Monday, August 27, 2007

HAPPY 5TH BIRTHDAY AFIQ

Wednesday, 15th August 2007 @ 9.00p.m.

Lilypie 5th Birthday Ticker
My Lovely and Cute Hero Muhammad Afiq Haikal has now turn to 5th years old. Happy Birthday !!!

The Day When My Two Boys become an Adults

Thursday, 16th August 2007 @ 5.15p.m.

It's the day when my two boys become an adults as both is having their 'bersunat' day on that day. Sedih dan terharu pun ada.... umpama macam nak mengahwinkan anak... Tak sangka my two babies akan menghadapi hari yang bersejarah iaitu Hari Bersunat mereka. Firt patient is my youngest baby i.e. Afiq, He was so happy before masuk bilik rawatan, maybe dia tak expect yang bersunat tu macam mana agaknya, Nasib baik jugak if not satu kerja pulak kitaorang nak kena pujuk dia dulu. Meanwhile, Amirul the 'Abang' is still waiting outside wondering 'kenapa adik dia lambat sangat kat dalam bilik tu' . After a while about 20 mins adik pun keluar with 'kain pelekat' time tu abang daripada happy nampak adik…terus dia 'stunt'terkejut sebab tengok adik punya muka merah and nak menangis. Time tu…. Dia step back and refuse to go in the room (aahhh..sudah…) macam mana pulak ni…tapi kitaorang (me & hubby) terpaksa consult him in away darah gemuruh dia boleh berhenti and lembut hati untuk pergi bersunat. At that time my hubby terus tarik dia and masuk ke bilik rawatan. Alhamdullillah........... my hubby said time buat tu tak sakit due to doctor bagi diaorang bius. First day of bersunat, I guess amat menyiksakan pada anak-anaku sebab diorang terpaksa berpantang seperti orang bersalin…..hehehehehe..kesian makan dan minum kena pantau…. For adik 3rd day tu dia dah boleh melompat walaupun tak berapa baik jahitan tu but he refuse to pakai kain pelekat…maybe dia serabut kot sebab tengok kain tu bergantung kat tengah rumah. Kalau aku pun risau + rimas + letih bila tengok kain tu kena ikat je dengan tali…so in return jahitan dia luka dia kurang baik…berdarah balik. But it's good for abang, he really take this opportunity to relax and time ni lah nak mengarah orang sana-sini ambilkan itu dan ini.. termasuk adik yang kena sunat pun kena kerah jugak buat kerja untuk dia. Hihiihihii….Jahitan dan luka abang bertambah baik. We have to go for a check up (dressing) on Sunday, 19th Aug 07 @ 6.00p.m. Adik is again being the first person yang pergi untuk buat dressing, memula tu dengar jugak dia menjerit sakit….due to luka dia tak baik lagi….best part pulak me bring abang sekali dalam bilik rawatan tu…aduss…dia sudah tengok adik dia menangis buka benang, right after that dia buat haru biru…tak mahu cuci and buka benang…….adusssss….tapi nak tak nak, both of us angkat dia..sambil dia jerit2 say no to doctor…hehehe…sambil tu kitaorang consult dia…bisinglah..satu clinic hari tu…ramai pulak patient kat luar time tu…semua gelak bila time kitaorang keluar bilik. tapi apa-apapun ALHAMDULLILAH..everything is ok. My two boys now dah jadi orang besar dah.

But for those parents out there kalau nak tahu some information on bersunat....kindly scroll down.

Bersunat atau khatan atau khitanan pada masa sekarang kurang dijalankan dengan mengadakan kenduri kendara secara besar-besaran seperti pada zaman dahulu. Walaubagaimanapun masih ada juga yang mengerjakannya dengan berkenduri kendara yang tidak kurang hebatnya. Apabila umur anak si ibu bapa Melayu telah masuk lebih kurang sepuluh atau dua belas tahun maka ibu bapa anak tersebut akan menetapkan hari untuk mereka mengadakan kenduri kendara menyunat anaknya itu. Lalu diberitahu atau dijemput dengan mulut atau dengan surat beberapa saudara-mara, sahabat-handai dan jiran-jiran sekampung. Sekiranya ingin mengadakan kenduri yang lebih besar maka dipanggillah ahli-ahli jemputan dengan lebih ramai lagi.

