Friday, March 29, 2013

Tazkirah


Asssalammualaikum...

Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan peluang serta umur yang panjang untuk terus bernafas dan menumpang di bumi Allah ini.

Sentiasa mengucapkan SYUKUR dan berterima kasih di atas setiap pemberian dariNYA.

Allah Maha Besar!!


Gugel


"so keep your head high
Keep your chin up and 
most importantly, keep 
smiling because life's 
a beautiful thing and there's 
so much to smile about"



SALAM JUMAAT 
HAPPY WEEKEND

Thursday, March 28, 2013

1st Give Away Love LIMITED EDITION by cci


Assalammualaikum semua...


Jom kita join GA yang telah di anjurkan oleh cik Cci kita.


Comel tak banner dia ni..kiut miut kan?

Hadiahnya pun boleh tahan comel juga macam tuannya.

Apa pun korang semua boleh terjah blog beliau di SINI

Tarikh tutup 29 March 2013 


JOM KITA!!


Wednesday, March 27, 2013

Wordless Wednesday #69


Assalammualaikum...

Tuesday, March 26, 2013

Word Verification???


Assalammualaikum...

Perghh!! penat jugak ye berziaran dari satu rumah ke satu rumah yang lain...walaupun bukan membawa kenderaan dan menggunakan tenaga untuk berjalan membawa diri ni tapi walaupun bersinggahan secara maya dari satu blog ke satu blog yang lain membawa banyak momen menarik dan cerita sedih, gembira dan tips menarik yang dapat saya kumpul sepanjang menyertai Segmen Mak Dara ni.

Saya pinjam dari Gugel
Memang terserlah cara dan corak penyampaian blogger-blogger kita ni. Tak semua sama cara penyampaian..sangat kreatif dan mostly senang nak terima dan baca oleh semua peringkat umur.

Header blog ada tu memang tersangatlah sweet dan superb dengan combination kalers yang sangat menarik dan sweet rasa macam nak makan pun ada.  Setengah tu pula ada jugak yang letak lagu-lagu in a way welcoming para pengunjung yang berziarah.  Meamang kewl!!

Tapi dalam banyak-banyak rumah yang saya singgah ni yang tak best partnya bila singgah ke rumah orang yang mana kita cuba nak meninggalkan jejak ziarah kita akan tetapi tuan rumah ni terlebih advance la pulak sebab letak words verification...erghhh!! saya rimas sungguhlah...memang amat menyukarkan dan menyusahkan...

Pada kawan-kawan tu kalau boleh tolonglah disablekan word verification tu ye...saya rasa bukan saya sorang aje kot yang tak berapa suka mostly ada jugak blogger lain yang berziarah tak berapa gemar nak menaip word verification tu...

Jadi in future tolonglah alert dan lebih mesra alam...supaya kita semua senang nak berziarah dan meninggalakan jejak dan komen-komen bernas kat belog cantik anda tu....

Salam kenal dan All the Best pada yang bersegmen!!

Monday, March 25, 2013

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara



Assalammualaikum...

Memulakan hari Isnin yang penuh motivasi ini dengan berSEGMEN kali ini anjuran Mak Dara yang Vouge tu..

Jom kawan-kawan kita semua memeriahkan lagi segmen anjuran Mak Dara kali ini.



Berbaloi-baloi hadiah yang di tawarkan memang puas hati.  Nak tahu siapa penganjurnya? 

Antara para penganjur yang baik hati itu adalah:-


Antara syarat-syarat yang amat memudahkan semua ialah :-

1. Follow Blog Bicara Mak Dara
2. Buat entri dengan tajuk 
"MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara"
3. Masukkan Banner Di Atas Ke Dalam Entry dan Linkkan Ke sini 
4. Copy paste senarai penaja
5 .Tag 3 Orang Rakan Anda Untuk Menyertai GA Ini. (Dan mereka harus tahu akan GA ini)
6. Setelah selesai sila tinggalkan Url link entry di kotak komen di SINI


Apa tunggu lagi ?? Jangan lepaskan peluang ini yang mana masih terbuka sehingga 31hb March 2013

Dengan ini juga saya ingin mengeTAG 3 orang sahabat CUN saya 



GOOD LUCK


Monday Yang Tak Berapa Blues


Assalammualaikum...

Selamat pagi dan selamat bersiatran kembali kawan-kawan semua.  Semunya liat dan mals aje nak bangun pagi hari ni disebabkan anak-anak telah memulakan cuti persekolahan mereka selama seminggu (tapi anak-anak saya tak cuti...sekolah lagi)



Routine masih tetap seperti biasa jugak take perubahan huhuhuhu....apa pun All the best untuk semua dan pada yang bercuti tu Happy Holiday dan Selamat Bertugas pada mereka yang bekerja seperti saya...

