Wednesday, November 30, 2011

MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY



Sudah lama menjadi followers tetap MD dan menjadi pembaca setia blog beliau setiap hari.

  Kali ini Mak Dara menganjurkan segmen.  Peluang yang hebat ini tidak dibiarkan begitu sahaja.  Hadiah mantap lagi hebat serta menarik minat sesiapa saja yang rajin nak mencuba nasib macam SAYA.

Tak menang tak apa janji peluang beramah mesra dengan kengkawan lain tu yang paling penting dan terindah bagi saya.

Nak tahu apakah senarai hadiah yang ditawarkan oleh MAK DARA silalah klik SINI  Tetapi sebelum itu anda kenalah menjawab dan memberikan jawapan yang telah diberikan oleh MD yang berbunyi:-


"BERIKAN SATU TAJUK FILEM"

Cadangan saya:

"BISU"

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, dengan cepat dan sepantas kilatlah anda dikehendaki melayakkan diri kesegmen anjuran MD yang akan berlanjutan sehingga 
Rabu, 7 Disember 2011

Mulut Ku Dan Mulut Mu Tak Sama


Gugel


"Terlajak Perahu Boleh Diundur, Tetapi Terlajak Kata, Sendiri Mau Ingatlah"

Kadang-kadang manusia ni suka sangat berkata-kata, kalau kata-kata itu memberikan azimat dan mengundang faedah tidak mengapalah juga.  


Kata-kata yang terluah dari mulut seseorang itu jika tidak kena gaya dan rentaknya adakalanya akan mengundang rasa tidak sedap dan amarah pada mereka yang mendengarnya.  Seringkali hati terguris apabila mulut tersasar atau terluah samaada dengan sengaja atau tidak dari pemiliknya.

Sebaiknya kita seharusnya menitipkan beberapa langkah yang selamat untuk diambil kira bagi mengatasi permasalahan tersebut antaranya:-


Berfikir sebelum bercakap 

Bercakap perkara yang perlu

Elakkan bertanya urusan orang lain yang tidak berkaitan dengan diri sendiri dan agama

Mewujudkan suasana saling mempercayai

Menggunakan kata-kata yang lemah lembut

Elakkan perkataan bernada menghina dan mengejek


Sentiasalah jaga serta mengetahui akan mood seseorang


Sebagai manusia kita tidak lepas dari melakukan kesilapan sesama manusia yang lain.  Oleh itu semolek-moleknya ambillah pendekatan dengan MEMOHON MAAF pada yang sepatutnya jika kita ada mengeluarkan sebarang kata-kata yang tidak sedap didengari dan dikeluarkan hingga mengguris perasaan manusia lain.

Terapkan dasar hormat menghormati pada yang lebih tua dan lebin berpengalaman.  Jangan sekadar menunjuk pandai dan lagak tanpa mengambil kira perasaan manusia lain.

Segmen Kisah MarinaFazli : Jom Review Blog


Kalau anda tengah FREE, jomlah join segmen Marina Fazli.

Maklumat lanjut klik SINI

Wordless Wednesday # 16

gugel


Di musim-musim cuti persekolahan ini semakin ramai adik-adik kita yang melakukan Majlis Berkhatan.  Gud Luck pada adik-adik yang menempuhinya dan pada yang dah SELAMAT tu Alhamdulillah.  
Berikan support pada kawan-kawan yang lain ye.


Selamat Berpantang!!

Tuesday, November 29, 2011

GiveAway by fiqa


Ingin memenangi doodle comel dan cantik daripada Cik Fiqa, caranya simple saja untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila layari laman sesawang beliau di SINI

Mengapa saya suka DOODLE?

Kerana semestinya comel dan menarik, dengan meletakkan doodle ia bukan sahaja menarik minat orang lain untuk membaca blog tersebut malahan kita sebagai pemilik blog berkenaan pun akan sentiasa rasa happy dan ceria selain bersemangat untuk menulis.

Tidak Perlu Membawa Buku Nota



Feel Free, It's Note!



Galaxy Note is


A new type of smartphone, borne of insight and innovation.


It is the ultimate on-the-go device which consolidates core benefits of diverse mobile devices
while maintaining smartphone portability.
It empowers you with everything you can ever desire so that you can simply, feel free. It is truly smart.


