Thursday, August 30, 2012

Adab Menjemput Biarlah Ikhlas....


Assalammualaikum....

Masih dalam mood syawal dan ada juga pasangan yang tengah sibuk menguruskan majlis pertunangan dan ada juga pernikahan dan persandingan di bulan-bulan syawal ni...

Zaman teknologi canggih sekarang tak perlu bersusah payah menggila-gila menguruskan persandingan, pertunangan atau pernikahan kerana semuanya boleh diuruskan oleh jururunding yang telah di tentukan hanya wang dan tema aje yang perlu di berikan untuk mendapatkan apa yang diingini oleh pengantin.

Tetapi yang tak sedapnya ada juga pasangan yang mengambil sikap mudah dan tidak menitik beratkan hal kekeluargaan hingga ada yang menjemput saudara-mara atau ahli keluarga terdekat dengan hanya menggunakan jemputan secara online email, sms  dan telefon aje dengan alasan sibuk menguruskan persiapan perkahwinan.... ????????

Mewar-warkan akan perihal perkahwinan tu bukan ke elok dan di tuntut dalam islam...tetapi islam tidak menyuruh kita memilih bulu dan orang untuk siapa dan tidak datang bertandang atau menjadi tetamu jemputan anda malah jauh sekali dari sifat riak dan suka menunjuk siapa paling hebat dan gah menjadi raja sehari atau siapa bakal menantu kita itu (somebody kedato', tan sri, datuk paduka.....mati sama juga masuk dalam kubur kan....)

Yang menghairankan lagi bila dah pengantin sibuk nak kahwin takkanlah emak bapak pengantin tu pun sibuk juga dan tak mampu nak bertandang menjemput mulut tetamu-tetamu jemputan.  Jikalau mewakilkan orang lain dan tidak berapa nak mengenali tu tak mengapa... ini dah menjadi ahli keluarga dan darah daging tetapi masih boleh mengambil sikap remeh dan temeh tanpa mengira adab dan sopan.

Mana hilangnya adab dan warisan yang telah diperturunkan oleh nenek moyang kita dahulu.  Takkan hanya menganggap dengna menghantar email dan sms jemputan perkahwinan menandakan anda sudah di pelawa/dijemput oleh tuan rumah... (macam tak ikhlas pun ada jugak). 

Adakalanya kita perlu menimbang dan menilai kembali akan adab dan tatasusila menerima dan menjemput tetamu untuk datang bertandang ke majlis kita..jangan hanya nak tangkap muat dan fikir singkat dan senang aje dengan anggapan seseorang itu akan memahami dan menerima jemputan kita secara bulat2 melalui sms dan email.  Kalau jemputan rumah terbuka atau sambutan hari jadi takpelah jugak nak menjemput guna email dan sms ..... ini jemputan perkahwinan....tak tahulah pulak kalau-kalau si pengantin tu nak kahwin berkali-kali lagi lepas ni.....

Dan setahu saya bukan ke setiap tetamu yang datang itu akan mendoakan akan kesejahteraan dan kebahagiaan kita sepanjang hayat bersama pasangan masing-masing.

p/s: Pelik jugak kalau ada kalangan ahli keluarga yang menjemput ahli saudara sendiri ke perkahwinan dengan menggunakan email dan sms tanpa mahu berjumpa face to face ....konon dah advance sangatlah tu...ke perasan diri dah kaya?  

Wednesday, August 29, 2012

Wordless Wednesday # 54


Assalammualaikum...

Zaman teknologi canggih kini amat meragui dan menjadi igauan kita sehari-hari. Pelbagai kepandaian dan kepakaran boleh menjadikan apa sahaja mengganggu gugat kehidupan kita sehari-hari...Oleh yang demikian kita perlulah berhati-hati terutama sekali apabila ada orang yang ingin mengabadikan gambar-gambar anda untuk di jadikan koleksi atau simpanan mereka kerana pelbagai perkara yang tidak diingini bakal terjadi malah lebih dari itu....

Oleh itu berhati-hatilah kita ye kawan-kawan....jangan sampai terjadi seperti nasib mereka-merka ini yang telah menjadi mangsa keadaan akibat dari gambar mereka diambil secara rambang dan rawak dan di paparkan untuk tontonan umum....



Mangsa-mangsa kerakusan mereka yang celik IT

AWAS!!

Wordless Wednesday # 53


Assalammualaikum....

Masih lagi dalam mood beraya dan bakal menjengah kita semua pada hujung minggu ini ialah Hari Kemerdekaan negara kita .....

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 
KE-55 MALAYSIA

Gugel

Tuesday, August 28, 2012

Raya Dah Selamat Belanjawan Keluarga Kena Ambil Kira....


Assalammualaikum...


Pinjam dari Google

Menginjak ke 10 Syawal dah kita....  Dalam diam tak diam duit pun dah banyak keluar dengan berbelanja dan membeli segala macam persiapan untuk sambutan Hari Raya baru-baru ini. Jadi rancanglah belanjawan kita semua sebabnya kalau nak menunggu waktu gaji sudah semestinya lambat lagi bulan hadapan kan?

