Friday, March 30, 2012

Owh Katakan Tidakk!!



Apa betul ke ni??

Apa benar apa yang dikatakan oleh bloggers ini??

Saya pernah menulis artikel mengenai kisah rumahtangga artis ini dahulu di SINI, tetapi tidak berharapkan agar sesuatu yang buruk dan tidak sedap dari terus berlaku dan berlarutan tetapi.........

Besar harapan saya agar semua itu tidak menjadi kenyataan dan hanya gossip serta khabar angin sahaja.  Betapa saya meminati dan mengagumi aktress ini kerana bakat yang beliau ada serta kecantikan beliau yang sungguh menarik di mata saya.  Sesungguhnya saya sebagai peminat amat mengharapkan yang terbaik di dalam perkahwinan mereka hanya demi anak mereka yang comel dan cantik.

Antara perkhabaran yang saya baca melalui laman blog ini mengatakan "Si suami ini dikhabarkan sudah pun bernikah dengan kekasih dari tempat kerja yang sama sebelum ini dan lelaki ini kini banyak menghabiskan masa bersama isteri baru — soalan dari kami, apa status aktress si isteri pertama?"

Untuk membaca artikel berkenaan dengan lebih lanjut sila klik SINI

Jikalau perkhabaran ini benar, maka saya berharap agar aktress berkenaan terus tabah dan kuat menghadapi cabaran serta dugaan ini demi masa depan anaknya yang tercinta.

Thursday, March 29, 2012

"SEGMEN NASZ : JOM KENAL BLOGGER"



Assalammualaikum...






Hari ni saya sihat dan ceria sikit.  Maka setelah di maklumkan oleh teman sepagar dan rakan baik saya Pn. Aziela mengenai segmen ini.  Tanpa berlengah masa terus meluangkan masa untuk join segmen dari En. Nasz.

Pada anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut sila klik SINI.

Terima kasih En Nasz, dah lama tak anjurkan segmen ye.  

Oh ya!! sebelum tu kena jawab soalan yagn di utarakan oleh En Nasz antaranya ialah:-


A. Nama Penuh Saya?
      

RamRam 


B. Nama Panggilan Saya?



Kak Ram, Cik Mah atau RamRam


C. Sejak Bila Saya Berblogging?



Dah lama dah since tahun 2006 sampailah sekarang....


D. Url Blog Saya?



SIAPP!!

Pada kawan-kawan yang baru mengenali diri ini SALAM KENAL saya ucapkan dan pada yang dah sedia maklum selamat berziarah dan sudi dan silalah tinggalkan komen untuk lebih mengenali ye.

Insyaallah saya akan meninggalkan jejak jika diberikan kesempatan, kesihatan yang baik dan kelapangan.  


Wednesday, March 28, 2012

Artis Dah Bertukar Karier??



Image Sumbangan Google



Siapa yang tak kenal rancangan masakan yang paling hot di Malaysia kan? Semestinya Masterchef Malaysia.  Kali ini Masterchef menampilkan sebarisan nama selebriti terkenal Malaysia bagi menjayakan program 28 episod yang akan bermula pada 26, Mei 2012 di saluran 104 yang akan berkeudara setiap hari Sabtu hingga Selasa Jam 9.00 malam dan beberapa artis-artis Malaysia yang boleh tahan hebatnya bertanding bagi menunjukkan skil masing-masing dalam bidang masakan.

HEBAT!!!

Antara artis yang akan berentap antaranya Raja Azmi, Dato' Fazley Yaacob, Tomok, Azwan Ali, Juliza Adlizan, Louisa Chong, Serina Redzuan, Siti Sarah Raisuddin, Mejar Dr. Faiz, Jehan Miskin dan ramai lagilah.

Program Masterchef kali ini lebih menampilkan program berunsur kebajikan bagi menampung dana-dana kebajikan yang mereka akan wakili di mana wang kemenangan yang mereka perolehi akan di salurkan pada badan kebajikan yang telah mereka pilih. 

Masterchef kali ini akan diadili oleh tiga orang juri iaitu Chef Zubir, Chef Papa Joe dan Chef Adu Amran.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan artis-artis ini berentap di dapur masakan dan menunjukkan skil serta kepantasan mereka memasak.

Wordless Wednesday # 31




gugel


The key to a long and healthy marriage is that, HONESTLY
there's nothing worth fighting about.

Tuesday, March 27, 2012

Tak Sah Kalau Tak Tonton

Assalammualaikum ....

Tahap kepeningan dan keloyaan saya berkurangan sedikit buat masa ni..jadi dengan segera mencuba untuk mengapdet blog saya yang sepi dan hambar beberapa hari ni.




Kawan-kawan dah planning kemana nak menyambut hari setiausaha tahun ini? Pada anda yang masih tidak ketahuan kemana nak pergi ......  JOM!! akses terus ke www.ticketpro.com.my untuk mendapatkan tiket menyaksikan persembahan jejaka idaman saya dan semua...hehehehe siapa lagi kalau bukan Anuar Zain.

Luangkan masa anda dan manjakan diri dengan berhibur sambil menikmati sajian lazat khusus untuk hari setiausaha sedunia yang akan berlangsung pada 10 April 2012 bertempat di KL Convention Centre dan The Zon Regency Hotel di Johor Bahru pada 17 April 2012.


Tiket-tiket telah mula di jual dan harga tiket bermula dari  RM598 Silver, RM798 Gold and RM1098 Platinum per person. 
 
Jom Kita!!


Monday, March 26, 2012

Sukarnya...........

gugel

Lately ni rasa tidak bersemangat dan tak berapa nak aktif untuk berblogging. Mood sepanjang masa kelaut dan melalut tak tentu hala...

Beberapa hari ni pun keadaan kesihatan diri juga tidak berapa nak mengizinkan saya terus-terusan aktif melakukan apa sahaja.  Rasanya macam nak ambil cuti panjang dan tidur terus-terusan sambil berbaring di atas katil dan berkurung di dalam bilik sambil menonton tv dan berbaring. 

Betullah kata orang, lain orang lain ragam dan tahap kesihatan mereka ketika mengandung. Tahap kesihatan dan kehamilan saya ketika ini sungguh amat tidak  menyelesakan saya. Tekak rasa loya macam nak muntah tak nak muntah, kepala asyiklah berpusing-pusing takde arah tujuan, badan rasa ringan tak larat kaki nak mengangkat dan menghayun. makan apa benda pun semua rasa tak sedap, air masak yang selalu saya minum tu pun rasa payau, gula dan garam kena kurangkan takut tahap kesihatan menjadi kesusahan.....arrrggghhhh SEKSA!!!!

Rasa mual dan muntah ringan memang kerap terjadi terutamanya di awal kehamilan tetapi sekiranya muntah dan mual anda keterlaluan sehingga tidak berdaya meneruskan tugas harian, anda dikatakan mengalami 'Hyperemesis Gravidarum' . 'Hyperemesis Gravidarum' ialah keadaan dimana terjadi kekurangan bendalir dan mineral badan yang teruk yang boleh menyebabkan komplikasi serius. Dehidrasi dan kekurangan zat yang teruk badan akibat muntah dikaitkan dengan kecacatan janin dan kelahiran pra-matang. Sekiranya anda mengalami mual, terdapat ubat yang selamat yang boleh dimakan untuk mengurangkan muntah dan dapatkan nasihat tentang pemakanan yang boleh dihindari semasa konsultasi dengan doktor. Sekiranya muntah anda masih tidak dapat dikawal, anda mungkin akan dimasukkan ke wad dan rawatan rehidrasi akan diberikan untuk mengantikan bendalir dan mineral yang hilang.

Semoga saya lebih bersemangat dan berharap agar semua yang saya alami ni berakhirlah dengan cepat. 

Pada kawan-kawan yang berziarah dan singgah ke sini, janganlah kecil hati kalau saya tak sempat nak menjenguk dan berziarah ke rumah anda, Insyaallah jika saya diberikan kekuatan dan kelapangan saya akan singgah ke blog anda dan meninggalkan jejak.

Doakan yang terbaik untuk saya dan anda semua....

Mood: Rasa tekak tak sedap sungguh!!

Thursday, March 22, 2012

Jangan Hidup Dikelilingi Hutang




Sikap tamak dan haloba adakalanya tidak boleh ditepis lagi. Seringkali hati berdetik dan meronta untuk mendapatkan sesuatu yang diluar kemampuan kita.

Tengok orang lain pakai kereta baru, dia pun nak tukar juga, tengok orang buat kabinet rumah baru dia pun nak buat kabinet juga, tengok orang beli rumah dan renovate rumah dia pun tak ketinggalan sama. Bak kata pepatah ayat yang selalu orang berikan ialah "Biar Papa Asal Bergaya".

Ada atau tidak mencukupi wang serta kos perbelanjaan itu tolak ketepi janji sama macam orang lain "mampu milik" (ada orang yang macam tu).

Kalau ada terlintas dalam sikap dan diri kita sekarang maka tepislah ia dengan jauh jauh agar kelak tidak menyusahkan kita semua. Bukan tak bagi kita membeli tetapi kadarkan ikut keupayaan dan kemampuan kita mengikut gaji dan pendapatan bulanan.

Apabila semuanya dah dimiliki dan diperolehi, mampukah kita untuk membayarnya secara ansuran bulanan? Kehidupan serta kos yang tinggi di Kuala Lumpur melayakkan kita mengeluarkan wang setiap bulan hingga habis gaji yang kita dapat untuk membayar hutang. Pelbagai wang ansuran bulanan perlu dilunaskan setiap bulan without fail ye. Kalau kita termiss alamatlah datang surat reminder, pegawai kewangan yang diutuskan untuk menghantar reminder dan surat ingatan samaada di rumah mahupun di pejabat.

Kad kredit nak kena bayar, air dan bil elektrik pun kena bayar, perbelanjaan persekolahan anak anak, duit minyak, toll, makanan dan pakaian, persekolahan kita (pada yang melanjutkan pelajaran), duit nursery anak anak, rumah sewa, rumah sendiri, duit kereta, duit motor, wang untuk dihantar pada ibu bapa di kampung, duit pembantu rumah, pinjaman pelajaran, pinjaman peribadi dan segala macam lagi...CUKUP ke?

Jangan terlalu taksub untuk memperolehi segala galanya hingga kita terjerat dengan hutang keliling pinggang bila hujung bulan pening kepala tercongak congak nak bayar hutang.

Rancanglah perbelanjaan kita agar kita tidak terjerat dan membebani diri kita sendiri dan keluarga.


- Posted using BlogPress from my iPad

Apa Benar Ke??



Benar ke remaja yang dikatakan diculik ketika membeli kad prabayar telefon berdekatan dengan rumahnya yang di saksikan oleh adik adiknya hanya merangka strategi tersebut untuk mengaburi mata ibubapa dan masyarakat sekeliling hanya kerana beliau tertekan dan rasa terkongkong?


Jikalau benarlah begitu, sememangnya budak ini memang tidak sepatutnya berbuat perkara sedemikian. 


Lari dari rumah untuk bersama sama dengan teman lelaki yang berusia 26 tahun. Apa nak jadilah dengan kes remaja sekarang.


Tidak tahukah akan impak yang ibubapa dan beliau sendiri akan hadapi. Kenapa seawal umur 15 tahun sudah pandai merasa tertekan dan rasa diri terkongkong? Bukankah diawal umur sebegitu tempat remaja ini hanya disamping keluarga dan adik adik tercinta. Kenapa mesti ada rasa sedemikian.


Kalau dah desperate sangat nak bersuami dan sudah ada pilihan hati serta tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran masakan tidak dikahwinkan sahaja. Biar mereka tahu nasib dan tanggungjawab berumahtangga.