Consumer research indicates that people always want to do more tasks much better, even on the go, whether it is web browsing, email, games, or viewing photos and videos.

To do all this, consumers carry multiple devices, because each device has unique benefits that work best in a particular situation. Therefore, consumers constantly switch devices to use the right device at the right time.

Even for consumers with multiple smart devices, they still carry around a notepad for writing down ideas.

There is an emerging desire for a primary device for on-the-go use that could consolidate the core tasks of multiple devices as well as recreate the ease and simplicity of using a pen and paper.
  • Large & immersive screen with smartphone
    Portability
  • Full screen utilization for fast and effective tasking
  • Free capturing and creation
  • Powerful performance



The GALAXY Note was created to reflect your desires.The Galaxy Note is a primary device that will minimize the need to switch to other devices while on the go and open up the potential of your mobile experience.

For more info visits www.samsung.com

Anak Oh Anak

Seringkali kita sebagai ibu bapa marah apabila anak-anak tidak memberikan atau menumpukan komitmen mereka di dalam pelajaran. Geram, sakit hati, marah, sedih dan sebagainya pada anak-anak hanya tuhan yang tahu.  Tetapi mereka ini seakan buat-buat tak tahu bahawa ibu bapa mereka sedih dan geram atas pencapaian mereka.

Kalau kita tanya pada mereka (ibu bapa) rata-rata semua mahukan anak-anak mereka berjaya di dalam pelajaran. BETUL TAK? Tetapi anak-anak ni semakin kita giatkan dan tekankan pada mereka betapa pentingnya pelajaran, mereka umpama tidak mahu ambil pusing apa yang kita (ibu bapa) katakan.

Amirul (anak saya) baru-baru ini telah menduga saya dan En Habi dengan memberikan pencapaian/result yang cukup-cukup tidak memuaskan kami berdua specially dalam mata pelajaran Matematik (rujuk entri beliau di sini).  Nak dikatakan tidak membeli apa yang mereka inginkan, SILAP, semuanya sudah di turutkan dan di ikutkan malahan saya dan En Habi sanggup melakukan apa sahaja demi kesenangan serta keperluan anak-anak tersayang.

Mereka (anak-anak) tidak tahu betapa teruk dan penat jerih ibu bapa mereka keluar setiap hari mencari rezeki hanya  untuk kesenangan dan keselesaan mereka.  Senang aje alasan mereka berikan dengan berkata "Abang konfius antara subtraction dan devide". Ishhh GERAMNYER!! 

Careless Mistake

Bila bertanya pada guru kelas jawapan yang diberikan amat-amat menyakitkan hati bahawa anak saya ini terlalu risau untuk mengejar masa takut tidak sempat menjawap kesemua soalan, jadinya mereka dengan pantas dan tidak berfikir secara detail dan terburu-buru terus menjawab soalan peperiksaan tersebut tanpa mengambil kira betul atau tidaknya JAWAPAN mereka berikan itu.  Malahan masa yang telah diberikan selama satu jam untuk menjawab soalan objektif dan subjektif memang amat-amat mencukupi.

Hailah Anak!!

Monday, November 28, 2011

Promosi Lelong Terbesar Akhir Tahun


Cuti Public Holidae



Bz sungguh akak kita ni menguruskan susunan kerusi di pejabat En Habi. Senang hati tak payah nak panggil makcik klener datang bersih dan susunkan barangan.

Arissa hari ni terlebih rajin menyelongkar, menyusun atur kerusi di dalam dan luar bilik En Habi.

Suruh tidur tak nak, ikan dalam akuarium sibuk diberi makan sampai naik buntang ikan tu kekenyangan. Hailah Arissa!!
Published with Blogger-droid v2.0.1

Bilik Hotel Berhantu

Gambar Hiasan (Google)

Kes pembunuhan dan kejadian bunuh diri di bilik hotel sering dikaitkan dengan pelbagai peristiwa gangguan oleh makhluk halus.

Pernah tak apabila kita pergi ke sesebuah hotel kita mendengar atau melihat aktiviti-aktiviti paranormal ini terjadi? Contohnya bunyi orang berkemas perabot dialih-alihkan, bunyi orang berjalan mundar-mandir didepan bilik kita, bunyi orang membuka dan menutup pintu bilik hotel dengan kerapkali, bunyi kanak-kanak bermain, gelak-gelak pada lewat malam, terasa ibu jari kaki seperti dihisap/dijilat oleh sesuatu dan sebagainyalah.