Ada tak di antara kita semua yang tidak ambil tahu dan tak nak tahu menahu pasal belanjawan keluarga? Atau semuanya di bebani atau ditanggung oleh sang suami dengan anggapan mereka adalah ketua keluarga?

Rasanya rata-rata di antara kita semua bersama-sama memikul tugas dan tanggungjawab apabila bergelar suami dan isteri membanting wang dan tenaga untuk menjayakan rumahtangga agar lebih harmoni dan damai bukan hanya meletakkan semua bebanan kepada satu pasangan sahaja kan.

Jangankan ada duit kita pun sayang pasangan dan bila takde duit kita dan pasangan bercakaran bergaduh-gaduhan sesama sendiri akibat dari sikap menunding jari dan boros sesama pasangan dengan alasan sekali setahun dan nak merasa....

Mengatur belanjawan keluarga bukanlah sesuatu yang boleh di ambil ringan. Semua aspek perlu dikaji antaranya duit dapur, duit minyak kereata atau tambang perkhidmatan awam perlu diambil kira.  Malahan ianya bukan sahaja merangkum pada mereka yang telah berumahtangga aje..yang belum single mingle pun kena kaji dan membuat belanjawan agar bajet tidak disburse..

Melalui belanjawan kita dapat membantu membiayai segala keperluan seisi rumahtangga baik dari segi penjagaan anak-anak, persekolahan, makan dan pakai, percutian, kesihatan dan perkara-perkara yang diluar jangkaan kita (emergency).

Kegagalan mengawal belanjawan akan mengakibatkan perbelanjaan kita melebihi dari apa yang kita bajet  maka mengundang akan kegagalan dari segi membayar bil-bil rumah, tunggakan kereta, loan peribadi , ansuran rumah, keperluan dapur dan sebagainya.

Jangan salahkan sesiapa jika kita gagal membuat bayaran ansuran bulanan dan bukan juga disebabkan gaji kecil tetapi sikap boros dan kesilapan merencana perbelanjaan mengakibatkan seseorang itu berada di dalam kesempitan kewangan.

Berjimat cermatlah dan berbijaklah berbelanja mengikut kemampuan kita dan jangan hanya mengikut nafsu dan berkejar-kejaran untuk mengikut arus orang lain yang lebih berkemampuan dengan membeli itu dan ini hingga akhirnya kita sendiri yang terduduk diam tak terkata memikirkan akan punca bagi mendapatkan wang dengna segera bagi menampung kos perbelanjaan bagi sebulan berikutnya hingga menjelang gaji.

Bagi mereka yang telah mempunyai anak-anak sentiasalah berpada dalam membuat perancangan perbelanjaan ye.
   

Monday, August 27, 2012

Jangan Membuka Aib Mereka....


Assalammualaikum...

Ada juga terbaca entri aka artikel mengenai kisah peribadi kehidupan artis ini yang pernah beberapa bulan sebelum ini digembar-gemburkan kisah peribadinya di khalayak umum.


Gugel
Persoalannya antara BENAR ataupun TIDAK bukan kita (manusia) yang perlu menjatuhkan hukuman dan menilai kehidupan serta tahap dosa pahala seseorang hingga sanggup membuka aib mereka dengan tidak sudah-sudah bercerita dan bergossip tentang sesuatu isu tersebut.

Walhasilnya terapkan di dalam diri kita sebagai muslim dan muslimah sejati untuk di jauhi dari perkara-perkara yang tidak diingini sedemikian dan hentikan segala tohmahan dan kata-kata nista pada mereka-mereka yang kurang bernasib baik.

Kerana kehidupan kita selepas-selepas ini belum tentu maju dan berjaya serta mengikut syarat dan lunas yang di tetapkan.  Yang penting selalulah mengingatkan diri sendiri untuk lebih berhati-hati dan bermuzakarah untuk ke jalan kebaikan.

Insyaallah!!

Sana Sini Makan...


Assalammualaikum....

Rata-rata entri kawan-kawan di dalam blog ni cerita pasal makan...memang dah namanya beraya kan...makan memang tak boleh nak avoid. Nak kata kena puasa enam ada juga yang makan dan mengadakan sana sni rumah terbuka... mana nak qada puasa.

Secara tak langsung berat badan yang ketika puasanya menurun dengan KAGUMnya menjadi menaik dengan cara mendadak-dadak tanpa dikawal-kawal lagi...yang lelaki-lelaki nya ada yang dah naik boroi setelah seminggu menyental lemang, ketupat dan rendang.

Para ibu-ibu pun tak yah nak cerita lah camne nak kawal makan.  Ada yang kuat dan boleh kawal nafsu makan bolehlah kawal buatnya yang jenis macam saya pantang nampak makanan nak makan aje..memang selamatlah kedalam mulut.

Diet adalah cara paling baik dan peluang untuk kita membakar lemak dan kalori yagn ada di dalam badan.