Jom kita start hari Isnin ni dengan berSegmen manalah tau dapat menceriakan hari serta mood anda yang suram muram dan mundur tu...JOM JOM JOM!!!

Happy Monday Semua!!


Thursday, March 21, 2013

Tidak Perlu Was-Was Lagi...



Assalammualaikum...

Entri ini pernah saya paparkan suatu ketika dulu KLIK SINI sewaktu topik kesahihan penggunaan barangan ini dipertikaikan ketika itu.



Kini setelah sekian lama (tak lama sangat la..) pejabat saya telah berubah penggunaan pinggan mangkuk kepada yang lebih sesuai dan teruji kesahihan kehalalan nya.  Tak perlu pening-pening kepala lagi kerana semuanya telah ditukar kepada yang baru.

Terima kasih IKEA


Wednesday, March 20, 2013

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com


Assalammualaikum...

Semuanya telah tersedia senang dan mudah untuk diikuti. So apa tunggu lagi? kalau anda mempunyai kelapangan silalah join tanda support sesama blogger kita sambil berkenal-kenalan dengan blogger lama dan baru.



Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Salam Kenal Semua!!....

Wordless Wednesday #68


Assalammualaikum....





Sharing is Caring

xoxo

Tuesday, March 19, 2013

Perlukah Supplement

Badan kita memerlukan supplement bagi menampung pemakanan kita untuk sihat dan bertenaga setiap hari.

Tanpa supplement badan kita tidak berapa cergas dan penyakit pun mudah menyerang kita tanpa mengenal waktu.


Pelbagai jenis supplement untuk kesihatan banyak terdapat di pasaran. Kini kebanyakan dari kita banyak mengambil supplement MULTIVITAMIN yang mana dapat meningkatkan sistem imun pada badan kita serta meningkatkan tahap tenaga, kulit dan badan, menguatkan tulang dan penglihatan kita.

Mutilvitamin amat digalakkan pada mereka ini untuk tujuan kesihatan antaranya:

  • Wanita hamil dan menyusu anak
  • Alchoholic
  • Perokok tegar
  • Pengamal diet
  • Vegetarian
  • Warga tua
Sebutir suplement multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien.

Jadi kawan-kawan, mari kita mulakan dengan mengambil supplement untuk kesihatan dan kecergasan badan kita.


Sharing is Caring!


Monday, March 18, 2013

Sakit Mental



Kaum wanita kini lebih terdedah untuk menghadapi masalah "sakit mental" dan amat membimbangkan apabila jangkaan yang diberikan merekodkan bahawa penyakit mental dalam kalangan wanita merangkumi 12.1 peratus berbanding hanya 10.4 peratus yang dihadapi oleh kaum lelaki.

gugel

Nyatalah kita kaum wanita lebih banyak menghadapi stress dan permasalahan berbanding dengan kaum lelaki.

Jangan salahkan kenapa cuma ketahuilah bahawa kaum wanita mampu memikul semua tanggungjawab dengan baik dan pada masa yang sama boleh menyeimbangkan tuntutan kita sebagai isteri, ibu dan ahli kepada masyarakat.

Sesungguhnya keadaan wanita kini berbeza daripada sepuluh tahun dahulu dengan memegang peranan serta pelbagai tanggung jawab berat dan jawatan penting dalam negara bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara juga.

Selain dari sakit mental kaum wanita juga amat terdedah dengan penyakit kanser yang mana bakal menambahkan lagi masalah kemurungan mereka.  Oleh itu kaum wanita kenalah menjaga diri mereka dengan sempurna agar tidak tergolong di dalam golongan ini dengan mudah.  Jagalah penampilan diri dan kuatkan semangat anda di dalam apa juga permasalahan yang timbul serta berbaliklah pada maha pencipta untuk mendapatkan petunjuk.... Insyaallah.



Thursday, March 14, 2013

Cuci Mata


Mata dah naik berpinar kekenyangan pun iye, mengantuk tahap gaban pun iye jugak, kepala berat disebabkan si kecik ni meragam ajak bermain di malam-malam buta lately ni...dah dekat 3 malam berturut-turut dia bangun mengajak saya sekalli bermain dengan dia, tu yang kepala rasa berat mata pun rasa cam dah tak boleh bukak tambahan pulak baru lepas lunch ...ha lagilah haru mata ni nak bukak kan...