Di Malaysia sahaja terdapat beberapa buah hotel yang dikatakan berhantu.  Ini termasuklah hotel yang terletak di George Town, Pulau Pinang, Perak, Port Dickson, Negeri Sembilan, Johor Bahru, Johor serta Kuantan dan Cameron Highlands, Pahang.


Sunday, November 27, 2011

Jom Join My Bloglist




Hari Ahad hari untuk meluangkan masa untuk bersegmen tambahan pula cuaca tengah sejuk dan hujan ini sesuai untuk melakukan BW dan menerjah serta berziarah ke laman blog kawan-kawan yang saya sayangi. Kali ni segmen anjuran adik blogger yang menamakan blog beliau "CICAKTERSEPIT". 

Review Blog Beliau.....

Transformasi yang sungguh menepati citarasa semasa, nampak lebih confident dan matang as compared to the previous. Apa-apa pun selamat berblogging, sukses, maju selalu dan teruskan dengan penulisan yang bernas dan bermanfaat yang boleh dikongsikan bersama kawan-kawan semua.


Salam kenal dan Selamat berblogwalking.

SEGMEN JOM TUKAR DAN KENAL RAKAN BLOGGER




Salam Maal Hijrah semua,

Bersegmen kali ini dengan harapan dapat bertemu dan berkongsi cerita dengan adik-adik kacak dan cantik di luar sana...salam kenal semua.

Cara mudah segmen anjuran Pak Joe, Maklumat lanjut sila klik SINI

Selamat Berblogwalking dan Salam Kenal Semua!

Akhirnya Penantian Menjadi Kenyataan



Teruja apabila En Habi sudi meluangkan masa bersama-sama saya dan anak-anak semalam menonton filem yang saya tunggu-tunggu The Twilight Saga: Breaking Dawn.  

SERONOKNYA!!




Pendapat saya, movies ini memang menyeronokkan dan cuma  banyak adengan yang telah dipotong untuk menjaga hak sesitiviti penonton di Malaysia.  Tak sabar rasanya menunggu filem Twilight Part 2 dimana Bella menjadi Vampire dan anak beliau Renesmee bersahabat baik dan berkapel bersama Jacob.

Maaflah gambar yang banyak tidak dapat kami ambil kerana sibuk melayan Little Pwincess yang turut sama bersama-sama kami menonton ketika itu.  

Saya Meminati Awak!!

Seksanya apabila diminati adalah lebih seksa daripada seksa meminati. Bagaimana ini mungkin? Bayangkan anda tidak sukakan seseorang, tetapi dia amat sukakan anda. Hari-hari dia akan menghantar SMS, bunga dan pelbagai barangan hadiah tanda kasih dan cinta mereka pada anda, selagi tidak dibalas dia akan terus menghantar, membeli  dan menunggu. Pada anggapan mereka kita sengaja tidak mahu membalas sebenarnya kita amat sibuk dan tiada kesempatan sama sekali.


Sesetengah orang yang terlalu meminati akan minta bercakap. Dia mahu mendengar suara dan dia mahu suaranya didengari. Apabila dia mula menelefon, dia akan kerap menelefon tidak kira pagi, petang, malam bahkan subuh. Apabila perasaan rindunya membuak-buak, dia akan menelefon, tanpa berfikir pun apakah ketika itu sesuai ataupun tidak.

Apabila SMS yang dihantar dilayan, panggilannya berjawab, dia akan minta untuk berjumpa. Selagi tidak dipenuhi permintaannya dia akan terus meminta. Pintanya hanya sekali dan andainya sekali itu dipenuhi dia akan jadikan alasan untuk sekali lagi dan lagi dan lagi.

Orang begini mengatakan mereka tidak tertanggung lagi menanggung rindu. Mereka amat-amat meminati, lantas amat-amat merindui. Mereka mahu SMS selalu, mahu telefon selalu dan mahu berjumpa selalu. Kalau boleh seminit pun tidak boleh berhenti. Setiap detik adalah mesej, suara dan juga bertentang mata.

