Tuesday, December 17, 2013

Xeramic Challenge 2013 @ Sepang International Circuit


Assalammualaikum....
 
Lamanya tak bersiaran...baru tengahari tadi saya dengan rakan sepejabat bercerita pasal blog kami.  Saya ni dah lama ketinggalan dan agak suam-suam kuku dalam aktiviti mengapdet aktiviti dan berita harian. 
 
Pastinya ramai yang dan lupakan saya .....
 
Apa khabar rakan-rakan blogger saya.  Semoga sihat semuanya....
 
Bukan merajuk...bukan malas...dan bukan bosan dengan dunia blogging tapi tuntutan tugasan yang agak mendukacitakan amat mencekik saya ketika ini..tak langsung berkesempatan nak menjengah blog ......
 
Rindu sangat-sangat nak baca entri kengkawan semua...Insyaallah ..kerja pun lately ni kurang sikit saya akan cuba berziarah semula kerumah kawan-kawan....
 
Sekadar memulakan entri pertama saya hari ni nak bercerita pasal kisah anak-anak yang memasuki kejohanan Asia bagi season terakhir anjuran Rotax "Rotax Asia Challenge" atau dalam nama lain "Xeramic Challenge 2013" yang berlangsung pada hari Ahad, 15/12/13 baru-baru ini di Sepang International Circuit.
 
Penat tak payah nak ceritalah ....memang tetiap kali kalau anak-anak saya mengambil bahagian kami suami isteri ni yang macam orang hilang arah...kesana kesini menghantar dan menjemput mereka selain dari memberikan sokongan padu tak berbelah bahagi...daripada day 1 sampailah ke akhiran....
 
Umpama kalau cerita kat orang... balik rumah tu...memang tidur mati suami isteri tak sedar diri dek kerana kepenatan kehulu kehilir menguruskan anak-anak.  Tetapi tak mengapalah ..demi kebahagiaan mereka dan minat mereka kami ikutkan sahaja dapat pahala.
 
Berbeza pada kejohanan yang lepas yang mana anak yang sulung mengambil bahagian , kini dedua sekali mengambil bahagian.
 


















 
 
Walaupun mereka tidak memenangi apa-apa kategori tetapi Alhamdulillah pengalaman dan kepuasan tergambar dalam jiwa dan diri mereka.  Insyaallah di kejohanan yang lain akan perlu dipertingkatkan lagi usaha dan kerja keras mereka.
 
Walaupun tak menang tetapi TAHNIAH kepada Muhammad Afiq Haikal #15 kerana berjaya mendapat tempat ke 4 dan Muhammad Amirul Haikal #21 berjaya di tempat ke 6 (mengalami kemalangan akibat dari perlanggaran dengan peserta dari negara Indonesia).....

Selain itu anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan tersebut dengan melayari sesawang di SINI
 
You Guys Did A Great Job!!



 

Wednesday, November 20, 2013

Wordless Wedneday # 93


Assalammualaikum....
 
Dunia akhir zaman...
 
Semakin ramai yang alpa dan lupa diri mengenai asal usul kehidupan kita.....
 
Sekadar perkongsian bersama untuk dijadikan panduan sesama kita semua...
 
 
 
 
"JANGAN BANGGA, JANGAN BERLAGAK"
 
Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita ialah TANAH LIAT
Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita ialah KUBUR
Jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita ialah KAIN KAPAN
Jangan bangga dengan kereta dan motor besar kerana kenderaan kita yang terakhir ialah KERANDA
Jangan bangga dengan minyak wangi berjenama yang kita pakai kerana wangian terakhir kita ialah KAPUR BARUS
 
Hidup jangan mendongak langit, memandang kebendaan semata-mata.  Berbaliklah padaNYA dan sentiasalah berSYUKUR dan berSEDERHANA.
 
xoxo


Wordless Wednesday #92

 
Assalammualaikum.....
 
 
No arguments!!
 
 

Monday, November 04, 2013

Salam Maal Hijrah

 
Assalammualaikum...
 
 
 
 
Tutup buku lama, buka buku baru...esok umat islam seluruh dunia akan menyambut tahun baru Maal Hijrah.  Semoga segala kelemahan dan kekurangan kita diperbaiki untuk kebaikan bersama.  Yang baik jadikan pedoman dan yang buruk jadikan sempadan.
 
Hijrah mengandungi hikmah yang besar sekali peranannya dalam pembangunan ummah. Suatu kumpulan masyarakat tidak akan menjadi baik jika setiap individu yang ada di dalamnya telah rosak kerana kumpulan masyarakat itu bergantung kepada individu itu sendiri. Oleh itu hijrah amat ditekankan di dalam al-Quran dan disebutkan sebanyak lebih 28 kali di dalam berbagai bentuk dan makna.
 
 
Dengan hijrah, hati, perkataan dan perbuatan kita akan menjadi bersih dari segala maksiat, dosa dan syirik seperti kisah khalifah Umar bin al-Khathab r.a yang menarik untuk kita renungkan bahawa beliau sebelum memeluk Islam dikenali dengan julukan “penghulu para pelaku kejahatan”, namun setelah berhijrah, beliau menjadi pemimpin yang disegani, tawaddhu’ dan suka menolong orang miskin, menjadi tonggak bagi berkembangnya agama Islam.
 