Jadi sambil-sambil nak kaver mata ni dari tertutup memacamlah benda yang saya bukak tutup mencari yang bukan-bukan kat depan komputer ni...

Hasil dari carian tersebut maka berjayalah saya membersih mencuci mata je menengok-nengok beberapa barangan menarik buat cuci mata yang dah nak naik pejam ni...hihihi







CANTIKNYA!!!

Owhhhhh!! sudah-sudah tu kalau dilayan mau naik juling dan teringat-ingat sampai terbawa-bawa ke tidur....ke esok pagi....dan seterusnya...lepas tu menyalak merayu dengan En Habi mintak nak membeli...adussss!! PARAH sungguh jadi perempuan ni...

sigh****


Saya Suka...Saya Suka...


Assalammualaikum

Mata tak sudah begerak ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan melihatkan barangan-barangan yang cantik-cantik dan unik penuh dengan warna warni.






Geram dan cantik dan surely kalau anda-anda yang tengok mesti suka jugak.


Barulah semangat nak memasak dan duduk di dapur lebih lama kalau dapat barang-barang macam ni....

(ayat riak lah pulak...macam selama ni takleh nak memasak kalau takde peralatan camgini)




Tahukah anda barangan-barangan ini diperbuat daripada batang pokok bambu?? Menarik bukan?  Bambu telah banyak digunakan dan dikomersilkan untuk pelbagai kegunaan bukan hanya setakat buat lemang aje tau...





Tengok ajelah hasilnya kini dengan pelbagai warna dan kaler pastinya ramai di antara kita-kita (kaum ibu) ni suka.




Pelbagai desain dan jenis barangan dapur khususnya boleh di dapati dengan hanya melayari laman sesawang mereka di SINI

Jom Terjah!!




Wednesday, March 13, 2013

Wordless Wednesday #67


It's Wednesday....




Wordless Wednesday

Tuesday, March 12, 2013

Bosan dan Throwback

Kebosanan melanda di tahap yang agak melampau ketika ini...

Memang kerja tu ada banyak menimbun-nimbun akan tetapi moment ni memang takde mood nak bergerak untuk melakukan apa yang sepatutnya...


Waktu-waktu begini memang nampak dan teringat semua benda in which maksud saya time nilah nak berangannya nak flashback citer-citer dulu kala (macam takde waktu lain nak buatkan) nak menengok gambar-gambar lama lepas tu gelak sorang-sorang kat meja sendiri macam orang angau.

Orang lain mundar mandir lalu lalang fikir apa budak ni sewel ke sasau senyum sorang-sorang...hehehehe

Lantaklah apa orang nak kata pun janji hati saya hepi...

Tetiba nampak gambar Arissa sikit punya baik makan bersuap aiskrim dengan kazennya beberapa minggu yang lalu masa bercuti di Langkawi...

So sweet....


Dalam pada tu pulak....

Owh!! tetiba rasa macam nak kecek En Habi belikan untuk anak saya stroller begini untuk Aizaara tapi boleh ke?? Macam takde tujuan...Nanti En Habi mesti cakap "uish bakpe nak beli stroller camni bukan ke pakai sekejap aje tak boleh pakai lama".  Biasalah stended En Habi punya ayat...


(keluar topik la pulak)



Cubalah dulukan manalah tau sebab anak saya yang sorang tu macam payah sangat nak duduk dalam stroller ...asyik nak berpegang aje ..takut gamaknya.

Jiwa dan mood celaru haru biru tak tahu mana satu nak ikut...payah betul kalau layan bosan ni lagi parah..hish!!

Rumah Idaman


Zaman sekarang ni kalau takde rumah mesti tak lengkap hidup kan?

Tapi bila dah dapat rumah macam-macam boleh kita buat.  Bagi mereka yang terlebih RM tu bolehlah buat make over 100% rumah yang valuenya dari RM180K bila dah renovate dah nampak macam rumah RM380K...hahahaha kelass gitu..

Macam-macam desain dan kehendak semasa yang pastinya kita sendiri tak lepas dari mempunyai kemahuan dan kehendak semasa di zaman sekarang ni untuk mendapatkan rumah impian kita.  Baik dari segi furniture mahupun barangan mentah untuk membuat rumah berkenaan.

Tengok rumah cam gini cantik nakk...tengok rumah cam itu nak gak...pokok pangkal habis citer sume pun nak jugaklah...

