Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Dah Bersiap Sediakah Anda??


Assalammualaikum....

Sumber dari Google
Walaupun dah nak masuk beranak 4, tetapi setiap tempoh mengandung dan bersalin itu agak berlainan dari yang lepas-lepas, bagi para ibu yang bakal melahirkan pasti berasa sangat teruja dan excited nak menunggu akan ketibaan hari tersebut termasuklah saya.  

Apabila hati sudah teruja di campur dengan kecelaruan ingin bersalin maka banyak perkara yang perlu dan harus dilakukan sebelum harinya tiba..yelah mana nak tau kalau tetiba di pejabat terasa contraction nak bersalin mau tidak rasa cuak dan ketakutan...sebaiknya masuk ke minggu 36 keatas tu dah bolehlah packing-packing barang keperluan yang perlu dan harus ada apabila kita berada di hospital nanti.  Nak harapkan pasangan membuat perkara tersebut PASTI ada saja yang tertinggal nanti dan tidak mencukupi..maka rancanglah seawal-awalnya ya.

Berikut adalah tips-tips serta barangan yang perlu di bawa untuk ke hospital apabila tiba waktu untuk melahirkan antaranya :-

  1. Kad mengandung, IC, GL
  2. Baju baby sekurangnya 2 pasang, stoking tangan dan kaki baby, selimut
  3. Lampin sekurangnya 2 helai
  4. Kain tuala
  5. Wet tissue 
  6. Tisu kotak
  7. Air selusuh, Air Zam Zam atau mineral water (jika perlu aje kerana ada sesetengah doktor tidak menggalakkan kita mengambilnya)
  8. Pad
  9. Baju dan kain sarung sekurangnya 2 helai
  10. Selipar Jepun
  11. Hanky untuk baby (sapu tangan)
  12. Gelas atau cawan nak minum air (jika perlu..biasanya dah ada disediakan)
  13. Plastik sampah (nak letak baju kotor)
  14. Stokin untuk mommy
  15. Pampers 5 keping
  16. Bantal baby atau kain sarung yang dilipat untuk alas kepala baby serta topi baby..
Insyaallah...

Semuanya dengan izin Allah. Saya selalu diingatkan apabila kita susah untuk bersalin dan tiba sakitnya hanya Allah aje yang tahu.  Sang ibu perlu kuatkan semangat kerana sememangnya kita sedang menyabung nyawa untuk melahirkan hamba Allah yang soleh atau solehah…


Ingatlah bahawa apabila seseorang wanita itu sudah mula merasakan kesakitan untuk bersalin maka Allah sedang mengampunkan dosa-dosanya…Banyakkanlah membaca doa dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T dan yang paling penting doa dari suami dan ibu-ibu kita juga.

Sumber :Senarai persediaan sebelum, semasa dan selepas bersalin

Monday, September 24, 2012

Besar Ke?


Assalammualaikum ....



"Astaghfirullahilazim ... besarnya". Itulah kata-kata yang terkeluar 'first impression' orang tengok saya.  Persoalannya betul ke perut saya ni besar? Kesian saya...

Takut pulak nak tengok dan berdebar-debar rasanya nak menunggu tarikh, masa dan harinya.  Dengar pelbagai rasa dan pengalaman mereka buatkan diri saya semakin hari semakin tak keruan selagi tak bersalin. (macamlah baru bersalin anak pertama) tak kisahlah kan apa orang nak kata dan yang pastinya setiap kali mengandung, kita semestinya kita akan mengalami pengalaman yang berlainan dan tak sama.

Harapan semoga semuanya selamat. Biarlah apa pun orang nak kata. Janji anak yang saya kandung ini sihat dan selamat semuanya. Amin.....


Nak Pilih Tarikh Bersalin....Tapi.....



Assalammualaikum...


Sekadar berkongsi dengan anda semua termasuklah saya ni untuk kebaikan kita bersama....hailah, bila membaca setiap artikel-artikel ini hati semakin hari semakin berdebar-debar. Menghitung hari dengan campuran 1001 perasaan iaitu sukar, takut, gembira dan teruja.