Hakikatnya hijrah sangatlah berat, kerana di samping harus memiliki kesabaran, kita juga dituntut memiliki keteguhan aqidah dan keyakinan agar tidak mudah termakan dengan pujuk rayu dan godaan dari kenikmatan dunia yang fana.
 
 

Thursday, October 31, 2013

Bersyukurlah.....


Gugel
 
Sebagai seorang hambaNYA dan manusia yang lemah selemahnya ... kita tidak pernah lari dari sikap kurang bersyukur atas setiap pemberian yang telah diberikan oleh yang maha esa.
 
Termasuklah diri ini seringkali lupa dan lalai akan kelebihan dan ketetapan yang telah diberikan oleh Allah s.w.t.
 
Akan tetapi pernahkan kita berfikir dan bermuzakarah pada diri sendiri tentang "barangsiapa yang tidak mau bersyukur dengan segala nikmat Allah, maka sesungguhnya ia telah menunjukkan kepada hilangnya sebuah nikmat, dan barangsiapa yang telah bersyukur dengan segala nikmat itu, maka ia telah mengikatnya dengan suatu tali nikmat tersebut."
 
Apabila manusia mahu mensyukuri akan nikmat Allah SWT., maka Allah akan menambah nikmat-Nya, dan apabila manusia itu tidak mahu berterima kasih kepada nikmat-Nya, maka sesungguhnya Allah akan mencabut dan juga mengurangi nikmat dari manusia tersebut sebagai hukuman atas kekufurannya, sebab sudah ditegaskan di dalam Al-Qur'an, sebagaimana dengan firman-Nya: 
 
Ertinya : ''Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari(nikmat)-Ku, maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih". (QS. Ibrahim : 7). 
 
Manusia pada umumnya adalah mempunyai sifat lalai dan khufur... mereka tidak menyedari bahawa nilai suatu nikmat yang telah dianugerahkan Allah kepada dirinya. Maka dia baru terasa apabila... nikmat itu dicabut dari dirinya, maka dia barulah merasakan dan menyedarinya, contohnya adalah nikmat berupa kesihatan jasmani, kesihatan rohani, penampilan diri, jodoh ketetapan ilahi, perkara yang dilalui.
 
Apabila Allah telah menariknya satu persatu maka barulah seseorang itu akan perasan dan menyesali akan kesilapan dan kealpaan diri mereka.
 
Semoga kita sentiasa menSYUKURi atas segala pemberian dan anugerah yang telah diberikan dengan penuh berlapang dada.
 

Wednesday, October 30, 2013

Wordless Wednesday # 91


  Assalammualaikum...
 
 
Mohon rakan blogger yang membaca entri ini untuk mendoakan akan kesejahteraan dan kesihatan bapa mertua kepada rakan blogger kita Pn. Aziela yang mana beliau pernah menceritakan kisahnya melalui beberapa entrinya di SINI dan SINI
 
Semoga beliau sekeluarga tabah dalam menghadapi semua dugaan ini.
 
 

Monday, October 28, 2013

Semakin Ramai Yang Celik IT


TAHUKAH ANDA??
 
Gugel
 
Bilangan pengguna Internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta orang pada 2012, demikian menurut Laporan Ekonomi 2013/2014 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Menurut laporan itu kadar penembusan jalur lebar isi rumah pula meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala dengan kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat 42.6 juta langganan.

Statistik juga menunjukkan lebih banyak pengguna Internet di Malaysia merupakan pembeli berbanding penjual dengan saiz pasaran urus niaga dalam talian di Malaysia dijangka mencecah RM5 bilion menjelang 2014 berbanding RM1.8 bilion pada 2010.

Menurut laporan itu, Malaysia merupakan antara tiga negara teras di Asia bagi purata perbelanjaan dalam talian pada tempoh 12 bulan lalu dan ini dipacu oleh perkhidmatan pelancongan, khususnya tiket penerbangan dan tempahan hotel, telah menerajui pembelian produk dan perkhidmatan dalam talian.

Tambahan pula pembelian melalui Internet telah dipermudahkan lagi dengan pembayaran elektronik melalui perbankan dalam talian atau kad kredit.

Friday, October 25, 2013

Yang Terbaik!


Assalammualaikum....
 
Salam Jumaat penuh barakah buat semua rakan blogger.
 
Semoga hari ini menjadi hari yang baik untuk dimulakan bagi kita semua serta di jauhkan dari segala kesulitan serta kesukaran.
 


 

Thursday, October 24, 2013

Hentikan Penyebaran!!


Assalammualaikum....
 
