Showing posts with label Novel Cinta Kontrak. Show all posts
Showing posts with label Novel Cinta Kontrak. Show all posts

Tuesday, March 06, 2012

Cinta Kontrak



Hohoho.....asyik membaca novel aje kan saya ni..nak buat review novel yang lepas-lepas pun tak berkesempatan lagi asyik baca lepas tu baca yang lain bila masa nak sempat mereview.  Kalau sempat saya buatkan rumusan kesemua novel yang saya telah baca previously.


Tapi kalau ikutkan baca sinopsis aje pun dah memadai cukup dan seronok untuk mengikutinya tanpa henti...


Yang ini adalah koleksi saya yang terbaru bertajuk "Cinta Kontrak" cerita seakan-akan cerita dari novel yang baru saya baca baru-baru ni...tapi apa-apa pun layan bacaan ajelah.


untuk yang ingin mengetahuinya bacalah sinopsisnya ye...






Sinopsis Cinta Kontrak

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.


Pada kawan-kawan yang ingin membelinya secara online sila klik di SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...