Showing posts with label Khidmat Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Khidmat Masyarakat. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Khidmat Masyarakat: Marilah Kita Sama-Sama Membantu Terbaik Mungkin


Assalammualaikum...


Terpanggil untuk berkongsi bersama rakan blogger semua yang pastinya ada di antara anda yang mengenali dan ada yang belum mengenali blogger yang juga seorang ibu muda yang begitu kuat, berazam serta tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam menempuhi hari-hari beliau bersama-sama membantu menjaga anak kecik beliau yang sedang sakit.  



Ikuti segala perkembangan adik comel ini yang bernama SOLEH di SINI dan bagi yang ingin memberikan sumbangan juga bantuan anda amatlah dialu-alukan..

Sama-samalah kita membantu selagi boleh dan daya kerana bebanan yang ibu dan bapa anak kecik ini hadapi tidak kita ketahuan akan kesedihan dan kepayahan mereka.

Semoga Allah S.W.T. memberikan ganjaran yang sempurna bagi anda yang sudi dan sedia membantu.

Monday, May 28, 2012

Hulurkan Bantuan Ringankan Beban : Tabung Ahmad Sufi


Assalammualaikum kawan-kawan....

Dikesempatan ini adalah baik kiranya saya menyebarkan info serta maklumat khidmat masyarakat. Pada kawan-kawan blogger dan sesiapa di luar sana yang ingin membantu adik comel ini yang diberi nama Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi. Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 Mac 2012 dan sejak dilahirkan beliau menghadapi masalah paru-paru yang kritikal.


Pada anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut sila klik SINI.

Sedikit info mengenai adik Ahmad Sufi:-

Kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dr AUD3000 SEHARI. UNTUK MAKLUMAN,AHMAD SUFI TELAH BERADA DI RAWAT DI SANA MULAI DR 13 MAC SEHINGGA HARI INI. Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada diantara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana.


BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI (Ibu Saudara Ahmad Sufi)
MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI

Maya Syuhada Binti Suhaimi(Ibu saudara Ahmad Sufi)
CIMB: 14100000462201

Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(ayah Ahmad Sufi)
Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305


Sumbangan daripada anda semua saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih...hanya Allah Taala saja yang dapat membalasnya.

Monday, April 16, 2012

Bantu Selagi Mampu


Tentu ramai di antara rakan blogger yang mengenali beliau...

Gambar Ehsan dari blog Mazidul Akmal Sidek

Nasib serta kesusahan yang menimpa seseorang tu kita tidak mampu untuk mejangka dan meramalkannya.  Begitulah yang terjadi pada Husni Mohd Rawi atau lebih dikenali sebagai Bob Kuman.

Beliau kini terlantar sakit dirumahnya di Kota Damansara dengan keadaan yang lemah dan tidak mampu untuk bergerak apatah lagi keluar untuk mencari rezeki.

Kepada rakan blogger dan pembaca yang sudi untuk menghulurkan bantuan bolehlah menyalurkan bantuan anda secara terus dengan memberikan bantuan berupa kewangan di akaun Maybank beliau (BOB) Husni Mohd Rawi  @ 1123-7100-7047.

Setakat ini berita yang diterima mengatakan bahawa akaun beliau telah dilaporkan disekat oelh pihak bank atas tujuan keselamatan akan tetapi beliau akan cuba berurusan dengan pihak bank untuk terus mengaktifkan akaun berkenaan.

Pada yang ingin mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi En Razali (rakan beliau) di talian 016 231 5812. Dan pada yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sakit dan perkembangan beliau sila klik SINI.

Semoga Allah s.w.t sahaja yang membalas budi baik kalian semua.

Thursday, March 22, 2012

Apa Benar Ke??



Benar ke remaja yang dikatakan diculik ketika membeli kad prabayar telefon berdekatan dengan rumahnya yang di saksikan oleh adik adiknya hanya merangka strategi tersebut untuk mengaburi mata ibubapa dan masyarakat sekeliling hanya kerana beliau tertekan dan rasa terkongkong?


Jikalau benarlah begitu, sememangnya budak ini memang tidak sepatutnya berbuat perkara sedemikian. 


Lari dari rumah untuk bersama sama dengan teman lelaki yang berusia 26 tahun. Apa nak jadilah dengan kes remaja sekarang.


Tidak tahukah akan impak yang ibubapa dan beliau sendiri akan hadapi. Kenapa seawal umur 15 tahun sudah pandai merasa tertekan dan rasa diri terkongkong? Bukankah diawal umur sebegitu tempat remaja ini hanya disamping keluarga dan adik adik tercinta. Kenapa mesti ada rasa sedemikian.


Kalau dah desperate sangat nak bersuami dan sudah ada pilihan hati serta tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran masakan tidak dikahwinkan sahaja. Biar mereka tahu nasib dan tanggungjawab berumahtangga.


Sepatutnya adik Siti Nurfatihah Mahadi haruslah berfikir secara waras dan tidak mengambil atau membuat sesuatu yang membuta tuli dan memalukan kedua ibubapa dan keluarganya.


Walhasilnya remaja sekarang jika diberikan didikan agama yang secukupnya juga perlulah memotivasikan serta memuhasabahkan diri mereka untuk menjadi yang lebih baik dari yang terbaik.


Mengikut berita akhbar katanya remaja berkenaan kini ditempatkan di rumah Penjagaan Kanak Kanak Tengku Ampuan Fatimah di Alor Akar kerana beliau enggan pulang ke rumahnya. Gadis tersebut juga kini diletakkan dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan kaunseling.


Ambil iktibar dari setiap kejadian.


P/s: Simpati pada kedua ibu bapa beliau.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 15, 2012

Cegah Sebelum Parah


google

Seringkali kita lihat, dengar dan perhati media-media tempatan kita membuat liputan mengenai kisah anak-anak kecil yang hilang tak kira samaada di culik ketika keluar bermain di luar rumah, pergi ke kedai atau pasar malam dan sebagainya hingga mengakibatkan kematian dan kehilangan misteri hingga tidak dijumpai.

Pernahkah kita terfikir bagaimana untuk membenteras akan kejadian ini daripada terus berulang dan berlaku.  Berkata-kata memang mudah kerana kita tidak merasai akan kekalutan serta kesedihan yang para ibu bapa penjaga yang mengalaminya, tetapi sebagai langkah kita boleh mempraktikkan pelbagai alasan dan ketegasan dari mengelakkan perkara yang tidak diingini dari berlaku.

Bukan ingin menunding jari pada sesiapa, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang perihatin serta mempunyai hati dan naluri keibuan kita tidak sanggup untuk melihat dan merasai apa yang di lalui oleh para ibu-ibu berkenaan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul.  Hari-hari mendatang yang mereka terpaksa lalui dengan kisah sedih peristiwa hitam yang terjadi menghantui kehidupan sehari-hari mereka.

Sebagai ibu bapa penjaga kita seharusnya menitik beratkan nilai keselamatan yang tinggi terhadap tahap pergaulan dan aktiviti seharian anak-anak kita. Pantau dan kawal kemana sahaja mereka pergi tidak kiralah jika mereka mempunyai aktiviti di luar rumah contohnya aktiviti kokorikulum di sekolah atau bermain bola atau sebagainya kita seharusnya tahu kemana mereka pergi dan TIDAK SEHARUSNYA kita membebani mereka dengan tugasan orang-orang dewasa contohnya pergi membeli barang di kedai atau menghantar makanan di rumah saudara atau jiran yang lain.

Kadar jenayah di negara kita semakin hari semakin meningkat hingga tidak kira usia, manusia diperlakukan dengan kejam tanpa belas kasihan dan perikemanusiaan.  Dimanakah kewarasan dan akal fikiran serta tiang agama yang kita tanamkan di dalam diri dan jiwa agar sentiasa berbaik hati dan sangka dengan orang lain.  Kekejaman semakin hari semakin menjadi jadi tidak kira pertalian darah ataupun orang asing.  Kanak-kanak seawal lahirnya di dunia hinggalah ke warga emas menjadi mangsa kerakusan manusia yang berhati dan berjiwa BINATANG.

Anak-anak harus diberi perlindungna sebaiknya.  Pelbagai kes jenayah melibatkan kanak-kanak antaranya rogol dan bunuh serta sebagainya kian berleluasa kini. Ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa mereka bersama anak-anak dan menemani mereka kemana sahaja mereka hendak pergi ketika waktu cuti persekolaha atau hari minggu bukan dengan membiarkan mereka hidup berdikari melakukan semua perkara orang dewasa tanpa memikirkan apa impak yang akan mereka terima.  Suasana zaman sekarang tidak sama dengan tahun-tahun 60an, 70an dan 80an dulu dimana ibu bapa boleh meninggalkan anak-anak sendirian dirumah dengan selamat dan bermain di luar rumah dengna selamat, kini semuanya telah berbeza.  Sama-samalah kita mengatasinya, hanya itu cara yang terbaik untuk kita membanteras kejadian buruk ini dari terjadi.  