Walhasilnya berpada-padalah dalam pengambilan makanan kita sehari-hari bukan hanya ketika berpuasa kita boleh mengawal nafsu lapar dan dahaga malahan dah lepas puasa dan di hari-hari biasa pun kita HARUS mempraktikkannnya.  

AWAS!! makan banyak membawa kepada kemudaratan. Hati-hati memakan makanan yang boleh mengundang penyakit seperti minyak, kolesterol dan gula.  


Kembali Lagi...


Assalammualaikum...


Bersiaran kembali setelah beberapa hari bercuti berhari raya, makan dan makan lagi tanpa henti-henti...

Apa khabar anda semua? Diharapkan semuanya sihat-sihat belaka.

Dan seperti biasa hari Isnin merupakan hari yang lemau bagi diri saya dengan keadaan perut yang semakin memberat dan mempayah ni...

Semoga anda semua berada dalam keadaan yang baik-baik belaka ye...

Lagi entri-entri menarik cerita hari raya akan saya apdet sedikit demi sedikit jika ada kesempatan.

Take Care!!

Thursday, August 16, 2012

Sana Sini RAYA.....


Assalammualaikum...

gugel
Hari Khamis dah...adakah semua dah balik kampung hari ni ke nak tunggu esok?   Bagaimana persiapan anda semua semestinya ada yang tengah membilang hari menantikan kedatangan dan ketibaan hari raya yang bakal tiba.

Saya masih lagi di pejabat sehingga esok dan sisa-sisa ramadhan kian terasa dan berasa sedih jika dikenang-kenangkan bahawa kita semua akan meninggalkan bulan yang mulia ini...dapatkah kita semua bertemu lagi di bulan yang sama tahun hadapan? Insyaallah semoga kita semua diperpanjangkan umur dan kesihatan yang baik-baik belaka.

Pada anda-anda yang bakal pulang ke kampung untuk menyambut hari raya saya mengucapkan selamat memandu dan berhati-hati ye di jalanraya.. jangan memandu laju dan berlumba-lumba sentiasa ingat orang yang tersayang.  Nanti yang dikendong tak dapat yang dikejar berciciran.  TAK NAK!! NO! NO! NO!

Suasana pejabat saya dah mulai lengang dengan kawan-kawan yang sudah memulakan cuti mereka dan ianya berlanjutan sehingga ke minggu hadapan.  Mood saya nak bekerja pun dah semakin berkurangan kalau nak diikutkan sememangnya malas nak datang kerja tapi apa nak buat cuti dah takde lagipun cuti perlu di reservekan untuk kelahiran anak baru hujung tahun nanti hehehhe....

Beraya seadanya dengan cuti yang ada...OKLAH tu lagipun tahun ni saya beraya di KL sahaja pada hari raya pertama. Insyaallah raya kedua baru kami memulakan perjalanan berziarah ke rumah sanak saudara di Sg. Buloh, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan yang sewaktu dengannya....

Berhati-hati memandu ye kawan-kawan....



Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Jadi Sayang...


Assalammualaikum...






Hari ini genaplah anak saya  Muhammad Afiq Haikal berumur 10 tahun. Terlalu cepat masa berlalu pergi meninggalkan kita semua dan umur semakin hari semakin meningkat tanpa kita sedari orang yang paling kita sayangi dan dambakan setiap hari telah menjadi dewasa hanya di depan mata.


Semoga menjadi anak yang soleh, menghormati orang tua, mendengar kata dan berjaya di dunia dan akhirat. 












Wordless Wednesday # 52


Assalammualaikum...



Di kesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh (10) jari memohon maaf zahir dan batin kepada semua rakan dan sabahat handai yang mengenali diri ini di sepanjang masa saya berblogging.  Maafkan tutur kata serta penulisan saya yang agak keterlaluan dan menyinggung perasaan serta emosi anda selama ini.

Semoga ikatan ukhwah di antara kita terus terjalin dan di samping itu memerdekakan hati dan jiwa untuk tujuan kebaikan kita semua.

Semoga anda semua sentiasa di lindungi dan berbahagia disamping orang-orang yang tersayang.  Berhati-hati memandu pulang berhari raya di kampung dan sentiasalah ingat mereka yang tersayang.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tuesday, August 14, 2012

Iftar Mengeratkan Tali Silaturrahim...


Assalammualaikum....

Bersiaran kembali...kejap tenggelam kejap timbul saya ni..maaf kengkawan aktiviti mengapdet agak berkurangan lately ni disebabkan tuntutan tugasan yang agak banyak berbanding hari-hari biasa.  Di harapkan agar anda semua sihat dan sejahtera.

Tibalah masa kita akan merayakan Hari Raya Aidilfitri pada hujung minggu ini.  Bagaimana persiapan anda semua? Sekejapan sahaja masa berlalu meninggalkan kita...Semoga kita semua beroleh pahala dan keberkatan di sepanjang bulan yang mulia ini.