Sejak kebelakangan ini semakin banyak kejadian jenayah berlaku di negara kita....susulan dari setiap kejadian pasti akan tersiarnya penyebaran gambar-gambar kejadian jenayah berkenaan tak kira mangsa ataupun si penjenayah di laman-laman internet, laman sosial, khidmat pesanan ringkas dengan berleluasa sekali tanpa kita sedari adakalanya ianya telah menyinggung sensitiviti ahli keluarga si mangsa dan penjenayah itu sekali.
 
Bukankah apabila sesuatu kejadian jenayah itu berlaku segala info dan rekod gambar-gambar menjadi suatu bukti jenayah dan perlu di simpan dengan 'CONFIDENTIAL'.
 
Kenapa zaman sekarang setiap kejadian jenayah itu seakan semakin galak 'rakyat jelata' yang tidak bertanggungjawab menyebarkan info-info dan gambar-gambar yang tidak sepatutnya untuk tontonan umum.
 
Mana perginya konsep "PRIORITY", 'CONFIDENTIALITY' dan 'PERIKEMANUSIAAN' rakyat kita.  Tidakkah merasa bersalah dengan menyebarkan gambar2 tersebut akan secara tak langsung mengaibkan, menyeksakan dan menggangu emosi ahli keluarga mereka.
 
Tak perlu untuk jadi reporter tak bertauliah..cukuplah reporter yang ada untuk mendapatkan info yang jelas dan tepat tanpa perlu menyebarkannya lagi...
 
Kita semua tahu "RAKYAT MALAYSIA MEMANG PRIHATIN".


"KPN : Harus Hentikan Budaya Menyebar Gambar Mangsa Jenayah"

October 24, 2013

Sejak petang tadi tersebar luas gambar seorang pegawai bank wanita, Noazita bt Abu Talib yang ditembak di bahagian muka dan mati ditempat kejadian.Tindakan menyebarkan gambar mangsa kejadian jenayah membabitkan seorang pegawai bank wanita ditembak di muka sejak petang tadi merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Jika ia dilakukan oleh pegawai polis, maka tindakan tersebut merupakan satu tindakan yang tdak beretika.Ini bukan kali pertama gambar-gambar yang mengerikan membabitkan mangsa jenayah diedarkan melalui telefon dan ruang siber. Dipercayai hampir 90% penyebaran ini dibuat oleh anggota polis yang tiba d tempat kejadian atau mengendalikan kes tersebut.

Kita tidak pasti apakah tujuan anggota polis yang pernah melakukan tindakan ini. Mereka mungkin berniat baik mahu mendapat simpati masyarakat. Tapi sebahagian besar saya percaya bertujuan mencari perhatian, sakit jiwa dan sekadar membuang masa tanpa memikirkan implikasi perkara ini kepada pelbagai pihak.

Pengedaran gambar-gambar membabitkan mangsa jenayah dan tempat kejadian jenayah (crime scene) merupakan pembocoran maklumat siasatan secara tidak langsung. Tidak mustahil suatu hari nanti gambar-gambar ini akan menjadi pertikaian umum dan akhirnya menjejaskan siasatan dan pendakwaan.Gambar-gambar sebegini juga memberi trauma kepada keluarga mangsa dan juga rakyat biasa.

Prihatinlah sama dengan keluarga mangsa dan juga rakyat biasa yang tidak biasa melihat gambar-gambar mengerikan sedemikian. Bayangkan ahli keluarga mangsa yang melihat gambar-gambar tersebut bertebaran di ruang siber.

Bagaimanakah seorang bapa boleh menghalang anaknya daripada melihat wajah ngeri ibu yang ditembak tersebut?Suatu ketika dahulu negara digemparkan dengan pengedaran gambar bedah siasat allahyarham adik Nurin Jazlin yang berusia 8 tahun, hilang pada 20 Ogos 2007 selepas dia pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di Kuala Lumpur. Dua puluh tujuh hari kemudian, mayatnya ditemui dalam sebuah beg gimnasium di depan sebuah kedai di Jalan PJS 1/48 di Petaling Jaya dan laporan bedah siasat mendedahkan dia didera secara seksual.Gambar tersebut dipercayai diedar oleh seorang anggota polis berpangkat lans koperal.

Apakah tindakan ke atas anggota tersebut?Sejak kebelakangan ini semakin kerap gambar dan laporan jenayah tersebar melalui telefon bimbit dan ruang siber sehinggakan ia menjadi satu kemegahan kepada penyebarnya.Anggota polis sebagai mereka yang dilatih dengan disiplin, peraturan dan tanggungjawab sewajarnya menunjukkan empati dan simpati yang lebih kepada mangsa bukannya bersuka hati menyebarkan gambar mangsa jenayah dan maklumat tempat jenayah berlaku.

Dalam satu kes pembunuhan di Bukit Putih pada April tahun lalu (2012), Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh pernah memberi peringatan agar orang ramai jangan sewenangnya memuat turun sebarang rakaman video dan gambar bagi mana-mana kes jenayah kerana ia akan mengganggu siasatan selain mengaibkan mangsa terlibat.

Malangnya, dalam kebanyakan kes penyebaran ini dilakukan oleh para anggota sendiri berdasarkan eksklusiviti gambar dan laporan seperti laporan polis.