Aduh, lemasnya terlalu diminati seperti ini. Hendak meninggalkan telefon sedetik pun curiga, kalau-kalau yang sudah berumahtangga pasti si suami membuka dan membaca pesanan ringkas kita. Pada orang yang terlalu syok kata-kata seperti rindu, sayang dan cinta kadang-kadang biasa sahaja tetapi sesetengah suami tidak dapat menerima. Dia pasti cemburu, pasti marah dan pasti menghentak, “Siapa ni?”.

Sesungguhnya begitulah situasi diminati. Andai dikatakan meminati itu sudah cukup seksa, diminati bertambah-tambah lagi seksanya. Dalam keadaan tidak boleh, sebab sudah berpunya, apabila lebih-lebih diminati senario berikutnya pasti sakit, susah dan perit. Ia teramat sakit jika pasangan adalah seorang yang amat cemburu, tidak rasional dan pemarah.

Selepas itu hidup akan menjadi tidak seceria selalu. Perasaan takut akan menyelubungi, pasangan tidak percaya lagi. Kadang-kadang di hadapan ibu bapa dan mentua pertengkaran terjadi, itu tidak termasuk hari-hari makan perli.

HASRULHASSAN.COM - Pra Kontest 2011


Assalammualaikum,



Sekadar mencuba nasib dalam contest anjuran Hasrul Hassan antara soalan dan jawapannya adalah seperti berikut:-


1. Berikan 3 daripada 10 blog yang menjadi Top Referrer Oktober 2011 untuk blog ini? Sila dapatkan link/url blog tersebut.


Berikut adalam 3 daripada 10 Blog Penyumbang Trafik buat blog ini bagi bulan Oktober 2011.
  1. tiffinbiru.com
  2. benashaari.com
  3. lulu-pages.blogspot.com  (extra satu jawapan lagi boleh?)
  4. lyssasecret.com


2. Sila berikan 5 skrip drama yang ditulis oleh Adza Irdawati/Martias Ali yang telah ditayangkan di RTM?

5 skrip drama yang ditulis oleh Adza Irdawati/Martias Ali yang telah ditayangkan di RTM?

1.SAKA
2.NEK NAK
3.CUCI CUCI SERVICES
4.BOLA CINTA 
5.BIAR RAHSIA  (extra satu jawapan lagi boleh tak?)
6.SONGKOK 




3. Blog ini pernah tampil dalam sebuah majalah tempatan, apakah majalah tersebut?


In Trend bulan Februari 2011



SIAP!! 


Terima Kasih En Hasrul Hassan kerana sudi menganjurkan kontest yang menarik ini....


Salam Maal Hijrah dan sukses selalu.  Semoga terus cemerlang di dalam bidang penulisan blog.


    Saturday, November 26, 2011

    Kenapa kita melahirkan anak?


    Dah macam nak belajar subjek sains pun ada tapi just untuk makluman kita semua dan bakal-bakal ibu di luar sana.

    Sesungguhnya keindahan sesebuah perkahwinan sering digambarkan oleh setiap pasangan yang bakal berumah tangga. Ia bukan sahaja menggambarkan keseronokan menjadi isteri atau suami, perkahwinan itu juga sebagai mengerat kasih sayang mereka selama ini.

    Di samping itu, pasangan juga inginkan anak yang ramai sebagai penyambung zuriat mereka. Adakah anda semua tahu akan tujuan sebenar MENGAPA kita manusia melahirkan zuriat? 
    Antara tujuan mengapa kita wajar melahirkan zuriat:


    1.Amanah 

    anak ialah amanah Allah yang perlu dipelihara dengan sempurna dan dilunaskan segala keperluannya sehingga baligh bagi lelaki dan berkahwin bagi perempuan. 

    2.Tanggungjawab 

    anak bertanggungjawab menghormati ibu bapa dan menjaga ibu bapa yang sudah tua. Ini ialah harapan setiap pasangan. Ketika usia meniti senja mereka perlukan belaian dan kasih sayang orang  yang hampir dengan mereka, misalnya anak-anak.

    3.Penawar

    anak sebagai cara meleraikan kekusutan perhubungan suami isteri yang bermasalah atau mengeratkan perhubungan yang renggang.

    4.Keseronokan 

    kehadiran bayi dalam sesebuah rumah tangga ialah sebagai pengerat kasih sayang pasangan.

