Thursday, June 30, 2011

How To Prevent Your Vehicle From Being STOLEN

Assalammualaikum kawan-kawan,

Selamat hari Khamis dan Alhamdulillah kita bersiaran lagi hari ini. Semoga anda semua sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t.

Pada hari ini saya nak letakkan satu entri untuk dikongsi bersama kawan-kawan yang lain untuk pengetahuan kita bersama.



Saya ada membaca tips berkenaan mengenai "Cara Bagaimana Kita Ingin Mengelak Dari Kenderaan Kita Dicuri" didalam akhbar temaptan baru-baru ini, antaranya seperti berikut:-

Secure Your Vehicle

- Lock your vehicle

- Never leave the vehicle key inside the vehicle unattended

- Never leave your vehicle's engine running, even if you will only be away for a minute. Vehicles are commonly stolen at convenience stores, petrol stations, ATMs and outside house compunds when owners leave the vehicle engine running to run errands or to unlock house gates.

- Ensure your vehicle windows are properly closed up.

- Do not leave valuables in your vehicle. However, if you have to, place valuables out sight in the boot. Ensure that no one sees you placing valuables in the boot.

Parking

- Park in well-lit areas - vehicle theft usually occur at night under the cover of darkness.

- Park in attended lots - vehicle thieves do not like witnesses and prefer unattended parking lots.

- Park your vehicle in the compound of your house rather than outside. Lock both your vehicle and the gate for improved security.

Security


- Professional thieves are able to steal any vehicle. However, you can make it difficult for them to steal your vehicle. The more layers of protection on your vehicle, the more difficult it is to steal.

- Your budget and personal preferences should determine how many layers of protection and which anti-theft devices are best for you.

- Generally available anti-theft devices are:-
1) Engine immobilisers
2) Better door and ignition locks
3) Security patterned or coded keys
4) Radio/CD Players with security code or removable face plates
5) Window etching
6) Car alarm
7) Steering wheel / gear / brake pedal locks
8) Tracking devices

So kawan-kawan diharap dengan adanya tips-tips di atas, akan dapat membantu kita sedikit sebanyak untuk membenteras gejala berikut daripada terjadi.

Insyallah.

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday

Assalammualaikum dan selamat pagi semua,

Semoga anda semua berbahagia hendaknya......

Tuesday, June 28, 2011

Enuff iz Enuff

Assalammualaikum semua,

Mood saya malam ni ada sedikit hare wired atau dalam kata lain terganggu di sebabkan oleh 'seseorang yang bernama manusia' yang suka sangat sibuk nak mencampuri hal rumahtangga orang lain dan membuat agar kita sentiasa mengikut telunjuk dia.... Apa dah takde kerja lain ke?? Cubalah duduk diam-diam, jangan nak kacau orang aje...biarlah kami buat keputusan kami sendiri tak boleh ke? SESAK & SEMAK

















TOLONGLAH ADUIII!!!

- Posted using BlogPress from my iPad

RALAT: Teater Badai Semalam

Assalammualaikum,

Ini yang saya nak marah ni..(**tapi dengan siapa saya nak lepaskan marah ni ye?). Yelah bukan apa, saya ni berkobar-kobarlah tulis entri pasal teater ni yang akan berlangsung seperti catatan awal saya DI SINI tapi alih-alih tak ada pun publisiti ke, press conference ke? keluar TV ke? pasal teater ni...senyap sunyi aje.


Tapi kalau mengikut pembacaan saya melalui laman blog BELIAU ni, dia ada mengatakan bahawa teater tersebut akan berkeudara pada bulan ini dan kalau nak dikira memang dah terlepas tayangan lah..tapi mana perginya publisiti..senyap aje..

Biar betul?? Saya kena tipu ke ni?? pada kawan-kawan yang tak sabar-sabar nantikan kemunculan teater ni sabar lah ye..sesabar diri saya yang terasa di tipu ini...huhuhuhu huaaaaa.......... KIJAM!! KIJAM!! BENCI!! BENCI!!

Yang mana satu betul pun saya dah KONFIUS. Janji kita tunggu ajelah kemunculannya..kalau saya tengok banner kat depan Istana Budaya tu ianya akan dipentaskan pada 11-20 November 2011. Tapi entahlah ALLAHUALAM...........

Pada kawan-kawan, saya mohon ampun dan maaf ya...jangan marah.

MODE BENGANG TAHAP MELAMPAU!

BERSIH ke?

Assalammualaikum dan selamat pagi semua,

Diharapkan hari ini merupakan hari yang indah dan ceria buat anda semua serta berbahagia disamping orang-orang tersayang.

Saya ada sedikit pening dan kalut pagi ni sebabkan perkataan ini dah berhari-hari bermain dikepala saya ...jadi pada hari ni saya dah tak boleh tahan dah, nak jugak buat entri pasal perkataan ini. Bukan apa telinga saya dah naik kematu dengar ayat ni berhari-hari.....saya pasti anda semua pun macam saya juga bila....

Masuk blog nampak BERSIH,
Masuk FB nampak BERSIH,
Bukak suratkhabar nampak BERSIH,
Masuk Twitter nampak BERSIH,
Pergi kedai makan dengar BERSIH
Masuk ofis dengar BERSIH

Oleh yang demikian marilah kita sama-sama memBERSIHkan kawasan rumah kita dan kawasan persekitaran agar kita semua bebas dari ancaman nyamuk aedes dan denggi serta serangga yang lain.



Jagalah keBERSIHan negara kita!!

Monday, June 27, 2011

Kenapa Mesti Di Facebook?

Assalammualaikum semua,

Selamat kembali bertugas dan selamat hari Isnin kepada anda semua. Walaupun saya tahu yang anda semua mesti malas-malas belaka hendak bekerja hari ini tetapi apa boleh buat...tugas dan tanggungjawab perlu dilunaskan.

Sebelum saya bercerita tentang lebih lanjut, harap maafkan saya jika tulisan saya ini akan mengundang kemarahan atau rasa tidak puas hati bagi sebilangan dari anda semua.





