Showing posts with label Ben Ashaari. Show all posts
Showing posts with label Ben Ashaari. Show all posts

Friday, April 27, 2012

SPONTAN BERSAMA BEN ASHAARI





BEST atau TAK BEST??


Berminat sila ke SINI sambil klik SINI juga

Tuesday, March 06, 2012

BEN ASHAARI AJAK KORANG KRITIK BLOG AKU



Bersiaran secara terus kembali dengan menyertai segmen Ben Ashaari.  Bukan niat untuk berlumba-lumba mendapatkan rating trafik tinggi (jauh sekali tu) tapi yang pasti saya amat memerlukan khidmat teguran, nasihat serta tunjuk ajar serta kritikan membina dari blogger baru dan blogger lama (otai) yang sudi menerjah dan mereview blog yang kurang sempurna ini untuk tujuan pemulihbaikan dan secara tak langsung berkenalan dan berkongsi pendapat sesama kita blogger Malaysia.

Apa salahnya menunjukkan cara yang betul serta menyampaikan mesej serta pesanan yang berfaedah pada yang memerlukan daripada kita menulis sekadar untuk menunjuk-nunjuk dan bersaing secara tak sihat serta mengutuk sesama sendiri di dalam alam maya ini.

Pada anda yang ingin dan berkesempatakan untuk mengambil bahagian silalah ke SINI.

Sebelum anda meninggalkan blog saya ini silalah memberikan sepatah dua kata dan komen sebagai penunjuk untuk kebaikan blog saya pada masa akan datang.


Terima kasih dan salam kenal pada blogger baru.



Thursday, March 01, 2012

BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012


Assalammualaikum semua...



Segmen baru di bulan baru anjuran Ben Ashaari...seronok menjoinkan diri bagi segmen sebegini sebabnya bukan sahaja kita boleh berkenalan dengan blogger-blogger baru dan lama malahan kita juga dapat berkongsi cerita dan pengalaman bersama mereka.

Pada anda aygn sudi silalah menjoinkan diri dengan melayari laman sesawang BEN ASHAARI untuk mengetahui dengan lebih lanjut syarat serta kelayakannya...

Memang diakui berbaloi dan sungguh efektif.  Selamat berkenalan pada mereka yang baru ingin mengenali diri saya ini dan pada yagn dan setia bersama-sama dari awal di dalam dunia blogging ini teruskan maju jaya dan sukses ye.

Untuk makluman anda semua segmen ini akan tamat pada jam 8.00 malam ini 1/3/2012 . 


Wednesday, January 11, 2012

BEN ASHAARI : BLOGLIST FEB 2012

Assalammualaikum....




Sepantas kilat menjoinkan diri untuk bersegmen dalam segmen anjuran Ben Ashaari.  Pada sesiapa yang nak joinkan diri tu silalah KLIK untuk maklumat lanjut.

Sedikit mengenai blog saya ini, kebanyakkannya blog yang saya tampilkan lebih kepada penceritaan mengenai kehidupan seharian saya yang beigitu ibuk bekerja dan juga menjadi seorang isteri dan ibu kepada tiga orang cahaya mata selain menitipkan entri-entri menarik (bagi saya) serta isu-isu semasa dalam dan luar negara buat para pembaca bloggers kesayangan yang sudi singgah dan juga sudi memberikan komen di dalam blog yang serba kekurangan ini.

Semoga kita semua dapat berkongsi-kongsi link dan pendapat selain dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama islam dan kaum agar dapat melahirkan masyarakat yang berguna dan berilmu selain berinformasi

Salam kenal semua dan sudi-sudikanlah masukkan link saya dalam senarai ye.

Wednesday, December 14, 2011

5 Blog Wanita Pilihan Ku 2011


Assalammualaikum..



Ben Ashaari anjurkan lagi segmen yang menarik hari ini, Saya berkesempatan untuk melayakkan diri dengan memilih 5 blog wanita pilihan saya tahun 2011

Pilihan saya :-




1) Mak Dara 


Beliau merupakan wanita yang cekal dan superb di dalam penulisan skrip tv mahupun filem. Pencapaian beliau dan promo mengenai diri beliau tidak perlu untuk dipertikaikan lagi. Gaya penulisan beliau simple dan sesuai untuk dibaca oleh semua lapisan umur dan masyarakat. Tidak sia-sia usaha beliau yang pernah tercalon sebagai Top 6 Top kay Poh DiGi WWWOW Award.  Surprisingly beliau merupakan salah seorang ahli kumpulan D'Adza suatu waktu dulu. Tahniah Mak Dara.





Kecekalan beliau dalam mengisi serta mengejar masa bagi memberikan kepuasan dan komitmen pada semua bukan sahaja kepada suami dan anak yang tinggal di berlainan negeri malahan pada ibu bapa dan juga mertua.  Beliau sanggup travel tidak kira samaada pada hari bekerja ataupun tidak bagi memenuhi kehendak suami dan anak. She's a weekend mother. Salute akan pengorbanan beliau.  Rasanya, saya tak mampu untuk mejadi seperti beliau. 



