Showing posts with label 1001 Ragam Manusia. Show all posts
Showing posts with label 1001 Ragam Manusia. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

Bersyukurlah.....


Gugel
 
Sebagai seorang hambaNYA dan manusia yang lemah selemahnya ... kita tidak pernah lari dari sikap kurang bersyukur atas setiap pemberian yang telah diberikan oleh yang maha esa.
 
Termasuklah diri ini seringkali lupa dan lalai akan kelebihan dan ketetapan yang telah diberikan oleh Allah s.w.t.
 
Akan tetapi pernahkan kita berfikir dan bermuzakarah pada diri sendiri tentang "barangsiapa yang tidak mau bersyukur dengan segala nikmat Allah, maka sesungguhnya ia telah menunjukkan kepada hilangnya sebuah nikmat, dan barangsiapa yang telah bersyukur dengan segala nikmat itu, maka ia telah mengikatnya dengan suatu tali nikmat tersebut."
 
Apabila manusia mahu mensyukuri akan nikmat Allah SWT., maka Allah akan menambah nikmat-Nya, dan apabila manusia itu tidak mahu berterima kasih kepada nikmat-Nya, maka sesungguhnya Allah akan mencabut dan juga mengurangi nikmat dari manusia tersebut sebagai hukuman atas kekufurannya, sebab sudah ditegaskan di dalam Al-Qur'an, sebagaimana dengan firman-Nya: 
 
Ertinya : ''Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari(nikmat)-Ku, maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih". (QS. Ibrahim : 7). 
 
Manusia pada umumnya adalah mempunyai sifat lalai dan khufur... mereka tidak menyedari bahawa nilai suatu nikmat yang telah dianugerahkan Allah kepada dirinya. Maka dia baru terasa apabila... nikmat itu dicabut dari dirinya, maka dia barulah merasakan dan menyedarinya, contohnya adalah nikmat berupa kesihatan jasmani, kesihatan rohani, penampilan diri, jodoh ketetapan ilahi, perkara yang dilalui.
 
Apabila Allah telah menariknya satu persatu maka barulah seseorang itu akan perasan dan menyesali akan kesilapan dan kealpaan diri mereka.
 
Semoga kita sentiasa menSYUKURi atas segala pemberian dan anugerah yang telah diberikan dengan penuh berlapang dada.
 

Thursday, August 01, 2013

Tak Susah Nak Kenal....


Assalammualaikum...

Alhamdulillah...bertemu lagi kita semua dalam ramadhan yang ke 23.  Tak suka dan sedih aje apabila mendengar di corong-corong radio berkumandang hebat lagu-lagu raya saban hari  bersilih ganti menandakan raya dah nak dekat....huhuhu.sedihnya...

Amalan belum cukup ada yang lompong-lompong dan insyaallah jika diberikan umur yang panjang tahun hadapan nak melunaskan apa yang tertunggak di tahun ini contohnya pergi sembahyang terawih, solat subuh di masjid, qiyamulail dan sebagainya.  Hanya menunggu masa si kecik ini besar dan boleh memahami kata-kata kita untuk saya menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNYA secara keseluruhannya seperti tahun-tahun yang lalu.



Sepanjang menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan ini terlalu banyak perkara dan kejadian yang saya lihat dan ketahui dan untuk mengenali peribadi seseorang itu juga tak susah...hanya di dalam bulan ramadhan ini sajalah kita dapat mengenali pe'el dan perangai manusia-manusia sebenar tak kiralah sesiapa sahaja termasuklah diri saya sendiri.

Saya bukanlah sesempurna manapun untuk terus berkata-kata......tetapi nampakkah kita apabila kesabaran, kejahilan dan keikhlasan dari dalaman kita jelas terpancar di dalam bulan ini.  