Hari ini saya nak bertanya pada anda semua.... KENAPA DAN MENGAPA ANDA SEMUA SUKA MENGUPDATE STATUS ANDA DI DALAM FACEBOOK ATAU TWITTER?

1) Adakan ianya untuk keseronokan?
2) Untuk Glamour?
3) Untuk mendapatkan kata-kata semangat dari rakan-rakan
4) Cara untuk anda mengekpresikan rasa gembira, marah, benci, meluat, sakit hati, dendam dsb.
5) Untuk menunjuk-nunjuk (showed-off)
6) Menagih simpati
7) Dan apa-apa lagilah......

Bukannya apa, saya melihat semakin ramai antara rakan-rakan yang semakin hari semakin seronok meletakkan status (yang baik-baik tu tolak tepilah ye) masalahnya mereka meletakkan status amarah, menyindir dan mengutuk rakan-rakan mereka yang lain di laman Facebook atau Twitter. Semakin hari semakin menjadi-jadi pulak. Dan menghairankan sekali bila dah letak status macam tu..makin ramai la pulak yang meletak komen seperti'nasi tambah' kat bawah status tu.

Betul tak??

Adakah ianya suatu trend atau sekadar untuk meluahkan apa yang dirasakan bersarang didalam hati setakat ini? Kenapa kita tidak suka mengambil sikap untuk berterus terang sahaja daripada kita terus menyembunyikan diri kita sendiri dan berpura-pura menyukai seseorang itu hanya kerana takutnya akan terjadi pergaduhan yang lebih besar meletus atau akan dipulaukan. Bukankah bila anda meletakkan status sedemikian ianya dah kira berdosa kerana anda menujukan kata-kata itu kepada orang yang anda 'niatkan' didalam hati anda(**orang lain tak kenallah SIAPA melainkan anda sendiri) itu.

Bukan itu sahaja, status berkenan juga bukan sahaja berbaur marah, geram, benci dan rasa tidak puas hati malah ada juga yang seolah-olah seperti mengugut dan ingin membuat pembalasan dendam keatas orang berkenaan( kes sama seperti yang pernah dialami oleh rakan sekerja saya)sendiri.


SUNGGUH TIDAK ADIL!!


Tidak dapatkan anda semua rasakan kesedihan, kemurungan orang-orang yang anda kutuk dan lemparkan kemarahan itu. Sudah hilangkan rasa sesitivity anda? Manakah hilangnya rasa serta nilai-nilai murni yang telah diterapkan didalam diri kita sebagai seorang Islam?

Cuba anda letakkan diri anda atau keluarga anda, dikalangan orang-orang yang kena kutuk tu...Adil ke tidak? Tidakkah kita semua fikirkan 'impact' selepas kita menulis dan mengupdate status kita itu? Dan bagaimanakah anda ingin meneruskan kehidupan anda setelah anda memaki serta mencaci orang berkenaan? Puas hatikah?

HENTIKANLAH!!

Berfikirlah secara rasional dan jangan terbawa-bawa ruang emosi anda mengaburi pemikiran serta kawalan emosi anda. saya menulis bukan kerana ingin mencari gaduh dan ingin menegakkan sesuatu yang tidak betul tetapi sekadar untuk peringatan buat diri saya dan kawan-kawan yang lain juga.

Tetapi sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari dari menjadi seperti itu (tapi saya tak pernahlah mengutuk orang, cuma letakkan status kata-kata nasihat adalah.

Nasihat saya kepada mereka-mereka ini, tidak tahukah anda yang jika anda meletakkan status yang bukan-bukan ianya bukan sahaja akan mengundang perbalahan dan juga fitnah malah boleh diklasifikasikan dalam kes jenayah (SERIUS).

RENUNG-RENUNGKANLAH!

Saya cuma bertanyakan pendapat anda jika persepsi dan pendapat saya ini salah? (sila betulkan saya. Harap maaf sekali lagi pada sesiapa yang terasa.

AMPUN DAN MAAF DIMINTA!!

SAYA

Assalammualaikum semua,



SAYA nak join jugak segmen Ben Ashaari ni....tak pedulik!!

Sesiapa yang berminat silalah KLIK di sini ye.

Cepat-cepat!! Pastikan anda orang yang terakhir...kalau ada lagi selepas anda buat lagi sampailah korang semua puas hati...hehehehe

Saturday, June 25, 2011

Tahniah Kepada Pemenang

Assalammualaikum semua,

Selamat hari Sabtu, so apa korang buat hari ni? Saya baru aje habis dari menghadiri 3 wedding hari ni. Huish!! Penat la. Tapi Alhamdulillah selamat semuanya...

Pada kawan-kawan semua semalam menonton Maharaja Lawak? Mesti korang semua tengok kan? TAHNIAH kepada Kumpulan Sepah kerana telah berjaya mengondol hadiah tempat pertama, begitu juga Jozan yang mendapat tempat kedua, Nabil dan juga Jambu yang mendapat tempat ketiga dan keempat. Semoga mereka semua terus sukses.

Oklah semua semoga kita bersiaran lagi. Selamat petang dan jaga diri anda semua.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, June 24, 2011

Happy Week End

Assalammualaikum sahabatku semua,

Semoga anda semua sihat walafiat dan sentiasa diberkati olehNYA. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berhujung Minggu a.k.a. Happy Wiken kepada anda semua. Semoga ada berbahagia disamping keluarga, kekasih, teman tersayang.

Saya minggu ini penuh dengan jemputan kahwin. Orang-orang zaman sekarang nak buat kenduri kahwin dah tak payah tunggu cuti sekolah dah sebabnya semua kemudahan dah ada contohnya caterer, mak andam, wedding planner, pokok pangkalnya sediakanlah DUIT!! Ye dak??

Pada kawan-kawan yang nak naik pelamin minggu ni saya ucapkan Selamat Pengantin Baru semoga kalian kekal hingga ke anak cucu. Pada mereka juga, sentiasa ingat bahawa sesebuah perkahwinan itu memerlukan sebuah pengorbanan, persefahaman dan rasa tanggungjawab untuk kita kekal hingga ke akhirnya... (muzakarah pulak).

