Monday, August 23, 2010

Buat Renungan

Let us share what Datuk Dr. Fadhilah Kamsah used to say :-

“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan ‘penuh gembira dan ceria’, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ saja dan ada datang dengan perasaan ‘serba tak kena’
INGATLAH.. sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, HASILnya adalah ‘BIASA’ saja,
Sesiapa yang datang dengan ceria, HASILnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
OLEH ITU, bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan mengembirakan orang di sekeliling kita. SEMOGA hasil itu akan mendapat keberkatan, INSYAALLAH.

Jadi renungkanlah ..

i. Ada antara kita datang ke pejabat hanya untuk memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ tapi hampa… hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.

ii. Adakala kita rasa ‘BUSY GILER’… tapi rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.

iii. Adakala kita rasa kita ‘PERIHATIN’… tapi rupanya kita ‘BUSY BODY’.

iv. Adakala kita rasa kita ‘OPEN MINDED and OUT SPOKEN’…tapi rupanya kita kurang 'PENGAJARAN’.

v. Adakala kita rasa kita berpemikiran ‘KRITIS’ …tapi rupanya kita hanya lebih ‘KRITIK’ yang mencipta ‘KRISIS’.

vi. Adakala kita rasa kita ingin menjadi ‘LEBIH MESRA’ … tapi rupanya kita di lihat lebih ‘MENGADA-NGADA’.

vii. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA TU MACAM TAKDE KEJE?’ … adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?’.

viii. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang ‘SEMPURNA’, BAIK DAN BERDEDIKASI’… tapi cuba tengok dalam-dalam… selagi kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja(report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (curi masa dan tak siapkan kerja), kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera.. TAPI, manusia tetap manusia.. SUKAR untuk berubah kerana kita selalu beranggapan bahawa kita lebih baik. Adakah dengan merasakan itu, kita sememangnya TERBAIK ?.
Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkatkan KERJASAMA dalam tugas. Tak rugi kita semai rasa KEKELUARGAAN’ dalam tugasan. Kalau kita kurang kerja, cari lah kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab kita dapat PAHALA..kita ‘WITHDRAW’ kat akhirat nanti. TAPI kalau kita asyik dengki mendengki… nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih.
RENUNGI LAH… berapa ramai ‘KAWAN’ kita DAN berapa ramai ‘LAWAN’ kita.. nescaya itulah ‘KAYU PENGUKUR’ diri yang sebaiknya.

MENGKRITIK tidak bererti MENENTANG….
MENYETUJUI tidak semestinya MENYOKONG….
MENEGUR tidak bermakna MEMBENCI….
DAN .. berbeza pendapat adalah KAWAN BERFIKIR YANG BAIK.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...