Wednesday, February 29, 2012

Pakej Percutian? Siapa Nak???


Cuti persekolahan akan kembali, jadi mungkin ramai yang akan mendirikan rumahtangga dan pada pasangan yang baru berkahwin dan belum sempat berbulan madu? Kini anda tak perlu pergi jauh untuk bercuti kalau suka pergi dekat aje pun dah memadai.....


Beminat? Sila layari laman web AVILLION untuk maklumat lanjut.

Avillion Port Dickson "Drive Me to Avillion" Package

Avillion Port Dickson is offering their "Drive Me To Avillion" Package from RM1,300++ per couple. 

Package includes: 

- 2 night accommodation 
- Buffet breakfast 
- Chauffeured return transfer from anywhere in the Klang Valley 
- 1 bottle of sparkling wine 
- 1 candlelight dinner 
- 1 box of chocolates 
- Discover your Elements at avi Spa 
- Welcome tea at avi Spa 
- Foot Spa for 2 persons 

Terms and conditions apply. 

Visit website for more details. 

Call 06-647 6688 or 03-2730 9988 for enquiries.


Promosi sah sehingga 31 March 2012.

Wordless Wednesday # 28


Assalammualaikum dan Selamat pagi dan tengahari semua....


Wordless Wednesday



hehehehe....me oso like that....

Alahai mood kelaut sepanjang masa dah berapa hari dah naik haru dibuatnya...

Kawan-kawan Selamat Menjalankan Tugas ye!!

Tuesday, February 28, 2012

3D2N @ Grand Lexis, Port Dickson

Assalammualaikum semua...

Dah lama saya tak apdet blog ni...kemalasan melanda diri yang entah ke berapa kali saya pun tak tahu..kekadang tu rasa macam malas aje nak membuka dan menerjah blog ni.....puas dititipkan kerajinan dan dicampakkan kemalasan dalam diri tapi pengakhirannya masih sama...


Adakalanya dah tak tahu entri apa lagi dah nak ditulis...bukan senang nak berblogging...dulu-dulu selalu tanya diri sendiri kenapa orang itu dan orang ini malas sangat nak apdet blog..bukan ke senang..tapi bila dah kena batang hidung sendiri langsung terdiam....hehehehe


Oklah kawan-kawan, sekadar membuka entri baru saya pagi ni nak bercerita pasa percutian kami anak beranak baru-baru ni di Port Dickson, Negeri Sembilan.


Tak pergi jauh sangat pun tapi seronok apabila mengenangkan dapat menghabiskan cuti bersama tersayang..memandangkan En Habi yang lately ni sibuk tahap melampau yang tak kira siang atau malam bekerja dan meninggalkan kami anak-beranak di rumah...jadi inilah masanya.



Alhamdulillah everything went well...selamat semuanya kami sekeluarga sangat-sangat berpuas hati dan seronok.



Dengan mengambil pakej 3H2M di Grand Lexis, Port Dickson memang sungguh-sungguh berbaloi.  Pada kawan-kawan yang ingin merasainya memang saya amat sangat menyokong jika Grand Lexis dijadikan destinasi pilihan anda sekeluarga untuk bercuti.  



Mempunyai private pool tersendiri, anda tidak akan berasa janggal dan malu dengan orang ramai kerana sememangnya hanya anda sekeluarga sahaja yang menguasai pool berkenaan.  Berenang dan berendamlah selama mana yang anda sukai...memang berbaloi....


Pilihan kami sekeluarga:-

Garden Pool Villa(Garden Living)

Size of units - upper 897 & lower 874 square feet
Number of units - upper 16 & lower 15
2 king size beds


Bagi anda yang berminat sila majukan cursor anda ke SINI

Saturday, February 25, 2012

NO Online Purchase....

Many people love to buy things online because it is so convenient. The favourite places of shopping online seem to be major online such as eBay, Shopping.com and MSN. For eBay, the most obvious thing that you can consider the quality of seller is feed back for the seller.


You probably have to check all comments regarding their service. Check out the comments made. If the majority of the comments are negative then this is a good indication that you don''t want to deal with that seller........BUT.......you can't always count on the feedback whether it is Power Seller or not, whether they have 99% or less. They can still slip in fake handbags online and get great feedback for them. Why? because the buyer has no idea they got a fake.