Saya fikir sudah masanya, Ketua Polis Negara wajar memberi peringatan serius dan juga mengambil tindakan kepada para anggota polis mengenai isu ini. Bukan kerja anggota polis membantu jualan akhbar atau rating media sosial melalui penyebaran gambar-gambar mangsa jenayah.



Wednesday, October 23, 2013

Wordless Wednesday # 90


Assalammualaikum,..
 
Wordless Wednesday
 
 
Semoga kita semua ditempatkan dikalangan para hamba yang soleh dan solehah di sisiNYA.
 
Amin....

Friday, October 18, 2013

Perkongsian Terbaik Untuk Semua

Salam Jumaat semua....

Ingin berkongsi sebuah artikel menarik melalui luahan rasa seorang Pendakwah yang tidak asing lagi RIDHUAN TEE ABDULLAH.

gugel
"Saya harap rakan saya berbangsa Melayu tidak salah faham membaca artikel ini. Saya tidak memandang rendah kepada orang Melayu. Pada saya, semua bangsa dijadikan ALLAH mempunyai kekuatannya tersendiri. Tiada istilah Melayu malas, bangsa lain rajin dan sebagainya, sebagaimana yang dipersepsikan. Semua bergantung kepada diri sendiri. Seperti kata Pendeta Za’ba, rupa tidak boleh berubah, tetapi perangai boleh diubah. Terpulang kepada kita, nak pilih yang mana!

Kebelakangan ini, banyak sangat ‘kelemahan’ Melayu sama ada yang saya lihat sendiri atau didedahkan. Saya yakin Melayu tahu dan memahaminya. Tetapi Melayu sengaja membiarkannya. Dalam apa jua bidang, Melayu bermasalah. Dalam politik, mereka saling tikam-menikam walaupun sesama parti. Saling fitnah-memfitnah, jatuh-menjatuh dan sebagainya. Dalam ekonomi, saling dengki-mendengki melihat orang lain berjaya. Bila tidak puas hati, berlaku santau-menyantau. Mereka tidak faham falsafah korban, walaupun tiap-tiap tahun menyambut Hari Raya Korban.

Pendek kata, dalam apa jua profesion, Melayu bermasalah. Dalam perjawatan awam (juga swasta), politik untuk naik pangkat,. Oouuhhh! dahsyat. Untuk mencapai matlamat itu, kerjanya membodek sepanjang masa untuk naik, walaupun kualiti kerja macam...

Itu belum sebut lagi masalah sosial yang lain seperti gejala sosial remaja, dunia hiburan artis, dadah, dedah, gejala tak solat, masalah keluarga, perceraian dan lain-lain. Berdasarkan statistik, setiap 15 minit, akan lahir anak luar nikah dan pasangan Melayu bercerai.

Mudah sahaja untuk menjadi popular di negara ini. Tidak perlu belajar tinggi-tinggi atau masuk universiti. Cukup sekadar masuk industri hiburan, tonjolkan kontroversi atau masuk pertandingan menyanyi, melawak, menonjol dalam sukan dan lain-lain berkaitan. Popularlah.

Kenapalah Melayu pantang popular sedikit? Usahkan diri empunya yang mungkin ‘popular’, mereka yang tidak kena-mengena pun terasa popular seperti isteri atau suami artis popular tersebut atau pegawai peribadinya. Maka menyombonglah tidak tentu pasal.

Kepopularan ini menjadi dia glamor. Artis-artis pun suka. Maka mengoratlah mereka. Sanggup hadiahkan rumah berjuta-juta. Akhirnya, kedua-dua jadi popular. Persoalannya, kenapa susah sangat nak cari artis atau orang popular yang warak atau low profile. Kenapa hidup penuh kontroversi. Tidak teringin ke masuk syurga? Takkan nak tunggu tua baru nak bertaubat!.

Lebih pelik lagi, mereka inilah yang menjadi rebutan syarikat swasta untuk menjadi duta sana sini. Peribadi duta-duta produk tidak diambil kira, yang penting popular. Produk laku.

Terbaharu, dilema Melayu popular. Saya naik muak dan lemas menonton YouTube mengenai gelagat isteri seorang pemain bola sepak terhadap pengawal keselamatan di sebuah lapangan terbang. Ini baru bola sepak, belum lagi bola lain.

Cuba banding dengan jaguh-jaguh negara bukan Melayu seperti pemain badminton nombor satu dunia. Beliau amat popular. Isterinya juga popular. Kedua-dua mereka berharta dan kaya-raya. Kehidupan mereka tidak pula kontroversi. Bayangkan jika pasangan itu orang Melayu.

Ingatlah Melayu, popular di sisi ALLAH, kita bukan apa-apa pun jika tidak ada bekalan iman dan takwa. Sepatutnya kita guna populariti itu untuk cari keredaan ALLAH, menjadikan kelebihan itu untuk mendidik manusia jadi manusia, bukan sebaliknya.

