Monday, November 26, 2012

Kekerapan Penyusuan Badan

Dalam satu perkataan, ya. Adalah baik menyusukan bayi anda pada bila-bila masa dia ternampak memahukannya, dan seberapa lama dia mahu. Ini diberi nama penyusuan berpandukan bayi.

Penyusuan berpandukan bayi agak munasabah, sebab hanya bayi anda yang tahu bila dia lapar atau haus, dan berapa banyak susu dia memerlukan pada satu-satu masa.

Selepas minggu pertama kehidupan, kebanyakan bayi muda menyusu enam hingga lapan kali sehari, tetapi selalunya penyusuan ini berlainan jaraknya.

Anda mungkin merasakan yang bayi anda menyusu setiap dua jam, tetapi realitinya, mungkin kurang kerap dari itu.

Mungkin terdapat jarak dua jam antara penamat satu penyusuan dan permulaan penyusuan yang lain? Mungkin bayi anda menyusu lebih kerap di waktu malam, tetapi memanjangkan jarak penyusuannya di waktu siang?

Jika bayi anda menyusu di waktu malam, anda akan terasa seakan-akan tiada masa dia tidak melekap di payudara anda. Pada lima minggu, bayi anda tidak memahami perbezaan antara malam dan siang. Tetapi setelah minggu-minggu berlalu, dia sepatutnya sudah mula mempelajari satu pola tidur dan anda sudah boleh mendapat lebih rehat di waktu malam.

Jika anda mendapati penyusuan malam amat meletihkan, cuba tip-tip ini:

• Letakkan kot bayi anda di sebelah katil anda, supaya anda tak perlu tinggalkan katil untuk menyusunya.

• Cuba memerah susu di waktu siang, dan minta suami anda memberi susu yang diperah itu pada waktu malam.Elok juga diperhatikan cara bayi anda melekap. Jika dia mendapati sukar untuk melekap dengan baik, dan sebab itu tak dapat menyusu dengan mendalam dan selesa, dia mungkin merasa tidak puas selepas penyusuan.

Susu akhir kaya lemak datang di penghujung penyusuan. Jika bayi anda tidak mendapat susu akhir ini, dia akan perlu menyusu lebih kerap untuk mendapat kalori yang diperlukan dari susu awal yang rendah lemak.

Anda boleh meminta kaunselor penyusuan ibu atau pakar penyusuan bayi untuk memerhati semasa anda menyusukan dia. Jika anda mengalami puting pedih, walaupun ini tidak kerap berlaku, ini mungkin bermakna bayi anda tidak melekap dengan baik.

Satu lagi cara untuk memastikan bayi anda mendapat susu akhir ialah dengan membiarkan dia menghabiskan payudara pertama sebelum memberikan dia yang satu lagi.

Tapi, ingatlah bahawa bayi anda mungkin akan memilih untuk menyusu pendek bukan saja menyusu panjang. Ada masanya dia lebih suka makanan ringan bukan hidangan tiga peringkat! Dan jika cuaca panas, dia mungkin mahu menghilangkan haus dengan lebih kerap.

💜 SHARING IS CARING 💜

Wednesday, November 07, 2012

Blogku Yang Dah Bersawang

Assalammualaikum semua...

Dah lamanyaaaaaaa tak mengapdet blog yang dah jadi hambar dan kusam ni.

Mohon ampun dan maaf pada kawan2 yang sudi jugak nak menjengah saya di sini. Lamanya tak bersiaran disebabkan diberikan cuti rehat (sakit) oleh doktor maka blog ni pun sakit gak tak boleh nak diapdet.

Alhamdulillah pada kawan2 blogger yang mengetahui kondisi saya sebelum ini sbg seorang ibu hamil dan telah diberikan cuti rehat dari tugasan pejabat atau apa jua pun sebelum waktu kelahiran akibat dari simptom yang dipanggil 'Incidental Bleeding' ketika waktu kandungan saya hampir ke tahap peringkat fasa ketiga (trimester) hinggalah kelahiran. Tetapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan olehNYA dan berkat doa kalian semua juga serta kawan2 sepejabat dan saudara mara saya diberikan kekuatan dan dipermudahkan semuanya.

Duduk dirumah dalam ertikata (medical leave) memang sungguh membosankan dan hampir satu bulan sbelum kelahiran saya direhatkan. Pelbagai perkara dan aktiviti yang 'lite' aje saya lakukan selebihnya En Habi yang uruskan. Seronok bila diri dihargai dan dimanjai kan??

Alhamdulillah kini saya menjalani tempoh berpantanglah pulak atas kelahiran cahayamata keempat saya baru2 ini pada 1 Nov 2012 tepat jam 5:00petang. Syukur dipanjatkan atas segala urusan yang ditempuhi dalam sepanjang tempoh kelahiran. Terima kasih doa kalian semua. Saya sangat2 menghargainya.

Kini kehidupan saya bertambah lengkap dan sempurna dengan kelahiran dan kehadiran anak anak yang dicintai.

Insyaallah jila berkelapangan dan diberikan kesihatan yang sempurna akan saya jengah kembali blog kusam saya ini sedikit sedikit agar tidak mengganggu gugat aktiviti harian sebagai seorang ibu kepada empat orang anak, pekerja, anak, menantu serta isteri kepada En Habi.

Begitu juga anda semoga semuanya sihat sejahtera hendaknya. Amin.....

Selamat menjalani tugasan semua..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...