Alhamdulillah baru-baru ini kami sekeluarga telah menghadiri majlis berbuka puasa di luar bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga arwah bapa saya.  Memang hubungan kami semasa arwah bapa ada dulu rapat sehingga kini, tetapi since arwah bapa saya pergi meninggalkan kami sekeluarga 14 tahun yang dulu hubungan dengan adik-beradik sebelah bapa dan kazen-kazen yang lain tetap rapat dan erat cuma kami jarang untuk berjumpa dan bersama-sama untuk keluar beriadah atau berhibur dengan mereka kerana komitmen tugas masing-masing.

Baru-baru ini kami dengan rasa gembira dan teruja pergi berbuka puasa bersama mereka semua di luar dan rasanya nostalgia bersama arwah dan keluarganya semakin dekat dan terasa dekat dengan kami.  Walaupun tidak secara 100% ahli keluarga yang berjaya dikumpulkan tetapi Alhamdulillah saya cukup-cukup gembira. Paling gembira emak sayalah..mana taknya dapatlah beliau bersama-sama bercerita dan berjumpa dengna anak-anak buah dan cucu-cucu sedara di sebelah ayah dengan berborak lama sambil lepas tu shopping sikit2.

Insyaallah kami akan kekalkan tradisi sebegini di tahun-tahun hadapan bukan sahaja mengumpulkan ahli keluarga di sebelah arwah bapa saya sahaja malahan di sebelah suami dan emak saya juga bagi merapatkan serta mengeratkan tali silaturrahim kami hingga ke akhirnya.

Oleh itu layankan ajelah gambar-gambar saya ni....










p/s: rindu sangat masa zaman kanak-kanak dulu..sememangnya saya memang rapat dengan keluarga di sebelah arwah bapa...kenangan bersama arwah mengundang kegembiraan di hati kami semua....




Monday, August 13, 2012

Malas Nak Buat Kerja...


Assalammualaikum...

Memandangkan kita semua bakal melabuhkan tirai Ramadhan dalam beberapa hari lagi maka menjelang ketibaan hari raya ni... semestinya mood nak bekerja tu semakin berkurang ditambah pula hari ini merupakan hari kemalasan yang sentiasa melanda diri saya yang banyak BLUES ni.... Anda pula bagaimana?

Segala keperluan anak-anak dan diri sendiri pasti sudah tersedia mungkin ada yang tinggal sikit-sikit lagi. Takpelah tapi AWAS jangan berbelanja berlebih-lebihan nanti memudaratkan diri sendiri.

Minggu ini juga minggu terakhir bagi mereka yang ingin membuat persiapan berhari raya nak membeli dan membuat kuih untuk hari raya.  Kerana mengikut percaturan saya pastinya ramai yang bakal meninggalkan bandaraya Kuala Lumpur tahun ini untuk pulang berhari raya bersama keluarga tercinta di luar bandaraya.  

Oleh itu saya di kesempatan ini memohon 10 jari untuk memohon maaf jika ada salah dan silap selama saya berblogging dan menjadi sahabat anda semua.  Ampunkan tersalah dan tersilap saya dari segi penulisan dan percakapan.

Friday, August 10, 2012

Bila Masa Terbaik Untuk Menziarahi Kubur??


Assalammualaikum...

Google
Terpanggil untuk berkongsi artikel pada mereka yang masih tertanya-tanya dan gusar akan perkara-perkara yang harus dan tidak patut dilakukan khususnya apabila kita menziarah kubur.

Kebiasaannya ramai yang melakukan amalan menziarahi kubur sanak saudara mahupun ahli keluarga pada musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha. Sesungguhnya amalan menziarahi kubur boleh membawa keinsafan kepada kita, mengingatkan kita kepada mati dan kekuasaan Allah S.W.T. Namun jika dilihat dari sudut perspektif lain, fenomena ini lebih menjurus kepada pemilihan hari tertentu untuk melawat kubur iaitu dilakukan pada musim hari raya.


Yang menjadi persoalan, wujudkah hukum membenarkan hari tertentu ziarah kubur atau ia disebabkan budaya kita sendiri?

Tidak ada dalil yang mengatakan perlu ziarah kubur pada sekian-sekian waktu. Ziarah kubur tidak mempunyai waktu-waktu tertentu. Bila-bila masa sahaja boleh ziarah kubur. Yang dapat kita simpulkan ialah dengan menziarahi kubur sebenarnya untuk kita ingat mati. Ini kerana apabila berada di kubur, ia akan memberi perasaan untuk mengingati orang yang telah mati, seterusnya mendoakan serta memohon rahmat dari Allah.

Hakikatnya golongan wanita tidak digalakkan untuk ziarah kubur kerana dibimbangkan boleh mendatangkan fitnah atas sebab berlakunya perkara yang haram antaranya seperti meratap pemergian orang tersayang, menyalahkan takdir dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan orang tersayang, berpakaian tidak sopan dan tidak menghormati kawasan kubur. Sekiranya perkara haram tersebut tidak dapat dielakkan, maka hukumnya adalah haram. Ziarah kubur adalah sesuatu perkara yang baik apatah lagi ia dapat mengingatkan kita tentang kematian dan hari akhirat yang merupakan pemangkin ke arah melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhi larangan Nya.