    5.Keturunan 

    anak bukan sahaja penyambung keturunan, sebaliknya anak ialah pembela nasib ibu bapa. Di samping itu, anak bakal mewarisi harta atau hutang yang kita tinggalkan.

    6.Bukti kesuburan suami isteri 

    kelahiran anak sebagai bukti pasangan mampu melahirkan zuriat iaitu tidak mandul.

    7.Penyambung 

    anak adalah penyambung hasrat ibu bapa yang selama ini tidak mampu dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Misalnya, ingin menjadikan seorang yang berjaya atau berpelajaran tinggi. Tetapi hasrat itu tidak tercapai kerana pelbagai faktor, misalnya kemiskinan. Dengan lahirnya anak, mereka berhasrat ingin jadikan anak ini sebagai penyambung keinginan mereka. Jadi, mereka berusaha mendidik anak ini agar mampu menyampaikan hasrat mereka selama ini.

    8.Pembantu 

    anak boleh membantu ibu bapa ketika susah misalnya sakit atau membantu tugas ibu bapa mencari nafkah.


    Friday, November 25, 2011

    Cita-citaku


    Gugel  

    Masa kecik-kecik dulu pasti anda semua mengimpikan untuk menjadi seseorang yang anda semua idamkan dan impikan.

    Kebanyakkan mereka selalu berkeinginan untuk menjadikan profession yang glamer dan senang difikirkan mereka untuk direalisasikan sebagai pekerjaan mereka pada masa hadapan.

    Antara profession yang mereka gemari dan menjadi keutamaan mereka ialah:-




    GURU (impian anak saya)

    DOKTOR

    JURUTERBANG

    ASKAR

    POLIS

    DRIFTER (impian anak saya juga)
    JURUTERA

    PEMAIN BOLASEPAK




    Ada juga sesetengah kanak-kanak yang menjadikan cita-cita mereka itu suatu impian antaranya ada yang ingin menjadi MAT DESPATCH (ada juga, jangan terkejut) sebagai pilihan cita-cita mereka berdasarkan result yang mereka perolehi dan tidak berapa perform di dalam pelajaran.

    Walhasilnya kita tidak perlu memandang rendah pada mereka mereka ini tetapi sebaliknya berikan mereka perangsang dan kata semangat yang membina agar mereka terus maju dan sukses.

    Berapa ramai antara kita semua yang telah berjaya merialisasikan impian dan cita-cita anda semua setakat ini?


    Published with Blogger-droid v2.0.1

    Jom Ke Fiesta Buku

    Assalammualaikum,




    Jom Ke FIESTA BUKU Di PERKARANGAN KOMPLEKS KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF Pada 2 - 4 Disember, Jam 9.00 Pagi - 6.00 Petang! Dapatkan Buku Serta Novel Dengan Harga Diskaun Sehingga 70% 

    Thursday, November 24, 2011

    Sepi Tanpa Anak



    Cerita bagaimana pasangan bergaduh kerana tidak punya anak sudah biasa didengar. Begitu juga ada lelaki yang sanggup menceraikan isterinya bila mana isteri diketahui tidak mampu melahirkan anak. 

    Bayangkan betapa pentingnya kehadiran zuriat ini dalam kehidupan berkeluarga. Melihatkan keletah anak-anak yang kadang-kala mampu membuatkan anda pening kepala, mudah naik darah dan sebagainya adalah satu pengalaman yang tidak dapat dijual beli di mana-mana pasar raya. 

    Percayalah, hari-hari tua anda akan sepi jika anda menolak faktor mahu punya anak cepat atau menangguhkan dahulu soal si kecil ini. Seorang suami yang sudah terbiasa dengan tangisan anak, biasanya akan seperti kehilangan jika tidak mendengar suara tangisan ini. 

    Jadi fikir-fikirkanlah.

    Wednesday, November 23, 2011

    Tak Sabarnya Menanti.......


    PASTI sudah ramai tidak senang duduk menantikan sekuel Twilight berada di pawagam apatah lagi episod kali ini lebih menarik kerana akhirnya cinta Bella dan Edward penuh cabaran berakhir dengan perkahwinan.

    Kisah cinta antara dua latar belakang berbeza itu diadaptasikan dari novel Stephenie Meyer memberikan satu lagi filem adaptasi yang digilai ramai.

