DOKTOR CINTA
Belum boleh nak review cerita ni sebabnya saya masih lagi dalam fasa pembacaan. Antara koleksi terbaru saya yang saya rasakan memang bebaloi untuk anda semua miliki.
Pasti ada di antara anda yang pernah membaca dan memiliki novel ini sebagai koleksi peribadi anda bukan? Seronok dan teruja membacanya kerana apabila memula baca aje anda akan rasa macam tak sabar-sabar nak mengetahui apa akan terjadi scene selanjutnya pada si Heroin dan Hero cerita ini.
Kadang-kadang bila baca novel "Doktor Cinta" umpama macam anda pernah menonton filem atau siri seperti yang dipaparkan di dalam novel ini. Tapi biasalah saya ni mana nak ingat. Seronok dan yang pastinya saya terjah ke mukasurat belakang novel ini yang pastinya setiap konflik dan kejadian yang berlaku dalam setiap novel mesti 'happy ending' kan...lagi satu saya kalau salah sorang hero dan heroinnya mati rasa macam tak puas hati nak baca..tak complete dan geram...hehehe alih-alih beli ajelah novel yang sepanjang masa hepi ending..kalau ada konflik pun ditengah-tengah cerita oklah tu...dapat gak menitiskan air mata atau emotional sekejap sebelum ketawa gembira senang hati.....
Tahnniah kepada penulis DYADILA kerana berjaya menghasilkan karya yang bermutu. PAda anda juga yang ingin berkenalan dengan lebih dekat dekat penulis berbakat ini silalah ke laman blog beliau di SINI
Sinopsis novel ini....
Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.
Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.
Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.