Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri 2013. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri 2013. Show all posts

Friday, August 30, 2013

Rumah Terbuka Raya .....


Assalammualaikum.....

Alhamdulillah...seperti tahun-tahun yang sudah rata-rata ramai yang membuat rumah terbuka di sana-sini cuma adakalanya jemputan yang banyak itu tidak dapat dipenuhi dalam satu-satu masa bukan apanya keadaan jalanraya yang sesak hapa benda semuanya amat merumitkan perjalanan terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecik seperti saya. Kalau baby mood baik tak meragam takpelah boleh bawa berjalan-jalan...tapi kalau dah start enjin turbo alarm dia memang mengharukan.

Di kesempatan bulan raya ini pun banyak jugak syarikat-syarikat membuat majlis rumah terbuka yang dibuat khusus untuk client-client yang berurusan dengan mereka.  BERNAMA kali ini tidak melepaskan peluang untuk mengadakan majlis rumah terbuka bagi seluruh kakitangan mereka dan juga untuk klien-klien tetap mereka yang mana kali ini berlangsung di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.


Terima kasih atas jemputan anda semua dan kami sebagai anak syarikat datang memeriahkan lagi suasana hari raya dengan aktiviti wajib iaitu "MAKAN".














Tuesday, August 13, 2013

Back To Normal Routine Life

Assalammualaikum....

Kembali bersiaran sekali lagi...mood malas dan beku masih menghantui kepala dan tak berapa nak segar dalam melakukan tugasan di pejabat. MALAS....MALAS...DAN MALAS.....

Ntah bilalah mood nak kembali seperti sedia kala. Pastinya kini ramai warga KL sudah pulang ke rumah masing-masing dan ada yang masih bercuti makan makan biskut dan kuih raya malahan ada yang masih beraya lagi mengahbiskan cuti tahun berziarah sanak keluarga disana sini.

Dikesempatan ini ....Sepuluh jari disusun memohon Maaf dari anda semua kawan blogger secara sedar atau tidak didalam setiap penulisanku...semoga anda semua berbahagia di hari raya bersama keluarga dan insan tersayang....

Masih didalam mood Syawal... maka pada yang bercuti Berhati-hati memandu dan pulang berhari raya. Patuhi semua undang2 yang telah dihadkan.

Salam Syawal dari Kami Sekeluarga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...