Sunday, January 27, 2013

Tahniah Anak-anakku!!

Assalammualaikum...

Bercuti panjang ye semua? Alhamdulillah semoga cuti ini kita semua peruntukan untuk memenuhi masa bersama-sama dengan orang2 yang tersayang di sisi kita.

Cuti panjang kali ni kami anak beranak tak bercuti kemana kerana En Habi dan anak-anak menghadapi sesi 'tournament' GO KART di Shah Alam.  Maka since the whole week mereka bertiga beranak ni memang buzee tahap melampau menghadiri training.

En Habi memang look forward sebab beliau dah lama tak melakukan aktiviti sukan permotoran ni akibat dari tugasan kerja beliau yg a bit melampau akhir-akhir ni.

Anak-anak apatah lagi as a beginner mereka memanglah suka dan senyum sampai ke telinga sebab baru first time bergiat aktif dalam sukan permotoran dah kena masuk 'tournament'.

Hari ini minda dan stamina mereka bertiga diuji dengan masing2 melayakkan diri mereka bertanding dalam pertandingan Go Kart yang berlangsung di Shah Alam.

Sebagai ibu of course saya berasakan cukup bangga dengan keputusan anak2 saya tunjukkan as a beginner kerana masing2 berjaya mendapat tempat dalam senarai top 10 yang mana abang berjaya di tempat ke 6 dan si adiknya pula di tempat ke 9 out of 20 participants.

Dengan kekurangan hours untuk berlatih tetapi mereka berdua berjaya menunjukan keberkesanan dan kehebatan mereka hari ini.

Alhamdulillah..semoga minat meeeka tidak hanya sampai disini. Pelajaran  harus diutamakan juga terutamanya abang yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Tahniah pada anak-anak ku!!

Tuesday, January 15, 2013

Belum Terlambat.....


Assalammualaikum....

Dah lama rasanya saya tak menjengah sangat blog ni..blog yang dibiarkan sepi selama beberapa bulan ni memang nampak muram dan tak bermaya.  Tuan punya blog pun nak memulakan balik aktiviti menaip dan mengapdet entri pun tersangatlah bercintanya.... kalau anda tengok entri-entri saya baru-baru ni hanya satu hari satu atau berhari-hari lamanya baru nak apdet...ntah bilalah masa yang boleh nak memberikan komitmen semula serta menaikkan semula semangat untuk terus berblogging dengan hati yang ceria dan gembira macam dedulu....

Mungkin ada sesetengah juga kawan-kawan blogger saya yang dah lupa akan kewujudan blog ini huhuhu.... (sedih)

Sekarang ni nak menaip jangan katakan di rumah (memang tak boleh pegang keyboard) di pejabat pun menjadi satu masalah pada saya akibat daripada kebizian dengan tugasan yang telah ditinggalkan selama 3 bulan. 

Konflik MOOD yang agak merudum semenjak dua menjak ni memang agak kritikal hehehehe....

Insyaallah moga-moga mood ini akan berubah dengan serta merta selepas ini...

Oh ye! Dalam pada itu saya tengok juga dalam timeline yang mana ramai kawan-kawan blogger saya kini telah mempunyai bilangan tambahan ahli keluarga yang baru...TAHNIAH kepada mereka.

Ramai juga yang telah selamat melahirkan dan ada juga sesetengah yang masih mengira dan menunggu hari akan tibanya kelahiran anak mereka.  Semoga anda semua berbahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati olehNYA....amin...

Pada adik-adik blogger yang baru melangsungkan perkahwinan baru-baru ini juga saya ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada anda dan partner semoga cinta dan kasih anda berkekalan hingga ke jannah...

Harap lepas ni saya akan lebih aktif dan happy berblogging kembali...doa-doakan ye...

xoxo

Arissa TAK NAK Pergi Skewl...



Assalammualaikum...




Hailah anakku sorang ni .. bukan main payah nak memujuk segala mak nenek untuk menyuruh dia ke sekolah...

Setiap hari HARUS/MESTI mengeluarkan air mata akibat dari keengganan beliau untuk kesekolah.

Hari pertama, kedua dan ketiga bukan main suka lagi dia kesekolah masuk hari yang keempat iaitu hari di mana kami suami isteri dah start bekerja dan memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada orang yang mengambil beliau 'Private Transport" untuk menjemput langsung esoknya beliau tak nak ke sekolah.

Aduii!! sakitnya kepala kami ni memikirkan camnelah nak membuatkan beliau seronok dan kembali semula ke sekolah ...

Adakah disebabkan faktor usia yang menyebabkan beliau merasakan dia terlalu muda untuk kesekolah atau faktor persekitaran dimana kawan-kawan yang sampai kesekolah seorang demi seorang menangis apabila ditinggalkan ibu dan bapa atau dia takutkan pada makcik yang mengambilnya pada setiap hari apabila sekolah berakhir.....

TAPI SAMPAI BILA??

