Wednesday, October 31, 2007

Kewajipan Bagi Ketua Syarikat

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Setiap individu Muslim wajib mengetahui hukum Islam berkaitan kewajiban fardhu ain dan setiap ajaran yang mesti dipatuhi di dalam kehidupannya. Ia mestilah mengetahui peraturan Islam dalam menyucikan diri, solat (sembahyang) lima waktu dan sembahyang Jumaat. Bahkan ia wajib mempunyai ilmu berkenaan lima rukun Islam yang menjadi tonggak individu Muslim. Bagaimanapun, ia tidaklah dikehendaki untuk mempelajarinya secara amat terperinci yang mana ia adalah tugasan seorang ilmuan Islam yang khusus.

Sila rujuk
http://www.zaharuddin.net//
untuk lanjut.


Demikian juga perihalnya berkaitan zakat, bagaimanapun sebagai seorang Muslim ia perlu mempelajari selok belok bagi menunaikan zakat bagi harta yang diperolehinya. Sekiranya ia merupakan seorang usahawan, antara yang perlu mengetahui :-

a) Berkenaan kewajiban zakat perniagaannya,
b) Transaksi jual beli yang sah menurut Shariah,
c) Sensitiviti terhadap baranagan yang dijual atau di perbuat agar tidak membantu
kepada industri haram.
d) Pengetahuan berkaitan Riba dan perangkap-perangkapnya kerana isu Riba kerap timbul
apabila sebuah syarikat memerlukan wang modal bagi menjalankan perniagaannya,
iaitu apabila sesebuah syarikat mendapatkan modalnya melalui produk pinjaman
perniagaan dari Bank-bank Konvensional.
e) Kebajikan pekerja yang dijaga bertepatan kehendak Shariah.
f) Hadiah-hadiah yang di anugerah dan di terima dan kaitannya dengan rasuah.
g) Kemudahan yang disediakan oleh perbankan Islam untuk menjana kekuatan syarikatnya.
Ini amat perlu, agar ia tidak terjebak dalam kemelut Riba yang diharamkan.

Seluruh kepimpinan Muslim syarikat-syarikat perlu menyedari bahawa tiada lagi alasan "dharurat" atau "terpaksa" untuk mengambil apa jua produk kewangan konvensional, sambil mendakwa tiada produk Islam yang boleh digunakan. Ia adalah satu perkara yang amat penting bagi seseorang kepimpinan korporat muslim untuk memastikan seluruh transaksi perniagaannya, pelaburan, sumber kewangan dan kegunaannya adalah menurut landasan Shariah. Jika tidak, perniagaannya pasti akan ‘kering' dari berkat serta lahirlah kakitangan bermasalah yang tidak amanah yang membawa ke arah keruntuhan sesebuah organisasi.


Kepimpinan korporat dan syarikat perlu memahami bahawa tanggungjawab mereka bukan sahaja untuk mencipta kekayaan dan keuntungan semaksima mungkin buat syarikat dan diri sendiri, tetapi mereka juga bertanggung jawab memastikan ia menjaga tanggung jawab sosial dan etika terutamanya bagi para pekerja mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda : "Tiada seorang hamba Allah yang dilantik menjadi pemimpin, kemudian ia tidak (menggunakan kedudukannya) menasihati dan membawa rakyatnya kepada kebaikan (dan Islam), kecuali Allah akan mengharamkan baginya Syurga" ( Riwayat Muslim)


Mereka perlulah memastikan semua pekerja mereka di berikan hak sewajarnya, terutamanya hak untuk menunaikan solat fardhu dan solat jumaat, surau perlu disediakan dengan baik. Selain itu, bagi sesetengah syarikat besar yang menawarkan kemudahan pinjaman kereta dan rumah buat para kakitangannya. Saya ingin menasihati pihak pengurusan bertanggung jawab memastikan semua pembiayaan rumah dan kereta itu dibuat secara Islam bagi setiap individu Muslim, terutamanya jika kakitangan itu sendiri menginginkan pembiayaan secara Islam.


Sekiranya, sesebuah syarikat itu telah pun menggunakan pinjaman secara konvensional, mereka masih lagi mempunyai jalan keluar iaitu dengan ‘refinance' atau membuat pembiayaan semula dengan Bank-bank Islam yang semakin banyak hari ini. Ketika ini, saya pasti, kebanyakkan bank Islam mampu menyediakan kemudahan penukaran produk konvensional ke cara Islam. Nabi Muhammad SAW bersabda : "Tinggalkan apa-apa yang kamu ragui kepada yang tidak di ragui" ( Riwayat At-Tirmidzi, An-Nawawi : Sohih)


Tiada sebarang alasan boleh digunakan untuk menjustifikasikan sikap ambil ringan kepimpinan syarikat yang tidak menawarkan pembiayaan secara Islam kepada kakitangan Islamnya. Sabda Nabi SAW : "Setiap kamu adalah penjaga dan bertanggung jawab atas ahli ( rakyat / pekerjanya) .." ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim) . Justeru, perlu difahami bahawa Bank-bank Islam hari ini sentiasa bersedia untuk membantu mana-mana syarikat korporat besar dan kecil untuk menyelematkan atau menukar pinjaman perumahannya kepada pembiayaan perumahan Islam dan lain-lain. Malah mereka sentiasa bersedia membantu untuk memperbetulkan sesuatu model perniagaan sesebuah syarikat yang dijalankan secara tidak Islam kepada cara yang bertepatan dengan Shariah. Ia pasti membawa keselamatan bagi si pemimpin dan pekerjanya. InshaAllah.


Seorang ketua syarikat juga mesti mengetahui apa yang halal dan yang haram dalam urusan kerja pekerja-pekerjanya. Sebagai contoh, sebuah syarikat cetakan adalah ditegah oleh Shariah untuk menerbitkan sebarang majalah yang memaparkan gambar yang menaikkan syahwat lelaki dan menghampirkan kepada zina. Demikian juga, menerbitkan kisah-kisah fitnah, khurafat serta karut. Benar, walaupun ia membawa pulangan keuntungan yang banyak, tetapi ia hanyalah keuntungan sementara di dunia yang pasti membawa kecelakaan maksimum di akhirat.


Ketua syarikat juga perlu memahami untuk diri sendiri dan menasihati pekerjanya dalam hal keikhlasan dalam kerja, penjagaan waktu kerja yang sempurna, tuntutan bayaran yang benar, rasuah yang kerap berlaku, peratusan haram hasil anugerah kontrak kepada kontraktor pilihan dan banyak lagi. Kerap kali kita bertemu dengan pekerja yang sarapan paginya sehingga 30 minit kerana bersembang panjang. Mereka tidak sedar tindakan mereka melayakkan untuk tergolong dalam sebuah athar : "Setiap daging yang terbina dari harta yang haram, maka neraka adalah lebih layak untuknya"


Nabi SAW bersabda : " Sesungguhnya Allah menyukai seseorang hambanya yang apabila membuat sesuatu pekerjaan maka mereka sentiasa memperelokannya" (Riwayat Ibn Majah dan At-Tabrani- Hadith Hasan)

Wednesday, October 24, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Tangan dihulur dan maaf dipinta
Menghapus dosa-dosa yang lalu..

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ikhlas dari kami sekeluarga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...