How sad.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, February 23, 2012

Dosa Semalam




Pasti ada kawan-kawan bloggers yang dah membaca novel ini....saya baru pulak terheggeh-heggeh nak membacanya. So, kalau nak mereview cerita ini sedikit sebanyak pun tak berapa nak boleh tak thrill (bak kata orang).  jadinya kenalah tunggu sampai habis khatam bacaan.  Tapi dari segi penggayaan penceritaan best buku ni yang pastinya saya tengah nak ambil feel nak membaca setiap buku barulah menghayati...heheheh (perasan)
Apa-apa pun sinopsis belakang buku adalah seperti berikut....
Sinopsis:
Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yang merogolnya hingga mengandung. Mujurlah ada insan yang sudi menghulurkan tangan, menyambut Hanim dari terus rebah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Di Rumah Kasih Sayang, Hanim membina semula semangatnya yang menghilang.
Kehadiran permata hati mengubat duka, walaupun kelahirannya tidak sah di sisi undang-undang. Kasih dan sayang dicurahkan kepada Aidil, namun ada batasnya.

Enam tahun memperkasakan diri, Ariff tiba-tiba muncul semula lalu mengocak ketenangan hati  Hanim. Hanim tidak betah melarikan diri daripada Ariff kerana tuntutan kerja memaksa mereka untuk bekerja bersama-sama.

Ariff yang sememangnya sedari mula mencintai Hanim cuba untuk menggapai semula kasih Hanim demi menjernihkan suasana. Berjayakah Ariff menghapuskan dosa semalamnya? Akan terbukakah pintu hati Hanim untuk memaafkan Ariff? Bersediakah Ariff memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Aidil?

Semuanya bakal terjawab di dalam DOSA SEMALAM….

Pada kawan-kawan yagn berminat untuk memilikinya jangan lupa dapatkannya sekarang dikedai buku berhampiran atau membuat pesanan terus di SINI

Kidzania Kuala Lumpur


Assalammualaikum...

Ada tak diantara kawan-kawan bloggers saya yang sudah pergi dan menghantar anak-anak mereka ke Kidzania?



Apa?  Tak pernah dengar?

Sebenarnya saya pun belum pernah denganr dan belum pernah menghantar anak-anak lagi ke sana, saya pun baru diperkenalkan oleh rakan sepejabat Kak Rohana yang akan menghantar anak beliau menghadiri sesi pembelajaran di sana yang akan dianjurkan oleh taska tempat anak beliau bersekolah.  Bertempat di Mutiara Damansara, kini semua ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka ke sini tanpa rasa ragu dan selesa.



Dari segi tengok gambar-gambar yang di paparkan ni memang cukup-cukup menarik, kita sebagai parents pun teruja nak pergi join bersama-sama bermain dengan mereka.

Peningkatan yang sungguh bagus dan membanggakan pada Malaysia kerana lebih banyak menyediakan tempat educational dan perkembagan aktiviti dan minda anak-anak bagi melahirkan anak-anak yang bijak, cerdas dan pintar bukan sahaja berguna pada ibu bapa, malahan pada bangsa dan negara.


Pada kawan-kawan yang berminat untuk membawa anak-anak anda ke sana bolehlah menjengah ke laman web mereka di SINI.  Pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak disediakan yang pastinya sungguh berbaloi untuk mereka ambil bahagian selain dari merasai dunia pekerjaan sebenar yang mereka idamkan.


Pelbagai jenis dan bentuk aktiviti yang terdapat di Kidzania antaranya jika anak-anak kita berminat untuk menjadi Doktor, Cabin Crew, Pilot, Ahli Bomba, Juruwang, Chef masakan dan pelbagai di sini mereka bolehlah merasainya.

Berikut adalah sedikit  maklumat mengenai Kidzania dan jikalau anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut silalah ke laman web mereka.



OPERATING HOURS

KidZania Kuala Lumpur's Operating Hours are as followsay to Friday
10:00am to 5:00pmSaturday, Sunday, School & Public Holidays
10:00am to 3:00pm (Morning Session)
4:00pm to 9:00pm (Evening Session)

ADMISSION PRICES

VisitorBabiesToddlersKidsAdultsSeniors
Malaysian
Permanent Residence/ Expatriates
FreeRM 35RM 55RM 35RM 30
Non-MalaysianFreeRM 35RM 75RM 50RM 30

CONDITIONS OF ENTRY



  • Admission or entrance of Adults without Toddlers or Kids is prohibited.
  • It is necessary for Kids to be accompanied by an Adult at the entrance counter to facilitate ticket purchases.
  • Kids under the age of 8 are not allowed to enter KidZania Kuala Lumpur without being accompanied by an Adult.
  • Adults with Kids under the age 8 must remain inside KidZania Kuala Lumpur throughout the duration of the visit.
  • Temporary exits are not allowed for Kids at all times.
  • The Management and Staff of KidZania Kuala Lumpur reserve the right to refuse admission and/or to remove from KidZania Kuala Lumpur any person failing to comply with the Terms and Conditions.
  • Official identification may be requested at the point of entry or at any time during the visit to KidZania Kuala Lumpur.
  • The Staff of KidZania Kuala Lumpur reserves the right to conduct searches on Visitors' bags upon entrance into KidZania Kuala Lumpur.
  • The Management reserves the right to deny admission into KidZania Kuala Lumpur once it reaches its maximum Visitors capacity.
  • In the event of any emergency procedures, all Visitors must follow the instructions given by the Management and Staff of KidZania Kuala Lumpur.

TICKETS

  • All Visitors entering KidZania Kuala Lumpur must have a valid entrance ticket.
  • Tickets sold are non-refundable.
  • Lost or stolen tickets will not be replaced.
  • All tickets purchased will only be valid for the chosen session and date.
  • Security bracelets are non-transferable.
  • A convenience fee of RM 2.00 is charged for every transaction online.

MORE INFO

For more information, kindly enquire with the Customer Service counter

KidZania Kuala Lumpur

Rakan Riang Sdn Bhd,
Level 9 Menara UAC,
12 Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
T+ 1300 88 KIDZ (5439)
F+ 603 7839 9488

So kawan-kawan, hujung minggu akan menjelang so pada mereka yagn tak tahu nak kemana apa kata singgah ke sana dan menceriakan hari anak-anak kita.

Wednesday, February 22, 2012

How Polite Are We?



Are good manners dead?

Did you know that people in Zagreb are most likely to pick up dropped papers, while citizens in Helsinki will let you flail.

Women were slightly more courteous than men and oddly both groups were significantly more polite towards their own sex.


Here are "The Most Courteous People In The World"

New York City, USA                              80%
Zurich, Switzerland                                77%
Toronto, Canada                                     70%
Berlin, Germany                                     68%
Sao Paulo, Brazil                                     68%
Zagreb, Croatia                                       68%
Auckland, New Zealand                         67%
London, UK                                             57%
Stockholm, Sweden                                63%


Meanwhile "The Least Courteous People In The World"

Mumbai, India                                               32%
Bucharest, Romania                                      35%
Kuala Lumpur, Malaysia     37%
Seoul, Korea                                                  40%
Singapore                                                       42%
Jakarta, Indonesia                                        43%
Taipei, Taiwan                                               43%
Hong Kong                                                     45%
Milan, Italy                                                    47%
Sydney, Australia                                         47%
Manila, Philippines                                       48%
Amsterdam, Netherlands                           52%


New Yorkers won't let the door slam in your face, but you've got to watch out for your nose in Bangkok in the other words she might say that "I'm not a doorman.  It's not my job to hold doors.  If someone gets hurt they should be quicker on their feet". hahahahaha..............

Many older people we encountered complained that courtesy was less prevalent among the young.  But we found that the under 40s were by a small margin, the most helpful of all age groups and the over 60s the least.  The younger, the more courteous it seems.

So friends, no more whingeing about the younger generation not being up to standard! Coz everybody are the same.

Wordless Wednesday # 27



Gugel

Tuesday, February 21, 2012

BLOGGER INI SUNGGUH SPORTING!



Assalammualaikum semua....