Bila sampai harinya, pada sebelah petang atau malamnya mulalah anak lelaki yang hendak disunat itu dimandikan, diandam dan dipakaikan dengan pakaian yang cantik seperti pakaian pengantin. Kemudian, anak lelaki yang ingin disunat itu dibawa duduk di atas kerusi dan ada juga yang membuat pelamin khas untuk budak itu duduk. Bahkan, ada juga yang suka mengarak budak itu seperti mengarak pengantin sebelum dia didudukkan di atas pelamin. Sesetengahnya pula jika budak yang hendak disunat itu telah khatam membaca Al-Quran maka disertakan pula adat menyunat itu dengan adat berkhatam Al-Quran, iaitu budak itu duduk bersila di atas tikar di belakang pelamin itu berhadapan dengan tetamu kehormat yang hadir dan membaca surah-surah penghabisan di dalam Al-Quran itu dengan suara yang kuat dan berlagu (jika dia telah dilatih mengaji dengan berlagu). Setelah selesai mengaji budak itu dipelawa duduk di atas pelamin dan bunga-bunga telur yang telah diperbuat khas dibahagikan kepada tetamu kehormat yang hadir seorang satu tangkai. Bagi guru yang mengajar budak itu, lazimnya si ibu bapa kepada anak yang ingin disunat itu akan menghadiahkan lengkap satu persalin pakaian. Pada akhir majlis itu budak itu disuruh mencium tangan dan bersalaman dengan tetamu-tetamu kehormat tersebut. Kemudiannya, jamuan pun diedarkan kepada sekalian yang hadir. Sesudah itu, majlis petang atau malam itu pun tamat. Pada pagi keesokan harinya, sebelum tok mudim (gelaran tukang sunat) tiba, beberapa benda untuk kegunaan tok mudim menyunat perlu disediakan seperti di bawah ini :-

• kain putih, panjang lima hasta.

• seekor ayam jantan.

• sebiji buyong air.

• sebatang pokok pisang.

• sirih pinang selengkapnya di dalam piring atau tepak.

• duit sebanyak RM3 atau lebih, bergantung seberapa banyak ibu bapa budak itu hendak sedekah kapada tok mudim itu.

Pada pagi itu, budak yang ingin disunat akan disuruh mandi sepuas-puasnya dan setelah itu air di dalam buyong yang telah dijampi oleh tok mudim akan dicedok dan disiram ke atas budak itu sambil budak itu berdiri di atas tangga. Kemudian budak itu disuruh duduk berkangkang di atas batang pisang, dan tok mudim itu pun dengan pantas menyunatkannya. Sehabis sahaja dicantasnya maka dengan cepat tok mudim itu mengambil ayam jantan dan diacukannya kepala ayam jantan itu kepada kemaluan budak itu. Jika tengkok ayam itu kelihatan kembang ketika diacu-acukan, menandakan kononnya budak itu garang dan akan berbini banyak.

Kain putih, ayam jantan, tepak dengan isinya, buyong dan duit sedekah itu semuanya terpulang kepada tok mudim itu untuk mengambilnya. Tok Mudim itu akan datang melihat keadaan budak yang disunatnya itu selama tiga hari berturut-turut, setelah itu selesailah kerjanya.

Namun begitu, kebanyakan masyarakat Melayu sekarang lebih gemar menghantar anak lelaki mereka bersunat di hospital atau di klinik yang diyakini jauh lebih mudah, cepat sembuh dan selamat oleh doktor yang berkemahiran.

Thursday, August 23, 2007

Renungan Sempena 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia


TATKALA kita dilaungkan yang Malaysia kini sudah 50 tahun mencapai kemerdekaan, kita seolah-olah lupa yang negara sebenarnya dijajah selama 446 tahun.

Nyata usia kemerdekaan negara masih terlalu `muda'
berbanding tempoh tanah watan kita dijajah.

Antara penjajah pertama yang menduduki bumi bertuah milik kita ialah Portugis apabila mereka menjajah Melaka pada 1511 dan mendudukinya selama 130 tahun.

Bermula daripada Portugis, tanah air kita dijajah pula oleh Belanda, British dan Jepun sebelum ia diserah kembali untuk ditadbir anak watan sebagai sebuah negara merdeka pada 31 Ogos 1957.

Sejarah panjang penjajahan negara ini bermula dengan berlabuhnya angkatan laut Portugis yang digelar `Benggali Putih' di Melaka pada 1509. Diketuai Lopez de Sequeira, angkatan laut Portugis dihantar Raja Portugal kononnya untuk menjalinkan hubungan persahabatan antara Kerajaan Portugal dan Kerajaan Melaka.