Sekiranya dilihat secara umum, ziarah kubur boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kerana tidak ada nas yang melarang menziarahi kubur pada hari-hari tertentu. Masyarakat tidak seharusnya atau tidak wajar mengkhususkan pada hari hari tertentu umpamanya hari raya untuk menziarahi kubur. Ini sebenarnya sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita dan sepatutnya kita singkirkan. Sebaliknya ziarah kubur secara berterusan akan membawa kepada kebaikan. 


SHARING IS CARING

Cantik Ye Bajunya??



Assalammualaikum...


Wahhh!! pada mereka-mereka penggemar fesyen memang seronok tak terhinggalah bila dapat tahu yang pereka terkenal Jovian Mandagie telah berjaya memasarkan pakaian rekaan beliau di outlet First Lady selain dari membelinya secara online di zalora.com.



Memang rata-rata ramai yang menanti dan menyerbu kedai-kedai berkenaan hanya semata-mata ingin mendapatkan design khusus Hari Raya yang terdapat di outlet First Lady hasil rekaan Jovian Mandagie...siapa tak kenal kan? Selain dari Jovian sebelum ini Rizalman Ibrahim juga ada juga membuat design dan dipasarkan di Pasaraya Tesco.  Sambutannya juga boleh tahan tapi tidaklah sehebat penangan Jovian Mandagie ni..


Persoalannya rata-rata mengatakan material kain yang di jual di First Lady tidaklah seperti mana yang mereka lihat di dalam gambar yang dipaparkan. Kiranya dalam erti kata lain "Indah Khabar Dari Rupa".  So far saya tidak berkesempatan lagi nak mencuci mata di outlet-outlet First lady ni sebabkan bagi saya mana mungkin pereka fesyen terkenal nak menjual pakaian mereka yang berkualiti di kedai-kedai kunjungan orang ramai dan terbuka. Pastinya mereka hanya akan buat designing dan selebihnya mereka menyerahkan bulat-bulat kepada pengeluar untuk membuat secara banyak dan dengan mutu serta hasil juga kurang memuaskan.





Gambar: Sumber dari Facebook Jovian Mandagie

Tapi pada mereka yang dah membeli tu tak perlu komplen banyak, dah sememangnya harga baju hasil dari desining pereka terkenal memang mahal, kalau sanggup nak membeli pastinya tak perlu ragu-ragu nak membayarnya dan kalau nak kira puas hati tu adalah lebih baik membelinya secara terus di butik-butik mereka betul tak?

Apa pun membeli jangan sampai tak ingat orang belakang, nanti beli sikit punya mahal nak nampak lain dari orang... bila time raya tengok-tengok sama pulak dengan makcik sebelah rumah atau tuan rumah yang kita berziarah tu pulak, tapi takpelah..kaum wanita ni memang kepuasan membelinya pada tahap yang tertinggi termasuklah saya (susah nak kawal- peringatan untuk diri sendiri).

Selamat Bershopping!!

Thursday, August 09, 2012

Tak Patut....


Assalammualaikum....

Selagi tak habis bulan puasa ni asyik nak cerita pasal puasa dan raya aje kan...tapi takpelah nak cerita jugak.

Saya sekarang ni dah berumah sendiri jadi bila dah berumah sendiri mesti duduk asing dengan parents kan? Tapi bukan nak cerita pasal tu .... sebenarnya kawasan rumah saya ni dikelilingi dengan segala macam prasarana contohnya macam shop lot kedai makanan, pasar malam, downtown, pasar pagi dan di bulan puasa ni terdapat bazaar ramadhan dan lokasi tempat-tempat  ni betul-betul berdekatan dengan tempat tinggal saya sekarang...bak kata orang "jalan kaki pun bolehhh" (cakap dalam nada iklan Rejoice ye).  Memang meriah!! 

Persoalannya bukan disebabkan bising ke kotor ke apa ...cuma yang menjadikan saya tertanya-tanya adalah kerana di situ terdapat downtown pada malam hari dan di saban hari dengan disediakan tempat untuk anak muda atau golong tua berhibur iaitu tempat menyanyi KARAOKE.

Gugel

Memang setiap malam akan berbunyilah muzik dekat downtown tu sampailah ke pagi dalam pukul 4.00 pagi tu barulah nak over senyap sunyi.  Tapi pabila masa berganjak ke bulan Ramadhan ni ..semestinya kita menghormati bulan mulia dan bulan ibadah kan...persoalannya sekarang, mereka dengan tanpa segan silu menyediakan khidmat karaoke tersebut di setiap malam akhir-akhir ini (awal bulan ramadhan hari tu senyap sekejap..masuk puasa ke 10 terus rancak balik buka meja).  