Semoga selamat semuanya...

Setiap apa yang dilakukan pasti ada sisi baik dan sisi buruknya. Demikian juga dengan aspek pemilihan tarikh bersalin seperti yang banyak dilakukan oleh ramai ibu bapa moden pada masa kini.


Apa pun jua pendapat yang disuarakan atas pemilihan tarikh bersalin, natijahnya, tarikh tidak mencerminkan apa-apa. Jika kebetulan tarikh bersalin itu jatuh pada tarikh yang unik, ia dikira sebagai bonus tambahan kepada anda dalam melalui saat-saat manis menimang cahaya mata.


Kebaikan

Dengan memilih tarikh tertentu untuk bersalin, anda boleh menguruskan sesuatu hal yang perlu dibereskan sebelum melahirkan dalam keadaan keadaan tenang dan merancang dengan lebih teratur. Apabila tekanan dapat dikurangkan, ia tidak akan menimbulkan kerisauan. Oleh yang demikian, proses kelahiran dapat dilalui dengan lancar.


1. Terancang

Bagi anda yang mempunyai ibu bapa atau ahli keluarga yang tinggal berjauhan, pemilihan tarikh bersalin membolehkan mereka datang lebih awal agar dapat menjaga anak yang lebih tua sepanjang anda berada di hospital.

Malah, bagi anda yang masih mempunyai tugasan yang perlu dibereskan sebelum bersalin, sudah pasti urusan itu dapat diselesaikan dengan sempurna. Dengan yang demikian, anda mempunyai masa untuk melakukan kerja-kerja secara teratur dan menguruskannya dengan baik.


2. Teman Ketika Bersalin

Menerusi pemilihan tarikh bersalin, para suami tidak lagi mempunyai alasan untuk mengatakan tiada peluang untuk bersama-sama dengan anda ketika melalui proses kelahiran bayi. Malah, ibu juga boleh menemani anda ketika di dalam bilik bersalin sekiranya hospital pilihan membenarkan beliau berbuat demikian.


3. Bajet

Proses kelahiran anak terutamanya di hospital swasta menuntut beberapa kos tertentu. Jadi, dengan memilih tarikh bersalin, segelintir pasangan ibu bapa yang mungkin mempunyai kekangan kewangan pada tarikh jangkaan bersalin yang diberikan oleh doktor dapat mengatasi masalah ini tanpa perlu khuatir tentang kos kelahiran anak.


4. Kepercayaan Kaum

Terdapat segelintir individu terutamanya kaum India dan Cina percaya bahawa hari atau waktu kelahiran tertentu dapat memainkan peranan dalam mencorakkan masa depan si kecil. Berdasarkan kepercayaan yang dipegang, sudah pasti ia diharap dapat membentuk keperibadian anak yang bakal membesar sebagai insan yang berguna.


5. Pilih Doktor

Jadual tugasan doktor tidak menentu. Jika mahu doktor yang menjaga kehamilan anda menyambut kelahiran bayi, maka pemilihan tarikh bersalin dapat membantu. Dengan yang demikian, anda dapat memastikan doktor yang anda percayai itu bertugas pada tarikh anda mahu bersalin.


6. Bilik Pilihan

Di sesetengah hospital, kemudahan bilik terutamanya bilik tunggal agak terhad. Sekiranya anda bercadang mahu bersendirian tanpa gangguan daripada ibu-ibu yang lain, maka anda boleh memilih bilik tunggal yang diingini dan pada masa yang sama tarikh bersalin yang diimpikan.


7. Tidak Kelam Kabut

Dengan memilih tarikh bersalin, anda tidak perlu kelam-kabut dengan membawa bersama anak-anak yang lebih tua ke hospital ketika tiba saat hendak melahirkan. Tambahan pula, ada sesetengah hospital tidak membenarkan kanak-kanak kecil berada di dalam bilik bersalin bagi mengelakkan masalah-masalah sampingan yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan anak anda dan masalah-masalah yang lain juga.


