Jangan terlalu memaksa anak kita berjaya. Kanak-kanak sekolah hari ini pada umumnya tidak begitu gembira. Menjadi pelajar bukanlah sesuatu yang menggembirakan dan kanak-kanak hari ini tidak mempunyai peluang untuk menikmati kehidupan sepenuhnya. Kebanyakan daripada mereka dinafikan alam kanak-kanak mereka.
Ramai daripada mereka sebenarnya melakukan `kerja' dalam tempoh masa yang lebih lama berbanding orang dewasa. Satu perkara biasa bagi mereka untuk bersedia ke sekolah pada pukul 5.30 pagi dan tiba di rumah pada pukul 2 petang.
Kemudian mereka menghadiri tuisyen, aktiviti ko-kurikulum, seni, muzik, sempoa, ballet, berenang dan kelas lain untuk menjadikan mereka lebih pintar. Ada yang mengakhiri hari mereka selepas tengah malam, setelah bergelut Untuk menyelesaikan kerja rumah mereka.
Selama lima jam di sekolah, mereka dikehendaki menumpukan sepenuh perhatian
- duduk diam dan mendengar. Sesetengahnya takut untuk meminta kebenaran untuk ke bilik air atau dibenarkan untuk ke bilik air pada waktu tertentu saja.
Apabila kita merenung mata anak-anak hari ini, kita melihat semakin kurang bercahaya. Mereka kelihatan kurang berminat dan kurang bersemangat dalam apa yang diajar. Tiada lagi keseronokan atau dahagakan pengetahuan yang ditunjukkan dalam kerja sekolah mereka.
Malah lebih buruk, tekanan sekolah dan peperiksaan yang terpaksa dilalui menyebabkan ramai daripada mereka tidak mampu untuk menghadapinya. Ini disuarakan dalam bentuk ketakutan, kesakitan, keganasan dan akhirnya membunuh diri.
Ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem pendidikan kita, tuntutan ibu bapa dan masyarakat jika mereka menekan anak-anak kita sehingga membawa kepada kematian yang menyedihkan.
Sesuatu perlu dilakukan untuk mengurangkan tekanan yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak kita. Walaupun tidak terdapat angka rasmi mengenai pelajar yang membunuh diri di negara ini, petunjuk daripada negara jiran kita di selatan, Singapura amat mengejutkan.
Dalam satu kajian di sana, satu daripada tiga kanak-kanak menganggap hidup ini tidak bermakna. Kanak-kanak dan remaja merupakan 10 peratus daripada mereka cuba untuk membunuh diri. Pada tahun 2000, terdapat 21 remaja yang membunuh diri.
Pada tahun 2001, terdapat 28 orang yang membunuh diri. Ibu bapa tidak seharusnya mengambil kira keputusan peperiksaan sebagai criteria utama untuk menilai prestasi kanak-kanak dalam pendidikan.
Dari hari pertama di sekolah, kebanyakan ibu bapa menuntut anak-anak mereka supaya mendapat keputusan yang terbaik untuk ke sekolah terbaik dan universiti. Kanak-kanak dibentuk untuk mengambil peperiksaan dan alam kanak-kanak menjadi neraka peperiksaan.
Pendidikan sebenar kanak-kanak dibelakangkan. Mengembangkan keperibadian, kemahiran sosial dan emosi; membina komunikasi dan kemahiran kognitif dan paling penting mencipta nilai dan watak yang baik menjadi tidak penting.
Minoriti kecil yang mendapat gred yang elok dalam sistem pendidikan kita secara teorinya adalah pemenang. Yang lain dianggap kalah dan dianggap lemah atau gagal.
Kami berharap ibu bapa di Malaysia akan mengambil iktibar daripada permulaan musim persekolahan ini untuk memikirkan ke arah mana anak-anak kita akan dibentuk dan sensitif kepada perasaan mereka, tekanan dan menanganinya. Alam persekolahan tidak seharusnya menjadi seksaan kepada anak-anak kita.
- S.M. MOHAMED IDRIS, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
sekadar renungan pada ibubapa....bagaimana nak elakkan anak kita drpd jadi mangsa?
40 KESILAPAN IBU BAPA
********************
1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment