Assalammualaikum...
![]() |
| gugel |
Hari Khamis dah...adakah semua dah balik kampung hari ni ke nak tunggu esok? Bagaimana persiapan anda semua semestinya ada yang tengah membilang hari menantikan kedatangan dan ketibaan hari raya yang bakal tiba.
Saya masih lagi di pejabat sehingga esok dan sisa-sisa ramadhan kian terasa dan berasa sedih jika dikenang-kenangkan bahawa kita semua akan meninggalkan bulan yang mulia ini...dapatkah kita semua bertemu lagi di bulan yang sama tahun hadapan? Insyaallah semoga kita semua diperpanjangkan umur dan kesihatan yang baik-baik belaka.
Pada anda-anda yang bakal pulang ke kampung untuk menyambut hari raya saya mengucapkan selamat memandu dan berhati-hati ye di jalanraya.. jangan memandu laju dan berlumba-lumba sentiasa ingat orang yang tersayang. Nanti yang dikendong tak dapat yang dikejar berciciran. TAK NAK!! NO! NO! NO!
Suasana pejabat saya dah mulai lengang dengan kawan-kawan yang sudah memulakan cuti mereka dan ianya berlanjutan sehingga ke minggu hadapan. Mood saya nak bekerja pun dah semakin berkurangan kalau nak diikutkan sememangnya malas nak datang kerja tapi apa nak buat cuti dah takde lagipun cuti perlu di reservekan untuk kelahiran anak baru hujung tahun nanti hehehhe....
Beraya seadanya dengan cuti yang ada...OKLAH tu lagipun tahun ni saya beraya di KL sahaja pada hari raya pertama. Insyaallah raya kedua baru kami memulakan perjalanan berziarah ke rumah sanak saudara di Sg. Buloh, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan yang sewaktu dengannya....
Berhati-hati memandu ye kawan-kawan....