Berbeza dengan artis di Barat. Mereka amat popular, bertaraf dunia lagi tetapi mereka tidak sombong, walaupun tidak Islam. Kepopularan mereka digunakan untuk membaiki diri dan keluarga. Buat bekalan di hari tua. Sebab itulah, jarang dengar orang Barat popular merana di usia tua, sebab mereka ada bekalan. Kita pula berlagak tak tentu pasal dengan red carpet sana sini, tetapi poket kosong. Bila tua, merana.


Sempena Hari Raya Korban ini, marilah kita muhasabah diri. Kita hanya makhluk ALLAH. Sepopular mana pun, kita tetap hamba ALLAH. Kita akan ditanya tentang Tuhan kita, agama kita, amalan kita dan sumbangan kita. Sejauh manakah sebenarnya kita berkorban? Perkongsian bersama...renung-renungkan."
 
Apa yang dipersoal dan diperkatakan oleh beliau  seperti diatas memang amat tepat dan terjadi dikalangan masyarakat melayu sekarang.  Perpecahan dan pergolakan sesama sendiri semakin hari semakin berleluasa.  Kadang kala kita lupa siapa diri kita yang sebenarnya.
 
Sama-samalah kita saling ingat mengingati selagi mampu agar kita semua tidak terpesong dan tenggelam dengan sifat riak, sombong, meninggi diri, syirik dan sebagainya.  Andai kata kita lalai dan takbur..sentiasalah berbalik kepadaNYA.
 
Insyaallah................
 
Sharing is Caring!
 
xoxo

Thursday, October 17, 2013

Happy Birthday Princess....

Cerita dah basi...
 
Actually birthday si kecil ni sepatutnya jatuh pada hari raya korban hari tu bersamaan dengan 10 Zulhijjah, Selasa 15 Oktober 2013 tapi kami sekeluarga menyambutnya semalam termasuk sekali pakej bagi hadiah.
 
 
Sikit punya eksaited si princess ni bila kami seisi keluarga membawa kotak cake sebesar alam semalam.  Terjerit-jerit suka hati..bila tengok hasil di dalam kotak tu lagilah dia terjerit-jerit sambil cakap "TQ ayah sebab belikan icha cake princess" "TQ mama sebab belikan icha hadiah"...
 
 
Inilah hasilnya cake yang the day masa Hari Raya korban yang sepatutnya kami selebrate dengan keluarga semua tapi tak jadi coz cakenya tak sampai-sampai dari kilang hinggakan naik angin saya dibuatnya.
 
 
Nasib baiklah anak-anak saya ni tak berkira sangat so dorang memang ok aje ..senyap tak berkata2.


"Happy 4th Birthday Icha aka Nur Arissa Adilla!"
 
Semoga sentiasa menjadi anak yang soleh , menghormati orang tua dan menjadi kebanggan ayah dan mama.
 
xoxo




 
 
 
 

Monday, October 14, 2013

Bila Nak Balik Ni!!


Di saat semua orang sibuk bersilat di dapur dan membeli belah barangan untuk dibuat masakan sempena Hari Raya Aidiladha esok, saya masih lagi bertepek di office ni tak balik balik....
 
Cadanganya pagi tadi akan meREDHAi aje apa juga keputusan big boss samaada nak bagi ehsan pulang awal ataupun tidak...tapi bila dah petang-petang camgini...tengok sahabat handai post up gambar-gambar memasak rendang merebus ketupat dan membakar lemang...maka hati saya ni melonjak-lonjaklah nak balik rumah...buat2 sibuk dengan anak2 sambil bakar kuih ke kan.....
 
Hailah nasib badan...dah takde cuti, buat-buatlah takde cuti..seronok pada mereka-mereka yang mempunyai cuti lebih-lebih dihujung-hujung tahun ni....
 
Apapun nasib baiklah big boss bagi kelulusan untuk petugas wanita pulang dalam pukul 4.30petang manakala kesianlah petugas lelaki kerana tak dapat pulang awal...
 
Terima kasihlah ye boshhh!!
 
Erm...walaupun tak memasak apa tapi saya berjaya membawa balik 2 biji lemang untuk dibuat makan-makan untuk berbuka nanti....terima kasih Asyeeq (kawan office).

photo.JPG
Lemang ni dah dipotong2 ye..tu yang jadi gini ni....janji makan
 
Pastinya ramai yang dah gerak balik ke kampong halaman dan ada yang tengah melemang bagai...saya kali ni beraya dengan keluarga sebelah saya ..kerana raya puasa tahun ni dah beraya bersama mertua...nothing much preparation pun sebab raya aidiladha kami sekeluarga buat makan2 biasa saje tak macam raya puasa..tapi yang pastinya kami akan pulang ke kampung halaman esok untuk menziarah nenek.
 
Selamat Hari Raya Aidiladha Semua!!

 

Salam Aidiladha


Assalammualaikum...
 
Salam Aidiladha saya ucapkan kepada seluruh umat islam, kawan-kawan blogger, teman-teman rapat dan saudara-saudara.
 
Pinjam dari Gugel
 
Kepada rakan-rakan blogger yang berpuasa pada hari ini saya ucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa ye..
 