Dengan itu Selamat Berhujung Minggu dan Selamat Pengantin Baru.

Iklan: Jangan lupa saksikan Live Final Maharaja Lawak pada malam ini di Astro Warna dan juga Channel HD 188. Siapakah bakal menjadi JUARA?? sama-sama kita saksikan malam ini ye.

Take care dan jaga kesihatan anda semua.

Thursday, June 23, 2011

Pageviews By Countries

Sebenarnya hari ni merupakan hari yang sangat bosan bagi diri saya. Sampaikan dah tak tahu nak buat apa jadi tengah bosan-bosan ni saya pun mengerodeklah website blog ni dan berjumpalah dengan ruangan "Audience" ini.



Tak sangka pula saya ..yang blog saya ni ada juga orang yang sudi nak view terutama tak pernah terfikir dari negara luar contohnya di negara Rusia, United States dan Germany (apa betul ke apa yang saya tengok ni? atau ini semua tipu belaka?)- tak caya cuba tengok tu...(havoc betullah saya ni) kepoh tak tentu hala kan? bukan apa yelah orang baru nak berbloging memang macam tu..jakun sekejap.

Terasa banggalah pulak orang luar dari Malaysia ni sudi juga nak buka blog saya ni..hehehe...

For those viewing my blog, thank you so much and appreciate if you could leave your blog link and comments.

Happy blogging!!

SEGMEN : TERINGIN NAK HACK BLOG ORANG !

Assalammualaikum semua kawan-kawan,



Saya baru aje berkesempatan membaca entry En Ben hari ni dan rasa-rasanya macam nak join jugak dengan tujuan yang sama, agar dapatlah hendaknya berkenalan dengan kawan-kawan baru serta dapat berkongsi cerita antara satu dengan yang lain.

Untuk pengetahuan kawan-kawan blog yang ingin sangat saya 'hack' ialah En Ben sendiri..heheh bukan apa sebabnya cara penyampaian serta cara beliau berkongsi pendapat dan cerita didalam blog beliau mengundang berpuluh-puluh orang baru hingga berjaya mengekalkan ranking sebagai 'Blogger Paling Top" dan mengekalkan berpuluh ribu followers. Malah bukan itu sahaja, melalui blog mereka juga blogger baru seperti saya (yang baru nak belajar ni) dapatlah mengembangkan lagi sayap mempromosi blog sendiri dan mempunyai follower yang bertambah dari sehari ke sehari. Tak gitew En. Ben? Insyallah semoga En Ben memenangi Peraduan yang telah dianjurkan oleh pihak DIGI baru-baru ini (jangan risau saya hari-hari undi). Semoga En Ben sentiasa maju didalam berkarya dan sukses selalu. Selain itu tetap memaintainkan diri sebagai 'sifu' kami.

Pesanan saya kepada En. Ben, Sudi-sudikanlah terjah dan promosi blog saya yang tak seberapa ni ye....huhuhu (mimpi ajelah)

Kepada kawan-kawan yang teringin nak join jugak segmen ni silalah ke laman blog En Ben Ashari. Cepat sebelum terlambat kerana segmen ini akan berakhir pada jam 10.00 malam ini.

Selamat Berkenalan!!

Renungan

Assalammualaikum semua,

Semoga hari ini adalah hari yang terbaik untuk dibandingkan pada hari-hari yang berikutnya pada anda semua..

Semoga kita sentiasa diberkati dan dilimpahi dengan rezeki olehNYA.

Wednesday, June 22, 2011

Video Pilihan : Super Junior - No Other

Saya suka lagu ni...entertaining..walaupun ianya dinyanyikan oleh sekumpulan anak-anak muda dari Korea. Namun bakat nayanyian yang ada pada mereka damat membanggakan. Mereka bukan sahaja pandai menari bahkan sepakat dalam menyanyikan lagu-lagu mereka. Terasa diri ini kembali muda pulak..hehehe..(perasan tul)

Signage Baru

Assalammualaikum kawan-kawan,

Selamat bersiaran... Hehhe macam menonton TV pulak.

Hari ni saya memanjat rasa kesyukuran saya kepada Allah swt kerana diberikan rezeki dan kemudahan yang amat-amat kami hargai. Di harap kawan-kawan yang lain juga begitu.

Setelah menanti selama tujuh (7) bulan semenjak tarikh penubuhannya kami (suami isteri) berasa sangat-sangat bersyukur kerana dapat akhirnya menampalkan signage pejabat kami yang selama ini kosong. Hehe.. Mesti korang peningkan ingatkan kot kot mesti kitaorang nak gantung signage besar bagak, tapu sebenarnya kecik ciput aje. Tapi inipun kami dah cukup cukup berbangga dah. Sebab nak menempahnya punyalah payah asyik menunda aje dari sehari ke sehari sampailah dah tujuh (7) bulan buka pejabat, baru nak berkesempatan buat signage ni... Hehehehe....

Alhamdulillah syukur diatas pemberianNYA.

Terima kasih pada yang mendoakan kami juga pada rakan-rakan, saudara mara dan ahli keluarga kami. Doa kalian selalu kami dambakan.






- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, June 21, 2011

Brooch Berjuntai

Assalammualaikum semua,

Selamat hari Selasa kepada kawan-kawan semua. diharap kalian semua sihat sejahtera hendaknya.

Hari ni saya nak bercerita pasal suatu keterangan yang saya baca di laman Facebook pagi ni yang telah dikongsikan bersama oleh Puan Suraya Daud. Dimana keterangan beliau berbunyi begini....




"BROOCH BERJUNTAI BAWAH DAGU TU, ‘TOK SAH’ LA PAKAI YA……"

Aduhai muslimat….janganlah ‘tersalah’ menggayakan aksesori setiap kali berpakaian keluar rumah. Banyak ketikanya, walau pakaian kita itu sudah ‘OK’ mengikut skema yang agama suruh…namun, ada lagi ruang kesalahan yang masih ‘tak sengaja’ kita buat. Kalau dah begini…usaha tutup aurat kita tu macam ‘disqualified’ secara automatik. Rugilah kalau gini…….

