Assalammualaikum....
Menginjak ke angka enam (6) bulan, Nur Aizaara Adilla kini telah menunjukkan prestasi yang sungguh dan amat mengagumkan malahan dia akan melihat dan mendengar apa yang ada dalam persekitarannya hampir sama sebagaimana kita yang mengalaminya.
Kebolehan komunikasinya juga berkembang dengan pantas selain mendengar jeritan keriangan, bunyi-bunyi keseronokan, bunyi seperti opera mengubah oktaf dan mengagah.
Seronok jugak bermain-main dengan anak-anak tu kerana kadang-kadang rasa macam diri ini remaja semula jugak.