    Filem arahan Bill Condon menarik perhatian ramai terutamanya kalangan muda mudi kerana ia bukan saja mengisahkan pasangan yang bercinta namun menyelitkan unsur-unsur ‘supernatural’ antara realiti dan fantasi kerana membabitkan dua puak mitos iaitu puntianak dan serigala jadian. 


    Mempertaruhkan tiga teraju utama iaitu Robert Pattinson, Taylor Lautner dan Kristen Stewart, masing-masing membawa watak dengan berkesan.

    Hanya dengan melihat wajah dan karakter cukup membuktikan mereka layak memegang peranan yang diberikan.

    Fizikal dan aura terpancar pada wajah mereka serba sedikit menggambarkan tanggungjawab pada watak yang diberikan kepada ketiga-tiga teraju utama itu.

    Sama seperti sekuel filem Harry Potter, sekuel terakhir filem Twilight akan menemui peminat mulai esok (24 November) ini terlebih dulu muncul dengan bahagian satu bagi menaikkan rasa ingin tahu dan kejutan kepada peminat.

    Bagaimanapun, mereka yang sudah membaca novel Twilight ini pasti ingin menghayati kisah itu dengan melihat aksi melalui visual.

    Watak utama, Kristen Stewart mula berlakon sejak 1999 ketika berusia sembilan tahun namun bintang kelahiran Los Angeles itu semakin menempah nama dalam industri seni apabila memegang watak Bella Swan. 

    Agak sedih kerana sekuel itu sudah menghampiri penamatnya, Bella berharap satu hari nanti diberikan peluang bekerjasama dengan ‘team’ produksi dan pelakon yang sama.

    “Saya agak sedih kerana tidak lama lagi kerjasama dengan mereka akan berakhir. Mungkin saya tidak mempunyai peluang lagi untuk bekerjasama dengan mereka.

    “Saya gembira apabila produksi membuat keputusan untuk menjadikan buku terakhir kepada dua bahagian. Ini bermakna saya masih mempunyai masa panjang menghabiskan masa dengan mereka.

    “Hari terakhir berada di lokasi penggambaran sangat memenatkan untuk semua orang. Berhadapan dengan masalah cuaca, kami meneruskan juga penggambaran itu walaupun ramai merungut. 

    “Namun, apabila saya bangun keesokan paginya, saya menyedari penggambaran sudah selesai dan tidak mempunyai sebarang aktiviti. 


    “Pada mulanya saya agak bingung lalu mengambil keputusan untuk tidur semula,” katanya dalam satu kenyataan media.


    Twilight: Breaking Dawn Part 1 ini hanya boleh ditonton 13 tahun ke atas, rasa rugi sekiranya penonton melepaskan peluang menyaksikan sekuel terakhir ini selepas mengikuti perjalanan Bella yang mempertahankan semua perkara dipercayainya sehingga sanggup mati untuk perkara itu.

    Bagi Robert yang memegang watak Edward Cullen, kemunculan pertamanya ketika sekuel pertama, Twilight menjadi fenomena baru kerana ramai wanita yang menggilainya sebagai seorang puntianak yang kacak.

    Memulakan kerjaya sebagai pelakon dengan memegang watak sebagai Cedric Diggory dalam filem Harry Potter And The Goblet of Fire, filem Twilight membantu melonjakkan namanya.

    Robert mengakui malu untuk menanggalkan kemeja-’T’ terpaksa mengatasi perasaan itu untuk memberikan impak kepada lakonannya. 

    Semakin menghampiri penamat sekuel ini, semakin hebat cabaran dirasakan Robert Douglas Thomas Pattinson itu. 

    “Filem kali ini menggunakan bajet lebih besar, berhadapan harapan peminat terlalu tinggi kami berasakan penggambaran kali ini lebih mencabar.


    “Bill mempunyai sebab tersendiri menjadikan perkahwinan dalam filem ini dijadikan melodrama dan berita Bella hamil adalah sesuatu yang menakutkan. 

    Terlalu mudah untuk menjadi seorang yang sinikal mengenai sesuatu perkara kerana itu memang watak semula jadi saya.

    “Banyak perkara yang terjadi ketika kami menjalankan penggambaran selama enam bulan di Brazil. Ketika berada di Rio de Janeiro, dua buah kamera rosak dan ia menjadikan semua orang tidak tentu arah. 