Sebagai ingatan pada diri sendiri, capailah kitab tafsir yang terdekat sekarang.....cari surah An-Nur, ayat ke-31. Kat situ ada peringatan yang Allah beri tentang 'adab diri' dan cara berpakaian untuk hamba-NYA, dari golongan wanita…BANYAK PANDUAN kita boleh dapat dari ayat tu. Antara yang utama, pakaian itu bukan sahaja perlu menutup aurat..malah kena tambah satu lagi syaratnya….iaitu, ciri PERHIASAN pada pakaian kita.

“Janganlah mereka menampakkan PERHIASAN, kecuali yang biasa nampak padanya…” (Surah An-Nur, 31).

Hmmmm….kalau menurut tafsir Al-Qurtubi dalam kitabnya ‘Rawai ‘ul Bayan Tafsir Ayatul Ahkam’, PERHIASAN ni ada dua bahagian. Pertama, perhiasan kejadian semulajadi, iaitu muka, kedua tapak tangan dan kecantikan asal. Manakala, keduanya adalah perhiasan yang diusahakan. Iaitu fesyen pakaian yang dibuat pelbagai ragam, brooch, cincin, gelang kaki, kalung labuh, celak mata, minyak wangi, inai jari dan sebagainya. Jenis perhiasan yang ke-2 inilah yang dilarang agama…dan diklasifikasikan sebagai ‘yang sengaja ditambah-tambah oleh kita’….

Errrr…..kalau dah macam ni, kita semua (muslimat) kena lebih peka dengan fungsi aksesori yang dipakai. Tak kiralah apa jenis sekali pun…pastikan ia bukan untuk menjadikan kita ni….TUMPUAN MATA MEMANDANG. Contoh mudah di sekitar kita hari ini…
(a) Mengapalah dipakai brooch berjuntai (dangling brooch) di bawah dagu itu kalau memang dah tahu bahawa bahagian dada kita itu perlu ‘dikaburkan’….bukannya untuk ‘di-highlight-kan’.

(b) Segan sebenarnya kalau kita ‘benar-benar’ tenung diri lama sikit dalam cermin tiap kali memakai rantai labuh/kalung yang berjuntai keluar dari tudung. Apa tidaknya….hujungnya (‘pendant’ yang penuh berbatu permata) itu kan berakhir di bahagian lurah dada. Tak pasal pula banyak mata lelaki yang tersinggah di kawasan RED SPOT kita tu. Eeeisssh! Kalau kita tu guru….boleh ke ‘tak marah’ bila pelajar lelaki tingkatan 4/5 asyik terpandang-pandang kat situ?

(c) Tiap kali pakai brooch di dada (atas tudung), janganlah letak diatas tempat yang ‘segar’ itu…naikkan sikit kedudukannya ke atas….dekat tulang selangka. Pemakaian name-tag pun kena kira-kira juga lokasinya… (jangan tersalah letak di bahagian yang ‘tertinggi’ itu, tergoyang-goyang bila kita melangkah). jujur saya katakan bahawa ianya...SANGAT KURANG MANIS(cubalah tengok dalam cermin sekarang…kalau belum dapat imagine)

(d) janganlah kita 'terbawa-bawa' dengan fesyen tudung yang banyak dalam pasaran kini. semuanya tu CANTIK DAN LAWA SANGAT!. hinggakan....tak nampak 'cantik asli' yang ada pada diri si pemakainya. tenggelam segalanya....dari jauh lagi dah nampak pelbagai warna...corak yang sangat ketara....style yang 'pelik-pelik' pun ada juga. Sabarlah....jangan 'terbeli' dengan mainan pereka fesyen tudung yang niat asalnya semata-mata untuk tambah jualan tudung masing-masing. macam-macam inovasi dibuat....ditambah batu berkilat di dada tudung pun kita sangggup pakai? tak ke macam kita 'bubuh make-up' di dada agar ia tampil lebih cantik......? atau pun....bukankah payah kita nak tampil 'Tawaduk' dan menghormati ZIARAH KEMATIAN bila pakai tudung sarung terkini, design ZIG ZAG yang ada pelbagai warna atas dahi...

Muslimat yang dirahmati Allah sekelian...
Maafkanlah saya....kerana 'terpaksa' menulis semua ni…sebab ramai yang sedang buat. Sayang untuk saya biarkan....harapnya, kita boleh bersatu, berlapang dada, saling mengingati agar maruah diri semua terjaga…KITA WANITA MUSLIM.....yang Allah mahukan penampilan nampak terhormat...bukannya setakat wanita biasa-biasa yang boleh diperlecehkan orang ala ‘wanita tepi jalan’ saja....wallahhu'aklam.

P/S: Aksesori adalah untuk PELENGKAP kesempurnaan pakaian, bukan untuk DIPERAGAKAN.

WASSALAM
SD IMAGE, KUALA LUMPUR


Maka, dengan ini kawan-kawan sama-samalah kita mengambil iktibar daripada keterangan ini. Saya sebelum ini dan hingga ke hari ini memakai brooch sebegitu..tapi Alhamdulillah dan Insyaallah lepas ni akan saya tinggalkan niat saya tu. Terima Kasih Puan Suraya Daud kerana sudi berkongsi cerita beliau bersama kita semua.

Monday, June 20, 2011

SEGMEN JOM BLOGWALKING RAMAI-RAMAI



Assalammualaikum,

Hari ni saya ada membaca satu entri dekat "Ini Kisah Tia" dan saya pun berminatlah nak join jugak manalah tau boleh mengembangkan lagi pengetahuan sambil berkenal-kenalan dengan kawan-kawan blogger yang lain.