Sediki perkongsian untuk para sahabat diluar sana pada hari ini dianjurkan untuk memperbanyakkan doa pada waktu wukuf, kerana disitu Allah Taala turun ke langit serendahnya untuk bertemu dan menyaksikan hamba-hambanya yang ingin berjumpa denganNYA mendengar segala doa dan permohonan hambaNYA dan memakbulkan segala doa-doa mereka.  Bahkan mmuji kepada hambaNYA yang dating berwukuf di Arafah untuk menggapai rahmat dan keampunan dariNYA.
 

 
Amalan yang digalakkan bagi kita yang tidak menunaikan ibadah haji lakukan pada hari wukuf ialah dengan berdoa kepada Allah s.w.t. segala yang dihajati bagi kehidupan.  Banyakkan bertaubat dan beristighfar, tinggalkan maksiat dan dosa pada hari Arafah, serta mengharapkan keampunan dan rahmatNYA.  Kerana maksiat adalah punca seseorang terhalang daripada mendapat rahmat dari Allah s.w.t.
 
Salam Aidiladha!!

Saturday, October 12, 2013

Dilema Jodoh Pilihan


Kalau orang dulu-dulu keputusan untuk memilih jodoh suami atau isteri terletak di tangan ibu dan bapa.  Kalau kedua ibu bapa kita suka akan wanita/lelaki itu maka jadilah ikatan sebuah perkahwinan itu.

Berbeza pulak zaman sekarang ni ..yang mana semua pilihan adalah mengikut si tuan punya badan. Keputusan ibu bapa belakang kira janji si anak dah berkenan, cinta dan sayang dengan pasangan mereka.

Janji diikat walaupun adakalanya ibu bapa tidak berapa berkenan dengan calon menantu pilihan si anak dengan harapan si anak gembira dan berbahagia hingga ke akhirnya bersama pasangan.

Rata-rata kalau dilihat trend perkahwinan zaman sekarang ni ...tempoh perkahwinan yang singkat lebih banyak terjadi dengan pengakhiran kepada perceraian atas alasan tiada persefahaman dengan pasangan mereka.  Antara alasan lain yang sering mereka kaitkan ialah dengan adanya hubungan dengan pihak ketiga, jurang perbezaan dari segi darjat dan harta, tiada tolak ansur, ego dan sebagainya.

Seringkali kita lihat pasangan ini merupakan pasangan yang masih muda dan masih baru melayari bahtera perkahwinan yang masih belum mencecah 4-5 tahun usia perkahwinan mereka.

Bagaimana pula dengan diri kita? Adakah kita rasa bahagia dengan pilihan kita sekarang?

Bagaimana dengan ibu bapa kita pula?  Adakah mereka juga merasakan seperti kita?




 

Friday, October 11, 2013

Kerja Rumah Yang Paling Anda Tak Suka....


Salam Jumaat semua....

Sebagai seorang wanita, berkahwin dan bekerjaya pastinya tugasan kita tidak habis setakat di pejabat sahaja...tugasan rumah juga harus dilunaskan sebaik sahaja kita pulang ke rumah.

Pelbagai tugasan harus dilakukan baik dari segi penyediaan makanan iaitu dari bab penyediaan sampailah ke bab selepas makan nak kena uruskan.  Selepas atau sambil-sambil tu pasti ada yang menjalankan mesin cucian untuk membasuh pakaian pula sambil lepas tu menangakat pakaian yang telah kering diampaian...itu belum masuk bab melipat kain yang bertimbun-timbun seharian.
 
 
 
PENAT kan? Nak pula bagi kawan-kawan yang mempunyai anak seorang, dua orang boleh cope lagi..tapi bagi kawan-kawan yang ada anak melebihi dari 3 orang .....mau haru dibuatnya.  Kalau hari-hari berterusan begitu mau naik bengang kalau semua nak dibuat sorang-sorang kita tanpa ada bantuan dari suami....
 
Owh! saya memang perlukan pertolongan dari En Suami everytime saya menguruskan hal rumahtangga saya.  Kalau tidak mau jadi tunggang terbalik diri saya ni ... mau pergi ke pejabat pakai kasut sebelah lain sebelah lain ...hihihhihi.....
 
Dalam banyak-banyak kerja rumah yang paling saya benci dan rasakan amat payah dan lemah nak buat yang saya pasti ada juga antara anda pun sama sepenapat dengan saya antaranya ialah:-
 