Jauhi anak-anak dari bergaul dan bermesra dengan orang-orang yang tidak dikenali serta perhatikan mereka apabila setiap kali kita membawa mereka keluar berjalan ke tempat umum.  Biarkan mereka menangis apabila setiap kehendak dan permintaan mereka tidak kita turutkan melainkan dengan HANYA bersama kita daripada kita sendiri yang akan menangis dikemudian hari.

Bersama-samalah kita mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah anak-anak yang hilang tidak dijumpai, mangsa rogol, liwat dan bunuh seperti kes baru-baru ini kisah tragis adik Nurul Nadirah (Dirang) agar kita semua lebih perihatin dan sensitif akan isu ini.

Cegah sebelum parah!!

Thursday, January 19, 2012

Doakan Muhammad Irsyad Soleh

Assalammualaikum...


Perkembangan tahap kesihatan adik Soleh telah lama saya ikuti dan serasanya terlalu sebak diri ini untuk berkata-kata dan saya memang amat-amat mengerti akan segala kepayahan, kesedihan yang dihadapi oleh Nora sekeluarga.



Di sini saya ingin memperpanjangkan entri ini agar kita semua sama-sama menadah tangan dan berdoa akan kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi oleh adik Muhammad Irsyad Soleh anak kepada blogger Nora dapat diatasi dengan berjaya serta dipermudahkan dan semoga beliau kembali ceria dan kembali aktif bermain seperti anak-anak lain yang sebaya dengan beliau.


Buat Nora sekeluarga kami berharap agar kalian sentiasa tabahkan diri dan kuatkan semangat serta jangan putus berdoa untuk kebaikan dan dan dipermudahkan segala kepayahan dan kesakitan yagn ditanggung oleh adik Soleh ketika pembedahan dijalankan esok.


Pada rakan bloggers yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkembangan serta cerita dengan lebih detail dan teliti sila layari entri Nora di SINI


Thursday, November 17, 2011

Hulurkan Bantuan Ringankan Beban



Nur Najatul Syifa

“Syifa lahir tanpa memiliki injap, saluran darah ke jantung sempit selain paru-paru yang bermasalah. Sudah tiga kali dia dibedah sejak lahir lagi.

Pembedahan pertama dilakukan masa usianya tiga bulan bagi memasukkan sejenis tiub (Bt Shunt) untuk membolehkan penyaluran darah ke bahagian paru-parunya yang bermasalah,” cerita Shamsinar.

Nasib kurang menyebelahi anak malang ini apabila pembedahan tersebut kurang berjaya. Dalam tempoh 14 hari kemudian pembedahan kedua dibuat untuk mengikat bahagian ototnya agar lebih kuat.

Kini nasib anaknya yang telah menjalani pembedahan kali ketiga pada Mac lalu masih terumbang ambing. Pembedahan ini lebih rumit dan sejak awal lagi doktor sudah memberitahu akan berlaku beberapa risiko.
Tetapi ibu muda ini nekad untuk meneruskan pembedahan tersebut biarpun doktor hanya memberikan 20% sahaja peluang untuk Syifa terus hidup.

“Syifa bergantung kepada sejenis susu yang berharga RM300 sekotak kerana dia tidak boleh makan makanan dan kurang berfungsi kesan daripada pembedahan. Paling teruk dada Syifa semakin membengkak akibat pembedahan,” beritahunya sambil menunjukkan keadaan bengkak yang semakin membesar.

Syifa harus sentiasa dipantau. Dia tidak boleh kerap menangis dan letih, ditakuti akan menyebabkan dia sesak nafas. Biarpun keluar bekerja demi menyara kehidupan mereka berdua, tetapi Shamsinar memberitahu setiap satu jam dia akan menelefon pengasuh anaknya bertanyakan keadaan Syifa.

Begitulah kerisauan, keresahan dan juga pengorbanan seorang ibu muda demi memastikan anak tersayang terus bernafas, dia tidak pernah berhenti berjuang mencari rawatan terbaik buatnya. Namun dia akur, kos merawat anak sakit sememangnya bebanan yang amat berat ditanggung olehnya.

