Assalammualaikum semua,
Hari ni saya nak cerita pasal novel lagi..tak sudah-sudah..kali ni novel yang telah diadaptasi ke teater pula. Bagi penggemar-penggemar teater dan novel, jangan lepaskan peluang menonton teater kali ini daripada novelis popular "Khadijah Hashim" yang bertajuk Badai Semalam.
Honestly, saya belum pernah baca lagi buku cerita ni... dan disebabkan bersiarannya cerita ini dalam bentuk teater barulah saya berkesempatan membaca sinopsis bagi cerita ini. Jalan cerita yang menarik dan saya suka.
Para pelakonnya, erm...boleh tahan juga not bad antaranya Erra Fazira, Aaron Aziz (again??) dan Fizz Fairuz serta ramai la lagi...
Yang saya hairan, apa pasallah En Seth Tan ni begitu sinonim menjadi hero bagi cerita-cerita yang telah diadaptasi daripada novel ni..umpama macam dah sign kontrak pulak dengan semua novelis di Malaysia. Apa dah hilang ke pelakon lelaki popular Malaysia yang berkaliber waktu ini?(hehehehe..jangan marah ye..saya cuma tanya aje..)
Tapi saya memang suka dan seronok bila dapat tahu yang gandingan mantap ini bersama-sama melakonkan watak mereka didalam novel ini "secocok".
Tahniah kepada Khadijah Hashim dan semoga sentiasa sukses. Kepada kawan-kawan semua jom kita terjah Istana Budaya kerana pementasan teater ini sedang berlangsung dari 15 June sehingga 25 June 2011.
Harga Tiket bermula dari RM30, RM50, RM70, RM100, RM150 dan RM300. Untuk penempahan tiket bolehlah hibungi di talian 034026 5558. Masa persembahan bermula pada jam 8:30 malam.
Sebenarnya cerita ini sepatutnya dipentaskan pada bulan November nanti tetapi disebabkan ada kekosongan slot kerana salah satu daripada pementasan telah dibatalkan jadi teater ini telah bersiaran awal.."Konfius Ai".
Apa-apa pun layan ajelah kawan-kawan...
Sinopsis Teater Badai Semalam
Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.
Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.
Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.
Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.
Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga.
Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?
Selamat Menonton!!
Trak Transformer Boleh Bergerak Popular Di China
12 hours ago
3 comments:
tak sabarnya....
aikk patutnye november kan?ye2 la dah mark calendar.ni habis tunggang langgang la schedule ni.huhu
Aziela: iyelah saya pun...
Kak Es: Betul tu saya pun dah berkobar-kobar ingatkan bulan november tapi bila baca balik betul-betul memang sah teater ni dipentaskan awal sebab ada slot yang telah dibatalkan di Istana Budaya.
Post a Comment