Assalammualaikum...
Terpanggil untuk membuat entri ini dan bertanyakan pendapat pada kawan-kawan semua.
Apa betul ke pinggan jenama "Han Bone China" merupakan pinggan yang diperbuat daripada campuran tulang babi atau tulang haiwan yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam.
Kesahihan maklumat berkenaan pernah saya baca apabila Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan pinggan mangkuk tersebut adalah HARAM di sisi syarak. Walaupun ia diperbuat daripada tulang binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam, maka ia juga tidak boleh digunakan. Namun ianya halal digunakan jika ianya diperbuat daripada binatang yang halal seperti tulang lembu dengan syarat disembelih secara Islam.
"Bone China" adalah istilah komersil yang digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang haiwan.
Untuk keterangan lanjut mengenai isu ini bolehlah layari sendiri ke laman web SINI dan SINI untuk mendapatkan kepastian.
Huhuhu...kini saya terpaksalah mencari jenama pinggan mangkuk lain untuk kegunaan pejabat kami memandangkan sebelum-sebelum ini kami menggunakan khidmat pinggan mangkuk ini bagi sebarang mesyuarat kelolaan syarikat kami. Cantik memanglah sangat cantik..tapi kalau dah menjadi suatu tanda tanya dan menjadikan ianya suatu yang was-was dan menjadi buah mulut petugas lain untuk digunakan adalah lebih baik di tukarkan aje.....(tak nak dengar mereka bising-bising lagi)
22 comments:
alamak! yeke..ingtkan buat totally dri tanah liat..
xtau plak psl nih..tnks akak utk info
ye ke ni?iskk..balik nak kene check ni..
@DAIRI FARISHA
memula pun akak fikir camtu gak Farisha...terkejut bila tahu..sebab setnya cantik sangat...exclusive gitu!
@Mira Adzlia
sesama kita kongsikan Mira :-)
@:: Mrs.Eady ::
hikhikhik...kena check pinggan mangkuk yang cantik2 tu izwa...
Betul tu klu dah was2 baik x pyh guna langsung.
owh,serious taktau yg pinggan mangkuk ada dip'buat dari tulang binatang...tahan ke?...
Haah lah Kak,baik tukar...
ada jugak dengar pasal ni..tapi tak alert sangat sbb koleksi pinggan mangkuk kat rumah tu kaca dgn plastik je..
ada jugak psl pinggan nih yg dibuat drp tulang haiwan...
p/s salam kenal :)
yew ke?sy mmg tak tau sgt brand pinggan mgkuk ni..
assalamualaikum rahmah...menarik info ini x tahu boleh jadi tahu kan...:)
mama pun nak sharekn kat kwn2 yg lain juga la yer...:)
Tq.. Tadi Dr blog maszul ni..
sekarang ni kat mana2 pun ada unsur bab* tu kan...bahaya
salam kenal... wahh... banyaknya pinggan .... sama2x lah kita hati2x memilihnya....
thks for the info, singgah dan follow dari bloglist mak dara
waahhh..da sampai ke pinggan dah..makin kena teliti pula zaman sekarang ni..nanti silap2 seluar dalam ppun kena cek dr sumber benang halal atau tidak..aduuhhh
Salam singgah dari blog Kak Azila..
Huh?? Baru tau ni.. Tapi nasib baik setakat ni takde lagi guna set pinggan mangkuk dari brand ni.. Btw, thanks atas perkongsian.. =)
Saya pernah terbeli mug (Harrods) yang diperbuat daripada tulang. Kononnya nak bagi pada ayah, but we ended up putting the mug on our collection. Tak guna pon.
cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog niechat boxpakjoe x kira k hahah ,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html
baru tahu pasal ini...
eca BW sambil ajak join GA & Contest...
http://www.ecadwinkyasha.com/2012/11/year-end-giveaway-2.html
http://www.ecadwinkyasha.com/2012/10/eca-year-end-contest.html
Post a Comment