Blog masakan yang sungguh meliurkan pada sesiapa yang menerjah.  Perut anda daripada kenyang terus lapar bilamana melihatkan akan presentasi serta kesedapan makanan tersebut even Puan Azlita membuat aiskrim malaysia yang simple pun membuatkan kita yang melihatnya teruja. Tahniah kepada beliau yang sememangnya pandai mempelbagaikan masakan dan menampilkan presentasi yang cukup menarik dan mengujakan pembaca seperti saya.




Salute kat akak sorang ni.  Otai dalam bidang penulisan. Beliau pernah menceburi bidang kewartawanan, Beliau merupakan seorang pelakon, penulis skrip drama dan filem.  Saya menyukai penulisan beliau yang simple dan senang untuk difahami.  Penulisan beliau very straight to the point dan tidak panjang berjela-jela.  Entri masakan yang dipaparkan oleh beliau sungguh menarik minat untuk kita membacanya.  Sekarang beliau begitu aktif menjadi agent membekalkan produk supplement Transfer Factor.  Dan saya merupakan salah seorang pengguna Teh Herba 4Life yang mana saya beli daripada rakan sepejabat saya yang berurusan terus dengan Kak Jee. Pada anda yang berminat silalah ke laman blog beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut.




Blog yang sungguh berinformasi dan boleh saya kategorikan sebagai blog akhbar kerana semua isu-isu semasa di dalam mahupun di luar negara ada termuat di dalam blog ini.  Tak perlu susah payah anda membuka setiap helaian akhbar mahupun online suratkhabar kerana kebanyakkan isu-isu semasa yang hangat pasti ada di dalam setiap entri yang beliau postingkan. Tahniah kepada Lulu kerana mempunyai sejumlah besar pengikut yang setia mengikuti entri-entri di dalam blog beliau termasuklah saya.

Harapan saya semoga kelima-lima blog wanita pilihan saya di atas terus maju dan sukses dan mempunyai sejumlah pengikut yang setia mengikuti perjalanan blog mereka tanpa rasa penat dan jemu.  Teruskan mewarnai dunia penulisan dan mencapai apa yang di impikan hingga ke peringkat yang lebih tinggi.


SIAPP!! Tutup Jam 5:00 petang ini.......


Wednesday, October 19, 2011

SAYA , BLOG DAN PEMBACA

Assalammualaikum,


Saya dengan rela hati melayakkan diri untuk bersegmen anjuran Ben Ashaari, seronok nak join sebab En. Ben lately ni memang susah nak bersegmen. Berbalik pada tujuan asal...

Melalui pemahaman saya segmen yang En Ben utarakan kali ini memang sangat-sangat bagus.

Pendapat saya melalui bloglah segala maklumat serta penyampaian dapat di salurkan dengan sempurna. Bukan sahaja takat untuk menyampaikan pendapat, maklumat serta berita malahan ada sesetengah blogger tu akan menyampaikan serta mengekspresikan rasa marah, kasih, sayang, duka dan nestapa yang mereka hadapi dalam kehidupan mereka sehari-hari.

SAYA sebagai blogger, menyampaikan apa isi hati diri saya/kita dan meluahkan rasa di dalam blog tanpa ada rasa segan silu bak kata lain takde masa nak kaver-kaver....cakap ikut suka hati ajelah. tak keterlaluan kalau saya katakan melalui blog juga kita boleh mengetahui ciri-ciri atau personaliti owner blog berkenaan melalui gaya penceritaan dan gaya penulisan mereka antaranya melalui bahasa yang digunakan, bahasa mewakilkan diri penulis tersebut, tahap kesabaran mereka terhadap sesuatu isu yang diperkatakan atau dibincangkan..semua dapat di tafsir (pada yang terer la).

Kalau dulu-dulu zaman sekolah kita selalu dengar yang kawan-kawan atau kita sendiri pernah ada rakan 'pen-pal' melalui blog juga kita akan dapat berkenalan dengan rakan-rakan di serata dunia bukan limited hanya di Malaysia sahaja malahan dari negara jiran iaitu Singapura, Indonesia, Filipina, Jepun malahan ada tu dari negara Arab, USA, dan Rusia pun ada (ramai kan?)

Kalau mengikut kata dari "GOOGLE SEARCH ENGINE" perkataan BLOG adalah berasal dari singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.

Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.


Melalui blog juga saya dapat berkongsi dan bertukar pendapat bersama blogger lain serta mengumpul segala data-data atau maklumat yang mereka paparkan antaranya apabila mereka bercerita mengenai pengalaman mereka bercuti di luar negara serta tempat-tempat menarik yang mereka telah lawati, tempat makan terbaik, tersedap dan sebagainya. Selain dari itu kita sebagai PEMBACA juga secara tidak langsung dapat menimba ilmu dan mempunyai maklumat serta tidak akan kekok untuk berbicara atau berkongsi maklumat dengan yang lain.

