Showing posts with label Penghargaan. Show all posts
Showing posts with label Penghargaan. Show all posts

Wednesday, March 07, 2012

Penghargaan Kepada Blog Kaki Wayang



Assalammualaikum semua...

Jutaan terima kasih tak terhingga kepada Sdra. Azri aka blog Kaki Wayang kerana sudi bertukar link dengan saya. Dan since beliau sudi menempekkan RSS link saya di dalam blog beliau, Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kerana ianya membuahkan hasil.  

Impak dari pertukaran link tersebut ada follower dan pengunjung yang datang dari blog Kaki Wayang datang menyinggah ke blog saya.  Tak sia-sia beliau membantu saya, blogger baru nak naik dan berjinak-jinak dalam dunia penulisan ni.

Saya berbesar hati dengan blog saya yang dulunya suam-suam kuku kini ada juga yang sudi nak menyinggah serta mengikuti perjalanan blog ini.

Sesungguhnya semoga Allah sahaja yang sudi membalas jasa baik Azri dan anda semua.  Semoga niat murni Sdra Azri akan sentiasa di berkati.  Semoga beliau terus sukses di dalam dunia penulisan blog dan berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.  Sentiasalah memberi tunjuk ajar pada kami blogger-blogger baru yang nak berjinak-jinak ni ye.  Segala tunjuk ajar serta tips yang diberikan akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk tujuan pemulihbaikan blog ini dari semasa ke semasa.

Segala komen serta kritikan anda sebelum ini di dalam segmen BA baru-baru ini juga akan saya ambil perhatian dan perbaikinya untuk kebaikan kita bersama.

Terima kasih tak terhingga sekali lagi pada anda semua.  

Pada anda yang ingin membaca entri "Penghargaan" daripada Kaki Wayang sila klik di SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...