Showing posts with label Jalanraya. Show all posts
Showing posts with label Jalanraya. Show all posts

Tuesday, May 29, 2012

Sikap Pemandu Malaysia


Assalammualaikum semua.....

Pagi-pagi lagi saya dah naik hangin dengan sikap pemandu-pemandu Malaysia yang selfish dan tidak bertimbang rasa.

Manakan tidak, dah tahu jalan dihadapan mereka tersumbat dan sesak tidak bergerak-gerak boleh lagi ada hati nak masuk mencelah-celah, berhimpit-himpit kehadapan "janji lepas" hingga memenuhi ruang kotak kuning dan menyusahkan pemandu lain yang ingin bergerak menghala ke arah lain.

Dah nampak lampu traffic lights tu hijau tapi depan tak berjalan, common senselah tak payahlah nak masuk menyumbatkan kenderaan kedalam kotak kuning tu...berperibahasa dan bertoleransilah juga, jangan ikutkan kata hati nak sampai tempat kerja on time. Semua pemandu yang memandu nak pergi bekerja jugak, agak-agaklah kalau dah memandu tu.

Takkanlah masa ambil ujian lisan di sekolah memandu dahulu tak belajar, takkan dah lupa kot?  Kebanyakkan antara mereka memang sangat-sangat mementingkan diri dan tidak bertolak ansur.  

Akibatnya tadi saya menjadi "polis trafik" sekejap berhadapan dengan simpang di antara Wangsa Maju, Carrefour nak menghala ke Jelatek dengan harapan mereka boleh berfikiran secara logik dan tidak memasuki ruangan kotak kuning bagi membolehkan pemandu lain dari arah bertentangan masuk dan melalui jalan dengan lancar. If not, nearly 6 kali traffic lights merah, kuning, hijau kami tak lepas-lepas menunggukan pemandu-pemandu bodoh yang tak boleh nak fikir tu duduk menyimpang tengah-tengah jalan berhenti di kotak kuning.

Google
Peduli apa saya tengah memboyot atau tidak, bagi saya sebagai rakyat yang prihatin adakalanya kita perlu membantu dan menyedarkan mereka-mereka ini akan tatasusila ketika memandu di jalanraya jangan sekadar tangkap muat dapat lesen dan terus berdesup sana sini bawak kereta tanpa berfikir menggunakan kepala otak dan melanggar undang-undang jalanraya hingga menyusahkan orang lain.

Wednesday, August 24, 2011

Laluan Sakaratul Maut


Assalamulaikum semua...



Terima kasih kepada En Aidil kerana sudi berkongsi maklumat dengan kita semua...

Pada rakan bloggers lain yang ingin dan telah bercuti dan memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing, sila AMBIL PERHATIAN laluan-laluan merbahaya disepanjang perjalanan anda.

Anda dialu-alukan untuk KLIK bagi mendapatkan maklumat lanjut.

BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...