Tuesday, November 23, 2010

BADIGOL PUNYA MANUSIA

MODE : MARAH TAHAP GABAN

Hari ni merupakan hari yg bersejarah bagi hidup aku!! never in my life aku naik angin / hantu / gila (apa-apa laglah) kat pejabat ni...hanya kerana seekor KELDAI ni.

She really make me angry today ceritanya begini..:

As usual jam menunjukkan ke pukul 1.05 tengahari...(it's time for lunch) so aku pun macam biasalah bersiap-siap nak turun ke Cafeteria beli makanan....tapi nasib nak dijadikan cerita aku terserempak dengan KELDAI ni kat jalan/sudut punchcard & newspaper (walkway diantara jalan & tmpt punchcard tu)....so happen aku terlanggarlah bahu si KELDAI ni sebab dia jalan macam BABUN satu tempat nak konker (macam lelaki jalan) dengan EGONYA...bagi aku, u can always elak kan?...apalah salahnya ...ini tak dia yang langgar bahu aku leps tu dia tepis2 bahu dia (macam lah najis kena bahu aku) so happen aku ternampaklah aktiviti dia tu... so aku tanyalah dia macam ni conversation dia...

"uish! teruknya kak fid tepis2 bahu lepas langgar bahu i, what is your problem ye kak fid?' (dalam nada elok aje aku tanya...)

dia tak jawab in fact dia duduk kat seat dia dengan membetulkan rabut kejung dia tu..(macam cantik sangat) ... ok fine.. aku pun bebel-bebel la sambil keluar ofis turun kantin sambil express aku punya rasa tak puas hati...sambil kata "apalah punya manusia macam ni pun ada"....

Than aku tak puas hati (for me, I dun like hanging conversation and dun try to cross my path) jenis aku, aku tak suka orang cakap belakang2 ni....so aku naik dari beli food in a way nak 'confront' dia, nak tanya apa masalah dia sangat dengan aku ni ...

masa aku sampai tempat dia (workstation) si KELDAI ni tengah engaged dekat phone (line ofis) so aku saja je tanya dia, bagi aku MAMPUS kau la...kau nak beborak ke apa ke...kau dah buat salah dengan aku...PROVOKE aku, kau nak buat derk aje...BANYAK CANTIK MUKA KAU!!..so aku tanya dia lagi...

"APA MASALAH KAU DENGAN AKU YE?? AKU ADA BUAT SALAH DENGAN KAU KE??" dia buat derk aje...in fact dia lagi provoke aku dengan kawan dia kata "EH! you dengar tak ada orang mengamuk kat tempat I?" lepas tu dia grumble-grumble dengan kawan dia tu...dia kata "u dengar tak apa dia cakap dekat I" (sambil angkat gangang phone tu) nak suruh kawan dia dengar apa yg i dok marahkan dia. For me tak payahla kau nak naikkan darah orang dengan cara kau buat macam tu kan...ada banyak cara lagi...tapi kau dah curahkan minyak panas pada aku ...dan dah buat aku ANGIN!

AND NOW aku dah depan mata kau...debatelah nak cakap apa dengan aku..."kalau kau rasa tak puas hati sangat...ada aku mintak kerja kau? ada aku mintak duit kau? ada aku ambil boifren kau? ada aku ambil pangkat kau? ada aku kacau hidup kau? for me kira BAIKla aku tak ganggu hidup kau...habis tu yang kau tak puas hati sangat-sangat dengan aku ni pasal apa?? NAK JUGAK AKU TAU"

lepas tu aku insist la dia aku cakap "kau jantan ke betina, cuba cerita kat aku ni ..pandang mata aku apa masalah kau?" dia replied "kau betina" than aku reply "than engkau jantan?" so dia terdiam jap sambil tu soh kawan dia tu cakap dengan dia "u talk to me" sambil mengucap-ngucap than sebut alhamdullillah ...so aku cakaplah..."ha'ah yelah kau semua pun tunjuk baik semua insyaallah, alhamdulillah depan orang kau buat baik..tapi belakang orang, kau kutuk orang, hentam orang, kau ajelah yang paling baik dalam dunia ni, kau ada ke kerja/ banyak sangat ke kerja kau? kau sume tak betul, company tak betul, semua orang jahat" ....dan dan tu dia kata aku MUNAFIK...aku pun repliedlah..."kau yang MUNAFIK nama aje melayu, islam tapi hati kau busuk macam BANGKAI"...terus dia diam and grumble2 lagi dengan kawan dia tu...tapi muka macam nak nangis jugak la..tapi dia control MACHO..diakan JANTAN HEBAT...PENUH EGO! mana buleh menangis...nanti kena ejek...

Lepas tu aku tinggalkan aje dia MAMPUSLA...aku terus masuk bilik software sebab teringatkan boss aku yang kebetulan tunggu nak ambil souvenir dari aku untuk client...so aku dengar dia berborak lagi dengan kawan dia NGUTUK aku...

Aku dah geram sangat until badan aku mengigil geram...NEVER IN MY LIFE aku jadi macam ni..coz all this while aku hormat semua orang...emak bapak aku tak pernah ajar aku jadi jahat dan kurang ajar dengan orang...tapi KELDAI ni dah semakin MELAMPAUI BATASAN aku ....HATE!!

aku jumpa head hr dan financial controller to calm me down..in a way nak jugak lah say sorry to them coz dorang pun dengar aku mengamuk...than after that aku call big boss aku to say sorry and ceritakan "what was happening" so that aku tak nak nanti orang label aku KAKI GADUH...sedangkan AM NOT LIKE THAT.