Dahulu arwah bapa saya selalu cakap "kalau nak tengok perangai manusia ni elok ke tidak...perati mereka dalam bulan ramadhan".  Kini saya telah pasti dan mengenali dengan jelas akan kata-kata arwah bapa saya tu....pelbagai reaksi, personaliti dan perangai yang kita tunjukkan tanpa sedar yang mana kita perlu tahu "Itulah Diri Kita Yang Sebenar" tanpa perlu ada syaitan yang menghasut atau unsur-unsur negative lain yang menginfluence diri kita..tak kiralah ketika memandu di jalanraya, ketika membeli-belah barangan persiapan hari raya, membeli juadah untuk berbuka, melakukan tugasan harian kita, menjaga adab dan sopan kita, temper kemarahan kita, membuat amal kebajikan kita.........segalanya boleh terkeluar dengan sendiri tanpa kita sedari di dalam bulan ini di mana bulan yang menduga keimanan kita sebagai umatNYA.

Alhamdulillah dan Insyaallah...jika niat kita satu hanya kerana Allah s.w.t. pasti ianya akan dipermudahkan dan diredhai dan yang pastinya semua perlakuan itu haruslah dikawal dan perbanyakkan muhasabah diri serta tawaduk semoga kita semua tidak terpesong dan dapat mengawal diri kita semua dengan baik.


Sharing is caring!


Thursday, March 07, 2013

Sukar Untuk Memaafkannya


Assalammualaikum...

Kalau dibaca tajuk entri tu memang macam mengalahkan sinopsis novel kan? Tapi abaikan aje tajuk yang over tu kerana hakikatnya sekarang kita sebagai manusia memang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dan dari kesilapan itulah adakalanya sesetengah orang sukar untuk memaafkan kesilapan yang telah kita lakukan.

Kebahagiaan atau penderitaan tidak perlu mencari siapa yang bersalah, atau yang menyebabkan hidup anda menderita. Anda harus mampu memaafkan orang lain yang telah menyakiti hati anda.  Mohonlah keampunan kepada Allah untuknya dan sikap itu membuatkan anda termasuk orang yang diberikan rahmat oleh Allah. 




Jika anda disakiti bererti anda sedang teraniaya. Orang yang teraniaya adalah orang yang sedang diuji sekali gus diberikan kemudahan oleh Allah. Allah memberikan dua pilihan membalas perbuatannya atau memaafkan. Jika anda tidak membalas tetapi bersabar dan memaafkan orang yang telah menyakiti anda maka Allah akan memberikan keampunan dosa-dosa anda dan Allah menganugerahkan kepada anda kehidupan yang lebih sihat, indah dan membahagiakan.

Memaafkan bukan mudah selagi anda bernama manusia yang fitrahnya berteman khilaf, selalu kalah dengan ujian Allah SWT. Tidak mahu mengaku kalah sedangkan Allah lebih menyukai mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah. 

Jangan ingat yang membuatkan anda terluka itu kejam, sebaliknya anda lebih zalim kerana tidak mahu memaafkan.

Thursday, August 09, 2012

Tak Patut....


Assalammualaikum....

Selagi tak habis bulan puasa ni asyik nak cerita pasal puasa dan raya aje kan...tapi takpelah nak cerita jugak.

Saya sekarang ni dah berumah sendiri jadi bila dah berumah sendiri mesti duduk asing dengan parents kan? Tapi bukan nak cerita pasal tu .... sebenarnya kawasan rumah saya ni dikelilingi dengan segala macam prasarana contohnya macam shop lot kedai makanan, pasar malam, downtown, pasar pagi dan di bulan puasa ni terdapat bazaar ramadhan dan lokasi tempat-tempat  ni betul-betul berdekatan dengan tempat tinggal saya sekarang...bak kata orang "jalan kaki pun bolehhh" (cakap dalam nada iklan Rejoice ye).  Memang meriah!! 

Persoalannya bukan disebabkan bising ke kotor ke apa ...cuma yang menjadikan saya tertanya-tanya adalah kerana di situ terdapat downtown pada malam hari dan di saban hari dengan disediakan tempat untuk anak muda atau golong tua berhibur iaitu tempat menyanyi KARAOKE.