Bagaimanapun, terdapat niat lain di sebalik jalinan hubungan ditawarkan Portugis. Berbekalkan slogan `Gospel, Gold and Glory' (Injil, Emas dan
Kemasyhuran) , mereka mula belayar ke Timur seawal abad ke-15.

Kedatangan Portugis ke Timur dikaitkan dengan keinginan mereka meneruskan Perang Salib; mereka ingin menghancurkan Kerajaan Islam di Timur termasuklah Kerajaan Melaka yang terkenal sebagai Pusat Pengembangan Islam di Nusantara seterusnya menyebarkan ajaran Kristian.

Selain itu, pelayaran mereka ke Timur juga bertujuan mengaut kekayaan menerusi perdagangan rempah seperti lada hitam, kayu manis, bunga cengkih dan buah pala.

Sebelum itu, perdagangan rempah dimonopoli pedagang Islam yang mendapatkan bekalan di Melaka sebelum menjual pada harga tinggi di Eropah. Portugis berpendapat jika mereka berjaya menguasai Selat Melaka, mereka akan berjaya mengambil alih kekayaan itu daripada pedagang Islam.

Berikutan itu, dengan bermanis muka, Lopez de Sequeira masuk menghadap Sultan Melaka ketika itu, Sultan Mahmud Shah dan bagai menanam tebu di tepi bibir, lelaki Portugis terbabit mula menaburkan janji manis mengenai kebaikan jalinan hubungan antara kedua-dua kerajaan.

Tanpa menyedari niat serong di sebalik kata-kata Lopez de Sequeira, Sultan Mahmud Shah menyambut baik hasrat Portugis malah membenarkan mereka berniaga di Melaka.
Baginda juga memberi jaminan keselamatan sepanjang Portugis berniaga di situ.

Bagaimanapun, hasrat Portugis untuk menguasai perdagangan dan menentang Islam diketahui pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat lalu mereka segera memaklumkan muslihat bangsa asing itu kepada Bendahara Tun Mutahir.

Bendahara Tun Mutahir pantas menyampaikan berita itu kepada Sultan dan menasihati baginda supaya menangkap orang Portugis termasuk pegawai kanan mereka, Ruy de Araujo.

Lopez de Sequeira yang ketakutan kerana menyedari tembelang mereka sudah pecah, bertindak melarikan diri ke pangkalan mereka di Goa, India sekali gus meninggalkan beberapa anak kapalnya ditangkap dan dibunuh tentera Melaka.

Tindak balas Melaka itu segera disampaikan kepada Raja Portugal dan pada 1510, satu angkatan laut diketuai Alfonso de Albuquerque dihantar untuk menyerang Kerajaan Melayu itu.

Sebaik tiba, Alfonso de Albuquerque menghantar utusan menuntut askar Portugis yang ditawan segera dibebaskan dan Melaka perlu membayar ganti rugi kepada mereka.
Wizurai Portugis itu juga meminta untuk mendirikan kubu di Melaka tetapi semua tuntutan itu ditolak dengan beraninya oleh Sultan Mahmud Shah.

Melihat tuntutannya tidak dilayan, ledakan meriam daripada kapal perang Portugis dilepaskan pada 25 Julai 1511 seterusnya bermulalah serangan pertama Portugis terhadap Melaka.

Soldadu perang Portugis segera mendarat di pantai Melaka dan peperangan hebat terus berlaku. Suatu ketika, askar Portugis berjaya menguasai jambatan Sungai Melaka tetapi pahlawan tempatan segera bangkit menentang.

Serangan balas diketuai Sultan Ahmad Shah menyebabkan angkatan Portugis terpaksa berundur.

Portugis kembali menyusun strategi dan melancarkan serangan kedua pada 10 Ogos 1511. Pertempuran hebat meletus lagi di bumi Melaka dan selepas dua minggu bertempur, akhirnya Alfonso de Albuquerque berjaya menawan dan menjajah Melaka.

Sultan Ahmad Shah dan ayahandanya, Sultan Mahmud Shah; pembesar, kerabat diraja serta beberapa rakyat terpaksa berundur ke Muar. Dari Muar, mereka berundur ke Pahang seterusnya Bentan.

Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mendirikan kerajaan baru selepas kemangkatan anakandanya, Sultan Ahmad Shah.
Selepas penawanan Melaka, Sultan Mahmud Shah beberapa kali cuba merampas kembali negaranya daripada Portugis tetapi gagal.

