Thursday, May 31, 2012

Penghargaan



Assalammualaikum...

Rakan Seperjuanganku.....

Setiap orang mempunyai pasang surut di dalam kehidupan mereka (takde kena mengena dengan entri...jauh menyimpang ayat tu).  Saya merasakan yang saya mempunyai cara yang tersendiri untuk menghargai kawan-kawan saya yang mana kesudian dan sokongan dari anda semua adalah penguat dan pemberi semangat untuk saya terus bercerita dan menulis di dalam dunia blogging ini.

Terima kasih pada anda semua kawan-kawan yang sudi mengikuti dan memberikan komen-komen yang membina serta menceriakan hari-hari saya setiap hari.  Kesudian dan kelapangan anda semua menyinggah ke blog saya ini amat memberikan makna yang mendalam bagi saya.

Jumlah ini amat-amat saya kagumi dan bangga dengan ketidak bagusan gaya penulisan saya serta cerita yagn saya rasakan agak sedikit merapu dan terlewat kekadang amat membaggakan saya.

Alhamdulillah kini saya rasakan setiap titipan saya menjadi tatapan kawan-kawan semua walaupun bukanlah superb dan menarik pun entri saya macam blogger-blogger sifu dan terkenal yang mencecah alexa dan ping tertinggi setiap hari tapi alhamdulillah adalah juga orang yang sudi singgah dan mengikuti blog 'kurang' saya ini.

TERIMA KASIH kawan-kawan semua, Saya SAYANG anda semua dan sudi-sudikanlah berziarah dan memberikan pandangan dan kritikan membina untuk saya terus bertapak dalam dunia penulisan blog ini.

Semoga anda semua terus maju dan sukses bersama dan seiring dengan kemajuan teknologi dan sama-sama memanafaatkan kemudahan yang sedia ada untuk menyampaikan info dan pengalaman untuk dikongsikan bersama rakan-rakan lain.

11 comments:

Unknown said...

(^___^)

Reena Sidek said...

terima kasih juga kat akak... yg sudi berkunjung blog sy yg tak seberapa... :)

Unknown said...

berblogging mmg untuk cari ramai kawan kan...semoga terus maju jaya...

mrspuex said...

terima kasih kerana sudi menjadi rakan blog saya juga..:D

Unknown said...

hehee...nampak muka anak2 kat gambar di atas.. masih lagi tak nampak tulisan :(

Aziela said...

Tahniah wak.... U deserve this... Berbaloi dengan usaha awak...

maszull said...

assalamualaikum Rahmah...sama2lah kita berkawan di alam maya ni yer moga persahabatan tetap kekal ...:)

Anonymous said...

alhamdulillah....
betul tu, berblog pun dapat tambah rakan.. semoga berjaya selalu ya...

Kekzamanis said...

Saling menghargai antara satu sama lain, itulah yang membawa bahagia & kegembiraan.. ^_^

Lida Rahim said...

sama-sama... semoga perkenalan kita berterusan :)

nazayiena said...

Terima kasih juga sbb sudi jadi kwn wlpn sekadar kwn di alam maya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...