Slot drama Bicara Hati kini bersiaran di saluran Astro Prima pada setiap jam 9.00 malam. Manakala Slot drama Gemersik Kalbu bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis dari jam 7.00malam hingga 8.00 malam di slot Akasia TV3.
Yang menjadi persoalannya sekarang, kalau baca buku novel ceritanya memang sangat-sangat menarik dan tak betah nak meninggalkannya..walaupun sesaat, tapi apabila saya menonton drama berkenaan tetiba secara otomatiknya tak berapa nak berselera pulak nak menonton.
Mungkin disebabkan barisan para pelakon yang kurang menyengat dan bersengat membuatkan saya kurang semangat dan kehendak untuk menonton drama berkenaan. Kalaulah ditukarkan barisan para pelakon utamanya kepada pelakon yang lebih sesuai dan dikenali ramai, saya pasti ramai yang tidak mahu melepaskan peluang menontonnya tanpa gagal macam drama Nora Elena tu.
Apa pun tahniah pada Damya Hanna dan Anis Ayuni semoga terus sukses dalam dunia penulisan novel ini.
