Showing posts with label Cuti Persekolahan. Show all posts
Showing posts with label Cuti Persekolahan. Show all posts

Monday, June 04, 2012

Sempena Cuti Sekolah


Assalammualaikum...




Cuti sekolah belum berakhir lagi, masih ada masa lagi bagi parents yang belum decide ke mana nak bawak anak-anak mereka bercuti pada percutian penggal kali ini.

Pada anda yang masih lagi ingin bercuti menghabiskan masa bersama anak-anak masih sempat lagi kalau nak survey-survey tempat-tempat menarik antaranya di SINI 

Selamat bercuti!!

Friday, December 23, 2011

Ofis Lengang?

Assalammualaikum semua...

Pagi Jumaat yang indah dan barokah. Di harapkan agar hari ini anda semua sihat dan sejahtera serta berbahagia di samping yang tercinta.  Semoga hari ini merupakan hari yang terbaik bagi anda semua.

Seperti kebiasaan tututan yang di tuntut oleh semua orang untuk mencari rezeki. Saya kepejabat, tapi tulah nak cerita...kenapa ofis saya lengang, mana pergi semua orang? Takkan semuanya bercuti? Oh ya! terlupa pulak bukan ke hujung minggu ni public holiday sambung ke hari Isnin, mesti ramai yang ambil cuti nak menghabiskan cuti tahunan membawa keluarga pergi bercuti..bila lagi kan? Ada tu yang sibuk menguruskan majlis perkahwinan dan akan naik pelamin hujung minggu ni.  Minggu depan dan sah-sah minggu terakhir budak-budak cuti persekolahan dah tu lepas ni mesti sibuk nak menyiapkan barangan persekolahan untuk naik sekolah pulak.

Gambar Hiasan Cik Gugel

Selamat bercuti ye pada yang bercuti dan akan berangkat menuju ke destinasi yang hendak ditujui.  Selamat memandu dan berhati-hati.  Pada yang bakal melangsungkan perkahwinan tu Selamat Pengantin Baru, semoga kekal ke anak cucu dan pada rakan-rakan yang merayakan perayaan Hari Natal "Merry Christmas" and Happy Holiday.

Anda pulak bagaimana? Kemana menghabiskan cuti tahunan?

Saturday, December 17, 2011

Permainan Tradisional aka Cuti Sekolah

Sekejap aje masa berlalu meninggalkan kita dan kalau tak silap saya tinggal lagi dua minggu untuk anak-anak kita menghabiskan cuti persekolahan mereka sebelum minggu persekolahan baru mula dibuka.

Adakah masa anak-anak kita betul-betul terisi dengan perkara yang berfaedah selama bercuti ini? Kalau cerita CUTI PERSEKOLAHAN teringat zaman saya kecik-kecik dulu bila mana excited tahap melampau apabila menunggu kedatangan setiap cuti persekolahan kerana time nilah saya pulang ke rumah nenek dan akan menghabiskan masa beberapa minggu tinggal disana bersama kazen-kazen yang lain.

Di kampung pelbagai aktiviti riadah dan santai yang dapat saya kongsikan bersama dengan kazen-kazen. SERONOK TAK HENGGAT la rasa macam bila kena balik ke KL time tu memang nangis gesek kakilah sebab FRUST rasa tak dapat nak bermain lagi.

Rasanya pada kawan-kawan diluar sana mesti ingat akan permainan yang selalu kita semua pernah lalui suatu ketika dahulu, antaranya permainan konda-kondi (Kayu), Baling Selipar, Bola Cap, Terup (Old Family, Motor, Kereta dsbg), galah panjang, sorok-sorok, pertandingan fesyen show (perempuan aje ye), masak-masak (guna api betul ye..habislah pucuk ubi nenek kena petik buat lauk), batu seremban, police and thief, naik basikal tua keliling kampung, kena kejar dengan angsa, dan KEMUNCAK aktiviti waktu cuti sekolah itu yang paling tak sah ditinggalkan ialah pergi berkubang mandi manda di sungai tak kiralah time tu hujan ke tidak..yang penting airnya perrrgghhh....SEJUK!! memang seronok.  Balik rumah kena marah dengan nenek sebab bayah kuyup main dekat sungai (sebab dia carik atu kampung tak jumpa kitaorang) hehehehehe.....KENANGAN. Dapat pulak kazen-kazen yang satu kepala memang seronoklah asyiklah merangka strategi "apa nak buat esok hari" sebelum lelap mata nak tidur malam. HAI seronok dan indah waktu tu...

