Thursday, January 19, 2012

Flash Mob

Anda semua tahu apa itu Flash Mob?

Ramai dah mula bercerita pasal ni tapi memula saya pun tak berapa tahu dan tak berapa nak kurang arif pasal benda-benda ni yelah kita ni bukan remaja lagi kalau tanya saya 11 tahun yang dulu mungkin tahu kot.....tapi kalau tanya anak-anak muda sekarang mungkin mereka tahu.  


Seperti biasa saya pun menggooglekan diri dan search sebabnya kalau kita dengar aje cakap orang tak best kan dan tak berapa nak faham so barulah saya memahami yang sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan  'flash mob' itu ialah merupakan perhimpunan yang dilakukan oleh sekumpulan besar orang ramai yang berhimpun secara mengejut di tempat awam untuk melakukan persembahan yang aneh dan tidak bererti untuk seketika dan kemudian mereka bersurai.


Erm...mengikut pemahaman saya biasanya 'flash mob' memang begitu popular di luar negara terutamanya di negara barat kerana mereka bukan sahaja sporting dan gemarkan hiburan sambil santai merehatkan minda bagi mengelakkan stress dan sebagainya.

Kini 'flash mob bukan sahaja terdapat di negara barat sahaja, dewasa kini budaya 'flash mob' juga telah begitu popular dan agak dikenali oleh rakyat Malaysia di Kuala Lumpur.

Mereka menari di open space sambil menghiburkan diri masing-masing (suka-suka) dan kemudian bersurai (tapi ini bukan perhimpunan haram ye) sebaliknya ianya adalah sekumpulan anak-anak muda yang menunjukkan skil mereka dari segi tarian atau perbuatan yang sama secara berkumpulan.

Unik dan Klass kan!! 

Secara tak langsung dapatlah pelbagai kaum berkumpul dan menunjukkan skill mereka tak kira melayu, india cina, orang asing, pakai tudung ke tidak ke semua sama saja yang penting kita semua 1 Malaysia. Tak caya ini adalah salah satu contoh yang saya dapat daripada pencarian saya di Youtube dan ada banyak lagi cuma yang ini amat menarik minat saya (klik SINI untuk menonton). 

2 comments:

Tie HT said...

mcm shuffle tu ke..nari ramai2.. :)

Mak Usu said...

selalu dengan org sebut flash mop..
Sekarang baru Mak Usu tahu...hihii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...