8. Pengurusan Logistik

Sekiranya kehamialan anda berhadapan dengan masalah uri bawah, biasanya anda akan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di hospital di antara minggu ke-28 hingga minggu ke-38. Jadi, dengan memilih tarikh bersalin, pengurusan logistik dapat dilakukan dengan lancar.


9. Tidak Sabar Bersalin

Ada segelintir ibu hamil yang tidak mampu bertahan dengan kehamilan yang semakin membesar. Oleh itu, tekanan yang dialami ini dapat dikurangkan dengan memilih tarikh bersalin. Namun, ia hanya dapat dilakukan dengan syarat usia kandungan sudah matang dan saiznya sudah mencukupi.


Keburukan


1. Risiko Caesarean

Bagi yang memilih untuk bersalin secara normal pada tarikh pilihan, anda mungkin akhirnya terpaksa melalui proses kelahiran secara pembedahan caesarean jika tidak berjaya mengeluarkan bayi secara normal. Perlu diingati bahawa setiap kelahiran caesarean terutamanya secara kecemasan ada risikonya yang tersendiri.


2. Bayi Pramatang

Tarikh bersalin yang dipilih mungkin tidak tepat dengan usia kandungan. Dengan yang demikian, dikhuatiri bayi dilahirkan tidak cukup bulan. Untuk makluman, pada usia 38 minggu, kematangan paru-paru bayi adalah pada 97 peratus. Jika bayi lahir pramatang, ia boleh menyebabkan bayi perlu diberi bantuan pernafasan akibat respiration distress syndrome dan dimasukkan ke ICU.


3. Terlebih Hari

Ada ketikanya tarikh bersalin yang anda pilih itu terlebih daripada hari yang sepatutnya bayi perlu dilahirkan. Jika menunggu terlalu lama, ia akan memberi kesan kepada bayi. Dalam kes tertentu, tarikh yang dipilih tidak kesampaian apabila bayi dilahirkan lebih awal.


4. Timbul Masalah Lain

Apabila anda terlalu gelojoh dalam memilih tarikh bersalin, ia boleh menimbulkan masalah-masalah sampingan. Umpamanya, penggunaan ubat cetusan kontraksi boleh menyebabkan koyak yang mana akan menjurus kepada komplikasi pendarahan, bayi lemas dalam kandungan mahupun pembedahan caesarean secara kecemasan perlu dijalankan bagi menyelamatkan nyawa anda dan bayi juga.


Friday, September 21, 2012

Yang Mana Satu??



Buntu membuat pilihan dan yang mana satu harus kupilih dan yang terbaik untuk di gunakan....





OR



Tips Berpantang Cara Sihat


Assalammualaikum....

Wahh!! baca entri ni rasa macam dah melepasi fasa yang amat menggerun dan mendebarkan pulak...walhal hakikatnya saya belum lagi bersalin-salin hihihi...masih lagi dalam mode penantian yang penuh dengan debaran dan kekalutan yang maha hebat.

Tapi takpelah just ingin berkongsi certia dan pengalaman juga terutama yang mempunyai kebaikan dan faedah bagi ibu-ibu muda yang baru nak merasai suasana berpantang begini.



Bagi para ibu-ibu , harus di ingati dan ambil perhatian akan kebaikan dan keburukan yang harus dan patut kita jadikan panduan dan perkara-perkara yang perlu dijauhi semasa dalam pantang bersalin tak kiralah samaada kita bersalin secara normal ataupun melalui kaedah pembedahan.

Antaranya.....

Hindari ikan -ikan yang berbisa saperti ikan bawal hitam , ikan terubuk, ikan pari, ikan kembung , sembilang , tongkol, parang dan juga makanan laut yang lain dimana ia boleh menyebabkan luka-luka dan bengkak dalam rahim sukar sembuh dengan cepat . Ia juga akan mendatangkan rasa kesakitan yang berbisa serta keluaran cecair yang berbau busuk . Ini boleh menyebabkan infeksi kuman yang membawa kegatalaan dan masaalah kulit,dibahagian sulit.

Ibu -ibu bersalin adalah dilarang memakan ikan masin ketika didalam pantang kerana ia boleh mengakibatkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering serta melemahkan daya tekanan fizikal dan mentalnya.