DIA MEMANG TERLALU MENDUGA AKU SANGAT-SANGAT!! AKU BERDOA SEMOGA DIA MENDAPAT MUKJIZAT DAN PETUNJUK DARIPADA ALLAH S.W.T. SUPAYA SENTIASA BERUBAH MENJADI SEORANG YANG SENTIASA IKHLAS, BERBAIK SANGKA, TIDAK EGO DAN TIDAK LAGI MERACUNI PEMIKIRAN ORANG2 DISINI..... BUANGKAN SEGALA KEJAHATAN DAN KEBENCIAN DALAM HATI DIA PADA SEMUA ORANG SELAMA INI.....AMIN!! BUT FOR ME .....SORRY NO MORE!!.

Tuesday, November 16, 2010

Raya Qurban




Sekejap aje dah masuk end of the year....rasa baru aje lagi sambut Hari Raya Puasa and now nak sambut raya korban la pulak.

Kepada semua sahabat handai serta keluarga, kami sekeluarga mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.

Berhati-hati ketika memandu dan sentiasalah ingat orang yang tersayang.

Wednesday, November 10, 2010

Emotional And Social Development In The First Year

9-12 months

Once your child begins to understand words it is important to adapt your speech to a child's level by simply repeating words. Jan Parker and Jan Stimpson say focusing on individual words like 'spoon' instead of 'Look, here's your spoon, let's put it in your hand, well done,' helps your child identify and name objects more easily. Try to have quiet times playing and talking with your child. Research has shown that children from homes with constant noise from TV, music or radio take longer to learn to talk.

At this age your child will enjoy songs, nursery rhymes and finger games. Don't worry if you don't know many at first, you will soon pick them up. You can buy a range of cassette tapes with nursery rhymes and many toddler groups sing songs at the end of a session.

By the end of the first year your child will definitely be on the move and you need to give her plenty of opportunities to exercise. Going to the park or swimming pool is a good way to tire out an active toddler. Or find out if your local leisure centre has a soft play area - climbing about on the spongy equipment is a great way to encourage physical development.

MANUSIA BONGKAK

Firman Allah SWT yang bermaksud, “DAN janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” (Luqman: 18)

Huraian

Sesungguhnya manusia dikurniakan oleh Allah SWT dengan rezeki dan nikmat yang berbeza. Ada yang kaya, yang cerdik, yang sihat, yang sempurna sifat, yang bangsawan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, ada juga yang miskin, yang cacat, yang sakit, yang hodoh dan sebagainya. Kesemua kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT bukanlah lesen untuk berlagak bongkak, sombong dan takbur kepada mereka yang malang dan kurang bernasib baik.

Kita perlu ingat kekayaan, kecantikan, kesihatan, kedudukan dan kepandaian adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Apakah segala nikmat ini menambah amal kebajikan dan sedekah jariah kita kepada Allah SWT? Atau semakin banyak dosa dan maksiat yang kita lakukan sehingga tiada insan yang mendapat manfaat daripada kurniaan Allah SWT tersebut?

Ayat ini yang merupakan ungkapan nasihat Luqman kepada anaknya adalah satu amaran kepada manusia demi memperbetulkan sistem sosial dalam masyarakat Islam. Islam mengajarkan penganutnya akan erti kasih sayang, hormat-menghormati dan saling membantu sebagai ikatan sosial. Tanpa ikatan ini kekuatan ummah akan goyah dan kelangsungan ummah akan musnah.

Justeru, berlainan taraf dan berbeza kedudukan perlu difahami sebagai ujian Allah SWT atas nikmat yang diberi. Memandang hina orang bawahan, merasa jijik bergaul dengan golongan tidak setaraf, merasa terganggu dengan kehadiran orang kurang upaya dan meluat melayan orang sakit adalah ciri-ciri sikap bongkak sombong yang ditegah oleh Islam.

Kita sewajarnya sedar kemungkinan satu hari nanti nasib kita pula berubah daripada kaya menjadi miskin, daripada cantik menjadi hodoh, daripada sihat menjadi cacat dan demikianlah seterusnya. Sesungguhnya kesombongan dan ketakburan yang kita zahirkan tidak akan membawa kita menjadi lebih hebat dan nikmat yang berkekalan. Segalanya hanyalah pinjaman sementara dan akhirnya kita akan kembali kepada Allah SWT berbekalkan amal kebajikan semata-mata.

Kesimpulan

Sikap sombong dan bongkak terhadap orang yang kurang bernasib baik adalah sifat terkutuk dan dikeji oleh Islam. Kesyukuran terhadap nikmat kurniaan Allah SWT wajar dizahirkan dengan sifat hormat-menghormati dan memperbanyakkan amal kebajikan di dunia. Kesombongan dan ketakburan tidak membawa kita ke mana-mana selain mengundang kemurkaan Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT menilai manusia daripada amal perbuatan dan bukannya kehebatan zahir seperti pangkat, harta dan rupa paras.

Sumber : Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...