Gugel
Paris Hilton sanggup membelanjakan 50 pound (RM249) dengan membeli stik hanya semata-mata ingin memberi makan kepada anjing liar di pantai Bali, Indonesia.
Apa pun dia sanggup kerana sememangnya beliau seorang pencinta anjing. Beliau mengarahkan tukang masak di sebuah restoran mewah di Bali untuk memasak makanan untuk anjing berkenaan setelah melihatnya kelaparan.
Berikutan kejadian tersebut beliau telah bersetuju untuk memberikan dana bagi membantu tabung kebajikan haiwan di pulau peranginan tersebut.