Untuk pengetahuan kawan-kawan saya suka sangat-sangat nak menyinggah dekat 3 Blog Pilihan saya hampir setiap hari antaranya:-

1) The Rainbow Journey
2) Ben Ashaari
3) Lulu Pages

Bukan itu sahaja malah saya juga suka menyinggah ke semua belog kawan-kawan saya yang lain yang telah saya follow. Bukan apa, pengetahuan serta penceritaan kawan-kawan yang telah dikongsikan semuanya bernas dan bagus-bagus belaka.

Semoga dengan penglibatan saya didalam entri ni akan dapat menambahkan lagi rakan-rakan blogger saya serta bertukar-tukar pendapat serta berkongsi ilmu pengetahuan.

Salam Kenal Semua.

Sekian.

Slot Lestary - Adaptasi Novel Stanza Cinta

Assalammualaikum semua,

Saya bersiaran lagi...kali ni nak cerita pasal NOVEl lagi.... (bak kata En Habi "ish! orang perempuan ni kalau dah tengok cerita melayu sekali dengan hero macho, berterus-terusanlah dia sampai la bila-bila lepas tu ANGAU".) lantaklah janji setahu saya saya tak angau seperti yang dia kata..hehhehe......

AGAIN!! Slot Lestary di TV3 kali ni memaparkan drama yang telah diadaptasi dari sebuah novel bertajuk "Stanza Cinta'. Nampak gayanya sekarang ni memang dah jadi trend penerbit-penerbit drama dah suka nak ambil novel dijadikan sebagai tayangan umum. Saya SUKA!! Saya rasa kawan-kawan yang lain pun mesti sama juga. Al-maklumlah bukan apa cerita Nora Elena dah tamat bersiaran so sekarang ni mestilah korang semua melekat kat TV tengok cerita ini pula....

Saya masih lagi belum berkesempatan membaca novel ini,kerana saya baru saja membelinya di kedai buku MPH, Great Eastern Mall semalam. Memang banyak kuantiti buku ini terjual buat masa ni. Masa saya ambil buku ni tak terfikir pulak akan bersiarannya cerita ini di TV so semalam sempat tonton separuh cerita ni barulah tau yang cerita ini pun diadaptasi menjadi drama. Syabas!!



Kalau membaca sinopsis cerita ini memang rasanya jalan cerita nya pun hebat juga dengan barisan para pelakon handalan antaranya Nur Fathia, Fizz Fairuz dan Aaron Aziz (AGAIN!! hero novel). Menonton sekali imbas malam semalam, memang para pelakonnya memberikan komitmen yang bagus serta berkesan dan menjiwai watak.

So kawan-kawan for those yang pernah baca, atau tengah membaca dan ingin membeli buku novel ni sama-samalah kita mengikuti jalan ceritanya yang disiarkan pada setiap Ahad, jam 9:00 malam slot Lestary di TV3.



Bagi kawan-kawan yang ingin membaca dengan lebih terperinci mengenai cerita ini bolehlah klik di laman sesawang pemilik novel ini sendiri iaitu Nurull Halawati.

Sekali lagi tahniah kepada penulis novel, pelakon serta penerbit drama ini kerana berjaya menghasilkan suatu nukilan yang sangat hebat.

TAHNIAH!!

Sunday, June 19, 2011

Happy Father's Day

Assalammualaikum semua,



Di sini saya nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada En. Habi dan semua bapa-bapa diluar sana. Semoga kalian sentiasa diberkati olehNYA. Tanpa kalian tiadalah erti sebuah kehidupan...(fuhh!! macam pelakon)

Sedikit Fakta mengenai Hari Bapa:-

"Father's Day is a celebration honoring fathers and celebrating fatherhood, paternal bonds, and the influence of fathers in society. It is celebrated on the third Sunday of June in many countries and on other days elsewhere."



Semoga jasa dan pengorbananmu sentiasa dihargai dan diingati.

Thursday, June 16, 2011

Apabila Laman Sesawang Kerajaan Di Ceroboh

Assalammualaikum semua,

Pagi ni saya takde apa nak cerita sangat cuma dapat sms daripada rakan sekerja yang mengatakan laman web kerajaan Malaysia kena ceroboh? Kenapa boleh jadi macam tu?

"The Star SMS News - 16/6 Hack attack: Bloomberg is reporting that at least 41 Malaysian government websites saw disruptions at various levels since 11.30p.m. Wednesday."

Semoga kerajaan malaysia dapat meningkatkan lagi taraf keselamatan serta mengambil pertugas-petugas yang lebih pakar didalam bidang IT agar dapat membenteras serta memandang lebih serius lagi akan kejadian ini supaya ianya tidak akan berulang kembali.

Wednesday, June 15, 2011

TAHNIAH TCC!!

Assalammualaikum semua,



The Cute Club, Jangan tak caya kita dapat tempat ke 4 dalam segmen "Game Antara Blogger".

Hihihihi..tak sangka la pulak ye..dalam banyak kekalutan akhirnya kami semua seronok dan enjoy.

Kepayahan yang kami rasai adalah:-

1) pening kepala nak mencari kawan, rakan, team/group
2) pening kepala nak memikirkan nama kumpulan
3) pening kepala nak memikirkan SEBAB kenapa nama kumpulan tu terpilih
4) pening kepala nak copy paste entry..(ambil masa)
5) pening kepala nak memikirkan siapa pemenang
6) pening kepala nak memikirkan 'apa hadiahnya" hahhaha.... apa dia ye En Ben??

Haidah tak penting. Yang penting kami semua ENJOY!! Bukan sahaja kami dapat berkenalan dengan rakan bloggers yang lain malah kami juga dapatlah exercise minda...hehehehe

Terima Kasih TCC!!

