Showing posts with label Raya 2013. Show all posts
Showing posts with label Raya 2013. Show all posts

Friday, August 30, 2013

Rumah Terbuka Raya .....


Assalammualaikum.....

Alhamdulillah...seperti tahun-tahun yang sudah rata-rata ramai yang membuat rumah terbuka di sana-sini cuma adakalanya jemputan yang banyak itu tidak dapat dipenuhi dalam satu-satu masa bukan apanya keadaan jalanraya yang sesak hapa benda semuanya amat merumitkan perjalanan terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecik seperti saya. Kalau baby mood baik tak meragam takpelah boleh bawa berjalan-jalan...tapi kalau dah start enjin turbo alarm dia memang mengharukan.

Di kesempatan bulan raya ini pun banyak jugak syarikat-syarikat membuat majlis rumah terbuka yang dibuat khusus untuk client-client yang berurusan dengan mereka.  BERNAMA kali ini tidak melepaskan peluang untuk mengadakan majlis rumah terbuka bagi seluruh kakitangan mereka dan juga untuk klien-klien tetap mereka yang mana kali ini berlangsung di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.


Terima kasih atas jemputan anda semua dan kami sebagai anak syarikat datang memeriahkan lagi suasana hari raya dengan aktiviti wajib iaitu "MAKAN".














Thursday, August 29, 2013

Entri Terlambat: Raya Kami........


Hok Aloh!!

Maafkan saya lah kawan-kawan, orang lain dah tamat bercerita pasal hari raya 2-3 minggu sudah saya jugak yang ketinggalan.....tak sempat-sempat nak posting entri raya kami sekeluarga.  Tapi takpelah yang pastinya kita masih dalam bulan raya kan........


Apa pun tahun ni kami sekeluarga beraya di Melaka (rumah mertua) seperti dua tahun yang sudah gambar-gambar yang kami ambil pun masih di posisi rumah yang sama background yang sama tiada perubahan kerana ini adalah rumah singgahan keluarga mertua saya ketika mereka balik ke Melaka so tak banyak yang berubah cuma baju raya aje yang berubah kalau 2 tahun dahulau kami sekeluarga mengenakan kaler kuning so this year kami sekeluarga termasuk ipar duai mengenakan kaler "Biru Turqoise" untuk tema raya kami tahun ini.



Tak banyak sangat gambar yang kami ambil disebabkan mood pun sama macam 2 tahun sudah cuma ada pertambahan ahli keluarga 'baru' iaitu kehadiran anak kami Nur Aizaara Adilla pada tahun ini.


Raya di Melaka first day raya memang agak mengujakan dengan tahap kepanansan yang membuatkan anda seperti ingin ber'lengging' (buka seluar baju pakai singlet) sambil makan-makan tidur-tidur, layan tetamu, pakcik-makcik yagn datang dan kemudian makan aiskrim di bandar...hahahhaha hebat betul raya pertama kami .....raya kedua baru kami beraya sakan kerumah keluarga yang lain dan pulang berhari raya di Kuala Lumpur pula di rumah ibu saya....

Seronok dapat ramai-ramai bersama ahli keluarga yang bukan selalu kita semua dapat berkumpul bersama berkonvoi berhari raya.

Layan ajelah gambar-gambar raya kami....













Maaflah lambat post-up entri ni.....bukan apa mood nak berblogging kelaut memanjang lepas tu asal nak post-up entri aje ada aje kerja yang perlu nak disetelkan..memang dah lama tak bukak blog hanya sempat nak membalas komen-komen anda di sini aje dan belum sempat sangat nak berziarah.

Insyaallah lepas ni ada masa saya start sikit demi sedikit berziarah kerumah anda semua ye.

Maafkan saya!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...