Saya rasakan perkara sebegini tidak patut dan harus mereka lakukan.  Dan yang menghairankan lagi ada saja la pulak orang yang nak menyanyinya tanpa segan silu dan menghormati bulan Ramadhan...TAK MALU KE HAPA??

Sepatutnya kita perlulah menghormati bulan Ramadhan kerana masa ini kita boleh beramal dan mengejar kan pahala.  Mengapa mereka perlu alpa hingga sanggup menyanyi di tengah-tengah malam melalak-lalak sedangkan di masjid berdekatan tengah melakukan sembahyang sunat dan solat terawikh serta ceramah agama yang mereka memang sah-sah dengar. Tidak terbukakah pintu hati mereka untuk sentiasa menghormati bulan mulia.

Apa nak jadilah dengan mereka ni....

Kaca Dan Plastik


Assalammualaikum....

Kalau dedulu zaman kecik kecik mesti korang teringat akan minuman berkabonat yang di jual di dalam botol-botol kaca...dan dah menjadi kelaziman kalau kita berhari raya ke rumah-rumah orang air standard yang mereka akan hidangkan ialah air berkarbonat yang di dalam botol kaca...KLASIK kan??

botol kaca dedulu
Sekarang ni nak jumpa botol kaca minuman berkabonat F&N pun dah susah dah. Kalau ada pun di kampung-kampung aje yang ada..itu pun ala-ala packaging botol kicap (botol yang gelap tu).  Tapi air dia not badlah..boleh tahan jugak cuma kuranglah gasnya...sesuai sikit nak minum.

botol plastik sekarang

Botol kaca minuman berkabonat memang sinonim pabila menjelang hari raya.  Kalau dedulu time kecik2 arwah bapa saya akan membelinya ber'pak-pak' (sebab dulu letak dalam pak/rak kayu) untuk di hidangkan ketika tetamu datang berhari raya.  Tapi tak sampai menjelang raya pun bulan puasa berbuka tu dah rembat berbotol-botol dan akibatnya perut sakit memulas-mulas sebab angin gas tu dah naik...Hehehehe....


botol macam ni banyak terdapat di kampung-kampung...kiut aje..

Pelbagai jenis perisa ada dedulu ada Coke (semestinya), Soda, Orange, Buah-buahan campuran, Strawberry, Sarsi dan apa lagi yek? (tak ingat dah)...

Anda semua pasti ingat jugak kan? Sempat tak nak merasai waktu itu...


Wednesday, August 08, 2012

Wordless Wednesday # 51


Assalammualaikum...

Kemeriahannya semakin dirasai.........

Rabu tanpa kata-kata..layankan ajelah gambar-gambar ini...








Gambar: Ehsan dari Google




Anda pula bagaimana?? 

Saya pun masih terkial-kial lagi ingatkan minggu depan baru nak start membersihkan rumah...

Tuesday, August 07, 2012

Salam Perantauan



Assalammualaikum...

Setiap kali kalau tibanya hari raya tak kira aidilfitri atau aidiladha pasti akan tertera di suratkhabar dan tv segmen yang dipanggil "Salam Perantauan".


Salam perantauan ni khusus pada mereka-mereka yang studi dan menetap di luar negara dan ingin menyampaikan pesanan dan ucapan kepada ahli keluarga yagn berada di Malaysia atau di mana sahaja mengatakan mereka tidak dapat bersama-sama pulang berhari raya bersama keluarga tercinta.

Agak-agak andalah mereka-mereka yang duduk di sana tu seronok tak nak menyambut kedatangan Hari Raya di negara orang?  

Pendapat saya, meriah memanglah meriah dan seronok dengan dikelilingi oleh kawan-kawan serta kenalan tetapi suasana dan mood beraya di sana tak sama dengan suasana dan mood beraya di negara sendiri contohnya di Malaysia.

Kalau di sini sambutan hari raya memang berlainan dan sungguh meriah dengan menerapkan adat kunjung mengunjungi serta ziarah menziarahi dan aktiviti berikut akan berterusan paling kurang pun selama beberapa minggu di bulan syawal.

Selain dari itu, pada mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa, tangan-tangan mereka yang perlu dan wajib kita kucup di pagi hari raya serta sesi bermaaf-maafan dengan ahli keluarga yang lain  tidak dapat dirasai jika kita berada di perantauan.

Ada juga antara mereka yang menyampaikan utusan/ucapan dengan mengekspresikan rasa gembira, suka dan sedih kerana tidak dapat bersama-sama keluarga tercinta untuk berhari raya.

Tetapi tak kiralah di mana pun anda berada, yang penting tali silaturrahim tidak terputus dan terus terikat walau di manapun anda berada nun jauh di ceruk dunia.  Insyaallah ada umur dan rezeki dapat pulang beraya bersama-sama keluarga tercinta juga kan di lain masa dan tahun...

Jangan sedih-sedih ye!




Special Raya Giveaway: Saya Nak Hadiah Raya Dari Lieya Syaira


Assalammualaikum...