Takkan nak duduk di rumah aje? Dan tujuan sebenar kami suami isteri menghantar beliau ke sekolah pun adalah disebabkan keHYPERAKTIFAN beliau yang mana suka sangat nak mengacau dan mengganggu neneknya di rumah beserta adik kecik yang sedang tidur dengan mendengar lagu-lagu serta suara nyaring beliau yang suka terjerit-jerit apabila dirumah..

Planning kami sekurang2nya jika dia kesekolah dapatlah mengurangkan bebanan dan kepenatan yang emak saya tanggung dengan menjaga beliau dan adiknya secara serentak..tapi ini dah sebaliknya...

Pelbagai usaha dan tarikan telah kami buat yang mana setiap kali beliau ke sekolah mesti kami suami isteri belikan sesuatu untuk beliau sebagai "Upah" dengan syarat beliau akan kembali ke sekolah tetapi kini tak lagi...semua tu dah tak jalan pun..dia lagi advance dengna mengatakan sekolah dia dah tutup esok ajelah pergi...HAI LAH ANAK!!


My Superbaby




Assalammualaikum...

My baby Nur Aizaara Adilla is 2 months plus now...



Alhamdulillah....

My baby is growing stronger every day. She is now able to lift her head, chest, and shoulders off the ground when she's on her tummy. My Superbaby will look so proud and happy while she's "flying" this way. If she's especially strong, she may be able to push herself up using her arms while lying on her stomach. She won't crawl until at least 6 months, but these precrawling motions are her way of developing the necessary muscles.

Something good to share with the parents as your baby will try to show their progress week by week.

Just to share with you parents did your baby having such sympthoms as listed below? If it YES than it goes the same with my baby.

Sharing some informations which I have googled earlier which it can be useful to others especially new parents out there.


How your baby's growing:

If your baby is sleeping through the night (five or six hours at a stretch), you're one of the lucky few. Most 10-week-old babies still wake up in the wee hours. But even babies who aren't sleeping through the night at this stage should be sleeping and staying awake for longer intervals rather than cycling back and forth so much. Your baby will probably have two to four long sleep periods and as many as ten hours of awake time in 24 hours.

An interesting note: Whether your baby is a night owl or a morning lark, a long sleeper or short sleeper, that pattern will probably stay the same throughout childhood.


Do you as a parents know what is "Cradle Cap"?


Cradle cap isn't cute, but it's harmless. It shows up most often in the first few months of life and usually clears up on its own in about six to 12 months – although some children have it for longer. 

You might notice the same condition around your baby's ears or eyebrows, on his eyelids, or even in his armpits and other creases. 


How should I treat my baby's flaky scalp? 

You don't really need to do anything, but if it bothers you, here are some things to try: 

  • Gently massage your baby's scalp with your fingers or a soft brush to loosen the scales. 
  • Shampoo more frequently (up to once a day), but be sure to rinse out all the soap or shampoo. After shampooing, gently brush your baby's scalp with a soft brush or a terrycloth towel. 
  • Some parents have had success using baby shampoos developed especially for cradle cap. 
If your baby has a stubborn case of cradle cap, you may want to try an oil remedy to help loosen dry flakes: 

Rub a small amount of a pure, natural oil – such as almond or olive oil – on your baby's scalp and leave it on for about 15 minutes. Then gently comb out the flakes with a fine-tooth comb or brush them out with a soft brush. 

Be sure to follow up by washing your baby's scalp with a gentle baby shampoo. The last thing you want to do is leave oil on his head, which could clog the pores and cause the flakes to stick. You might try leaving the shampoo on for a few minutes before rinsing, to help cut the oil. 

Alright for now, till the next entry hope that it will help us.... 

Sharing is Caring 


xoxo

Wednesday, January 09, 2013

Jangan Suka-Suka Aje Memakan dan Meminum Ye!!


Assalammualaikum...



Nak kata susah tak juga nak katakan tergencat selera pun tak boleh juga tapi untuk kebaikan si ibu dan si anak maka si ibu kenalah kuburkan hasrat nak memakan makanan yang menjadi rutin kegemaran sebelum-sebelum ini dan dalam erti kata lain "JANGAN MAIN BEDAL AJE".

Masih lagi nak bercerita akan kisah menyusu badan ni ... (jangan bosan ye kawan-kawan).....

Kalau kita tengok dalam sesetengah budaya, seorang ibu yang baru melahirkan anak selalunya digalakkan untuk makan makanan istimewa yang dianggap lebih berkhasiat. 

Dalam keluarga Cina pulak mereka mengamalkan amalan tradisional dimana sup akan ditambah dengan brandi atau wain Cina dengan jumlah halia dan minyak bijan yang banyak. Dalam komuniti yang lain, biji lada, herba dan rempah tradisional diambil untuk "memanaskan" badan. Semua ini, jika diambil berlebihan, akan sampai ke bayi anda melalui susu badan anda. TETAPI sebelum itu sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. 

Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan). 

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). 

Sesetengah para ibu tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda beberapa punca kolik yang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels. 

So, berhati-hatilah dalam setiap pengambilan makanan anda ye.



Tuesday, January 08, 2013

Berdiet Ketika Anda Menyusui Bayi??

Assalammualaikum..... 

Bersiaran secara bedikit-dikit dan kali ni entri lebih berbaur kepada kehidupan selepas dari menjalani tempoh berpantang dan menyusui bayi hehehe...harap jangan ada yang bosan pulak ye... 

Bukan apa selain dari menambah ilmu di dada saya ni yang dah serba sedikit melupai apakah dia "Do's and Don't" selepas berpantang selain itu kenalah refresh balik minda dan pengetahuan sekaligus sama sama berkongsi dengan anda-anda semua. 

Seringkali kita dengar apabila seseorang ibu itu selamat melahirkan bayi dan telah selamat menjalani tempoh berpantang PASTI perkara utama yang akan mereka lakukan ialah berDIET tetapi tahukah kita sejauh manakah kebaikan serta keburukan yang perlu kita kekalkan untuk para ibu yang tengah menyusui bayi-bayi mereka. 

Erm...memang payah sebab minda sibuk duk berkata yang diri dan body dah tak shappy maka dan dan tulah nak DIET dan work out untuk mendapatkan bentuk tubuh yang seperti sedia kala sebelum mengandung dulu... 

AWAS jangan terburu-buru melakukan sesi berDIET anda kerana anda perlu pastikan yang bayi anda betul-betul boleh menerima apa sahaja pengambilan makanan anda ketika anda menyusui badan kerana jika silap pengambilan makanan akan memudaratkan bayi anda serta kuantiti air susu badan anda. 

Google
Cara yang paling berkesan untuk anda yang berkeinginan untuk berDIET sambil menyusui badan dengan cara sihat dan sempurna adalah dengan mengurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda. 

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat 0.5 kg /1 paun sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu. Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda. 

Wahh!! hebatkan?? So secara keseluruhan pepandailah kita mengaturkan carta pemakanan kita agar ianya seimbang dan tidak mengganggu proses penghasilan susu badan untuk disalurkan pada bayi kita...  

HEVATT!!

Thursday, January 03, 2013

KULAPUK!!

Assalammualaikum....

Alhamdulillah Tuhan memanjangkan lagi usia saya untuk terus bernafas dan berkongsi menumpang dibumi Allah ini.

Saya memohon maaf pada kawan kawan kerana dah lama tidak bersiaran dan mengapdet entri entri di dalam blog ni....

Memang mood kelaut memanjang dan bila ada mood berkobar kobar nak apdet anak kecik pulak meragam langsunglah padam niat tu... akibatnya blog saya ni dah berbulan bulan tak berapdet.

Insyaallah kawan2 jika berkelapangan akan saya ziarah dan menyinggah ke rumah rumah anda. Terima kasih atas kunjungan dan mesej2 yang diterima. Amat saya hargai.

Beberapa bulan tidak aktif berblogging masih banyak yang perlu saya ceritakan story mory tapi itulah mood nak bercerita bak kata orang sekarang 'flashback' 'throwback' memang tak masuk tuning...nantilah akan saya apdet sikit sikit.

Sementara itu saya nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua darling darling blogger saya dan kawan2 yang mengenali diri ini semoga tahun 2013 ini membawa dan memberikan banyak kebaikan dan kegembiraan pada anda semua. Semoga dengan azam dan tekad di tahun baru ini akan dapat dicapai dan dikongsi bersama yang tersayang.  Pada adik2 blogger yang masih bersekolah tu SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ye. All the best dan semoga anda beejaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi.

Jadikan segala kenangan dan pengalaman di tahun 2012 sebagai kenangan dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan.

All the best pada anda semua...

Skewl Day For Arissa

Hari pertama ke sekolah bagi Nur Arissa Adilla walaupun umur beliau 3 tahun tetapi kami suami isteri nekad menghantar Arissa ke sekolah demi untuk kebaikan beliau dan adiknya.  Bukannya apa Arissa suka kacau adiknya jadi untuk mengurangkan mood kemarahan kami dan nenek yang menjaganya setiap hari maka jalan terbaik bagi kami ialah dengan menghantar beliau ke sekolah...sedih, terharu dan gembira melihat beliau yang pada mulanya menangis apabila kami hendak meninggalkan beliau tapi nak buat camne tabahkan jugalah hati kami ni dengan meninggalkan aje dia dia sekolah.

Hari pertama sesi persekolahan tidak lama mereka pulang pukul 10.30pagi dan surprisingly Arissa berlari dengan gembiranya ke arah kami ketika kami mengambilnya ke sekolah.

Alhamdulillah dan yang pastinya beliau bersemangat untuk kesekolah lagi keesokan harinya....


Arissa oh Arissa!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...