Seronok bukan kepalang nak menjoinkan diri untuk menyertai segmen anjuran Mak Dara kali ini yang memerlukan setiap orang yang menyertainya menyenaraikan setiap nama pengomen di dalam blog mereka since hari ini dan semalam.....

Kalau saya nak listkan memang semuanya yang berada di dalam list saya ni sporting-sporting belaka (of course) tetapi memandangkan MD hanya memerlukan saya menyenaraikan 10 orang sahaja maka kawan-kawan yang saya kasihi ini yang memberikan komen-komen menarik di dalam blog saya.

Antaranya :-












Terima kasih atas kunjungan kawan-kawan yang namanya tertera dan juga pada anda semua followers saya yang sudi menjengah dan meninggalkan komen ke dalam blog saya yang tanpa jemu membaca dan mereview blog saya ini ... yang adakalanya entah entri merapu yang saya tempekkan....ketahuilah bahawa saya akan meninggalkan jejak semula ke dalam blog anda dun worry....yang pastinya saya seronok dan mengalukan-alukan kedatangan anda semua....jangan lupa jemputlah berziarah lagi.


Saya sayang anda semua...


p/s: pada kawan-kawan yang berminat silalah berkunjung ke laman Mak Dara untuk mengetahui dengan lebih lanjut. 


gugel


Kategori Bercakap


Saya suka artikel ni yang mana saya dapat dan ingin kongsikan bersama rakan-rakan bloggers yang saya sayangi.

Dalam kehidupan seharian kita BERCAKAP memang perlu, nanti kalau tak bercakap macam mana pulak eh? Tak pasal-pasal orang chop kita sombong tak bertempat dan poyo kan.  Tapi kalau dah terlebih bercakap pun ada jugak  padahnya hehehehe...

Dan rasanya diantara kesemua kriteria yang disenaraikan di bawah serasa saya ada gak lah kena mengena dengan saya ..hehehhe.... PERINGATAN UNTUK SAYA!!

So, selepas ini saya akan cuba berubah dan berkata-kata hanya mengikut keperluan dan tujuan sahaja selain dari itu mempunyai kesedaran untuk tidak menyakiti hati orang lain...yelah kita ni insan biasa tak semuanya perfect kan...kekadang tu mulut teringin nak meLASERkan orang tapi hati saya baik, takdelah tahap kejam sampai membunuh.




Orang yang bercakap mempunyai tujuan yang berbeza beza.Dan boleh di kategorikan seperti berikut:
  1. Golongan cakap merapu
  2. Golongan peramah
  3. Golongan kaki cakap
  4. Golongan cakap pejuang
  5. Golongan cakap politik
  6. Golongan cakap orang pendiam
  7. Golongan cakap sombong
  8. Golongan cakap biasa biasa aje
  9. Golongan cakap cakap nak perdaya
  10. Golongan petah bercakap
  11. Golongan cakap hendak tunjuk pandai
  12. Golongan cakap cakap kotor dan lucah
  13. Golongan cakap maki maki
  14. Golongan cakap tin kosong
Selain dari di atas ada peringkat peringkat yang bercakap ialah:
  1. Bercakap perkara yang perlu sahaja
  2. Bercakap yang terpaksa
  3. Bercakap kerana kewajiban
  4. Tidak suka bercakap
  5. Bercakap yang sengaja di sukat kerana menjaga status
  6. Bercakap yang menggoda.
Jadi antara ciri-ciri di atas, dimanakah kedudukan anda?  Renung-renungkan dan berfikirlah secara POSITIF.

Monday, February 20, 2012

Makan Untuk Hidup ATAU Hidup Untuk Makan



Semua orang CARI MAKAN!!

Demikian rutin kehidupan kita, manusia di muka bumi ini, tidak kiralah makan waktu pagi, petang, siang, malam ataupun tengah malam.

Apabila hidup nak makan, sesetengah kita tidak peduli lagi sama ada makanan itu HALAL ataupun HARAM. 

Orang beriman makan untuk hidup dan bukannya hidup untuk makan.


Jawapan mengenai hidup untuk makan atau makan untuk hidup berkait rapat dengan keimanan dan kepercayaan seseorang itu. 

Adakah dunia ini satu-satunya kehidupan? Atau di sana, selepas kematian pasti ada alam lain yang kekal abadi? Mereka yang kufur hidup untuk makan. 