  • Basuh bilik mandi - kalau takat 1 bilik mandi takpe jugak nak dibersih...ini nak kena basuh 2-3 bilik mandi mau sakit pinggang dibuatnya....dengan kena hidu bau klorox..huhuhu naik sesak dada dibuatnya..
  • Sidai kain - Owh malasnya nak menyidai lepas kain dimesin....memang sangat2 payah nak lakukan nak nak kalau tengah hari panas berdentum kat luar...aduiyaiii!!
  • Lipat baju - kalau dah basuh kain dan sidai kain pastinya kena melipat kan? huhuhu....sungguh saya tak suka aktiviti ini..kalaulah ada mesin melipat kain pasti saya beli dulu..kalau harganya mahal mau saya sewa jugak....tak sanggup!
  • Gosok baju - Fail menggosok baju specially seluar slack suami...mesti ada kilat-kilat dekat line seluar tu ..tambahan pula En Suami saya ni agak cerewet dalam bab bab menggosok pakaian pejabat beliau..kena ikut side dan line betul .... arghhhhh tak suka!
Kalau nak difikir-fikir listing macam di atas ni memang lah fikir ianya bebanan...tapi dah namanya perempuan nak avoid macam mana pun dah tak boleh..nak tak nak REDHA ajelah...sebab tulah sekarang ni semakin ramai wanita yang berkerjaya mengupah pembantu rumah melakukan semua tugasan rumah....tapi saya tak nak buat begitu dengan alas an "TAK PERCAYA" so....conclusionnya buat ajelah tanpa banyak persoalan...tapi nasib baiklah En Suami pun ringan tulang membantu di hujung minggu.
 
Anda pula bagaimana?
 
 

Thursday, October 10, 2013

Perkara Wajib Tahu....Edisi Perempuan Je!

Gugel


Selalu jugak mendengar masalah-masalah yang keluar dari mulut kawan-kawan dan kazen-kazen yang belum berumahtangga specially yang girl-girlnya yang mana sibuk duk komplen boifren mereka gini...gini....gini....hingga adakalanya menyulitkan hubungan sehari-hari mereka.
 
Nak menolong dan bercerita in detail tak berapa nak reti, al-maklumlah orang lelaki ni bukan semuanya pe'el sama dan mendengar kata nak nak dapat pasangan perempuan yang suka merengek tak tentu pasal meraih perhatian dari si lelaki....maunya tak kena tinggal.
 
Masa saya sebelum kahwin dulu saya selalu mendapatkan tips-tips hubungan melaui rakan-rakan yang telah berumahtangga dan mempunyai hubungan yang lebih kurang stabil jugaklah untuk membantu memelihara hubungan saya dengan suami ketika itu yang mana tak taulah kalau-kalau ianya membantu anda semua atau tidak...
 
Cuba ajelah ikut kalau nak ye antaranya .....
 
1) Jangan suka mengarah - ini penting bagi kita..sebabnya orang perempuan ni kadang-kadang ter'over' manja hingga kadang-kadang tak sedar kita suruh boifren kita ambil dan beli barang itu dan ini on behalf kita...
 
2) No GEDIK-GEDIK - Lelaki tak suka perempuan gedik ni.. alasan mereka perempuan gedik-gedik ni hanya buat stok geli-geli je ...maksudnya jenis "Pakai Dan Buang".
 
3) Showed Off - rasanya mereka paling tak suka kalau dapat kapel yang suka menunjuk-nunjuk specially yang jenis 'branded concious' tu ...memang agak payahlah in terms of memilih kedai nak makan, nak beli pakaian, barangan atau apa aje...semua nak kelas...walhasilnya kena lebih fleksibel..tak gitu??
 
4) Personaliti - Jaga lah bau mulut dan badanmu itu..jangan sampai berbau..mabbe kita perepmpuan tak perasan bila dan berpeluh-peluh (jalan kaki kan dari komuter)...mesti berpeluh, maka peluh 'manja' pasti akan keluar dan adakalanya berbau..so kena control sikit bau badan tu..kalau boleh kerapkali mandi guna limau purut..nak kasi nyahbau badan kita...mulut tu kalau boleh makanlah gula-gula getah dengan kerap kasi bau mint aje ye.. tak pun kunyah bunga cengkih.
 
5) Jangan banyak mulut dan berleter - Pasangan akan jadi muak dan bosan apabila kita dari mula jumpa sampai nak balik rumah tak sudah2 membebel bercakap, maunya tak bengang kepala hotak pasangan kita...so adalah lebih baik kita mengawal kadar percakapan kita ..TAPI janganlah sampai tak bercakap langsung..kang lagi bosan pulak mereka....meaning ala-kadar je...
 
6) Gossip - Owh!! ini paling mereka tak gemar .. kalau jumpa kat luar ada aje gossip uang nak dicerita..tak kiralah kalau artis tu memang story No.1, ini kalau bab-bab personal orang pun dia nak cerita dengan pasangan memang lepas ni lelaki tu angkat kaki dan jalan ajelah....AWAS ye!
 
7) Mengeluh Memanjang - Perempuan mesti suka kalau buat sesuatu perkara akan mengomel tanda protes dan tak suka itu tandanya MENGELUH.  Orang lelaki tak suka tau. Mereka duk fikir kalau tengah kapel ni dah ngomel 24 jam...nanti dah kahwin apatah lagi...owh malang bagi mereka.
 
8) Tak Independent - Sikit-sikit nak tunggu boifren, nak pergi bayar duit bil henfon pun nak tunggu boifren temankan, nak beli makanan kucing kat rumah pun boifren temankan...cubalah independent sikit...orang lelaki tak suka perempuan yang asyik bergantung dengan mereka aje..."Tak Challenging" katanya...walhasilnya lite-lite aje...TAPI jangan setiap masa dah kahwin kena 50-50 ok...
 