Ibu bersalin dinasihati jangan makan sayur-sayuran yang menjalar dan sejuk , minuman sejuk bergas dan tajam saperti air tebu , air cincau , nanas, air kelapa muda , jambu, belimbing , durian belanda , mangga dan betik. 

Segala ini boleh menyebabkan masaalah penyakit tulang , sejuk otot dan sendi, dimana penyakit-penyakit ini semakin menjadi-jadi di negara barat saperti arthritis, rheumatism , rheumatoid arthritis serta penyakit untut dan lemah sendi.


Pemakanan atau Diet yang di Syorkan Ketika Berpantang antaranya:-

Ibu - ibu dalam pantang bersalin boleh memakan buah-buahan sapert Epal merah (bukan yang masam,) Oren Manis,( Limau manis),Kurma , Buah Zaitun, Buah Tin (Fig), Delima , Pir, Lai, Pic, Aprikot, Strawberi, Anggur (jangan berlebihan boleh menyebabkan batuk),

Jus Epal, Blackcurrant ( Ribena ) buah Peach & sirap. Minuman berkhasiat iaitu Susu, Susu Kacang Soya, Horlicks, Milo & Air Akar Herbanika

Gunakan Gula Merah , Gula Perang , Raw Sugar dan Madu Lebah.

Sayur-sayuran yang disyorkan boleh dimakan ulam -ulam Pengaga, Lemuni , Daun dan Bunga kunyit , Brokoli, Daun pudina , Daun kari, Lobak Merah, Tomato biji, Brokoli, Asparagus , Salad, Capsicum, Cili Merah, Bebawang (merah , putih ,besar) dan Ubi Kentang

Nasi Panas sederhana lembut , Bubur Nasi , Spagetti, Pasta & Makaroni

Ikan yang segar iaitu Ikan Merah, Tenggiri, Haruan, Jenahak, Selar Kuning , Kerisi, Kurau, Kerapu, Siakap, Kod , Bawal Putih & Senangin.

Makanan Bijirin iaitu Gandum , Oats, Empingan jagung (Corn flakes ) Bran , Muesli, Beras Merah Perang , Kismis Kuning dan hitam, Kekacang Soya (Tahu,Tempe &Tofu ) Kekacang Badam , Walnut, Gajus & Bijan, Roti Putih, Roti Wholemeal/ wholeGrains

Roti Canai, Tosei, Roti Puri dan Kari

p/s:  saya masih lagi mencari-cari jamu apa yang bersesuaian dan elok untuk dijadikan ubatan ketika sesi berpantang nanti...anda ada suggestion tak?

Friday, September 14, 2012

Yeah!! Makan Lagi...


Assalammualaikum...

PERINGATAN!! untuk diri sendiri...




Setelah mendapat teguran daripada doktor semalam maka saya terpaksalah berdikit-dikit memakan makanan sehinggalah bersalin nanti kerana takut-takut akan mengundang penyakit yang tidak diingini...

Bayangkan ajelah semalam pergi checkup dan timbang berat badan dalam masa satu bulan sahaja saya telah BERJAYA mengumpul berat sebanyak 4 kilo...katanya puasa tapi makan dan selera semakin hari semakin bertambah-tambah.  Jadi untuk memudahkan segala-gala proses maka hendaklah saya meng ala-kadarkan diri untuk menjamah makanan.

Mana taknya bulan-bulan raya ni segala macam juadah terhidang dengan rendang, ketupat, nasi impit, kuah lodeh, kuih-muih bermentega, air manis semua saya tala...tak tolak ketepi pun..macam manalah tak "Gain Weight".

Memang selera tip top tak agak-agak...maka selepas ini kenalah berpada-pada mengontrolkan diri sendiri untuk kebaikan diri dan yang sewaktu dengannya....

p/s:  Pot Luck hari ni kenalah berpada-pada ye...jangan bedal semua...huhuhuhu

Thursday, September 13, 2012

Ouch!! Takutnya Saya.....



Assalammualaikum semua...