Game Antara Blogger Bermula ... Part 2



NAMA KUMPULAN: TCC (The Cute CLub)

KETUA KUMPULAN: Ly_Tulip

10 Ahli Kumpulan Yang Terpilih:

1. Nor hafeezah JamhariI(http://norhafeezah.blogspot.com/)
2. Sally Emily Rose (http://ezetheblackrose.blogspot.com/)
3. Rahmah Ram Ram ( http://bla-bla-blub-blub.blogspot.com)
4. Fatin Nabila (http://ceriteracikfarah.blogspot.com/)
5. Nur Illiyin Roslan (http://yien9897.blogspot.com/)
6. Ceria Gurlz (http://ceriagurlz.blogspot.com/)
7. Para Normal (http://sukmabintara.blogspot.com/)
8. Mr. Baiz (hhttp://www.blogger.com/img/blank.gifttp://mrbaiz.blogspot.com/)
9. Nor Aiman (http://sukmabintara.blogspot.com/)
10. Ly_Tulip (http://lytulip.blogspot.com/)


KENAPA NAMA ITU MENJADI PILIHAN???

Okay, seperti yang korang sume ketahui, setiap tuan tanah blog-blog di atas adalah kiut.. Dan kami sentiasa di puji oleh orang.. Hahah.. Okay, tak kelakar.. KAmi sentiasa menghargai diri kami.. Dan kami juga tidak cepat riak dan bongkak apabila di puji sebagai kiut.. Sebab Kami memang KIUT!! Huhuh.. Plus, kitorang MEMANG sangat bekerjasama walupon baru je kenal beberapa minit ni je.. Hehehe..

Owh, tok maklumat lanjot, sila klik SINI.... :)

TCC... korang memang sporting!!

Jom Join Faceblog!!

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.

TERIMA KASIH




So apalagi kawan-kawan, jangan tunggu lagi ianya bukan sahaja dapat mempromosi blog kita malah dapat berkongsi cerita serta pendapat kawan-kawan yang lain...

Klik dekat SINI

Terima Kasih Kawan-Kawan

Assalammualaikum dan Alhamdulillah syukur,

Sekali lagi saya panjatkan kesyukuran serta ucapan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi mengikuti saya. Sekarang saya sudah mempunyai 60 orang follower yang sudi nak tengok dan dengar cerita merapu saya. Saya amat-amat berbesar hati dan berbangga kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan otai yang lain semuanya dan beratus-ratus malah ada yang dah beribu-ribu followers.....tapi saya tak kisah, saya tetap bersyukur! Suatu pencapaian yang saya rasa amat-amat saya banggakan.

Pada kawan-kawan, sila berikan tunjuk ajar serta nasihat yang berguna pada saya kerana saya budak baru belajar..cerita dan gaya tidaklah secanggih mana, saje je nak berkongsi cerita dengan semua. hehehhe.....

Sekali lagi terima kasih pada anda semua!!

Teater Badai Semalam

Assalammualaikum semua,



Hari ni saya nak cerita pasal novel lagi..tak sudah-sudah..kali ni novel yang telah diadaptasi ke teater pula. Bagi penggemar-penggemar teater dan novel, jangan lepaskan peluang menonton teater kali ini daripada novelis popular "Khadijah Hashim" yang bertajuk Badai Semalam.


Honestly, saya belum pernah baca lagi buku cerita ni... dan disebabkan bersiarannya cerita ini dalam bentuk teater barulah saya berkesempatan membaca sinopsis bagi cerita ini. Jalan cerita yang menarik dan saya suka.

Para pelakonnya, erm...boleh tahan juga not bad antaranya Erra Fazira, Aaron Aziz (again??) dan Fizz Fairuz serta ramai la lagi...

Yang saya hairan, apa pasallah En Seth Tan ni begitu sinonim menjadi hero bagi cerita-cerita yang telah diadaptasi daripada novel ni..umpama macam dah sign kontrak pulak dengan semua novelis di Malaysia. Apa dah hilang ke pelakon lelaki popular Malaysia yang berkaliber waktu ini?(hehehehe..jangan marah ye..saya cuma tanya aje..)

Tapi saya memang suka dan seronok bila dapat tahu yang gandingan mantap ini bersama-sama melakonkan watak mereka didalam novel ini "secocok".

Tahniah kepada Khadijah Hashim dan semoga sentiasa sukses. Kepada kawan-kawan semua jom kita terjah Istana Budaya kerana pementasan teater ini sedang berlangsung dari 15 June sehingga 25 June 2011.

Harga Tiket bermula dari RM30, RM50, RM70, RM100, RM150 dan RM300. Untuk penempahan tiket bolehlah hibungi di talian 034026 5558. Masa persembahan bermula pada jam 8:30 malam.

Sebenarnya cerita ini sepatutnya dipentaskan pada bulan November nanti tetapi disebabkan ada kekosongan slot kerana salah satu daripada pementasan telah dibatalkan jadi teater ini telah bersiaran awal.."Konfius Ai".

Apa-apa pun layan ajelah kawan-kawan...

Sinopsis Teater Badai Semalam



Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.

Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.

Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga.

Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?

Selamat Menonton!!

Game Antara Blogger

BEN ASHAARI BLOG ..



Untuk maklumat lanjut sila klik di SINI sebelum pukul 1 petang ye!

Monday, June 13, 2011

Mode Jiwang Karats

Tiba-tiba jiwa terasa diterjah oleh mood jiwang..ni semua panahan cerita Nora Elena dan juga novel-novel cinta yang saya baca lately ni. Dah lah tu bila dah menonton dan membaca novel-novel cinta mestilah mendengar lagu-lagu cinta juga...haih!! Jiwang Karats betul mood saya sekarang ni..

Bait-bait lagu (chewah macam tulis novel pulak)dari nyanyian Peabo Bryson pun saya rasa terlalu indah dan melayang-layang dibuatnya. Tajuk lagunya "My Hearts Belongs To You" begitu menyentuh perasaan terutama sekali masa mood saya begini..

