Assalammualaikum semua...
Dah lama rasanya tak bersiaran dan menjengah ke blog kesayangan ni. Maaflah kawan-kawan tiada entri yang menarik dan tertarik untuk dipaparkan.
Pagi ni saya nampak artikel dalam sebuah media massa mengatakan purata rakyat Malaysia yang meninggal dunia akibat kes 'bunuh diri' semakin hari semakin meningkat.
KENAPA IANYA BERLAKU??
Penyakit kemurungan serta pelbagai masalah peribadi menjadi aspek utama penyebab mengapa mereka mengambil jalan pendek akibat daripada buntu memikirkan permasalahan tersebut. Antara sebab lain mengapa mereka melakukan perkara yang diluar kemampuan tersebut juga adalah disebabkan putus cinta dan masalah kewangan.
Selain dari itu Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) juga telah merekodkan jumlah kematian akibat bunuh diri mencecah hampir sejuta orang setiap tahun. Statistik menunjukkan seramai 16 dari 100,000 penduduk atau seorang dalam 40 saat membunuh diri setiap hari.
Majoriti kes bunuh diri tergolong di dalam golongan usia di antara 24 dan 44 tahun. Kaum cina memegang carta tertinggi kes bunuh diri iaitu sebanyak 48% diikuti dengan kaum india 20%, Melayu 18% dan lain lain bangsa 14%.
Kajian yang dijalankan menyatakan punca bunuh diri ini terdiri daripada mereka yang mengalami masalah mental ekstrem seperti tekanan perasaan, gangguan personaliti, ketagihan alkohol dan skizofrenia.
Google |
Selain daripada itu, di Eropah dan Amerika Utara menunjukan bahawa kemerosotan kesihatan menjadi punca kepada bunuh diri seperti gangguan sistem saraf, kanser, jangkitan HIV dan beberapa penyakit kritikal yang lain.
Cara kematian bunuh diri pula yang pernah direkodkan adalah menggantungkan diri, memakan racun, memakan ubat terlebih dos (overdose), terjun (bangunan/ jambatan/ sungai), tembak diri, kemalangan yang disengajakan (berdiri di atas landasan), melemaskan diri (gas beracun/ asap), kejutan elektrik, mengelar pergelangan tangan dan lain-lain.
Kesabaran, ketaqwaan serta didikan agama yang sempurna perlu bagi mengawal dan sekaligus membanteras dari gejala-gejala keruntuhan akhlak dan kes-kes sebegini dari berlaku agar ianya tidak berulang dan sentiasa menjadi igauan kepada mereka /ahli keluarga yang pernah mengalami kejadian sumpama ini dari terjadi.
6 comments:
harap2 kita tak jadi macam tu kan..
la..ntah apa2 la..hope kita mc berfkiran waras kan :D
Klu ada pegangan agama yg kuat xde semua ini berlakukan....
mintak dijauhkan drpd buat benda camtu.
ISK3
kekurangan agama..
Post a Comment