Thursday, 16th August 2007 @ 5.15p.m.
It's the day when my two boys become an adults as both is having their 'bersunat' day on that day. Sedih dan terharu pun ada.... umpama macam nak mengahwinkan anak... Tak sangka my two babies akan menghadapi hari yang bersejarah iaitu Hari Bersunat mereka. Firt patient is my youngest baby i.e. Afiq, He was so happy before masuk bilik rawatan, maybe dia tak expect yang bersunat tu macam mana agaknya, Nasib baik jugak if not satu kerja pulak kitaorang nak kena pujuk dia dulu. Meanwhile, Amirul the 'Abang' is still waiting outside wondering 'kenapa adik dia lambat sangat kat dalam bilik tu' . After a while about 20 mins adik pun keluar with 'kain pelekat' time tu abang daripada happy nampak adik…terus dia 'stunt'terkejut sebab tengok adik punya muka merah and nak menangis. Time tu…. Dia step back and refuse to go in the room (aahhh..sudah…) macam mana pulak ni…tapi kitaorang (me & hubby) terpaksa consult him in away darah gemuruh dia boleh berhenti and lembut hati untuk pergi bersunat. At that time my hubby terus tarik dia and masuk ke bilik rawatan. Alhamdullillah........... my hubby said time buat tu tak sakit due to doctor bagi diaorang bius. First day of bersunat, I guess amat menyiksakan pada anak-anaku sebab diorang terpaksa berpantang seperti orang bersalin…..hehehehehe..kesian makan dan minum kena pantau…. For adik 3rd day tu dia dah boleh melompat walaupun tak berapa baik jahitan tu but he refuse to pakai kain pelekat…maybe dia serabut kot sebab tengok kain tu bergantung kat tengah rumah. Kalau aku pun risau + rimas + letih bila tengok kain tu kena ikat je dengan tali…so in return jahitan dia luka dia kurang baik…berdarah balik. But it's good for abang, he really take this opportunity to relax and time ni lah nak mengarah orang sana-sini ambilkan itu dan ini.. termasuk adik yang kena sunat pun kena kerah jugak buat kerja untuk dia. Hihiihihii….Jahitan dan luka abang bertambah baik. We have to go for a check up (dressing) on Sunday, 19th Aug 07 @ 6.00p.m. Adik is again being the first person yang pergi untuk buat dressing, memula tu dengar jugak dia menjerit sakit….due to luka dia tak baik lagi….best part pulak me bring abang sekali dalam bilik rawatan tu…aduss…dia sudah tengok adik dia menangis buka benang, right after that dia buat haru biru…tak mahu cuci and buka benang…….adusssss….tapi nak tak nak, both of us angkat dia..sambil dia jerit2 say no to doctor…hehehe…sambil tu kitaorang consult dia…bisinglah..satu clinic hari tu…ramai pulak patient kat luar time tu…semua gelak bila time kitaorang keluar bilik. tapi apa-apapun ALHAMDULLILAH..everything is ok. My two boys now dah jadi orang besar dah.
But for those parents out there kalau nak tahu some information on bersunat....kindly scroll down.
Bersunat atau khatan atau khitanan pada masa sekarang kurang dijalankan dengan mengadakan kenduri kendara secara besar-besaran seperti pada zaman dahulu. Walaubagaimanapun masih ada juga yang mengerjakannya dengan berkenduri kendara yang tidak kurang hebatnya. Apabila umur anak si ibu bapa Melayu telah masuk lebih kurang sepuluh atau dua belas tahun maka ibu bapa anak tersebut akan menetapkan hari untuk mereka mengadakan kenduri kendara menyunat anaknya itu. Lalu diberitahu atau dijemput dengan mulut atau dengan surat beberapa saudara-mara, sahabat-handai dan jiran-jiran sekampung. Sekiranya ingin mengadakan kenduri yang lebih besar maka dipanggillah ahli-ahli jemputan dengan lebih ramai lagi.
Bila sampai harinya, pada sebelah petang atau malamnya mulalah anak lelaki yang hendak disunat itu dimandikan, diandam dan dipakaikan dengan pakaian yang cantik seperti pakaian pengantin. Kemudian, anak lelaki yang ingin disunat itu dibawa duduk di atas kerusi dan ada juga yang membuat pelamin khas untuk budak itu duduk. Bahkan, ada juga yang suka mengarak budak itu seperti mengarak pengantin sebelum dia didudukkan di atas pelamin. Sesetengahnya pula jika budak yang hendak disunat itu telah khatam membaca Al-Quran maka disertakan pula adat menyunat itu dengan adat berkhatam Al-Quran, iaitu budak itu duduk bersila di atas tikar di belakang pelamin itu berhadapan dengan tetamu kehormat yang hadir dan membaca surah-surah penghabisan di dalam Al-Quran itu dengan suara yang kuat dan berlagu (jika dia telah dilatih mengaji dengan berlagu). Setelah selesai mengaji budak itu dipelawa duduk di atas pelamin dan bunga-bunga telur yang telah diperbuat khas dibahagikan kepada tetamu kehormat yang hadir seorang satu tangkai. Bagi guru yang mengajar budak itu, lazimnya si ibu bapa kepada anak yang ingin disunat itu akan menghadiahkan lengkap satu persalin pakaian. Pada akhir majlis itu budak itu disuruh mencium tangan dan bersalaman dengan tetamu-tetamu kehormat tersebut. Kemudiannya, jamuan pun diedarkan kepada sekalian yang hadir. Sesudah itu, majlis petang atau malam itu pun tamat. Pada pagi keesokan harinya, sebelum tok mudim (gelaran tukang sunat) tiba, beberapa benda untuk kegunaan tok mudim menyunat perlu disediakan seperti di bawah ini :-
• kain putih, panjang lima hasta.
• seekor ayam jantan.
• sebiji buyong air.
• sebatang pokok pisang.
• sirih pinang selengkapnya di dalam piring atau tepak.
• duit sebanyak RM3 atau lebih, bergantung seberapa banyak ibu bapa budak itu hendak sedekah kapada tok mudim itu.
Pada pagi itu, budak yang ingin disunat akan disuruh mandi sepuas-puasnya dan setelah itu air di dalam buyong yang telah dijampi oleh tok mudim akan dicedok dan disiram ke atas budak itu sambil budak itu berdiri di atas tangga. Kemudian budak itu disuruh duduk berkangkang di atas batang pisang, dan tok mudim itu pun dengan pantas menyunatkannya. Sehabis sahaja dicantasnya maka dengan cepat tok mudim itu mengambil ayam jantan dan diacukannya kepala ayam jantan itu kepada kemaluan budak itu. Jika tengkok ayam itu kelihatan kembang ketika diacu-acukan, menandakan kononnya budak itu garang dan akan berbini banyak.
Kain putih, ayam jantan, tepak dengan isinya, buyong dan duit sedekah itu semuanya terpulang kepada tok mudim itu untuk mengambilnya. Tok Mudim itu akan datang melihat keadaan budak yang disunatnya itu selama tiga hari berturut-turut, setelah itu selesailah kerjanya.
Namun begitu, kebanyakan masyarakat Melayu sekarang lebih gemar menghantar anak lelaki mereka bersunat di hospital atau di klinik yang diyakini jauh lebih mudah, cepat sembuh dan selamat oleh doktor yang berkemahiran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment