Tuesday, October 04, 2011

Episod Cinta

Assalammualaikum...


Baru sahaja dapat menghabiskan pembacaan novel terbaru yang saya beli kali ini bertajuk "Episod Cinta" terbitan Buku Prima.

Seronok membaca penulisan Aira Aliff kerana corak dan gaya penceritaan beliau sungguh teratur dan menarik minat untuk seseorang pembaca itu(macam saya) untuk terus baca dan baca lagi tanpa jemu.

Nama watak yang diciptakan dalam Novel Episod Cinta sungguh indah antaranya Aira Hanna dan Hareez Riffqal. Hati tenang pabila membaca slot ketika penerimaan ibubapa si lelaki (Hero) apabila mengetahui yang anak teruna mereka telah bernikah secara senyap dengan gadis pilihan. (nasib baik tak ada konflik macam cerita hindustan "cinta terhalang"). Hati menjadi geram ketika membaca watak seorang penggoda yang bernama Marlia (kot)dengan Rizal (Ntah dari mana datang pulak) berazam untuk memusnahkan serta memutuskan hubungan pasangan terbabit kerana kisah sejarah silam.

Cuma agak menjadi tanda tanya dalam novel Episod Cinta ni yang bagi diri saya, adakah seorang ahli perniagaan yang berjaya seperti watak "Hareez Riffqal" mempunyai banyak masa untuk berpeleseran atau bersantai di kompleks membeli belah atau dalam kata lain "hang out with buddies" dan makan makanan ringan seperti McDonald di hujung minggu serta duduk santai di restoran makanan segera sambil memerhatikan pertelingkahan antara si dara dan si teruna mengenai cinta lepas mereka begitu sahaja (erm...dah namanya cerita kan...mesti ada kalanya tak logik jugak). Kerana setahu saya kalau dah namanya Ahli Perniagaan memang takkan ada masa nak bersantai relaks sebegitu... (pendapat aje)

Di dalam Novel Episod Cinta, konflik yang agak menyedihkan terjadi kerana pelbagai dugaan yang terpaksa mereka tempuhi sehingga terpaksa berpisah dalam jangka waktu yang agak panjang (tak masuk akal jugak) kenapa mesti menunggu hingga enam (6) tahun baru boleh untuk menenteramkan hati dan perasaan tambahan pula seorang insan telah lahir tanpa di ketahui oleh lelaki yang sepatutnya....

Tapi apa-apa pun bestlah cerita ni...memang sesuai dan tidak jemu untuk dibaca. SAYA SUKA!! tapi sebelum tu bacalah serba sedikit mengenai sinopsis belakang buku ini.

Sinopsis

Benarkah cinta mampu wujud di pertemuan pertama?

Hareez Riffqal yang menganggap andaian itu hanya sebuah dongeng, mula merasakan kebenarannya setelah bertentang mata dengan Aira Hanna. Kehadiran gadis itu mula menerbitkan rasa aneh di jiwanya. Bagi Aira Hanna pula, kehadiran Hareez Riffqal perlu dielak. Dia tidak mahu melibatkan diri dengan lelaki kasanova itu.

Kenyataannya, mampukah dia berterusan melarikan diri dan membohongi diri sendiri sedangkan kata hatinya semakin nyata? Mampukah cinta itu terus dipertahankan andai curiga yang menjadi racunnya?

Untuk mengetahui kisah selanjutnya bolehlah dapatkan novel berkenaan di kedai buku berhampiran dengan harga mampu milik RM19.90

Selamat Membaca!!

3 comments:

Kancil 8349 said...

wah...peminat buku novel...nanti cari buku nie...nak tahu apa cerita sebenar

Unknown said...

bes ye..nk kne bli ni.. :p

RamRamCute said...

Kancil 8349 & Ziraziz: Tak menyesal memilikinya... sesuai untuk dijadikan sebuah koleksi peribadi buat penggemar novel.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...