Monday, January 23, 2012

Sehitam Manapun Hatimu.....



Pernah saya menempekkan posting ini previously tapi atas dasar menjaga hati dan hak sesitiviti seseorang individu yang tak berapa dikenali, saya disablekan...tapi kini saya mengambil satu keputusan untuk meneruskan posting ini hanya untuk peringatan saya agar sentiasa menjaga hati dan tatasusila serta tutur kata sendiri agar tidak menjadi kebencian pada orang lain.

Niat dan tujuan menulis blog bukan untuk menyampaikan mesej yang berbaur fitnah dan umpat keji dan yang bukan-bukan tetapi cukuplah sekadar meluahkan rasa hati yang terbuku dan terpendam tetapi tidak sama sekali memaki hamun dan mengherdik seseorang itu kerana sesungguhnya saya sedar akan kerdilnya diri dan siapalah diri saya untuk membetul serta menidakkan akan hak orang lain.

"Oh! Kenapalah hati kau busuk macam bangkai??

Masih tidak berubah lagikah perangai mu wahai bukan sahabatku? 


EGOmu terlalu tinggi, tetapi AWAS jangan sampai dirimu nanti termakan dengan perlakuanmu itu.


Kau tidak sebagus mana pun untuk hidup mendongak langit serta menidakkan akan ketentuan Tuhan. Tidak pernahkah kau rasakan yang ibu dan bapamu serta keluargamu sedih dengan penampilan dirimu itu?


Kasihani mereka......


Sekuat dan seteguh mana pun hati  kau INGAT matinya kau masih sama seperti orang lain.  Apa gunanya kau sembahyang tunggang terbalik genap lima (5) waktu (aku rasalah jangan dekat depan orang aje kau tunjuk alim) tetapi hati kau tetap busuk dan hitam.


Tidak pernah ke kau sedar yang diri kau tu semakin hari semakin tua dan usia kau bukannya mengundur tetapi terus berjalan kehadapan dan roda kehidupan engkau bukan sentiasa di atas dan bahagia serta selesa selama-lamanya kerana adakalanya nanti kau akan kebawah juga.


Sesungguhnya kau haruslah bermuhasabahkan diri kau agar lebih bersifat terbuka dan menerima segala kritikan daripada orang lain agar dapat merobohkan benteng di hati kau yang penuh kehitaman agar dapat diatasi segala kebusukan pada hati kau itu.


Seharusnya kau ingat bahawa matinya kau di dunia ini, bukan diri kau yang akan mengusung jenazah kau itu, tetapi orang-orang di sekelilingmu itu (rakan-rakan, sahabat handai, rakan dan taulan) dan sejauh mana kau tahu bahawa ahli keluarga kau menyukai dan menyayangi diri kau kerana adakalanya nanti mereka sendiri akan mengenepikan kau.


Kau bukan sentiasa berada di atas dan bukan sentiasa mempunyai kawan dan rakan yang akan turut serta bersama dengan engkau walaupun kau rasa sesenang dan sebahagia mana pun engkau.  Matinya engkau di dunia sama dengan orang lain tiada perbezaan samaada dari segi keturunan kau atau ikutan kau.  


Muhasabahkan dirimu sebelum kau memuhasabahkan diri orang lain.  Cerminlah diri mu sebelum kau menilai dan mengkritik orang lain.


Persoalanku cuma satu, jika benar kau dari keturunan wali-wali (baik-baik) kenapa rambut kau masih tidak diliputi tudung dan perwatakkan kau masih seperti kelelakian serta kehidupan kau masih lagi berlandaskan dengan busuk hati serta umpat-mengeji orang lain seumpama kaulah orang yang paling terbaik di dalam dunia dan di bumi Allah ini. 


Kemana pun kau pergi sentiasa ingat "Langit Itu Bukan Sentiasa Cerah". Berbaliklah pada NYA apabila kehidupan kau sendiri sudah jauh TERPESONG.


SeMUNAFIK mana pun diriku, aku tetap berpegang teguh pada Tuhanku yang SATU dan mengikut ajarannya yang SATU serta tidak meniru serta berupa personaliti orang lain selain dari jantinaku.


Sentiasalah berbuat baik pada semua kerana kita hidup di dunia ini tidak lama, sebelum diri kau kerugian besar apabila orang yang kau umpat dan keji serta orang yang kau fitnah itu tidak akan memaafkan kau di dunia mahupun di akhirat nanti.


CERMINLAH DIRIMU ITU WAHAI BUKAN SAHABATKU SEBELUM KAU TERLAMBAT!!


Bermohon maaflah sesama manusia selagi kau diberikan kesempatan untuk terus bernafas dibumi Allah ini, kerana apabila kau telah mati semuanya telah TERLAMBAT."  


Semoga Allah sentiasa membuka hatimu untuk menuju ke pangkal jalan....Amin!!

3 comments:

deardearyhaty.blogspot.com said...

i agree wif u..:)

Mak Usu said...

Bermaafan adalah sesuatu yang amat manis.. :)

Yumida said...

andainya sahabatmu membuatkan dirimu sakit hati...biarlah....tambahkan rasa kasihan pd mereka....

follow here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...