SEKARANG tak lagi rasanya. Anak-anak zaman sekarang lebih cenderung menghabiskan masa cuti persekolahan mereka dengan duduk di rumah menghadap televisyen, DVD atau bermain PSP, Wii atau Playstation atau paling tidak mereka menghabiskan masa seharian (bagi yang tiada internet dirumah) melepak di cybercafe (tapi rasanya semua dah advance mesti rata-rata dah ada broadband dekat rumah).  Atau paling tidak pun keluarga akan membawa mereka makan angin samaada ke luar atau dalam negara bagi mengisi cuti persekolahan mereka.

Mungkin salah satu faktor mengapa kanak-kanak sekarang tidak seperti waktu kita semua dahulu juga adalah kerana faktor persekitaran (keselamatan terancam dengan kes penculikan) atau mungkin juga kampung yang benar-benar bersuasana desa pun sudah semakin kurang untuk mereka terokai dan rasai keseronokannya. Malahan dengan kemunculan pelbagai kemudahan dari teknologi canggih juga memainkan peranan untuk anak-anak zaman sekarang lebih suka menghadap komputer dari pagi sampai ke petang berFB, chatting dan berblogging. 

Mungkin sebagai ibu bapa zaman sekarang kita perlulah memantau aktiviti anak-anak kita dengan lebih serius agar tidak mendatangkan kemudaratan serta kelalaian kepada mereka dengan menggalakkan mereka melayari website ilmiah dan panduan for those yang terlalu kerap menghadap komputer. Paling utama anak-anak tidak dibiarkan melepak merata-rata di pusat-pusat membeli belah yang boleh mendedahkan mereka kepada pelbagai anasir yang tidak baik.


Friday, December 02, 2011

Apa Yang Mereka Dapat Melalui KEM?


Sudah masuk tiga minggu anak-anak menghabiskan cuti persekolahan mereka.  Pasti ada sesetengah yang keluarga yang akan dan masih bercuti di dalam mahupun luar negara.  Mabbe ada sesetengah itu sedang dan akan menghantar anak-anak mereka ke kem-kem motivasi yang ada dianjurkan pada musim cuti persekolahan ini.

Biasanya selepas tamat kem motivasi serta pelbagai program ilmiah yang didaftarkan untuk anak-anak dimusim cuti persekolahan ini, kita sebagai ibu bapa pastinya mengharapkan perubahan dalam perkembangan diri anak-anak. 


Persoalannya bolehkah program yang dijalankan empat lima hari itu merubah anak-anak kita secara total. Bolehkah anak kita berubah dalam masa yang singkat itu? Dalam hal ini ibu bapa perlu bersikap rasional, jawapan secara adilnya mungkin ya kerana seseorang itu boleh diubah tidak dikira tempohnya. 



Jika hidayah Allah datang membuka pintu hatinya pasti anak akan berubah. Tetapi sebagai ibu bapa tugas mencari dan mengekalkan perubahan yang lebih baik adalah tugas ibu bapa, guru dan masyarakat. Mungkin tugas ini mengambil masa yang lama atau singkat. Pokok pangkalnya juga bergantung kepada seseorang anak itu berdasarkan tahap pemikirannya, iman serta persekitaran hidup dan juga siapakah insan di sekelilingnya.


Sering kali ibu bapa ingin melihat tiga situasi berikut setelah anak mereka kembali daripada kem motivasi, rohani atau kem apa sekalipun iaitu;


1. Anak yang pulang dan berubah secara total.
2. Anak yang pulang dengan perubahan sementara.
3. Anak yang pulang tanpa sebarang perubahan langsung sama seperti keadaan mula-mula mengikuti kem.

Di manakah kategori anak anda? Sejauh mana kah penerimaan mereka terhadap input dan pengajaran sepanjang mengikut kem tersebut. Sebenarnya kem cuti sekolah itu adalah suatu persinggahan untuk anak-anak lebih memahami persoalan mengapa mereka perlu melakukan sesuatu dan bagaimana mereka melakukan sesuatu. Ia memberi bimbingan kepada anak-anak tentang mencapai matlamat dan hala tujuan. Resipi kejayaan selanjutnya terletak kepada persekitaran hidup anak itu yang boleh menyokong perubahan dirinya terutamanya nilai-nilai baik yang datangnya dari didikan ibu bapa dan guru penting agar jangka hayat kesedaran anak dapat ditanam dalam diri anak itu sendiri.

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday # 15


Gugel


When was the last time you and your family spending a time for a Cuti-cuti in Malaysia?

School break has started so let us go and spending our time with the loved ones.

JOM CUTI!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...