesi anugerah 'red carpet' dan sebagainya bagi mengiktiraf artis-artis tempatan kita, artis wanita berlumba-lumba mempamerkan keindahan pakaian (yang entah bagaimana dikatakan cantik itu) berposing di hadapan kamera dan lensa.  Bagi saya lebih molek dan sopan jika gaya pemakaian baju kita itu lebih menerapkan unsur-unsur keislaman dan kemelayuan. Tidak perlu beraksi dan berpakaian hingga menjolokkan mata untuk nama anda dijulang dan dikenali oleh umum hakikatnya bakat dan otak anda KELAUT!

Adakalanya mereka nak tunjuk diri lebih sporting dan advance daripada orang lain hanya disebabkan oleh latar belakang mereka yang kononnya lahir diluar negara, berdarah kacukan la, dibesarkan di luar negara la, keluarga sportingla, memang pakaian sejak memula menceburi bidang lakonan begitu la, macam-macam lagi alasan yang diberikan hanya untuk mengaburi mata masyarakat.

Apabila dicerca, dikata dan dikeji, melenting naik hantu dengan mengatakan itu tidak benar, ini tidak benar.  Walhasilnya apa lagi yang perlu mereka tegakkan kerana semuanya sahih dan benar.  Masyarakat bukannya bodoh dan boneka yang boleh diam dan tidak berkata-kata.

Alangkah baiknya jika semua artis wanita di Malaysia ni berpakaian sopan dan sentiasa menutup aurat dan menjaga tatasusila mereka.  Tak salah berhijab dan menutup aurat untuk mencari rezeki bukankan itu lebih AFDAL dan HALAL.

Saya salute pada artis-artis Malaysia yang sudah berhijrah. Tampak lebih ayu dan cantik. Rezeki mereka pun semakin mencurah-curah.

Dulu Dan Sekarang Tak Sama Lagi...


Adakalanya saya jadi tak faham dengan karenah manusia sekarang, dah diberi segala kesenangan dan kemudahan tetapi masih lagi mengambil jalan yang jauh untuk menghadapi sesuatu hanya dengan cara itu dapat menagih simpati daripada orang lain.

Hidup sesetengah manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang mereka perolehi dan hadapi.  Kesyukuran hanya dilahirkan dibibir dan dihadapan orang lain tetapi tidak di hati.  Kerana di dalam hati tersemat rasa ketidakpuashatian dan dendam serta rasa iri hati sesama sendiri tidak kira adanya pertalian persaudaraan atau tidak.  Semua itu diketepikan hanya dengan pendapat "kenapa dia boleh dan aku tidak?".

Kadang-kadang kita lihat seseorang tu yang bekerja bertungkus lumus mencari rezeki bukan hanya untuk beliau malahan untuk membahagiakan orang yang lain tetapi segala jasa dan pengorbanan yang dilakukan tidak pernah dihargai malahan BURUK yang dia dapati. 

Segala kebaikan dan ketulusan dicurahkan tanpa ada batasan tetapi dengan rasa tidak bersalah beliau masih dianggap  si polan itu suka melawan dan tidak mendengar kata, sedangkan kehidupan si polan itu mencari rezeki adalah untuk keseluruhan keluarganya serta membahagiakannya.

Suka hati untuk dimarahi, suka hati disuruh untuk kesana kemari, suka hati untuk diketepikan, suka hati untuk dikata, disumpah dan diperlekehkan oleh orang lain tanpa rasa hormat-menghormati.  APA SEBENARNYA YANG TERJADI?

Mana perginya nilai murni tersebut, sudah hilangkan rasa bersyukur, kekeluargaan dan kesopanan dalam diri hingga begitu sukar untuk meluahkan ucapan terima kasih kepada mereka yagn banyak berjasa pada kita.  Mengapa mesti ada jurang diantara mereka? 

Semua manusia adalah sama di sisi Allah tiada perbezaan dan perbandingan hanya yang membezakan kita amal dan ibadah sahaja, jadi tak perlulah kita memandang seseorang yang lain itu dengan pandangan kasar yang hina dan jijik serta meluat kerana selalulah mengambil sikap "SIAPALAH KITA UNTUK MENILAI SESEORANG ITU"

Segala perlakuan dan niat baik selalu dipandang buruk dan tak baik ada sahaja yang perlu dikritik dan dipertikai tetapi kenapa orang lain yang disukai tidak pernah dipertikaikan pula kenapa mereka selalu di agung dan disenangi oleh semua orang.  

Sikap tunjuk menunjuk, lumba melumba sesama sendiri kini menjadi trend dan ianya dipandang remeh dan dengan rasa tidak bersalah mereka merelakan seumpama perkara tersebut terjadi.

Dunia akhir zaman, semakin ramai manusia kini hampir lalai dan leka. Semoga kita sentiasa dijauhkan dari segala sifat dan sikap takbur, meninggi diri, menunjuk dan berfikiran kita bagus, materialistik dan elakkan dari rasa ego dan buruk sangka pada orang lain. Selalulah berfikiran POSITIF dan hidup berlandaskan tunjuk ajar serta bimbingan dari Allah s.w.t. kerana sesungguhnya kita hidup di dunia pinjaman Allah s.w.t. ini tak lama. Bersamalah kita menghargai antara satu dengan yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...