Bersiaran kembali...di bulan-bulan Ramadhan ni apa salahnya kalau kita semua berkelapangan ramai-ramai menjoinkan diri bersegmen.  Tak susah dan tak payah pun.  Salah satunya Cik Adik Manis ni yang sweet dan comel aje blog dia Lieya Syaira.  Tak caya bolehlah klik di SINI

Cik Lieya ni menganjurkan segmen Special untuk Hari Raya, jadi pada kawan-kawan blogger yang sudi silalah ke blog beliau dengan menekan SINI pula.

Tak susah mana pun tempek-tempekkan header beliau dalam entri ni lepas klik-klik mana yang patutu lepas tu hantar dan sharekan link.  Dah siap!!

Pada anda yang sudi tu..silalah ye.  Mana tahu rezeki anda di bulan mulia ni tambah nak dekat-dekat raya ni mana tau kan.

Terlupa pula saya antara syarat segmen kali ni anda kena mengeTAG dua (2) orang rakan blogger anda...tapi saya nak extrakan lagi seorang ...... siapa ye??


Jomlah kita ramai-ramai memeriahkan segmen adik ni.....

Good Luck!!

Monday, August 06, 2012

Hari Raya Give Away (Julai – Ogos 2012) – 1st Give Away by mfadhlan.com


Assalammualaikum....

Pheww!! sempat lagi masuk segmen la berGA la..dalam tengah sibuk-sibuk menguruskan mesyuarat yang akan berlangsung pada minggu ini...kiranya menyelam sambil minum air...untuk hilangkan tension (sebab selangor cuti) dan menghindarkan mood keMENGANTUKkan yang kini berada di paras yang lebih kurang membanggakan sikit.





Sebenarnya saya kena tag oleh seorang blogger cantik manis bernama Eryati untuk menyertai GA anjuran mFadhlan.com. Hadiah yang ditawarkan memang sungguh-sungguh lumayan.  Siapa yang tak nak kan?? Dapat duit raya...

Apapun terima kasih sekali lagi pada Eryati.  Kawan-kawan yang FREE tu bolehlah menyinggah ke blog beliau juga ye.

Berbalik pada cerita GA kita, sudah menjadi kemestian kalau kita berGA mesti ada beberapa langkah dan syarat yang perlu blogger semua patuhi antaranya bolehlah anda semua layari di SINI 



Ingin di ingatkan juga kepada anda yang menyertai bahawa sentiasalah berkunjung ke blog ini dalam tempoh pertandingan bagi mengetahui status terkini kedudukan anda.
Semoga Berjaya!

Pencarian Blogger Aktif #2 Oleh Mialiana.com

Assalammualaikum...


Jom kawan-kawan jika berkelapangan marilah kita sama-sama mengeratkan ukhwah dikalangan rakan blogger kita yang lain dengna menyertai segmen sambil berkenal-kenalan dan berkongsi cerita dan ilmu yang boleh kita sampaikan tidak kira mereka jauh beribu batu atau dekat di depan mata.


Terbuka kepada semua kawan-kawan blogger di luar sana.  Tetapi segala arahan dan patuhan juga perlu di patuhi seperti yang telah disediakan di SINI.


Pencarian Blogger Aktif #2
Pencarian Blogger Aktif #2 oleh Mialiana.com
5/8/2012 hingga 12/8/2012


Selamat bersegmen semua!!


Cuti Pablik Holidae



Assalammualaikum....




Selamat bersiaran di hari Isnin yang pada saya agak lemau dan melembabkan hari saya huhuhu...tambahan pula hari ni hari cuti publik holiday bagi negeri-negeri Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu.

Pastinya hari cuti sebegini kebanyakkan antara mereka yang telah ataupun belum bekeluarga keluar bershopping bagi persiapan hari raya mereka dan anak-anak.

Erm...sedihnya tengok ...memandangkan saya bertugas di kawasan jajahan takluk Kuala Lumpur jadi terpaksalah bekerja seperti biasa dengan harapan petang ni takdelah jalan jam sesak tak tentu hala.  Semestinya setiap tahun begitulah keadaan apabila tibanya cuti publik holiday di bulan Ramadhan kerana pastinya ramai yang turun ke bandar terutamanya bandaraya Kuala Lumpur, bagi membuat persiapan menyambut kedatangan Aidilfitri.  Meriah!!

Lagu raya juga sudah mula berkumandang di corong-corong radio since hari minggu baru ni (jangan dikira yang berkeudara di pasaraya Giant tulah ye..itu memang advance setiap tahun sebelum puasa dah pasang dah)

Anda pula bagaimana?? Dah start membuat persiapan ke?   Selamat bercuti pada anda yang bercuti hari ni dan selamat bertugas pada mereka yang bertugas...

Laluilah hari-hari ini dengan terbaik dan ceria.....

Friday, August 03, 2012

Kad Raya Cik Rongoks

Assalammualaikum....

Gembira tak terkata sebab balik balik tadi dah dapat sampul surat, bila bukak tengok tengok dapat kad raya....