Dengan gaji yang diterima sebanyak RM900 setiap bulan dan bantuan bulanan sebanyak RM230 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Shamsinar perlu bijak mengatur perbelanjaannya. Kos untuk membiayai keperluan dan rawatan Syifa sahaja sudah menelan belanja melebihi RM500 sebulan.

Kos pembedahan Syifa di IJN tidak lama dulu mencecah RM60,000 tetapi Shamsinar hanyak mampu membayar sejumlah RM800 sahaja. Dia bersyukur kerana pihak IJN masih mampu bertolak ansur dalam soal tersebut.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tangisan Syifa yang tiada henti apabila sakitnya datang menyerang menjadi irama biasa di telinga Shamsinar. 

Bagi yang ingin membantu meringankan bebanan kewangan ibu ini boleh menyalurkan di akaun Maybank Shamsinar 162311781796.

Sumber dari Majalah Pa&Ma



Tuesday, November 15, 2011

Kanser Servik dan Pelalian HPV



Wanita bukan sahaja perlu memaintainkan kecantikan mereka malahan kesihatan juga perlu dititikberatkan dan menjadi agenda utama dalam kehidupan seharian kita.

Sudahkah rakan-rakan bloggers saya yang meliputi wanita dan gadis-gadis diluar sana mendapatkan pelalian HPV bagi mencegah kanser servik?  

Sedikit penerangan mengenai kanser servik bagi anda yang kurang arif mengenainya.

Kanser yang terjadi di bahagian pangkal rahim (Servik).  Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal.  Di anggarkan 1,500 wanita di negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. 

Tahukah anda bahawa kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita.


Human Papilloma Virus (HPV)

Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas mereka berkahwin dan HPV adalah penyebab utama kanser servik.


Pelalian HPV

Pelalian diberikan untuk mencegah kanser servik akibat jangkita HPV.  Pelalian ini diberikan secara suntikan di bahagian atas lengan sebanyak 3 kali (3 suntikan) dalam tempoh enam bulan mengikut jadual berikut:-

Suntikan Pertama

Tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/klinik


Suntikan Kedua

1 bulan selepas suntikan pertama

Suntikan Ketiga

6 bulan dari suntikan pertama


Faedah pelalian HPV

Anda berisiko untuk dijangkiti HPV.  Pelalian ini boleh mencegahnya dari mendapat kanser servik di masa akan datang.

Pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia hanya memberi pelalian secara percuma kepada semua gadis berumur 13 tahun.



Tempat Bagi Mendapatkan Pelalian

Jika anda masih bersekolah, anda boleh mendaptkannya di Sekolah.

Jika anda tidak bersekolah, anda boleh dapatnya di klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang berhampiran anda.


Jadi, bagi rakan-rakan semua jangan malu dan segan untuk melakukan pemeriksaan Pap Smear bagi mengesan kanser servik.

Friday, November 11, 2011

Anak Saya Hilang!!!

Assalammualaikum.....

Nauzubillah!! SELISIH MALAIKAT 44.... Jauhkanlah dari saya.  Tak mau semua itu terjadi.  Tak sanggup saya nak mengharunginya tanpa anak-anak disisi. Tak dapat rasanya nyawa ini terus bernafas di dunia tanpa kehadiran mereka.  Gelak tawa dan senda gurau mereka telah terlalu sebati di dalam hidup saya ini.

Isu anak hilang semakin meningkat tinggi kala ini, adakah kerana kelalaian ibu dan bapa dan penjaga? Kita tidak seharusnya menunding jari seratus peratus (100%) kepada mereka (ibubapa/penjaga)malahan sebaliknya sikap anak yang terlalu aktif (hyperactive) hingga sukar dikawal juga menjadi suatu permasalahan bagi ibubapa penjaga mengapa kes ini terjadi.

Kelalaian, kecuaian serta kealpaan sering berlaku bila ibu bapa penjaga membawa anak-anak mereka menghadiri pameran/ekspo, menghadiri kawasan-kawansan yang penuh sesak dengan manusia hingga pegangan tangan dengan anak-anak terlepas atau hilang kosentrasi atau pengawalan akan aktiviti anak-anak akibat dari mereka aktif bermain berlari kesana sini ketika ibu bapa penjaga sibuk memilih atau membeli barangan menjadi punca mengapa insiden ini terjadi.

Pasti kawan-kawan bloggers juga mempunyai experience tentang anak hilang.  Tidak kiralah kalau hilang seminit atau beberapa jam, impaknya tetap tinggi umpama TERCABUT NYAWA bagi ibu bapa penjaga yang menghadapinya.