Berikut adalah sesi soal jawab bersama dengan doktor pakar sakit puan yang adakalanya perlu kita ketahui terutamanya bagi para ibu-ibu yang menunggu masa dan waktu untuk bersalin tidak lama lagi....

Google

Soalan 1:

Bolehkah bersalin normal jika sebelum itu pernah melahirkan secara caesarean?

Dr. Rafi:

Boleh sekiranya ibu hanya pernah sekali melalui kelahiran caesarean. Jika sudah dua kali caesarean, memang tidak dibenarkan langsung. Kebanyakan kelahiran normal berjaya selepas caesarean berjaya bergantung kepada sebab ibu perlu melalui kelahiran caesarean sebelum ini. Mungkin tulang punggung sempit, peluang untuk bayi keluar susah. Jika uri bawah atau masalah songsang boleh berjaya tetapi ada risiko tertentu. Kalau mahu cuba bersalin normal, perlu diketahui dalam 200 wanita, seorang daripada berisiko mengalami pecah rahim.

Soalan 2:

Bagaimana caranya untuk mengetahui ubat yang diambil ketika mengalami demam, batuk, selesema atau sakit ringan yang lain selamat dan tidak menjejaskan bayi?

Dr. Rafi:

Kebanyakan ubat selamat (99 %). Jika ibu demam dan tidak mahu makan ubat, ia lebih memudaratkan daripada makan ubat untuk meredakan demam. Demikian juga halnya dengan ubat batuk dan selesema. Malah, kebanyakan antibiotik selamat. Hanya ada sebilangan kecil sahaja tidak boleh dimakan oleh ibu hamil. 


Soalan 3:

Bolehkah mengambil supplemen herba dan hemopati selain daripada ubat yang dibekalkan doktor?

Dr. Rafi:

Kementerian Kesihatan sudah mengeluarkan kenyataan bahawa sesetengah ubat herba dan hemopati boleh membahayakan ibu. Ini kerana ada bukti yang menunjukkan ada kesan buruk selepas pengambilan ubat herba dan hemopati tertentu.


Tuesday, September 04, 2012

Apakan Daya...


Assalammualaikum...

Seronoknya bila berBW baca entri-entri kawan-kawan yang berhari raya merata-rata pelusuk Malaysia sambil bercuti-cuti di tempat-tempat yang menarik memandangkan bertuahnya kita rakyat Malaysia pada tahun ini Hari Raya cuti pun panjang dan banyak masa untuk kita boleh berziarah sanak saudara sambil-sambil bercuti.

Apakan daya saya tahun ini tak beraya sangat dan tak bercuti sangat...banyak planning percutian kami seawal pertengahan tahun terpaksa di tunda akibat dari keadaan kesihatan dan fizikal saya yang tidak mengizinkan.. Raya tahun ini kami anak beranak beraya ala kadar dan nasib baiklah saya mempunyai suami dan anak-anak yang cukup-cukup memahami kondisi saya ketika ini.  Bukan senang nak membawa perut ke sana ke mari jika duduk, berdiri, jalan dan tidur pun dah rasa tak selesa.  Semua agenda yang kami rancang pada awal tahun ini terpaksalah ditunda dan anak-anak bercuti semester baru-baru ini pun merka hanya menghabiskan masa dengan duduk di rumah sahaja beraya di rumah saudara yang berdekatan tanpa pergi kemana-mana dengan alasan doktor juga tidak membenarkan saya bergerak terlalu aktif sehingga selamat bersalin kelak.

Menunggu untuk lagi dua (2) bulan tu memanglah agak lama kalau nak di hitung tapi kalau buat endah tak endah pejam celik pejam celik sekejap aje..Insyaallah selepas habisnya tempoh tamat berpantang saya akan lunaskan segala janji dan perkara yang tertunggak dengan menghiburkan anak-anak yang tidak dapat dikotakan sebelum-sebelum ini.

Kasihan anak-anak saya ni...bukan tak dengar keluhan mereka yang tak dapat berjalan-jalan tipulah kalau saya kata tak ada, sedangkan kawan-kawan mereka yang lain-lain bercuti sekolah merata-rata mereka pergi.

Insyaallah panjang umur dan selamat semuanya saya akan akan membawa kesemua anak-anak saya bercuti tak kiralah di dalam mahupun ke luar negara.  Sekarang ni hanya mampu untuk membaca aje entri menarik kawan-kawan blogger yang bercuti kesana sini aje.

Teruja dan tak sabar rasanya..... SABAR SIKIT AJE LAGI!!

Tuesday, July 03, 2012

Sikap Dan Sifat Yang Perlu Ada....


Assalammualaikum semua...


Gambar Hiasan Ehsan Google

Mengandung memang bukan senang especially bila nak membawa perut yang berisi dan sarat memang agak menyukarkan pergerakan dan keselesaan ibu-ibu mengandung.  Hingga ada kalanya ibu-ibu mengandung ini merasa tidak selesa dan mempunyai mood swing yang tak menentu.

Bagi pasangan dan mereka yang berurusan dengan ibu-ibu hamil ini tidak perlulah berasa tension dan geram  mahupun menyimpan perasaan dendam kepada mereka kerana sememangnya mereka merasakan diri mereka berada dalam keadaan tidak selesa dan cepat penat hingga mengakibatkan emosi mereka terganggu dan adakalanya sukar dikawal dan dituruti.

Bagi para ibu-ibu hamil diluar sana terdapat beberapa tips serta maklumat yang mereka perlu ketahui untuk sama-sama merasakan yang kandungan itu bukanlah suatu bebanan pada diri mereka hingga mampu mengakibatkan ibu dan bayi berada di dalam keadaan stress ketika mengadung.

Antaranya:
  1. Berusahalah agar selalu berada dalam keadaan SIHAT dengan memakan makanan bersesuaian, melakukan senaman setiap hari (lebih-lebih lagi waktu menjelang melahirkan - senaman bersesuaian). Contoh; berjalan kaki adalah senaman yang paling sesuai untuk wanita hamil tua (wanita berusia) . Lakukan senaman berikut;
  2. Terlentang, kemudian, satu-persatu kaki diangkat ke atas. Ini untuk memudahkan kelahiran kelak.
  3. Rehat mesti mencukupi dan jangan biarkan diri terlalu letih.
  4. Bila mandi, gunakan air suam. Mandi dengan air yg terlalu sejuk ataupun terlalu panas akan mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan. Jangan mandi berendam terutama pada usia kehamilan 8 bulan ke atas.
  5. Pada bulan-bulan terakhir kehamilan, ibu memerlukan ketenangan.
  6. Jaga PAYUDARA dengan baik, dengan menyapu minyak zaitun atau losyen bersesuaian pada puting susu. Ini dapat mengelakkan terjadinya pecah-pecah pada puting susu terutama jika anda ingin menyusui anak anda kelak. Ingat : MOM's MILK IS THE BEST.
  7. Selalu menjalani pemeriksaan doktor terutamanya kehamilan pertama. Periksa tekanan darah, kesihatan janin dan sebagainya.
  8. DILARANG meminum alkohol, merokok.
  9. JANGAN menganiaya makhluk sama ada manusia atau binatang.
  10. Elakkan berhibur di tempat-tempat yang tidak dipandang baik dalam Islam.
  11. Elakkan diri daripada perasaan marah kerana marah itu sifat TERCELA.
  12. Jauhi daripada sifat benci-membenci.
  13. Hindari daripada sifat dendam, sebaliknya mudah memaafkan orang lain.
  14. Hindari daripada perasaan dengki-mendengki, iri hati.
  15. Jauhi daripada perasaan cemburu buta terhadap suami. Ini dapat merosakkan keharmonian rumahtangga anda.
Isteri hendaklah menjaga adab serta menghormati suaminya terutamanya ketika mengandung. Antara adab yang harus dipraktikkan oleh isteri terhadap suaminya adalah:-
  1. SAYANGILAH suami, kerana dia merupakan teman dan kekasih yang palinghampir dengan kita.
  2. MENJAGA TUTUR-KATA dan perkataan terhadap suami. Jangan mengeluarkan perkataan yang kotor dan sebagainya. 
  3. MENASIHATI suami daripada menanggung bebanan hutang. Kita sebagai isteri sepatutnya menerima suami dengan seadanya. 
  4. JAUHI DARIPADA PERASAAN MENCINTAI ORANG LAIN, selain daripada suami sendiri. 
  5. JAUHI daripada membuat tuduhan buruk terhadap rumahtangga orang lain. 
  6. JAUHI daripada sifat MENGUMPAT dan MENGHINA orang lain. 
  7. JANGAN mencari kesalahan orang lain dan membuka aib mereka. 
  8. JAUHI sifat menghina dan memandang rendah terhadap orang lain. 
  9. Menghormati setiap kaum muslimin dan muslimat, serta berbuat baik kepada mereka. 
  10. Menghargai setiap pandangan dan nasihat yang diberikan oleh SUAMI,ORANG TUA serta keluarga.
Selamat berkongsi ilmu....semoga kita semua mendapat faedah dan pengetahuan daripadanya.