Gugel

Memang setiap malam akan berbunyilah muzik dekat downtown tu sampailah ke pagi dalam pukul 4.00 pagi tu barulah nak over senyap sunyi.  Tapi pabila masa berganjak ke bulan Ramadhan ni ..semestinya kita menghormati bulan mulia dan bulan ibadah kan...persoalannya sekarang, mereka dengan tanpa segan silu menyediakan khidmat karaoke tersebut di setiap malam akhir-akhir ini (awal bulan ramadhan hari tu senyap sekejap..masuk puasa ke 10 terus rancak balik buka meja).  

Saya rasakan perkara sebegini tidak patut dan harus mereka lakukan.  Dan yang menghairankan lagi ada saja la pulak orang yang nak menyanyinya tanpa segan silu dan menghormati bulan Ramadhan...TAK MALU KE HAPA??

Sepatutnya kita perlulah menghormati bulan Ramadhan kerana masa ini kita boleh beramal dan mengejar kan pahala.  Mengapa mereka perlu alpa hingga sanggup menyanyi di tengah-tengah malam melalak-lalak sedangkan di masjid berdekatan tengah melakukan sembahyang sunat dan solat terawikh serta ceramah agama yang mereka memang sah-sah dengar. Tidak terbukakah pintu hati mereka untuk sentiasa menghormati bulan mulia.

Apa nak jadilah dengan mereka ni....

Thursday, July 12, 2012

Fikir Panjang


Assalammualaikum....


Gugel

Kekadang kita ni mempunyai 1001 perangai yang ada kalanya tidak dapat nak ditafsir oleh hati dan perasaan.

Kewarasan diri dan ketetapan agama dalam diri seseorang menjadi pengukur akan tahap keimanan dan keseimbangan akal dan fikiran seseorang itu.

Kurangnya ilmu agama dan kewarasan diri maka pincanglah diri.  Itu sebablah kita dengar semakin ramai rakyat Malaysia yang sering menghadapi masalah kemurungan hingga mengundang gejala buruk dan negatif terjadi antaranya bunuh diri, meminum racun, membunuh, mengelar anak atau ahli keluarga sendiri, amuk dan sebagainya...

Saya pernah post upkan beberapa entri mengenai permasalahan ini sebelum-sebelum ini di SINI dan SINI.

Kenapa pendek sangat akal dan kewarasan fikiran hingga sanggup mencederakan mereka yang disayangi dan juga diri sendiri.

Erm macam-macamlah kerenah manusia sekarang ini......semoga kita semua dijauhi dari segala dugaan dan permasalahan begini.

p/s: Puasa dah nak dekat dah tapi saya dah nampak banner Selamat Hari Raya Aidilfitri di beberapa pasaraya dan kedai pakaian...macam mana ni....ibadah ke keseronokan yang dikejarkan...huhuhuhu 

Tuesday, July 03, 2012

Cantik Di Mata Allah S.W.T



Assalammualaikum.....

Manusia seringkali lalai dan leka serta taksub akan perihal keduniaan.

Tetapi tahukah kita bahawa hidup di dunia ini hanya untuk mencari keredhaan Allah dan memikat hati-Nya bukan untuk kepuasan manusia lain. Hal ini juga telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras, keturunan dan harta benda kamu, akan tetapi Allah melihat kepada keimanan dan amalan-amalan kamu.”Ini kerana semua perkara di atas akan hilang dimamah masa kerana manusia tidak akan hidup selamanya. Cantik di mata Allah adalah lebih penting daripada cantik di pandangan manusia.

Apakah ciri-cirinya?

1. Tutur bicara yang sopan 

Seseorang yang mempunyai kecantikan rohani begitu unggul akan terpancar bukan sahaja dari raut wajahnya malah tutur bicaranya yang sopan. Dia sentiasa tenang melontarkan butir kata dan pendapat dengan nada penuh kelembutan. Setiap apa yang dikatakan mendatangkan manfaat yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya. Ia diperoleh melalui ilmu pengetahuan yang dicedok dari orang-orang yang berilmu dan beriman.

2. Bermaaf-maafan setiap hari

Kita adalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan walaupun sedikit. Kadang kadang perkara kecil juga boleh menyebabkan orang lain terasa hati dan marah dengan kita. Oleh itu, sebaiknya kita sentiasa bermaafmaafan sesama manusia waima orang tersebut sangat berdendam dengan kita. Ingatlah bahawa Allah akan mendatangkan kebaikan kepada sesiapa yang memaafkan insan lain.

Budi pekerti ini susah diperolehi kerana sifat ego manusia lebih tinggi. Sebaiknya sebelum tidur, anda tenangkan hati dan fikiran. Fikirkan apa yang baik sahaja dan maafkan dalam hati semua sahabat dan umat manusia yang lain.

3. Menggunakan pancaindera sebaiknya

Allah mengurniakan pancaindera yang sempurna kepada kita dengan tujuan memudahkan kita untuk beramal ibadah kepada- Nya. Gunakan ia untuk menyerap ilmu-ilmu Allah melalui pandangan kasar atau pun yang tersirat.

Banyakkan bersedekah, bertafakur, mendengar perkara kebaikan, berjalan ke tempat yang bermanfaat dan menjamu selera dari sumber yang halal. Bukan susah untuk melakukannya kerana selagi ada usaha di situ ada jalan.

Thursday, June 28, 2012

BIG HEADED


Assalammualaikum...

a.k.a BESAR KEPALA!!

Peribahasa ada mengatakan "MALU BERTANYA, SESAT JALAN", "RAJIN BERTANYA LUAS PANDANGAN"

Kalau dah memang dasar keras kepala dan suka-suka hati membesarkan kepala sampaikan apabila kita suruh dan mengarahkan untuk membuat sesuatu yang boleh dikatakan "bukan selalu" tetapi ianya suatu TUNTUTAN KERJA tapi ada aje nak membantah dan ada saja alasan dan attitude yang diberikan.  Sikap suka membantah ni semakin hari semakin menjadi-jadi apabila segala kemahuan dan perangai yang ditunjukkan tidak sudah-sudah hingga menaikkan angin dan memualkan saya.

Berkerja dengan sikap nak TUNJUK PANDAI tu tak mengapa lagilah kerana saya memang suka orang yang reti dan mengetahui semua perkara mengenai pengurusan pejabat tetapi kalau sekadar nak tunjuk pandai tapi prestasi dan mutu kerja masih di tahap itu atau dalam erti kata lain MERUDUM dengan setiap kali buat gaji pekerja salah dan sistem filing belum teratur itu bukan PANDAI namanya tetapi umpama memBODOHkan DIRI SENDIRI.

Selama ini segala kemahuan segala kehendak diturutkan dengna tiada persoalan tetapi apabila kita meminta mereka commit dengan tugas serta lebih bertanggungjawab umpama AMAT SUKAR untuk mereka turuti.

Apa lagi yang dimahukan dengan kadar gaji yang diberi memang cukup-cukup memuaskan hati tanpa mengira samaada mereka mempunyai kelulusan yang tinggi dan takat bekerja disyarikat kecil nak demand gaji tinggi menggunung sedangkan mutu kerja serta produktiviti yang diberikan "ALA KADAR" rasanya tak perlu lagi nak mempertikaikan semua itu.  

