Assalammualaikum semua...
Gugel |
Amboii!!! kalau baca tajuk entri memang cukup-cukup gah umpama macam ahli politik nak memberikan hujah dan ucapan pulak kan...tapi biasalah nak kasi gempak kena letak tajuk gah...
Kengkawan....
Baru-baru ini negara dikejutkan dengan insiden seorang blogger yang mengamuk dengan membawa pedang samurai di Jabatan Perdana Menteri dengan merosakkan harta benda dan kenderaan yang berada disekitarnya dan menggelarkan diri beliau sebagai "Imam Mahadi". Tapi saya bukan nak cerita lebih detail pasal "lelaki" ini cuma nak cerita serba sedikit serta saling ingat mengingati akan perkara-perkara yang perlu kita ambil tahu bagi mengelakkan perkara-perkara seperti jenayah dan amuk berlaku tanpa kita sedari.
Bukan sahaja insiden-insiden sebegini boleh terjadi tetapi dalam kita semua sedari kadar jenayah harian seperti kes ragut, rompak, rogol, bunuh kian berleluasa kini dan impak yang kita dapat rasakan umpama bila hendak keluar malam ke siang ke atau samaada pergi ke kedai atau ke surau/masjid atau ke mana sahaja pun sudah macam tidak selamat lagi rasanya.
Kehidupan di kota atau bandar-bandar di Malaysia saban hari kedengaran siren polis mahupun ambulan atau bomba berbunyi memenuhi ruang jalanraya.
Sebagai ibu bapa dan penjaga sebaiknya kurangkan aktiviti luaran dirumah sambil memantau anak-anak kecil dan remaja dan tidak terlalu taksub untuk mengapdet setiap kemana langkah yang dibawa di laman-laman sosial agar keselamatan kita sentiasa terjamin dan selamat.
Punca ketaksuban remaja dan diri kita sendiri yang menyebabkan kadar kejadian ini semakin hari semakin meningkat. Akibat dari kelalaian serta sikap tidak mengambil kisah kita serta gaya dan corak pemakaian seseorang itu juga boleh mengundang jenayah berlaku keatas diri mereka.
Laman-laman sosial yang dijadikan tempat untuk meluahkan rasa marah, geram, sakit hati dan suka gembira disalahgunakan hingga ada yang menyampaikan mesej yang sungguh bertentangan dengan akidah dan ketatasusilaan negara dan diri sendiri. Tetapi apakan daya penyekatan serta kawalan kurang diambil kira maka kejadian-kejadian jenayah berat mengundang dan berlaku pada mereka yang kurang pendekatan dan pemahaman.
Sama-samalah kita saling ingat mengigati agar diri kita sentiasa berada pada landasan yang betul agar tidak mengundang bencana dan padah pada diri sendiri.
Wallahuallam.....
"SHARING IS CARING"
3 comments:
jenayah ni tak kira masa dan tempat kan kak...
dalam rumah sendiri pun boleh berlaku... tu yang takut...
apa yg penting... kena lebih hati2..
dan doa kepada Allah supaya di lindungi dr segala musibah...
Rasa macam nak hidup bawah tempurung semula bila dengar berita2 yang menakutkan....
terkejut jgk tgk blogger 2 mengamuk..pelik betul macam xde kearasan akal fikiran.manusia zaman sekarang mudah sgt terpengaruh..
bahaya x kira kat mana.dalam umah sendiri pun boleh jadi.mmg kena sntias bhati2
Post a Comment