By
Dr. Mahathir Mohamad
on March 13, 2009 6:48 PM
1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.
4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.
5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.
6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.
7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.
8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.
9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;
• Oxygenation
• Oxidation
• Oxide
• Oxidants
• Deoxydation
• Oxidise
• Oxidification
• Dioxide
• Monoxide
• Peroxide
10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.
11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.
12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.
13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.
14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?
15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.
16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.
17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?
18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.
19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?
20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?
21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.
22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.
23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.
24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.
25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.
26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.
Tuesday, March 17, 2009
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)
Friday, March 06, 2009
WORKING DEAD aka Makan Gaji Buta
"Working dead" adalah istilah untuk orang-orang yang sepertinya bekerja tetapi sebenarnya tidak menghasilkan sesuatu yang berguna (bagi perusahaan dan dirinya sendiri). Saya lebih suka dengan istilah versi Indonesia iaitu “makan gaji buta”. Saya memiliki 10 istilah lain yang ertinya lebih kurang sama dengan istilah ini.
* Alternatif 1: Saya digaji untuk jalan-jalan
* Alternatif 2: Saya digaji untuk chatting
* Alternatif 3: Saya digaji untuk bergayut dia telefon
* Alternatif 4: Saya digaji untuk memblog
* Alternatif 5: Saya digaji untuk melayari internet
* Alternatif 6: Saya digaji untuk datang ke pejabat
* Alternatif 7: Saya digaji untuk belajar
* Alternatif 8: Saya digaji untuk mengumpat
* Alternatif 9: Saya digaji untuk melaga-lagakan rakan sepejabat
* Alternatif 10: Saya digaji untuk mengharu-birukan pejabat
Kesemua istilah diatas jika dirangkum mempunyai suatu maksud yang sama.Begitu juga dengan istilah yang berikutnya :-
* Alternatif 11 : dibayar buat isi komen di blog
* Alternatif 12 : dibayar buat duduk-duduk sahaja
* Alternatif 13 : dibayar buat untuk melihat kemarahan majikan
* Alternatif 14 : dibayar untuk menggunakan kemudahan dipejabat
Tetapi hakikat yang sebenarnya di pejabat saya ada seorang yang bekerja dengan istilah "makan gaji buta". Macam manalah hidup dan mendapat pendapatan dengan hanya datang bekerja seperti duduk, bermain game, melayari internet, bergossip sedangkan rakan-rakan sepejabat yang lain berhempas pulas bekerja dari pukul 9.00a.m-6.00p.m. ataupun mencari kerja lebih masa (overtime) bagi menampung kehidupan seharian untuk mencari sesuap nasi yang 'HALAL'dan berkat.
Semoga ALLAH sentiasa memberkati setiap apa pemberianNYA.....
* Alternatif 1: Saya digaji untuk jalan-jalan
* Alternatif 2: Saya digaji untuk chatting
* Alternatif 3: Saya digaji untuk bergayut dia telefon
* Alternatif 4: Saya digaji untuk memblog
* Alternatif 5: Saya digaji untuk melayari internet
* Alternatif 6: Saya digaji untuk datang ke pejabat
* Alternatif 7: Saya digaji untuk belajar
* Alternatif 8: Saya digaji untuk mengumpat
* Alternatif 9: Saya digaji untuk melaga-lagakan rakan sepejabat
* Alternatif 10: Saya digaji untuk mengharu-birukan pejabat
Kesemua istilah diatas jika dirangkum mempunyai suatu maksud yang sama.Begitu juga dengan istilah yang berikutnya :-
* Alternatif 11 : dibayar buat isi komen di blog
* Alternatif 12 : dibayar buat duduk-duduk sahaja
* Alternatif 13 : dibayar buat untuk melihat kemarahan majikan
* Alternatif 14 : dibayar untuk menggunakan kemudahan dipejabat
Tetapi hakikat yang sebenarnya di pejabat saya ada seorang yang bekerja dengan istilah "makan gaji buta". Macam manalah hidup dan mendapat pendapatan dengan hanya datang bekerja seperti duduk, bermain game, melayari internet, bergossip sedangkan rakan-rakan sepejabat yang lain berhempas pulas bekerja dari pukul 9.00a.m-6.00p.m. ataupun mencari kerja lebih masa (overtime) bagi menampung kehidupan seharian untuk mencari sesuap nasi yang 'HALAL'dan berkat.