Persoalannya "NAK KERJA KE TAK NAK??"  Kalau tak berminat dengan kerja dan tugasan serta arahan yang diberi...maka tak perlu fikir panjang ANGKAT KAKI DAN JALAN ajelah...berlambak-lambak calon diluar sana yang mempunyai kelayakan serta pengalaman kerja yang bagus menanti.  Tetapi disebabkan rasa ingin membantu kami memberikan kerja kepada mereka umpama "DAH BAGI BETIS NAK PEHA". Buat kerja membuta tuli tanpa berfikir dan belajar apa tugas yang secara basic WAJIB yang dilakukan pada setiap bulan tetapi arahan dan tunjuk ajar tidak pernah lekang diberikan dengan alasan mereka tak berapa MASTER dan MENGHAYATI tugasan yang diberikan.  Rasanya tak susah pun kerja kerana ianya bukan selalu selebihnya masa banyak dihabiskan dengan melayari laman sosial dan berchatting, mengumpat dan membuat perkara peribadi lain.  TAK MARAH kalau segala kerja dan tugasan yang diberikan telah dilangsaikan asalkan segala yang diminta dapat diberikan ON TIME...tapi ini tidak, bila kita mintak dan tanya mereka memberikan alasan TERLUPA dan paling tidak buat muka seposen aje...dah bertahun buat kerja tanya borang itu ini pun tak tahu.

Susah dan payah nak berurusan dengan manusia yang perasan diri bagus dan besar kepala ni....

Friday, June 15, 2012

Gelak Selagi Boleh...


Assalammualaikum...

Google
Erm..kalau tang gelak semua orang pasti suka dan teruja untuk join sekali dalam conversation tu tapi ada juga kebaikan dan keburukan gelak besar-besar ni..macam saya ni pulak jenis yang suka gelak besar-besar dan kekadang tu terover-over jugak, tapi orang kata kalau gelak melampau-lampau tu hati seseorang tu sebenarnya di dalam kerunsingan dan kegelisahan...BETUL KE??

Erm..sejauh mana perumpamaan itu saya sendiri pun tak berapa nak faham.  Mungkin kot!! Tapi terpulang kepada sesetengah individu itu. Yang penting gelak tu berpada-pada jugaklah ye...jangan sampai memeluatkan orang yang mendengar dan merunsingkan mereka-mereka yang mendengar sudahlah...

Lepas ni saya pun kena gelak berpada-pada jugaklah..segan pulak pada orang yang mendengar...huhuhuhu..MAAF YE KAWAN-KAWAN!!


Thursday, April 26, 2012

Erm....Alahai!!

Assalammualaikum....

Kawan-kawan semua tahukah anda bahawa terkadang kita ni sebagai manusia sahaya selalu lalai dan lupa diri sendiri. 

Kenapa saya berkata begitu kerana adakalanya kita berkata-kata dan ayat yang kita luahkan adakalanya menyentuh dan menyakitkan hati orang lain.

Contohnya ayat lazim yang selalu orang beri dan tanyakan pada kita dan selalu kita dengar masyarakat sekeliling meluahkan pertanyaan dan persoalan sebegini.

"Bila nak tunang", " Bila nak kahwin", "Bila nak ada anak sendiri", "Bila nak terima menantu", " Bila nak bercucu", "Laaa....  beranak lagi".

Semua itu terlalu sinonim dengan masyarakat Malaysia dan memang soalan wajib yang perlu ditanya oleh orang kepada orang yang lain.

Kenapa pulak tidak sebaliknya misal kata bila kita jumpa orang kita cakap " Alhamdulillah, kita berjumpa lagi ye, semoga kita semua diperpanjangkan umur". Kenapa tak nak cakap macam tu pulak?

Kenapalah soalan-soalan sensitip yang selalu diajukan hingga adakalanya menginggung perasaan seseorang itu.

Maka jikalau kita berada di dalam situasi berkenaan, dan berurusan dengan mereka-mereka yang sebegitu maka haruslah kita menjawabnya dengan hanya memberikan senyuman.  Jangan dilawan sebaliknya tampilkan senyuman yang paling manis kepada mereka hingga mereka sendiri akan rasa terssinggung dan berfikir balik atas apa soalan yang mereka tanyakan itu.

p/s:  Bakpe nak lawan tegang urat...buat ngabih boreh jo!! (betul ke tu dialect bahasa nogori tu)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...