Lyrics:-

Look at me now, I thought I was near the end
Then you came along, when I needed a friend
And you made me love again
Somehow you found me wrapped your love around me

Now my head's up in the clouds when I'm around you
I just wanna say, everyday, thank God I found you
I will move heaven and earth, give you my heart, for all that it's worth
You are mine, till the end of time
I don't care what we're going through, till the end, my heart belongs to you

You are my heart, you are my everything
The moon and the stars and the air that I breath
And you gave me strength again
Somehow you found me, wrapped your love around me

Now my head's up in the clouds when I'm around you
I just wanna say, everyday thank God I found you
I will move heaven and earth, give you my heart, for all that it's worth
You are mine, till the end of time
I don't care what we're going through, till the end, my heart belongs to you

You know why, I'm love shy
I don't want to hurt anymore, I've been hurt
And i know, I'm saying my love for you
I'm gonna keep you safe and warm, I do love you, oh oh

Now my head's up in the clouds when I'm around you
I just wanna say, everyday thank God I found you
I will move heaven and earth, give you my heart, for all that it's worth
You are mine, till the end of time
I don't care what we're going through, till the end, my heart belongs to you
Oh, my heart belongs to you


Apa-apa pun terima kasih pada En. Habi kerana saya rasa sangat-sangat bertuah kerana dianugerahi oleh seorang lelaki,sahabat, kekasih dan juga suami yang sangat penyayang, bertanggungjawab,sporting and a shoulder for me to cry on.



"Luv U So Much"

Monday Blu....eessss

Assalammualaikum semua,

Salam Hari Isnin buat semua kawan-kawan. Saya tau semua mesti mood bosan dan malas aje nak bekerja hari ni kan? Same goes with me here! Malas aje nak buat apa-apa..sebab dah cuti 2 hari dan nak memulakan balik hari bekerja tu memang agak berat..apa-apapun selalu set mind kita yang "kerja itu suatu ibadah", so nak tak nak kenalah seikhlas hati commit untuk dapatkan rezeki yang halal....(ceramah la pulak)

Hope that sepanjang hari ni anda akan sentiasa ceria dan diberkati olehNYA. Happy Working!!



Sunday, June 12, 2011

Love Is In The Air

Assalammualaikum semua,

Happy Sunday pada kawan-kawan semua. Semoga anda semua sentiasa dirahmati dan diberkati olehNYA serta sentiasa berada disamping orang-orang yang tersayang.

Mood saya hari ini :-









Selamat Hari Ahad!! Oh No! Esok kerja la pulak......

Saturday, June 11, 2011

Filem Paling Hebat Setakat Ini

Assalammualaikum semua,

Hari ni saya nak post-up entry pasal filem yang paling saya minati sepanjang hidup saya yang saya rasa (bagi saya) tak ada cerita lain yang paling best la selain dari cerita ini.

Gandingan para pelakonnya yang mantap dan paling amat berkesan serta bersesuaian dengan jalan ceritanya.

Saya tak taulah pulak pendapat kawan-kawan macam mana pulak. Pasti korang semua ada sebuah filem yang paling memberi kesan pada korang semua sepanjang hidup korang.

Inilah dia!!......



Rasanya korang semua mesti pernah tengok cerita ni kan? Saya terlalu meminati watak Richard Gere didalam cerita ini hinggakan sanggup simpan video tape (dulu-dulu)cerita ni sebagai koleksi dan sekarang of course koleksi simpanan DVD saya.

Sinopsis cerita ni bagi yang dah lupa adalah seperti berikut (saya copy dan paste aje senang, bukan apa nanti takut tersalah review payah pulak).

Edward is a rich, ruthless businessman who specializes in taking over companies and then selling them off piece by piece. He travels to Los Angeles for a business trip and decides to hire a prostitute. They take a liking to each other and he offers her money if she'll stay with him for an entire week while he makes the "rich and famous" scene (since it doesn't do for a man of his stature to be alone at society parties and polo matches). Romantic comedy (and complications) ensue.

Vivian Ward has found a way of living by working as a prostitute on Hollywood Boulevard. When she runs into the prince of her dreams, who comes along on his wild horse, she first does not recognize him as her saviour. The prince, a ruthless and wealthy businessman by the name of Edward Lewis, does not know that she could be more than just a girl from the sidewalk, but he changes his decision after the first night with the beautiful stranger. Her being the first person in a long time who could surprise him, Edward can slowly feel the light at the end of the tunnel. He is on his way to become a better person, whereas Vivian has got a new chance to start over again.


SUKA SUKA SUKA....kalau tanya saya saya kasi 10 bintang **********

Friday, June 10, 2011

It is all about HIM & HER

The father is always a Republican toward his son, and his mother's always a Democrat. That strong mother doesn't tell her cub, Son, stay weak so the wolves can get you. She says, Toughen up, this is reality we are living in. A son is a son till he takes him a wife, a daughter is a daughter all of her life.

A daughter is a mother's gender partner, her closest ally in the family confederacy, an extension of her self. Daughters are like flowers, they fill the world with beauty, and sometimes attract pests. And mothers are their daughters' role model, their biological and emotional road map, the arbiter of all their relationships. A father is always making his baby into a little woman. And when she is a woman he turns her back again. The love between a mother and her daughter is special. A mother takes her daughter under her wing and teaches her how to be a woman. In order to do this, you have to ask yourself what it means to be a woman of today. How do you balance care for others with your own quest for meaning and joy in life and how do you pass on these lessons to your daughter?



You don't really understand human nature unless you know why a child on a merry-go-round will wave at his parents every time around - and why his parents will always wave back. Always kiss your children goodnight - even if they're already asleep. Your children need your presence more than your presents. It's not only children who grow. Parents do too. As much as we watch to see what our children do with their lives, they are watching us to see what we do with ours. I can't tell my children to reach for the sun. All I can do is reach for it, myself. Being a full-time mother is one of the highest salaried jobs in my field, since the payment is pure love.

TGIF!!







Apabila Novel Di Adaptasi Ke Sebuah Filem - Ombak Rindu



YEAY!!! Tak sabar rasanya bila saya dengar yang novel dari novelis terkenal Fauziah Ashari iaitu Ombak Rindu kini telah difilemkan dan ianya akan ditayangkan pada tahun ini (tapi tak tau bulan berapa). Yang penting saya terlalu suka akan cerita ni...

Barisan para pelakonnya erm...NOT BAD!! dan yang pasti heronya pun adalah hero idaman malaya (kot) iaitu Seth Tan (Aaron Aziz), Maya Karin, Lisa Surihani dan banyak lagi.