Semoga ALLAH sentiasa memberkati setiap apa pemberianNYA.....
The Day when the kids watched Geng The Movie - Upin & Ipin
Jejak kaki yang ganjil dan suara-suara yang ngeri cumalah beberapa daripada apa-apa yang menakutkan para penduduk Kampung Durian Runtuh. Terdapat cerita-cerita bahawa ada seekor makhluk ganas yang berkeliaran di hutan pada waktu malam.
Tiada sesiapa yang berani untuk mencari benda tersebut, sehinggalah Badrol dan Lim yang sedang bercuti di kampung ini, bertembung dengan punca misteri itu sendiri. Sekarang terpulanglah kepada kedua-dua lelaki tersebut bersama rakan-rakan baru mereka: Rajoo yang boleh berkomunikasi dengan haiwan, Ros si jelita kammpung, serta adik-beradik kembar Upin dan Ipin yang nakal, melangkah masuk ke dalam perjalanan yang penuh aksi, kembara dan misteri.
Watak dan Perwatakan
Badrol
Seorang budak yang bersahaja dan gemar bersenang-senang dan bertindak mengikut gerak hati. Badrol sering cuba berlagak macho dan berani. Sewaktu kecil dia berdiam dengan datuknya di kampung sebelum ibu bapanya berpindah bersamanya ke bandaraya. Setelah lama berdiam di kota agak lama, dia makin lupa akan suasana hidup di kampung. Gara-gara suatu pengalaman mengerikan yang tidak diketahui sewaktu dahulu, Badrol merahsiakan rasa takutnya terhadap katak dan kodok.
Lim
Budak yang paling pintar dalam geng dan lebih banyak membuat pertimbangan dan perancangan berbanding yang lain. Dia suka bersiap sedia setiap kali pergi bercuti, tetapi oleh sebab sifatnya yang paranoid, dia kerap membawa alatan yang tidak perlu. Ini juga menjadikan Lim sukar dipisahkan daripada beg galasnya.
Rajoo (Kannan a/l Rajan)
Budak kecil yang cergas, periang, mesra dan jujur. Dia suka bersiar-siar dengan lembu peliharaannya Sapy. Dia gemar menyanyi dan menari ikut rentak muzik. Rajoo mengaku dirinya berkebolehan berkomunikasi dengan haiwan, meskipun yang lain-lain amat meraguinya.
Ros
Dialah yang dilaungkan sebagai gadis paling jelita di kampung tetapi dia tidak selurus yang disangka. Dia perlu membantu neneknya menjual snek sambil mengawasi adik-adiknya yang sering melibatkan diri mereka dalam masalah. Kedegilan adik-adiknya itu sering memarahkannya. Dia gemar menonton drama Melayu lama serta berlakon seperti salah seorang watak drama sedemikian.
Upin dan Ipin (Nur Fathiah Diaz)
Adik-beradik kembar botak yang suka berkeliaran dengan kaki ayam, sambil mencari keseronokan dan keghairahan di mana sahaja mereka ada. Mereka sering ditengking kakak mereka sendiri, Ros, kerana nakal dan degil. Mereka berdua gemar menonton filem aksi dan ke mana mereka pergi mereka tidak lupa membawa pistol mainan. Upinlah yang lebih tua dan ada sehelai rambut pada kepalanya yang menjadikannya bangga kerana lebih tua berbanding Ipin. Sungguhpun begitu, Upin begitu berpelat menyebut bunyi “s”.
Subscribe to:
Posts (Atom)