Showing posts with label Bencana Alam. Show all posts
Showing posts with label Bencana Alam. Show all posts

Friday, October 28, 2011

Bangkok Oh Bangkok!

Bencana Alam


Adakah Bangkok akan tenggelam terus? 




Tiada siapa yang boleh mentafsir dan menduga akan kekuasaanNYA.  Sesungguhnya segala apa yang diperturunkan olehNYA adalah dugaan yang diberikan oleh yang Esa.


Sebagai manusia dan rakyat dari negara jiran kami sentiasa mendoakan akan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Thailand terutamanya di Bangkok agar mereka dapat menangani isu banjir di negara mereka yang tiada penghujungnya.




Air semakin hari semakin naik dan tidak nampak akan kesurutannya, menambahkan lagi kekusutan rakyat Bangkok malah ada yang telah keluar meninggalkan kota Bangkok keluar ke tempat yang lebih selamat setelah kerajaan memberikan amaran akan menggunakan cuti umum lima hari untuk memindahkan mangsa banjir sebelum banjir besar melanda pada hujung minggu ini.


Semoga keadaan Bangkok akan kembali stabil seperti sediakala.

Friday, October 14, 2011

Janji Allah Itu Benar....

Assalammualaikum semua...

Kita bertemu kembali di hari yang penuh barakah dan mulia iaitu Jumaat, penghulu segala hari. Semoga hari anda akan bertambah baik dan sempurna berbanding hari-hari yang lepas.

Allah SWT menyebut pada ayat yang lepas bahawa orang yang mempunyai harta benda dan anak-anak telah kafir, bersikap derhaka dan menyelewengkan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya.

Allah SWT menambahkan penjelasan apa yang diberikan kepadanya itu hanya cubaan dan ujian semata-mata agar DIA melihat samaada orang itu taat dan bersyukur ke atas Allah SWT sehingga ditambahkan kenikmatan kepadanya. Atau orang itu akan menggunakannya untuk menimpakan kepadanya dengan pelbagai bencana dan seksaan.


Salam Jumaat, Penghulu segala hari....Selamat Berhujung Minggu dan Ceria disamping yang tersayang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...