9) Queen Control - hihihi..term ni bukan di pakai bila dah berumahtangga tau, tapi bila berkapel pun kita boleh golongkan mereka dalam golongan ini...KENAPA...ada sesetengah pasangan perempuan mereka bila dah confirm je kapel mesti secara tak langsung control pasangan mereka...tak kiralah dari segi pemakaian baju, penampilan, membeli barang, berkawan dan segala macam bendalah ...semua dia nak tau dan nilai....tak baik gitu nanti lama-lama dia rimas.
 
Rasanya itu je kot terms yang saya teringat nak tepekkan kat dalam blog, sharing dengan kawan-kawan dan adik-adik semua.  Pastinya kat luar sana juga ada banyak lagi tips2 yang amat berguna untuk kita kaum perempuan untuk dijadikan panduan.
 
Jangan hanya terapkan ketika zaman berkapel saja, tapi bila dah kahwin semua tu terbang melayang-layang....Dah kahwin juga perlu juga malahan lagi banyak "Do's and Dont's" yang perlu kita semua amalkan.
 
Yang pasti kehidupan lelaki dan wanita ini umpama suatu perkongsian konsep "give and take" perlu ada untuk menjamin kerukunan dan kestabilan hidup bersama.
 
 
Sharing is Caring
 
xoxo











 

Nasi Kangkang??


Jangan terkejut kalau di zaman moden dan canggih ini masih terdapat golongan yang pendek dan cetek ilmu agama serta tak takut dosa melakukan perkara-perkara yang diluar batasan serta kemampuan akal dan fikiran manusia.

Semuanya hanya kerana sifat dan perasaan hasad dengki dan benci bersarang dalam jiwa mereka terhadap orang lain yang lebih maju, berjaya dan berkemampuan dari mereka.
 
Seringkali perkara-perkara tahyul dan khurafat menjadi solusi bagi mereka yang pendek ilmu dan cetek ajaran agama untuk memuaskan nafsu dan dendam mereka.
 
Pinjam Cik Gugel

Akibatnya mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan.  Ada sesetengah mereka yang menjadi mangsa menjadi pesakit bertahun-tahun lamanya hingga keakhir hayat mereka.
 
Jika diketahui dengan segera mungkin pelbagai kaedah ubatan tradisional boleh diubati bagi mengurangkan serta memulihkan pesakit berkenaan tetapi jika ianya telah menjadi darah dan daging maka segala jenis perubatan moden dan tradisional tidak menjadi sebarang efek pada si pesakit.
 
Antara paling banyak dan paling ditakuti oleh kaum lelaki kini ialah "NASI KANGKANG".
 
Masih terdapat wanita Islam yang menggunakan nasi kangkang bukan sahaja untuk menundukkan suami, bahkan ada yang bertujuan memporak-perandakan kebahagiaan jiran tetangga.
 
Banyak drama-drama melayu memaparkan akan kisah masyarakat yang banyak memberikan pengajaran kepada si penonton.  Tak kurang juga yang menjadikan cerita berkenaan sebagai suatu inspirasi bagi mereka untuk melunaskan dendam dan perasaan amarah mereka.
 
Sejauh manakah kita mengenali asal-usul cerita khurafat ini...bergantung pada penerimaan kita.  Ada sesetengah percaya dan ada sesetengah yang terlalu URBAN tidak percaya akan kewujudannya.
 
Allahualam..moga-moga kita semua dijauhkan dari segala malapetaka dan perkara buruk sebegini dari terjadi.
 
 
 
 
 
 
 


Tuesday, October 08, 2013

Alahai ..... Kenapalah Tinggalkan Mereka!!

 
Rasa nak marah menjerit dan menumbuk-numbuk muka kedua ibu bapa pada anak-anak yang malang ini...disebabkan akan kebodohan mereka berdua yang terlalu mengikut hati dan perasaan.
 
BERANAK AJE PANDAI!!

Nak dikata kurang cerdik ... memasing pergi ke sekolah dan nak kata cetek ilmu memang rasanya mempunyai pengalaman masing-masing ..dah lama hidup rasanya. Apa yang pasti masing-masing terlalu mementingkan diri hingga sanggup mensia-siakan amanat yang telah ALLAH SWT berikan hanya kerana menegakkan keEGOan masing-masing.
 

"KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.

Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.

Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.

"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.

“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.

“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.

"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.

Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.

Terkenal sikap suka 'perang besar'

Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.

“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.

“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan," katanya.

Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar.

"Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat campur tangan," katanya.

Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka.

“Sebelum ini ada juga mereka 'hilang', tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan.

"Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?" katanya.

Anak-anak tak banyak karenah

Seorang jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.

“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka.

"Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.

“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati," katanya sebak.

Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.

“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.

“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya."

Apa yang saya boleh katakan di sini..kedua-dua SUAMI ISTERI ni memang BODOH!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...