Showing posts with label Port Dickson. Show all posts
Showing posts with label Port Dickson. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

3D2N @ Grand Lexis, Port Dickson

Assalammualaikum semua...

Dah lama saya tak apdet blog ni...kemalasan melanda diri yang entah ke berapa kali saya pun tak tahu..kekadang tu rasa macam malas aje nak membuka dan menerjah blog ni.....puas dititipkan kerajinan dan dicampakkan kemalasan dalam diri tapi pengakhirannya masih sama...


Adakalanya dah tak tahu entri apa lagi dah nak ditulis...bukan senang nak berblogging...dulu-dulu selalu tanya diri sendiri kenapa orang itu dan orang ini malas sangat nak apdet blog..bukan ke senang..tapi bila dah kena batang hidung sendiri langsung terdiam....hehehehe


Oklah kawan-kawan, sekadar membuka entri baru saya pagi ni nak bercerita pasa percutian kami anak beranak baru-baru ni di Port Dickson, Negeri Sembilan.


Tak pergi jauh sangat pun tapi seronok apabila mengenangkan dapat menghabiskan cuti bersama tersayang..memandangkan En Habi yang lately ni sibuk tahap melampau yang tak kira siang atau malam bekerja dan meninggalkan kami anak-beranak di rumah...jadi inilah masanya.



Alhamdulillah everything went well...selamat semuanya kami sekeluarga sangat-sangat berpuas hati dan seronok.



Dengan mengambil pakej 3H2M di Grand Lexis, Port Dickson memang sungguh-sungguh berbaloi.  Pada kawan-kawan yang ingin merasainya memang saya amat sangat menyokong jika Grand Lexis dijadikan destinasi pilihan anda sekeluarga untuk bercuti.  



Mempunyai private pool tersendiri, anda tidak akan berasa janggal dan malu dengan orang ramai kerana sememangnya hanya anda sekeluarga sahaja yang menguasai pool berkenaan.  Berenang dan berendamlah selama mana yang anda sukai...memang berbaloi....


Pilihan kami sekeluarga:-

Garden Pool Villa(Garden Living)

Size of units - upper 897 & lower 874 square feet
Number of units - upper 16 & lower 15
2 king size beds


Bagi anda yang berminat sila majukan cursor anda ke SINI

Thursday, October 27, 2011

Cuti-cuti Deepavali

Seronok pabila pergi bercuti bersama tersayang dan bersama mereka seharian tanpa ada kacauan dari mana-mana pihak.

Wiken baru ni saya bersama keluarga menghabiskan cuti deepavali kami secara ekspress di Melaka (dekat aje) almaklumlah En Habi sibuk dengan tugasan dan tak berapa ada masa untuk meluangkan cuti berhari-hari begitu aje, so tempat yang paling dekat dan cepat sampai ialah Melaka setelah Port Dickson penuh.



Kami bertolak ke Melaka pada malam hari Selasa (tak plan) lepas balik dari kerja duduk-duduk sambil kakak dan anak2 kata bosan duduk bercuti di rumah so En Habi decide suruh kami sekeluarga pi pack barang2 dan bertolak.

PANTAS!

Tak banyak tempat pun yang kami pergi sebabnya satu hari aje bercutinya so kami ambil gambar dari dalam kereta aje dan selebihnya anak2 sibuk ajak nak makan ice cream dan jalan2.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...