Rata-rata blog juga merupakan "search engine" bagi carian sesetengah artikel yang merangkum topik bagi assignment-assignment pembelajaran student di peringkat rendah, menengah, kolej dan juga 'U'. Antara topik-topiknya adalah mengenai isu-isu semasa seperti, Financial Stress, Financial Crisis, Pembuangan Anak, Penderaan Kanak-Kanak, Penderaan Seksual dan sebagainya. Sungguh amat membantu.

Ada juga dikalangan blogger yang begitu prihatin dan mengabadikan cerita serta pengalaman mereka di blog mengenai sumbangan, kehilangan, penemuan serta kelahiran seseorang yang bermakna di dalam hidup mereka. Pelbagai kan...warna-warni di dalam dunia blog.

OK DAH SIAP!! Menceceh panjang lebar pun korang semua belum tentu baca kan? Cukuplah tu melalui pemahaman saya yang ntah apa-apa ntah. harap-harap korang faham ek.

Oh ya! cara-cara untuk melayakkan diri adalah seperti berikut:-

Cara nak join :

* Buat satu entri .
* Letak header blog BEN ASHAARI.COM
* Tajuk : Saya , blog dan pembaca dan link ke entri ini.
* Terangkan secara ringkas , apa yang anda paham mengenai tajuk iaitu SAYA , BLOG DAN PEMBACA
* Letak satu keping gambar yang mewakili blog anda. Pastikan gambar itu bukan milik mana mana blog.. Kalau ada , berikan backlink.
* Tu saja.. Abis .. Tinggalkan url di ruang komen ini.
* Tutup , 5 petang ini.. Terima kasih..

Selain itu....

Satu Keping Gambar Yang Mewakilkan Blog Saya


Untuk maklumat lanjut sila layari laman blog En Ben Ashaari. Selamat mencuba!

Wednesday, October 12, 2011

Segmen: Aku Cuma Seorang Blogger

Assalammualaikum...


Walaupun saya telah menempekkan hari WW pada blog saya hari ini tapi kerana En Ben saya luangkanlah masa untuk bersegmen. Lagipun kalau nak dikira dah lama saya tak join segmen yang En Ben anjurkan dan bukan senang dia nak bersegmen lately ni....PEMBAWAKAN agaknya... (hehehe sori En Ben..Gurau aje)

Blog saya ni taklah canggih dan sebagus blogger-blogger gah kat Malaysia ni...tapi Insyaallah bolehlah jugak untuk ditatap dan dibaca (masuk bakul angkat sendiri) tetapi semuanya masih lagi di dalam peringkat awal, saya masih lagi bertatih-tatih dan mencuba sesuatu yang baru di dalam dunia blogger ini. Seperti yang saya selalu "stress'kan pada kawan-kawan lain...kalau seandainya saya terkasar dan tersilap kata, silalah tegur dan perbetulkan saya.

Keistimewaan??

Rasanya takdelah ISTIMEWA sangat blog saya ni...biasa-biasa aje..janji saya selesa dan rasanya blog saya ini mewakili jiwa dan personaliti saya yang sebenar serta ianya merupakan tempat untuk saya meluahkan rasa hati (gembira, bahagia, duka dan nestapa) dikelilingi oleh orang-orang tersayang, sahabat handai dan teman-teman maya yang sporting dan kadangkala menggalakkan saya untuk terus maju dan sukses (umpama dapat award la pulak)

Blog sumber inspirasi saya sudah semestinya datang dari kaum ibu-ibu juga, bahasa yang diceritakan begitu sempoi dan menarik minat saya malahan tanpa menggunakan bahasa yang bombastik dan menarik beliau terus kukuh dan tersohor mengekalkan kedudukan beliau terus di atas hingga mampu menjana pendapatan yang sungguh lumayan di dalam dunia blogger. SUNGGUH beliau adalah sumber inspirasi saya.

Beliau yang saya maksudkan ialah REDMUMMY.

Ok dah lah tu...menceceh panjang berjela pun korang mesti tak nak baca atau dengar pun...takat cuci mata aje ye dak?

Macam ni ajelah.....

Syarat-syarat untuk korang menjoinkan diri untuk segmen Ben Ashaari ni adalah seperti di bawah ini:-

*Letak header BEN ASHAARI.COM

*Tajuk : AKU CUMA SEORANG BLOGGER dan linkkan ke entri En Ben.

*Berikan sebab kenapa rakan blogger patut masuk blog korang ? Apakah keistimewaan blog korang dan beri 1 blog yang senantiasa memberi semangat pada korang untuk terus berblog.

*Tinggalkan url entri di ruangan komen.

*TUTUP 10 malam ini .

Pada anda yang masih tak puas hati tu, bolehlah melawat ke laman blog rasmi Ben Ashaari ye.

Selamat berSEGMEN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...