Terima kasih Cik Rongoks....akak gembira sangat sangat hari ni dapat kad raya yang ceria dan comel dari Cik Rongoks.

Terima kasih adik!! Semoga awak terus sukses dan maju dalam dunia blogging ye. Teruskan berhubungan dan Selamat Berpuasa dan beribadah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Khasiat Yang Tidak Terperi...

Assalammualaikum....

Google
Apabila tibanya bulan Ramadhan pastinya makanan paling utama ialah KURMA kerana sememangnya ianya tidak dapat dipisahkan lagi.  Kurma bukan sahaja sinonim ketika di bulan Ramadhan malahan ianya menjadi buah tangan yang wajib dibawa sebagai buah tangan bagi jemaah-jemaah Umrah dan Haji kita.

Dalam pada itu tahukah kita semua akan khasiat buah kurma ini terutama sekali pada ibu-ibu mengandung memang cukup tinggi dan berkhasiat.  Selain dari itu, kurma juga .......


  • Mempunyai kandungan tenaga yang tinggi serta dapat mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah ke paras yang normal
  • Bagi mereka yang menghidap kencing manis "Jangan Gusar" anda boleh mengambil kurma sebagai makanan pertama anda ketika berbuka puasa.
  • Sebiji kurma boleh memberikan kamu tenaga, serat, vitamin dan mineral serta amat baik bagi mereka yang berdiet
  • Mampu untuk mengatasi masalah sembelit dan gangguan usus
  • dapat mengelakkan penyakit bara, merawat buah pinggang serta melancarkan perjalanan darah dan mencuci hati.
  • Haha...amat sesuai bagi mereka yang menghidap penyakit insomnia, demam, selsema dan sakit kerongkong.
Semestinya anda dinasihatkan untuk berbuka puasa secara sihat agar dapat menjaga kesihatan dan tidak memudaratkan.

Cegah Insomnia

Assalammualaikum...



Tidur di bulan ramadhan ni sememangnya best dan seronok kan, tapi tahukah kita semua kalau kita terkurang tidur pun ada kemudaratannya...seperti terkena penyakit IMSOMNIA.

Insomnia adalah penyakit susah nak tidur, pesakit yang mengalami penyakit ini biasanya tidak akan tidur berhari-hari lamanya.


Bagi mengelakkan terjadinya perkara-perkara sedemikian pastinya ada pelbagai langkah yang perlu diambil antaranya:-


  • Lakukan senaman ringan di waktu pagi dan beberapa minit sebelum tidur.
  • Elakkan makan dan minum dengan banyak sebelum tidur.  Makan banyak perut pun akan sentiasa memulas dan meragam.
  • Tidur dalam keadaan yang selesa. 
  • Elakkan kamu minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan minuman bergas.
  • Makan makanan ringan yang mengandungi sedikit karbohidrat menjelang tidur dengan segelas susu.
  • Mandi dengan air suam 30 minit sebelum anda nak masuk tidur.
  • Berhenti menonton televisyen atau membaca buku sekurang-kurangnya sejam sebelum tidur
  • Gunakan tempat tidur hanya untuk tidur. Elakkan dari melakukan perkara lain seperti melayari internet dan sebagainya.
  • Pastikan waktu tidur kamu teratur setiap hari.
  • Tenangkan fikiran dan elak berfikir semasa tidur.
Insyaallah...kalau anda praktikkan pasti tidak kecundang dan efektif.  Tapi kalau dah alang-alang tak boleh tidur tu apa kata kita mengaji ke baca yassin ke dapat pahala jugak kan.

Thursday, August 02, 2012

Dapat Juga....


Assalammualaikum...

Bersiaran kembali semalam agak sibuk dengan tugas-tugas yang seperti biasa tak sudah-sudah di pejabat ni..so hari ni dengan cepat dan pantas saya mempost up kan entri pagi ni.

Semalam saya baru terima hadiah GA daripada Brooch Wholesaler.  Seronok sangat selama menjadi blogger ni...inilah pertama kali saya memenangi hadiah GA (seronok tak henggat) hihihi....takpelah tak kisah janji keseronokan dapat bersama-sama kawan-kawan blogger lain dan berkenal-kenalan dengan mereka menjadi sesuatu yang manis dalam diri saya.

Hadiah yang saya dapat semalam merupakan sebuah beg multipurpose bewarna pink foldable dan sesuai untuk dibawa kemana-mana aje pun (cer tengok gambo..)



"Model Cilik Saya"
(abaikan pemandangan dibelakang itu kerana rumah kami dalam proses kemas mengemas) 

Apa pun terima kasih daun keladi ada hari boleh saya join lagi.......

Selain itu semalam juga saya menerima sebuah parcel dari luar negara ...hampir terlupa akan kehadiran parcel tersebut kerana pembeliannya telah lama dibuat adalah hampir sebulan...semalam baru sampai.





Teruja tengok parcel tersebut yang sungguh cantik dalam packaging yang menarik..suka suka suka...terima kasih CHIBEBE


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...