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday # 33



Nota kaki: 

Menurut doktor baby saya begitu aktif dan melompat-lompat di dalam perut saya....GULP!!.  Bila doktor nak kira panjang dia kasi tunjuk punggung dia aje.  Alhamdulillah kini panjang beliau (dari kepala ke punggung) @ 32mm bermakna saya kini 11 minggu.

Monday, March 26, 2012

Sukarnya...........

gugel

Lately ni rasa tidak bersemangat dan tak berapa nak aktif untuk berblogging. Mood sepanjang masa kelaut dan melalut tak tentu hala...

Beberapa hari ni pun keadaan kesihatan diri juga tidak berapa nak mengizinkan saya terus-terusan aktif melakukan apa sahaja.  Rasanya macam nak ambil cuti panjang dan tidur terus-terusan sambil berbaring di atas katil dan berkurung di dalam bilik sambil menonton tv dan berbaring. 

Betullah kata orang, lain orang lain ragam dan tahap kesihatan mereka ketika mengandung. Tahap kesihatan dan kehamilan saya ketika ini sungguh amat tidak  menyelesakan saya. Tekak rasa loya macam nak muntah tak nak muntah, kepala asyiklah berpusing-pusing takde arah tujuan, badan rasa ringan tak larat kaki nak mengangkat dan menghayun. makan apa benda pun semua rasa tak sedap, air masak yang selalu saya minum tu pun rasa payau, gula dan garam kena kurangkan takut tahap kesihatan menjadi kesusahan.....arrrggghhhh SEKSA!!!!

Rasa mual dan muntah ringan memang kerap terjadi terutamanya di awal kehamilan tetapi sekiranya muntah dan mual anda keterlaluan sehingga tidak berdaya meneruskan tugas harian, anda dikatakan mengalami 'Hyperemesis Gravidarum' . 'Hyperemesis Gravidarum' ialah keadaan dimana terjadi kekurangan bendalir dan mineral badan yang teruk yang boleh menyebabkan komplikasi serius. Dehidrasi dan kekurangan zat yang teruk badan akibat muntah dikaitkan dengan kecacatan janin dan kelahiran pra-matang. Sekiranya anda mengalami mual, terdapat ubat yang selamat yang boleh dimakan untuk mengurangkan muntah dan dapatkan nasihat tentang pemakanan yang boleh dihindari semasa konsultasi dengan doktor. Sekiranya muntah anda masih tidak dapat dikawal, anda mungkin akan dimasukkan ke wad dan rawatan rehidrasi akan diberikan untuk mengantikan bendalir dan mineral yang hilang.

Semoga saya lebih bersemangat dan berharap agar semua yang saya alami ni berakhirlah dengan cepat. 

Pada kawan-kawan yang berziarah dan singgah ke sini, janganlah kecil hati kalau saya tak sempat nak menjenguk dan berziarah ke rumah anda, Insyaallah jika saya diberikan kekuatan dan kelapangan saya akan singgah ke blog anda dan meninggalkan jejak.

Doakan yang terbaik untuk saya dan anda semua....

Mood: Rasa tekak tak sedap sungguh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...