Macam saya pulak semestinya mood nak merenovate rumah belum ketahap gaban lagi kerana bagi kami biarlah kami simpan duit sikit-sikit dulu dan Insyaallah jika berkemampuan lebih sikit nanti barulah boleh membuat segala macam perancangan untuk keselesaan kami anak beranak kelak.  Insyaallah tak perlu terkejar-kejar untuk mengimpikan sesuatu yang kita sendiri belum mampu untuk memiliki kelak nanti menanggung hutang keliling pinggang pun payah jugak. 

So as a kick-start, kita tengok ajelah gambar-gambar rumah idaman ni ye... Insyaallah mana tau pastinya kita semua akan dapat apa yang kita mahukan.  Pokok pangkalnya usaha tangga kejayaan.







p/s: Saya selalu bermuzakarahkan diri jika berkehendakkan sesuatu maka saya dan En. Habi kenalah berusaha lebih gigih lagi.  Insyaallah.....rezeki Allah nak bagi mana nak tahu kan?


xoxo



Monday, March 11, 2013

Ketiak Lecak


Hahahaha..tajuk entri kali ni tak agak-agak langsung...

Maaflah kalau-kalau saya mengganggu sensitiviti sesetengah dari anda yang menjengah ke sini...

Bukian niat nak mengaibkan sesiapa apatah lagi nak menggelakkan mereka-mereka yang berketiak lecak aka basah ni.....tapi nak buat macam mana kalau dah hormon kita terlebih aktif maka ketiak kita akan mengeluarkan air perpeluhan yang boleh tahan banyaklah jugak...



Oleh itu bagi anda-anda yang mempunyai masalah seperti ini..maka dengan itu haruslah disarankan agar anda tidak memakai sebarang pakaian yang berwarna plain atau putih ...kerana dikhuatiri akan memerangkap air disebabkan oleh perpeluhan itu...hehehehe

Selain dari itu berbagai cara boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ketiak lecak ini antara dengan sistem teknologi canggih masa kini, tak tahulah anda pernah nampak ke tidak di pasaran kini terdapat padding ketiak yang boleh di gunakan bagi mengawal pengeluaran peluh ini dari terkena pada baju anda...



Mudah kan??

Tapi sekurang-kurangnya anda boleh menarik nafas lega kerana anda tidak perlu mengalami situasi di mana ketiak anda perlu dicukur berkali-kali akibat darri pertumbuhan aktif hormon anda yang satu ni...




p/s: tolong jangan fikir yang bukan-bukan ye.....




Tahniah Hadzwan & Iqwa


Assalammualaikum...

Dah masuk hari Isnin sekejapan aje hari berganjak dari hari ke hari tanpa segan silu meninggalkan kita..huhuhu...

Wiken baru ni kami sekeluarga menerjah ke Puncak Meru di Jelapang Ipoh kerana menghadiri undangan Majlis Pertunangan salah seorang anak saudara sebelah my brother in law. Meriah, cantik, beradat dan sempoi aje keluarga sebelah perempuan yang menerima kedatangan kami dengan hajat yang besar dari si pihak jejaka ni...

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah cuma yang masalahnya ketika orang semua tengah sibuk berbalas-balas pantun serta membaca bacaan doa anak saya yang si kecik ni keluarkan peaching suara yang paling 'high note' sekali dek kerana kebosanan dan kelaparan susu di tahap melampau...

Pergh...malu tahap melampau di ketika orang semua tengah nak mendengar tarikh dan syarat-syarat yang pihak perempuan telah tetapkan time tulah dia menangis tak berenti....Hai lah anak!!

Untuk itu juga TAHNIAH saya ucapkan pada pasangan Hadzwan dan Iqwa di majlis pertunangan anda berdua...Insyaallah panjang umur dan jodoh kita ketemu semula di hari penyatuan anda.

Saya tak dapat nak snap apa-apa gambar pun during majlis tu almaklumlah memegang si kecik ni yang tak mahu diam so ter'miss'lah banyak scene dan moment-moment menarik.  Jadi saya pinjam ajelah gambar dari twitter merangkap anak buah ke adik saudara (pape ajelah) untuk tatapan anda semua pembaca blog saya...

Jadilah daripada takde...Pinjam gambar ye IntanNatrah!


CONGRATULATIONS!!



Pinjam dari twitter IntanNatrah




Friday, March 08, 2013

Wanita Terhebat


Assalammualaikum...




"Kaulah bulan, kaulah bintang dan kaulah matahari

Tanpamu kelamlah suasana pincanglah dunia

Belaian dan kasihmu mendinginkan semua

Ketegasan dan kelembutanmu menjadikan semua terpana

Hadirmu memberikan makna

Kesedihanmu bisa meruntun hati semua jiwa

Kasih dan sayangmu tiada tandingan

Pemangkin anak bangsa

Wanita kau sumber inspirasi semua"




Selamat Hari Wanita Sedunia!!



a.k.a.



Happy Women's Day!!





xoxo









Khusus Buat Suami Dan Isteri


Assalammualaikum....


Gugel

Isteri yang solehah adalah salah satu kebaikan daripada kebaikan dunia dan nikmat yang telah dianugerahkan Allah kepada LELAKI.


 Isteri yang buruk akhlaknya merupakan seksaan bagi suaminya kerana menyebabkan suaminya berbuat dosa.

 Andai sudah menemui wanita SOLEHAH idaman hati, ucapkanlah syukur atas Nikmat yang telah diberikannya.


Salam Jumaat yang penuh barokah!


Thursday, March 07, 2013

Hebat Membeli di Tudung2U


Assalammualaikum...

Dewasa kini semakin ramai wanita yang memakai tudung.  Terdapat pelbagai jenis corak, size, gaya dan  warna yang terdapat di pasaran dan digilai oleh ramai wanita-wantia diluar sana.

Kini di zaman teknologi yang canggih bukan setakat baju aje kita boleh beli terus secara online, malahan tudung pun boleh dibeli secara terus dengan hanya menekan cursor anda di link yang telah disediakan di laman-laman web.

Tudung2U nama yang gah di dalam penjualan tudung-tudung berkualiti.  Tak perlu bersusah payah pergi ke kedai atau menaiki kenderaan menghadapi kesesakan jalanraya kini ianya boleh di dapati secara online.

Bagi anda yang berminat bolehlah membuat pembelian di TUDUNG2U.

Antara tudung-tudung yang menarik antaranya:-


Tudung Bawal Ropol

Kod Item : DZ04021
- Plain: Coklat
- Panjang: 45"
- Mudah Dibentuk
RM19.00


Selendang Half Moon Chiffon

Kod Item : DZ03005
- Mudah Dibentuk
- Panjang: 184cm
RM32.00

Selendang Half Moon Labuci

Kod Item : LA03002
- 3 Tone
- Mudah Dibentuk
- Panjang: 146cm
RM45.00


Tudung Bawal Labuci

Kod Item : LA04001
- Buatan Kelantan
- Panjang: 45"
- Mudah Dibentuk
RM24.00

Tudung Bawal Labuci

Kod Item : LA04011
- Buatan Kelantan
- Panjang: 45"
- Mudah Dibentuk
RM24.00


Tudung Bawal V-Shape Baby Leopard

Kod Item : VS02011
- Plain: Kuning
- Mudha Dibentuk 
- Panjang: 45"
RM39.00

Tudung Bawal V-Shape Zebra Black

Kod Item : VS02002
- Plain: Hitam
- Mudah Dibentuk
- Panjang: 45"
RM39.00

Tudung Bawal Express Hanis Square

Kod Item : MA02005
- Bawal Instant (Siap Jahit)
- 5 Tone
- 2 Layer
- Kristal Rainbow
- Mudah Dibentuk
RM17.00

Tudung Bawal Jari Hantu

Kod Item : LA01063
- 4 Tone
- Kristal Rainbow
- Mudah Dibentuk
RM18.00

Tudung Bawal 2 Tone Kristal Korea Kelantan - Airis

Kod Item : LA01027
- Buatan Kelantan
- 2 Tone
- Kristal Korea
- Mudah Dibentuk
- Panjang: 45" inches
RM32.00

Kerongsang Anggur - Pink

Kod Item : 1654-2
RM7.00

Anak Tudung Panjang - Coklat

Kod Item : MS1087
Anak Tudung Panjang - Coklat

RM16.00

Terdapat pelbagai jenis dan corak serta pelbagai items yang terjual di Tudung2U.

Berita baik bagi pembaca blog saya dan juga rakan followers yang lain, anda kini boleh mendapatkan diskaun hebat 15% dengan setiap pembelian yang anda buat di Tudung2U.

Dengan hanya menggunakan kod voucher BBB2013 harganya lagi murah dari harga-harga yang telah ditawarkan.

So bagi penggemar tudung-tudung berkualiti dan cantik, jangan lepaskan peluang keemasan ini silalah berkunjung ke Tudung2U

Promosi ini sah sehingga 31 March 2013, so jangan lepaskan peluang ini!!

Jom ke Tudung2U


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...