Ini diterangkan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud:
"Dan orang yang kafir makan dan minum serta berseronok sebagaimana berseronoknya binatang dan nerakalah tempat kembali mereka".

Realitinya, tanpa kita sedari kebanyakan manusia hidup untuk makan. Bukan lagi makan untuk hidup!

Malah, ada manusia sanggup membunuh demi mendapatkan sesuap makanan untuk mengisi perut yang lapar.

Manusia tidak lagi memikirkan dosa membunuh yang pasti akan diterima selepas mati. Manusia sanggup menipu, menindas, mencuri, meragut, merompak dan menyamun kerana mahu makan asalkan dapat makan. 

Apalah sangat selera yang didorong oleh nafsu sehingga kita mengambil mudah semua ini? Rasanya soal makan kita masih belum sampai ke tahap darurat. 



Mekasih En Habi....



Kembali bersiaran......

Sebenarnya, entri ni dah lama saya karang tapi tak publish-publish lagi sebabkan beberapa hari lepas bz tahap melampau dan bila dah ada kelapangan terlupa pulak akan kewujudan entri ni dalam draft box saya...

Kisahnya takdelah gempak mana pun cuma nak cerita dari kisah sambungan dari cerita percutian kami  ke Singapore baru-baru ni...(tak sudah-sudah kan...)

Kawan-kawan....

Kita ni kalau dah namanya perempuan kan..tak sah kalau tak membeli segala macam mak nenek dekat memana yang kita pergi nak nak kalau ke Singapore terutamanya orang yang gila membeli macam saya ni dan nak dijadikan cerita akhirnya saya dengan jayanya telah berjaya mendapatkan sesuatu yang menjadi idaman saya selama ini dan rasanya semua wanita diluar sana idamkannya juga ......

Nak tahu apa dia............

Inilah dia "THE COACH SIGNATURE COLLECTION". Saya (En Habi) beli belanja dengan harga SIN$*** .....hehehehhe...(asyik nak mengena aje).

 Gugel


Terima kasih berjuta-juta, berlemon-lemon, berpuluh-puluh, beribu-riban kali pada En Habi sebab sudi sangat-sangat menghadiahkan henbag idaman pada saya yang lebih kurang dalam gambar ni ler cuma fabriknya yang abjad "C" tu lebih kecil dan banyak ...... (gambar actual tak sempat nak ambil)

So meaning orang perempuan (saya ler) kalau bercuti ke mana-mana memang tak sah kalau tak berbelanja...yang pastinya jangan bagi saya tengok dan nampak mana-mana yang tulis SALE ye...sebab saya elergik.  Terima kasih tak terhingga sekali lagi pada En Habi kerana sudi berbelanja untuk saya untuk mendapatkan henbag idaman saya.

Suka...suka...suka....sukaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat-sangat!!

Sunday, February 19, 2012

Rongeng

Assalammualaikum....


Selamat hujung minggu kawan kawan. Pasti anda semua bz dengan keluarga serta pasangan masing masing kan dan sibuk menguruskan pakaian anak anak yang akan kesekolah esok.


Kami anak beranak ni sibuk beronggeng dekat karaoke nak kasi anak anak release tension lepas sibuk buat kerja sekolah seharian tadi.


Pasti anda semua pun ada membuat sesuatu yang bermakna dan memorable pada yang tersayang kan.


Selamat berhujung minggu semua.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 17, 2012

Selamat Pulang Ikan...

Rentetan dari kisah sebelum-sebelum ini.  Maaflah terlewat beberapa hari untuk saya update cerita ni tapi disebabkan tugasan yang tahap melampau beberapa hari ni posting ni lambat untuk di postingkan.

Ingat tak al-kisah ikan di pejabat saya tempoh hari? Pada yang tak mengikuti kisah tersebut bolehlah mengikutinya di SINI.

Entri kali ni nak bercerita tentang kembalinya ikan-ikan tersebut ke dalam akuarium mereka setelah dekat sebulan lebih mereka (ikan) tinggal di asrama (boarding hotel).  Jadi pada hari Isnin baru-baru ni ikan-ikan tersebut telah kembali ke rumah mereka.