So, apa lagi kawan-kawan. Bagi yang meminati siri novel-novel cinta dari Fauziah Ashari jangan lupa nantikan kemunculan filem ini.

Filem arahan Osman Ali ini diadaptasikan daripada novel popular Ombak Rindu yang turut menggunakan judul yang sama untuk filem .

SUKA SUKA SUKA.....

Bila YAB PM Datang Ke Kawasan Perumahanku

Assalammualaikum semua,

Selamat Pagi Jumaat. Di harap kalian semua sihat dan sejahtera hendaknya.

Pagi ni saya nak cerita sikit pasal aktiviti penduduk di kawasan perumahan saya. Bukan nak mengumpat, mengata pun jauh sekali. TAK BAIK!!

Ini cerita pasal YAB Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib Tun Abd Razak yang sudi menyinggah berkempen di kawasan perumahan saya pada hari ini. Di jangkakan dalam 10,000 orang akan hadir mendengar ceramah beliau.

Area kawasan perumahan saya pagi ni dah macam kempen orang nak mengundi. Sebab apa saya cakap macam tu, sebabnya bendera berkibar sana sini. Boleh dikatakan setiap rumah dipasangkan dengan bendera Malaysia dan ada tu siap kibar bendera parti lagi. Hehehe... Kelakar pun ada. Setelah 34 tahun saya duduk kat sini tak pernah pulak menteri ke datang. Tapi eloklah, bermesra bersama rakyat. Mungkin PM boleh dengar segala macam permasalahan penduduk disini.

Tapi yang merumitkan setiap rumah ni nak kena pakai sticker untuk masuk kekawasan perumahan ni iaitu dari pukul 8:00pagi sampailah ke pukul 6:00petang nanti. Masalahnya sekarang anak-anak saya bersekolah lagi jadi mereka nak balik dari sekolah nanti mungkin bermasalah nak masuk ke kawasan perumahan ini sebabnya orang yang menghantar anak-anak saya tu takde sticker kereta (dah macam mana pulak anak-anak saya nak balik kerumah)?

Nampak berseri-seri kawasan perumahan saya ni sebab PM nak datang. Rumput-rumput dipotong, kereta-kereta buruk ditarik dan dilupuskan, jalan dihias cantik, jalan diturap. Amboii jangan sebab PM nak datang maka semuanya dijaga dan dikawal rapi. Harap-harap semua penduduk di sini muafakat dan sepakat untuk membersihkan kawasan perumahan kita ini dimasa akan datang.

Ini adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil sebelum nak ke pejabat pagi ni.



Surat dari AJK Surau



Stiker kenderaan yang nak masuk ke kawasan perumahan kami



Majlis tahlil semalam di adakan di surau.




Khemah makan para VIP










Baru nak naik bendera ni. Masa saya nak pergi ofis tadi para sukarelawan tengah nak pasang belon besar dan bendera lagi.

Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Lembah Keramat

Monday, June 06, 2011

My Books Review

Assalammualaikum semua,

Rasanya dah beberapa hari saya tak menjegah blog ni, almaklumlah cuti wiken masa banyak dihabiskan melayan kerenah anak-anak.

Entry saya pada kali ini saya nak bercerita pasal buku-buku yang telah saya beli baru-baru ini. Buku-buku ni bukanlah buku yang terbaru dipasaran, cuma saya baru ada kesempatan untuk membeli dan membacanya. Bukan apa, perancangan awalnya saya nak mencari buku novel "Kasih Yang Suci a.k.a. Nora Elena". Tapi tak sangka pulak dekat 10 kedai buku yang saya pergi semua kata buku tu sudah habis..sekarang tengah printing baru, minggu depan baru sampai". Hebat sungguh penangan Nora Elena ni, buku dijual macam goreng pisang panas. Tahniah kepada penulis buku berkenaan Sdri Meen Zulaikha.

Nak dijadikan cerita sebab dah frust pergi ke 10 buah kedai saya pun belilah buku2 cerita yang takdelah baru sangat (dah lama juga) untuk merawat kesedihan serta kebosanan.

Antara buku-buku yang saya beli adalah seperti berikut:-

Mini Shopaholic by Sophie Kinsella



The world's favourite economically challenged heroine is back... with a small friend in tow...

Becky Brandon (née Bloomwood) thought motherhood would be a breeze and that having a daughter was a dream come true a shopping friend for life! But it's trickier than she thought as two-year-old Minnie has a quite different approach to shopping.

She can create havoc everywhere from Harrods to Harvey Nicks to her own christening. She hires taxis at random, her favourite word is Mine, and she's even started bidding for designer bags on eBay.

On top of everything else, there s a big financial crisis. People are having to Cut Back including all of Becky's personal shopping clients and she and Luke are still living with Becky's Mum and Dad. To cheer everyone up, Becky decides to throw a surprise birthday party on a budget but then things become really complicated.

Who will end up on the naughty step, who will get a gold star and will Becky's secret wishes come true?


Kau Kekasihku oleh Anis Ayuni



Hadirmu bagai sinar mentari pagi. Menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini kulalui. Melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjara jiwaku dalam sepi. Terasa kini, bahagia ada dimana-mana. Hanya dirimu yang bertakhta di hati.
Pandanglah kedalam mataku... selamilah jauh hingga ke dasarnya. pasti yang akan kau lihat adalah rinduku terhadapmu. Tapi, apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku saja yang merasakannya? Zairi... hatimu sebenarnya untuk siapa? Mengapa kau terus membisu pada ketika aku amant yakin yang aku bukan berbayang seorang diri? Aku tahu cintaku berbalas, tapi mengapa tak pernah sekalipun kau melafazkannya?

Kisah pergolakan hidup diantara Nadhira dan Zairi dari awal perkenalan hinggalah mereka kejinjang pelamin dan hidup sebagai suami isteri. Konflik serta pergolakan yang terjadi sepanjang perkahwinan mereka hanya kerana penyakit misteri yang dihidapi oleh Zairi.


- Posted using BlogPress from my iPad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...