Showing posts with label Peringkat Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Peringkat Kehamilan. Show all posts

Friday, July 06, 2012

Mommies...Hindari Perkara Ini.....


Assalammualaikum.....

Gugel
Semakin menghampiri saat bersalin, semakin banyak ketidakselesaan dirasai oleh ibu mengandung.   Tetapi permasalahannya terjadi kepada saya, nak dikatakan menunggu hari dan menunggu waktu-waktu terakhir minggu kehamilan tu rasanya jauh dan sekaligus belum lagi kerana rasanya usia kandungan saya bakal menjejaki ke usia enam (6) bulan bagi sesetengah antara mereka pasti ketika ini perut mereka tidak berapa nampak dan membesar, tetapi berbeza dengan bentuk fizikal saya yang rasanya seperti sudah sarat dan nak menunggu hari.  Disebabkan faktor perut yang membesar maka pergerakan saya terbatas dan sangat tidak produktif.

Faktor sebegini amat menyukarkan dan beberapa kejadian dan perkara yang harus diambil pandang oleh para-para ibu mengandung antaranya bakal mengundang kejadian yang lebih serius dari terjadi. Jadi berhati-hatilah dan sebagai langkah pencegahan ikuti panduan berikut.

Artikel ini saya dapati dari siri pembacaan saya di dalam salah sebuah majalah tempatan.

1. Terjatuh
Sewaktu mahu mengambil barang yang terjatuh, jangan terus membongkok. Sebaliknya lipat sedikit kedua belah kaki dan berada dalam posisi mencangkuk. Cara ini anda dapat mengurangkan risiko membongkok dan terjatuh.

Anda juga boleh meminta bantuan daripada rakan untuk mengambil barang di tempat yang tinggi. Dalam keadaan anda ketika ini, pasti teman tidak sampai hati untuk menolak permintaan anda itu. Lebih baik fikirkan janin dalam kandungan daripada perasaan malu yang menguasai diri.

2. Pedih Pada Tubuh
Keadaan pedih pada tubuh itu boleh dialami di bahagian bahu, pinggang dan punggung. Oleh itu, ketika bekerja pastikan postur tubuh berada dalam keadaan yang betul. Ketika duduk, pastikan posisinya tepat dan anda berasa selesa dengan kedudukan itu. Pastikan juga tiada tekanan di bahagian punggung dan pinggang yang boleh menyebabkan anda berasa pedih dan nyilu.

3. Pedih Ulu Hati
Tidak dinafikan wanita hamil akan mengalami keadaan pedih ulu hati. Jadi perhatikan posisi tubuh ketika duduk, menulis mahupun membaca. Jangan sampai memberi tekanan kepada bahagian ulu hati.

Ikuti juga pola pemakanan yang sesuai dengan sistem pencernaan buat wanita hamil. Disiplin makanan yang mesra wanita hamil juga perlu dipraktikkan misalnya elakkan makanan yang pedas, tajam dan berangin yang boleh mengganggu sistem percernaan.

Anda juga perlu makan dengan jumlah yang kecil tetapi kerap. Makanlah buah-buahan segar ketika di rumah dan boleh juga ambil biskut sewaktu di pejabat.

4. Sakit Kepala
Elakkan mengalami ketegangan sepanjang kehamilan. Apatah lagi sehingga ia menyebabkan anda hilang kawalan dan tumpuan sepanjang bekerja. Latih kemampuan untuk mengawal diri di saat sedang sibuk bekerja. Latihan kerehatan amat berguna untuk anda. Jika terlalu lama melayari komputer, kalihkan seketika pandangan anda di luar atau berjalan-jalan di sekitar ruang kerja anda.

5. Pengsan
Sekiranya pekerjaan anda memerlukan anda berdiri atau menuruni tangga ketika hamil, tidak salah untuk mengajukan permohonan untuk berpindah seketika di bahagian lain yang lebih selesa untuk anda.

Ia bagi menjaga kelancaran aliran darah pada kaki. Ketika berdiri yang terlalu memberi tumpuan pada sebelah kaki untuk tempoh yang lama. Sebaiknya gunakan kasut rendah. Anda juga perlu mengelakkan diri daripada diserang anemia. Justeru, ambil makanan seimbang yang kaya zat mineral

6. Sesak Nafas
Elakkan keadaan ini dengan berehat seketika sewaktu anda bekerja. Tarik nafas panjang dan perlahan-lahan sambil membayangkan udara segar memenuhi seluruh sel tubuh anda sampailah ke janin, lalu hembuskan kembali sambil merehatkan seluruh otot.

Lakukan senaman regangan yang ringan ketika duduk dan berdiri. Misalnya dengan memalingkan bahagian leher dan memusingkan bahu atau mengangkat kedua belah tangan ke atas dan menariknya ke bahagian sisi badan.

Mengapa Selalu Panas?
Sesetengah ibu hamil mudah untuk mengeluarkan peluh. Walaupun telah duduk dengan tenang, namun ia masih juga mengeluarkan peluh yang berlebihan.

Akibatnya pakaian mudah basah. Berpeluh sebenarnya merupakan reaksi alamiah untuk menyejukkan tubuh yang mengalami kepanasan. Namun, ada penyebab lain mengapa wanita hamil mudah berpeluh.

Salah satunya kerana peningkatan hormon progesteron sehingga pembuluh darah kecil pada kulit melebar. Sebab itulah, wanita hamil akan merasa kepanasan.

Keadaan berpeluh ini juga dipengaruhi oleh usia kehamilan yang semakin membesar.

Wanita hamil bagaimana pun perlu lebih berjaga-jaga sekiranya suhu tubuhnya meningkat lebih dari biasa. Barangkali ia bukan disebabkan hal di atas, tetapi akibat jangkitan kuman pada tubuh.

Bagi wanita yang kuat berpeluh, cuba amalkan memakai pakaian yang longgar dan selesa yang diperbuat dari fabrik yang dapat menyerap peluh. Wanita hamil mudah berpeluh juga perlu mengelakkan berada di ruangan sempit dan sebolehnya cuba berada di ruangan terbuka dengan lebih kerap. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi

7. Pendarahan Hidung

Wanita hamil lebih mudah mengalami pendarahan hidung berbanding wanita yang tidak hamil.  Ketika hamil paras hormon wanita yang tinggi dalam tubuh akan menyebabkan saluran darah dihidung mengembang dan mudah pecah.  Ianya mudah berlaku jika wanita hamil itu mengalami selsema, jangkita sinusitis, alahan pada habuk dan makanan atau apabila selaput dalam hidungnya menjadi kering akibat berada dalam persekitaran yang kering seperti bilik yang mempunyai pendigin hawa (aircond).

Walaubagaimanapun ianya tidak merbahaya.  Jika sebaliknya dapatkan rawatan terus kepada pakar.

Kesemua faktor di atas kalau tak kena semua mesti akan terjadi di antara salah satu darinya.  Semoga ibu-ibu hamil ini tabah dan sabar menghadapi sesi kehamilan dengan penuh ceria.


* SHARING IS CARING *

Monday, March 26, 2012

Sukarnya...........

gugel

Lately ni rasa tidak bersemangat dan tak berapa nak aktif untuk berblogging. Mood sepanjang masa kelaut dan melalut tak tentu hala...

Beberapa hari ni pun keadaan kesihatan diri juga tidak berapa nak mengizinkan saya terus-terusan aktif melakukan apa sahaja.  Rasanya macam nak ambil cuti panjang dan tidur terus-terusan sambil berbaring di atas katil dan berkurung di dalam bilik sambil menonton tv dan berbaring. 

Betullah kata orang, lain orang lain ragam dan tahap kesihatan mereka ketika mengandung. Tahap kesihatan dan kehamilan saya ketika ini sungguh amat tidak  menyelesakan saya. Tekak rasa loya macam nak muntah tak nak muntah, kepala asyiklah berpusing-pusing takde arah tujuan, badan rasa ringan tak larat kaki nak mengangkat dan menghayun. makan apa benda pun semua rasa tak sedap, air masak yang selalu saya minum tu pun rasa payau, gula dan garam kena kurangkan takut tahap kesihatan menjadi kesusahan.....arrrggghhhh SEKSA!!!!

Rasa mual dan muntah ringan memang kerap terjadi terutamanya di awal kehamilan tetapi sekiranya muntah dan mual anda keterlaluan sehingga tidak berdaya meneruskan tugas harian, anda dikatakan mengalami 'Hyperemesis Gravidarum' . 'Hyperemesis Gravidarum' ialah keadaan dimana terjadi kekurangan bendalir dan mineral badan yang teruk yang boleh menyebabkan komplikasi serius. Dehidrasi dan kekurangan zat yang teruk badan akibat muntah dikaitkan dengan kecacatan janin dan kelahiran pra-matang. Sekiranya anda mengalami mual, terdapat ubat yang selamat yang boleh dimakan untuk mengurangkan muntah dan dapatkan nasihat tentang pemakanan yang boleh dihindari semasa konsultasi dengan doktor. Sekiranya muntah anda masih tidak dapat dikawal, anda mungkin akan dimasukkan ke wad dan rawatan rehidrasi akan diberikan untuk mengantikan bendalir dan mineral yang hilang.

Semoga saya lebih bersemangat dan berharap agar semua yang saya alami ni berakhirlah dengan cepat. 

Pada kawan-kawan yang berziarah dan singgah ke sini, janganlah kecil hati kalau saya tak sempat nak menjenguk dan berziarah ke rumah anda, Insyaallah jika saya diberikan kekuatan dan kelapangan saya akan singgah ke blog anda dan meninggalkan jejak.

Doakan yang terbaik untuk saya dan anda semua....

Mood: Rasa tekak tak sedap sungguh!!

Thursday, March 08, 2012

Peringkat Kehamilan Anda


Perkembangan Bayi Dari Bulan Pertama 
Sehinggalah Bulan Yang Kesembilan


(Minggu pertama hingga minggu ke 16)

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.


Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulaimembentuk struktur asasmanusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).


Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnyamembentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.


Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelaminluar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.


Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.


Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.





Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...