LAZIMNYA apabila badan rasa panas semacam, kita cepat-cepat mencari ubat untuk menurunkan suhu panas itu. Jika tidak berkurangan selepas memakan ubat, jalan terakhir ialah ke klinik kesihatan berdekatan atau pun hospital.
Semua dilakukan kerana ingin cepat sembuh daripada penyakit panas badan itu. Kita risau jika panas itu berlarutan dua tiga hari boleh mendatangkan penyakit lain pula. Kita mahu tubuh badan sihat sentiasa supaya dapat membuat amal ibadat.
Kebiasaannya begitulah kita cukup menjaga kesihatan tubuh badan. Semua inginkan tubuh badannya sihat, cergas dan bertenaga supaya dapat hidup ceria serta mampu bergerak ke sana sini dengan selesa.
Akan tetapi ada di kalangan kita tidak ambil peduli jika rohaninya sakit. Dibiarkan saja rohaninya sakit sekian lama tanpa berusaha mengubatinya. Ramai kurang memberi perhatian terhadap kesihatan rohani walaupun penyakit rohani lebih bahaya daripada penyakit moden.
Salah satu unsur rohani ialah hati. Hati memainkan peranan penting dalam tubuh badan manusia kerana elok hati maka eloklah manusia itu. Kotor hati, buruk akhlak manusia itu. Justeru, hati perlu dibersihkan selalu. Rohani sihat kerana hati sihat.
Allah tidak melihat manusia berdasarkan paras wajah yang cantik atau tampan. Allah tidak juga melihat akan kehebatan atau terkenalnya manusia itu dalam masyarakat atau negara. Yang Allah lihat ialah hatinya.
Sabda Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada badanmu, rupamu, tetapi langsung melihat kepada hati dan perbuatanmu.” � (Hadis riwayat Muslim)
Oleh itu Allah sangat membenci orang yang membutakan hatinya. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya kami jadikan sebagai isi neraka jahanam kebanyakan di antara jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat Allah. Dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda kekuasaan Allah. Dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai.” � (Surah al-Araf, ayat 179)
Orang yang disebut Allah dalam firman-Nya itu ternyata rohaninya (hatinya) tidak sihat dan tentunya berpenyakit. Apabila rohani berpenyakit maka berlakulah sifat bertentangan tuntutan agama dan lebih buruk lagi boleh mengakibatkan manusia itu ingkar kepada Allah.
Firman Allah yang bermaksud: “Di dalam hati mereka ada beberapa penyakit, lalu Allah menambah penyakit itu, dan untuk mereka itu azab yang pedih kerana mereka telah berdusta.” � (Surah al-Bazarah, ayat 10)
Antara penyakit rohani yang cukup akrab menghinggapi orang Islam ialah hasad dengki, sombong, takbur, angkuh, buruk sangka, riak, bakhil, pendendam, kufur nikmat, cinta dunia, bangga diri dan sebagainya.
Sifat hasad dengki misalnya adalah sifat yang banyak membawa keburukan dan kemusnahan. Orang berpenyakit hasad dengki ini tidak suka melihat orang lain berjaya daripada dirinya, tidak kira dalam apa juga bidang. Dia akan berusaha sedaya upaya menjatuhkan atau menggagalkan orang yang lebih daripadanya itu. Dia akan melakukannya sehingga berjaya, iaitu sehingga musuhnya jatuh gagal dan tewas.
Allah sangat benci kepada orang yang ada penyakit hasad dengki dalam hatinya. Firman Allah yang bermaksud: “Mereka itu orang yang dikutuk Allah. Barang siapa yang dikutuk Allah maka tak akan engkau peroleh baginya penolong. Bahkan adalah bahagian dari kerajaan? Jika ada, mereka tiada mendatangkan kebajikan kepada manusia sedikit pun. Bahkan adalah mereka berhati hasad (iri dengki) kepada manusia, kerana Allah memberikan kurnia kepadanya? Sesungguhnya telah Kami berikan kepada keluarga Ibrahim Kitab dan hikmah dan Kami berikan kepada mereka kerajaan yang besar. Maka di antara mereka ada yang beriman kepadanya (Muhammad) dan di antara ada yang berpaling daripadanya. Cukuplah neraka jahanam yang menyala sebagai azab bagi mereka.” � (Surah an-Nisa’, ayat 52-55)
Rasulullah SAW juga memperingatkan dalam hadis Baginda yang bermaksud: “Hati-hatilah kamu daripada hasad dengki kerana hasad dengki itu akan memakan semua amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering atau rumput kering.” � (Hadis diriwayatkan Imam Abu Dawud)
Justeru, marilah kita menghindarkan diri kita dari ditimpa penyakit rohani yang bernama hasad dengki dan segera mengubatinya jika ada tanda demikian. Kikis sifat yang merugikan diri dan masyarakat Islam seluruhnya.
Bersihkan hati kita daripada sifat hasad dengki dan sifat lain yang dinyatakan. Sesungguhnya hidup akan lebih ceria, selesa dan sejahtera jika diri sihat dan rohani (hati) juga tidak berpenyakit. Kitalah yang menentukan berubah atau tidaknya diri kita.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri yang berusaha mengubah keadaannya (nasibnya).” �