Seterusnya pada 1511 kekal dalam ingatan kebanyakan kita - ia adalah tahun di mana Melaka yang menjadi simbol kegemilangan Kerajaan Melayu di Tanah Melayu atau mungkin mewakili tanah air kita, buat pertama kalinya dijajah bangsa asing.


Kelemahan pemerintahan Melaka punca dijajah PENJAJAHAN Melaka oleh Portugis pada 1511 turut berpunca daripada beberapa kelemahan negara itu sendiri.

Melaka yang dibuka pada 1400 oleh Parameswara atau Sultan Iskandar Shah mencapai kemuncak kegemilangannya sebagai sebuah kerajaan dan pusat perdagangan di zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah iaitu dari 1458 hingga 1477.

Bagaimanapun, selepas kemangkatan Sultan Mansor Shah, zaman kegemilangan Melaka semakin menurun. Sultan Alauddin Riayat Shah yang menggantikan baginda, mati diracun pada 1488 seterusnya diganti Sultan Mahmud Shah.

Di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah, beberapa masalah dalaman timbul dalam Kerajaan Melaka antaranya kelemahan pentadbiran, masalah perpaduan, kelemahan ketenteraan sehingga akhirnya, kedatangan dan serangan Portugis menyebabkan Melaka akhirnya dijajah.

Kelemahan dalam pentadbiran kerajaan berlaku apabila Bendahara Tun Perak meninggal dunia pada 1498 dan jawatannya diganti Bendahara Tun Mutahir yang bersikap pilih kasih sehingga mencetuskan iri hati di kalangan pembesar lain.

Sikap pilih kasih itu juga menyebabkan Tun Mutahir difitnah yang beliau cuba mengatasi kekayaan Sultan menyebabkan Sultan Mahmud Shah amat murka. Tanpa usul periksa, baginda menjatuhkan hukuman bunuh kepada Tun Mutahir dan keluarganya.

Selepas kematian Tun Mutahir, barulah Sultan Mahmud Shah menyedari kesilapannya. Dalam kekesalahn, baginda menyerahkan tampuk kepimpinan kepada anakandanya, Sultan Ahmad Shah tetapi pengganti baginda adalah seorang pemerintah yang tidak cekap dan lemah.

Pengganti Bendahara Tun Mutahir iaitu Tun Pepatih Putih adalah seorang yang uzur menyebabkan kewibawaan pentadbiran Melaka menjadi semakin lemah. Masalah dalaman semakin menjadi-jadi dengan amalan rasuah dan fitnah berleluasa.

Cukai kepada pedagang pula semakin tinggi menyebabkan pedagang mula beralih untuk berniaga di pelabuhan lain yang mengenakan cukai lebih rendah seperti Acheh, Bantam, Patani dan Brunei.

Masalah perpaduan di kalangan penduduk Melaka timbul apabila Tun Mutahir dilantik sebagai bendahara menggantikan Tun Perak. Pelantikan Tun Mutahir menimbulkan persaingan antara Orang Melayu dengan India-Muslim dan kemuncak masalah adalah pembunuhan Tun Mutahir akibat fitnah.

Kesan masalah itu turut merebak kepada rakyat jelata di mana masyarakat Melaka semakin berpecah-belah dan tidak bersatu padu. Keadaan itu turut menjejaskan perdagangan di Melaka.

Kelemahan askar Melaka yang hanya menggunakan senjata tradisional seperti keris, panah, sumpit beracun, perisai dan tombak turut menjadi punca kekalahan dan penjajahan Melaka oleh Portugis.

Walaupun ada antara tentera Melaka menggunakan senapang dan meriam, senjata api milik Portugis ternyata lebih hebat malah meriam mereka mampu menembak ke sasaran yang lebih jauh.

Struktur dan strategi ketenteraan Portugis juga nyata lebih lengkap dan terlatih berbanding tentera Melaka.
Portugis mendapat sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa semasa melancarkan peperangan sebaliknya askar upahan Melaka dari Jawa bertindak melarikan diri semasa serangan Portugis.

Semua kelemahan itu menyebabkan Melaka akhirnya berjaya dijajah Portugis dan seharusnya ia menjadi iktibar kepada kita pada hari ini, semoga sempena kemerdekaan negara yang ke-50, sejarah hitam penjajahan itu tidak akan berulang.

FAKTA:
Pemerintahan Portugis

1511: Alfonso de Albuquerque tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaan membina kubu Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak Sultan. Selepas 10 hari mengepung, Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan membina A Famosa dalam tempoh enam bulan. Dengan tewasnya Sultan Mahmud Shah, Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.

1513: Patih Unus dari Jawa, seorang pahlawan Jawa yang menjadi Sultan Demak di Sumatera menyerang Kerajaan Portugis di Melaka.

1518-1519: Sultan Mahmud Shah mengerah rakyatnya membina tembok tinggi mengelilingi Melaka dalam masa tiga bulan dalam usaha menawan kembali negara itu.

1521: Gereja St Paul dibina Kapten Portugis, Duarte Coelho dan dinamakan `Our Lady of The Hill', tetapi kemudian ditukar Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan dinamakan Gereja St Paul.

1523: Sultan Mahmud gagal sekali lagi dalam penawanan Melaka.

1525: Laksamana Hang Nadim mengepung Kota A Famosa.
Portugis membuat catuan makanan dari Goa.

1526: Seangkatan kapal besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud Shah.
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatera.

1528: Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar, Sumatera.

1537: Acheh menyerang Portugis di Melaka pada kali pertama.

1545: Buat pertama kalinya, Fr Francis Xavier tiba di Melaka. Pada keseluruhannya, beliau membuat lima lawatan ke Melaka kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.

1548: Kolej St Paul, sekolah pertama di Melaka, dibina St Francis Xavier untuk orang Katolik Portugis dan orang tempatan yang murtad memeluk Kristian.

1551: Gabungan Johor, Japara dan Perak menawan Melaka dan mengepungnya selama tiga bulan.

1568: Johor membantu Portugis Melaka mematahkan serangan Acheh. Acheh mengawal Selat Melaka selama 60 tahun.

1582: Portugis membantu Johor daripada serangan Acheh dan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah menjadi Sultan Johor pertama yang melawat Melaka.

1587: Johor menyerang Portugis secara besar-besaran melalui serangan darat dan laut tetapi gagal.

1597: Belanda membuat serangan pertama ke atas Kota Portugis Melaka.

1606: Belanda di bawah Laksamana Matelieff de Jonge bekerjasama dengan Sultan Johor untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa.

1615-1616: Acheh menyerang Melaka.

1628-1629: Acheh memerintah Melaka selama lapan bulan sebelum Portugis kembali mengambil Melaka.

1636: Kapal Belanda memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan.

1641: Belanda menewaskan Portugis pada 14 Januari dan menakluk Melaka dengan bantuan Sultan Johor


“Sesungguhnya, segala kejayaan yang dicapai Hari ini ditunjangi oleh usaha Dan pengorbanan pejuang-pejuang Kita yang terdahulu”.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE – 50

Wednesday, August 15, 2007

Notes on a Scandal (2006)




Studio/Distributor
Fox Searchlight Pictures

Director
Richard Eyre


Screenwriter(s)

Patrick Marber

Cast
Judi Dench, Cate Blanchett, Bill Nighy, Andrew Simpson, Phil Davis, Michael Maloney, Juno Temple, Max Lewis

Release Date: December 25, 2006

Synopsis:

Barbara Covett is a veteran and cynical schoolteacher who is close to retirement. She is barely tolerated by her less brilliant and acerbic colleagues who know nothing about her private life which consists mainly of taking care of Portia, her aging cat, and spending countless hours alone. The only means she has found to take the edge off her desperate loneliness is writing in her journal. When Sheba Hart, a younger, attractive woman, joins the faculty as an art teacher, Barbara watches her from afar and has nothing but caustic things to say in her diary about her clothing and her care-free manner. Despite her disdain for this woman, Barbara finds herself reaching out to her. Sheba responds by inviting her to dinner at her house to meet Sheba's lecturer husband, who is twenty years her senior, and their two children, a sexy and rebellious 16-year-old daughter and a younger boy with Downs Syndrome. Instead of opening herself to these people, Barbara immediately sees them as competition to be beaten in the battle for Sheba's attention. Later, when Barbara discovers her new friend in a classroom having sex with Steven, a 15-year-old from the school who has artistic talent; she realizes that knowledge of this secret gives her power over Sheba which she can use for her own purposes. Barbara promises to not tell anyone but insists that the affair must end immediately. Sheba says she will but finds herself drawn back to the boy again and again. Sheba seems uneasy with Barbara's friendship and is appalled when she discovers the older woman might have a sexual interest in her. The tenuous relationship between the two women reaches a crisis point when Barbara's cat is dying and she asks Sheba to go with her to the vet. She chooses to go with her family to see their son in a play instead. In revenge, Barbara sets in motion the scandal that will rock both their lives in ways they never imagined. Written by alfiehitchie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...