Seronok tengok mereka kembali ceria berenang-renang di dalam kolam tu.... dan dengar katanya melalui salah seorang kawan pejabat ikan-ikan tersebut macam put on weight. Seronok kot mereka duduk dekat boarding school.

Maka kesimpulannya kini rutin saya telah kembali seperti sediakala dengan memberi makan ikan sebelum datang memulakan tugasan dan pulang setiap hari.

(dah habis sangatlah cerita tu sampaikan ikan pun boleh jadi subjek entri ............hihihihi...pape jelah)

Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday # 26



Sumber: Gugel

Lafazkan Kalimah Cintamu


Assalammualaikum.......



Dah lama tak bersiaran secara terus menerus...selalu buat auto publish aje..maaf ye kawan-kawan beberapa hari ni kebelakangan ini sibuk sikit. Insyallah selepas setel semua tugasan saya akan berBW dan berziarah ke blog-blog anda semua......jangan risau.

Salah satu sebab mengapa saya menyepikan diri juga  bukannya apa sebab dalam waktu yang sama saya ni sibuk nak menghabiskan bacaan koleksi novel terbaru saya yang bertajuk "Lafazkan Kalimah Cintamu".

Macam biasa saya ni kalau tengok kulit buku yang tak menarik memang susah sikit nak membeli atau memiliki novel berkenaan macam novel ni..kulit bukunya tunjuk gambar kilat which is ada kena mengena dengan watak heroin dalam cerita ni yagn takutkan gelap dan kilat...tapi as saya cakap earlier kulit buku pun memainkan peranan penting dalam memberikan keseronokan saya untuk membaca sesebuah buku tu.

Phew...berpeluh-peluh tak tidur sampai ke malam penangan Siti Rosmizah. Memang hebat dan tak sia-sia kalau novel ini dikategorikan sebagai "Novel paling LARIS di pasaran".

Buku ni masih dalam misi pembacaan saya lagi dan rasanya pada anda yang sudah membaca novel ini pasti berpuas hati akan jalan ceritanya dan tidak perlu disangkal lagi akan kredibiliti penulisnya.


Sinopsis buku:-

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?


Pendapat dan Review saya:-

Novel ni memang serius kelakar apabila saya membacanya asyik nak tergelak aje dengan karenah dan personaliti Tengku Aqilah ni.  Dia seorang gadis yang happy go lucky dan selamba.

Novel ini sesuai untuk dibaca oleh remaja dan juga pada golongan yagn sudah berkahwin macam saya. Seronok membacanya hinggakan once dah baca nak berhenti tu memang payah kadang-kadang curi-curi masa membacanya ketika sebelum nak tidur.

Watak Tengku Ryan Ameer yang romantik dan caring memang sungguh di idamkan oleh setiap wanita.  Manakala watak Tengku Aqilah yang sempoi dan selamba mengusik hati dan adakalanya tak kering gusi kita tergelak dengan lawak bodoh yang beliau tonjolkan dalam cerita ini.

Nak cerita panjang lebar tak boleh lagi, sebab saya sendiri pun belum habis membacanya..tapi kalau pada anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut silalah dapatkan novel ini di pasaran sekarang. 

Dengar kata novel ini dah banyak kali dicetak dan terjual di pasaran..confirm memang LARIS.

Tahniah Siti Rosmizah!!

Jangan Takbur

Pepatah melayu selalu mengatakan bahawa kita sebagai umat yang kerdil lagi hina di sisi Allah dan menumpang di muka buminya ini perlulah selalu mengamalkan sikap merendah diri dan jangan takbur berbangga diri mendongak langit seakan akan dunia ini kita yang punya dan kita yang berkuasa.


Waima dalam apa jua pun alasan sesetengah orang tu maka kita sebagai hambanya selalulah bersyukur dan merendah diri serta mengakui akan segala kesilapan kita. Tak perlu ego dan tak perlu meninggi diri.


Apabila kita dah melakukan sesuatu kesilapan samaada di pejabat, di rumah atau di mana sahaja tu selalulah fikir yang kita belum cukup bagus untuk mendabik dada dan berbangga dengan diri kita sendiri.


Tak suka dengan manusia HIPOKRIT!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...