Sering kita lihat didada-dada akhbar dan televisyen akan kehilangan kanak-kanak contohnya nama Nurin Jazlin, Sharlini, Song Seng dan ramai lagi antara kisah sedih ibu bapa penjaga yang menghadapinya. Namun apakah iktibar yang boleh kita ambil dari segelintir mereka ini.


Google 

Rata-rata 4 kanak-kanak hilang dalam sehari dan hampir kanak-kanak yang hilang membabitkan kanak-kanak perempuan.  Angka ini bukanlah sedikit kerana ianya melibatkan kehilangan nyawa yang bukan boleh ditukar ganti.   Kalau tanya mana-mana ibubapa penjaga pun mereka pasti tidak mahu anak mereka tergolong dalam statistik tersebut.  

Namun kita sebagai manusia biasa kadang kala tidak tegar atau bisa mengelak dari insiden sedemikian dari berlaku.

Awasilah anak-anak kita.

Tuesday, November 08, 2011

Wanita Malaysia Mudah Di Perdaya??

Assalammualaikum semua..

Kembali semula melakukan pelbagai aktiviti harian setelah tiga (3) hari kita semua bercuti dan bergembira bersama sanak saudara, hari ini kita kembali melunaskan tugas-tugas yang tertangguh.

Apa khabar anda semua? How is your Raya Korban? Harap semuanya berjalan dengan lancar dan gembira hendaknya.

Saya ingin menyarankan pada wanita-wanita dan adik-adik cantik di luar sana agar jangan mudah sangat di perdaya, jagalah kesopanan serta kesantunan kita sebagai gadis timur. 

Tetapi wanita-wanita dan adik adik cantik TAHUKAH anda bahawa di antara sifat tamak, buta cinta merupakan antara punca utama mengapa wanita Malaysia mudah diperdaya dan diperbodohkan oleh sindiket warga Afrika yang menjalankan kegiatan penipuan kiriman bungkusan.  Malaysia merupakan negara yang tertinggi sekali terlibat dalam penipuan seumpama ini adalah berdasarkan bilangan pengguna internet yang banyak berbanding negara-negara lain.

Sifat yang saya akui ada pada wanita Malaysia (termasuk saya) iaitu terlalu mudah percaya seseorang tanpa mencurigai memudahkan lagi pergerakan sindiket ini.  Penipuan yang kebanyakkannya melibatkan wanita berkerjaya, berpelajaran tinggi serta kebolehan menguasai bahasa Inggeris sangat baik adalah kriteria yang amat diperlukan oleh sindiket ini.  Tidak kurang juga bagi golongan lelaki turut menjadi magsa penipuan tetapi jumlah mereka agak sedikit berbanding dengan wanita.

Sindiket tersebut biasanya akan berkenalan dengan mangsa tersebut melalui laman Facebook, Twitter dan emel. Oleh itu berhati-hatilah pada wanita-wanita Malaysia di luar sana. Kemasukan warga asing ke negara kita memang agak tinggi berbanding dahulu dan terlalu banyak isu dan kadar jenayah meningkat dengan tingginya masa kini.

Sumber oleh: Utusan Malaysia

Friday, October 28, 2011

Khidmat Masyarakat: Perangi Aedes

Assalammualaikum...




Pesanan khidmat masyarakat kali ini, sama-samalah kita perangi Aedes walau di mana sahaja kita semua berada. Tidak kira di desa mahupun di bandar besar, rumah pangsa, rumah teres, rumah banglo dan di kawasan-kawasan pedalaman.


Kempen kesedaran yang giat diutarakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dikongsi bersama semua bloggers di Malaysia.  Sertai mereka dengan meluangkan sedikit masa untuk menjawab beberapa soalan berkaitan di SINI (cumel gambar katun dalam website ni)


Perangi Aedes!! Tiada Aedes Tiada Denggi!!

Tuesday, August 09, 2011

Khidmat Masyarakat

Assalammualaikum pada bloggers semua..

Saya membaca entri mAsZull pagi ini dan terpanggil untuk mewar-warkan informasi berkaitan khidmat masyarakat "Orang Hilang". Di minta pada sesiapa yang ada menjumpai beliau sila hubungi nombor seperti yang tertera di bawah.



Sama-samalah kita membantu selagi kita berkemampuan. Sila sebarkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...