    “Bagaimanapun, Bill mencari penyelesaian kepada masalah itu sehingga kami mampu menamatkan penggambaran babak terakhir,” katanya.

    Kisah Twilight: Breaking Dawn bahagian satu bermula dengan majlis perkahwinan Bella dan Edward yang dihadiri keluarga terdekat termasuk adik-beradik Edward dan ibu bapa Bella. 

    Namun, Jacob yang kecewa dengan pilihan itu membawa diri ke Kanada dan hanya kembali selepas acara itu selesai untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

    Bella dan Edward berbulan madu di Brazil dan menghabiskan masa bersama tetapi saat romantis itu berakhir apabila Bella hamil. Carlisle mengesahkan anak dalam kandungan Bella adalah puntianak dan harus digugurkan kerana ia akan menyebabkan Bella terbunuh.

    Bagaimanapun, Bella berkeras untuk tidak menggugurkan kandungan itu dan meminta bantuan Rosalie untuk menjaganya.

    Sam Uley, ketua serigala jadian bercadang untuk membunuh Bella sebelum dia melahirkan bayi kerana bimbang bayi perempuan bernama Renesmee akan menjadi semakin kuat sehingga menyebabkan puak serigala jadian terancam. Jacob berikrar untuk menjaga Bella berjaga di luar rumah sehingga Bella selamat melahirkan anaknya.

    Dalam keadaan kritikal, Bella yang tidak sedarkan diri setelah melahirkan anaknya, Edward tidak mempunyai pilihan selain menjadikan Bella seorang puntianak. Apakah yang terjadi seterusnya? Jawapannya ada dalam filem Twilight: Breaking Dawn.



    Jangan Berlengah Membayar Hutang

    Membayar hutang adalah satu kewajipan yang tidak boleh ditangguhkan  apabila sipemiutang berkemampuan membayarnya.  Bagi mereka yang mampu membayar hutang tetapi mengangguhkan pembayaran tersebut dikira berdosa dan perbuatannya HARAM di sisi syarak,  Ini adalah kerana Islam amat menitikberatkan soal pembayaran hutang.

    Antara sebab-sebab yang kita perlu ketahui ialah:-

    Menjaga keharmonian hidup - mengelakkan dari pergaduhan akibat daripada sifat tidak berpuas hati.
    Tidak menjaga janji - mereka telah berjanji untuk membayar pada suatu tarikh atau masa tertentu.

    Malang sekali ada segelintir masyarakat kita yang sudah hilang rasa malu, hilang rasa tanggungjawab, hilang rasa persaudaraan.  Hutang tetap dikira hutang, melainkan sipemberi hutang menghalalkan pinjamannya.

    Bagi mereka-mereka yang berhutang secara individu, peribadi segerakanlah membayar hutang tersebut.

    Aksi Trek Basah





    For those who are in town on this coming weekends, come and join them and feel the experience while you are on their wheels.  

    Having the best memorable ride with the best International Drifter Tengku Djan at The Speed City, Kuala Lumpur.





    Feel the experience!!


    (p/s:  pictures from google search engine) 

    Wordless Wednesday # 15


    Gugel


    When was the last time you and your family spending a time for a Cuti-cuti in Malaysia?

    School break has started so let us go and spending our time with the loved ones.

    JOM CUTI!!

    Tuesday, November 22, 2011

    Bekalan Air Bersih

    Rakyat Kelantan Kecewa!

    Gugel

    Sekian lama menanti dan begitu kecewa dengan isu air bersih yang gagal disediakan oleh kerajaan negeri. Rakyat Kelantan menggesa isu ini diatasi dengan segera.

    Air di Kelantan terdedah dengan wabak kepialu dan taun dan menjadi ancaman utama kesihatan penduduk di sana ekoran kurang kualiti air bersih dan terawat.

    (AKSB) Air Kelantan Sdn. Bhd. mendakwa kemunculan bakteria logam di dalam air berkenaan adalah sesuatu yang lumrah dan berlaku di semua negeri dan bukan hanya di Kelantan sahaja.

    Di harapkan agar pihak yang bertanggungjawab mengambil langkah keselamatan dengan segera bagi mengatasi masalah yang lebih kronik daripada melanda penduduk di sana.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...