Sepatutnya adik Siti Nurfatihah Mahadi haruslah berfikir secara waras dan tidak mengambil atau membuat sesuatu yang membuta tuli dan memalukan kedua ibubapa dan keluarganya.


Walhasilnya remaja sekarang jika diberikan didikan agama yang secukupnya juga perlulah memotivasikan serta memuhasabahkan diri mereka untuk menjadi yang lebih baik dari yang terbaik.


Mengikut berita akhbar katanya remaja berkenaan kini ditempatkan di rumah Penjagaan Kanak Kanak Tengku Ampuan Fatimah di Alor Akar kerana beliau enggan pulang ke rumahnya. Gadis tersebut juga kini diletakkan dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan kaunseling.


Ambil iktibar dari setiap kejadian.


P/s: Simpati pada kedua ibu bapa beliau.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, March 20, 2012

Makan Di Restoran Alandalus


Anda suka makanan Arab? Pastinya pada mereka yang suka mencuba pelbagai aneka makanan dari pelbagai negara pasti tidak akan ketinggalan untuk mencuba makanan ini.


Lamb Chop yang sungguh sedap kerana dagingnya tiada bau

Makanan yang disediakan disini semuanya dalam potion yang banyak kerana satu satu hidangan yang disediakan boleh dimakan oleh 2 orang.

Beriyani Chicken yang sangat banyak

Setiap kali berkunjung disini kami tidak akan ketinggalan untuk memesan makanan paling famous di sini iaitu mixed grilled yang mana antara kandungannya ialah daging ayam, lembu, kambing, kebab ayam dan kebab kambing di samping fries ranggup dihidangkan bersama.

Kopi arab yang pahit dan pekat


Restoran Alandalus terletak di belakang Wisma Technip, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Selain dari makanan ini terdapat juga makanan seperti nasi arab, beriyani mandy, kebab dan juga makanan dari negara asal mereka yang dimasak khas di dalam periuk tanah mereka. ....klasik.

Cubalah, harganya pun berpatutan.

Mixed Grilled

Beriyani Fish Grilled




Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 19, 2012

Seksi Ke??



Gambar hiasan ehsan Cik Google


Rata-rata kita tengok sekarang artis Malaysia semakin daring dalam penampilan diri mereka.  Pakaian tak payah nak ceritalah kalau ambil gambar cover depan majalah mahupun akhbar mesti nak pakai mini skirt ketat metat, bikini, swimming suit, dedah dada dan peha sana sini. Sesak dada orang yang melihatnya.

Ish...bukan niat hati nak mengata cuma lebih kepada mengingati akan perihal perilaku artis sekarang.


Perlukah mereka begitu??

Adakah artis-artis di Malaysia sekarang sudah semakin ketandusan idea dan bakat yang mana membolehkan mereka beraksi daring, ghairah dan seksi samaada di dalam filem, drama mahupun untuk sesi fotografi majalah mahupun suratkhabar. Adakah dengan ini populariti mereka akan lebih meningkat melonjak-lonjak naik hanya kerana berjaya mendedahkan diri mereka di mata khalayak umum.  Ada tu bakat seni tak seberapa, filem dan drama pun tak banyak mana tapi kontroversi (perasan cantik dan seksi) menyebabkan nama meningkat tinggi naiknya macam goreng pisang panas.

Bukankah artis itu 'role model' bagi para remaja dan kanak-kanak di luar sana.  Jika perangai dan aksi mereka begitu daring dan seksa adakah itu suatu petunjuk yang bagus bagi para remaja kita di luar sana.

Pihak Kementerian Penerangan juga perlu menitip dan menyeragamkan undang-undang berpakaian bagi para artis Malaysia agar mereka lebih menerapkan unsur-unsur kemelayuan dan keislaman bukan ke arah kebaratan.  Contoh dekat tak banyak kita lihat jika berlangsungnya sebarang event dan sesi anugerah 'red carpet' dan sebagainya bagi mengiktiraf artis-artis tempatan kita, artis wanita berlumba-lumba mempamerkan keindahan pakaian (yang entah bagaimana dikatakan cantik itu) berposing di hadapan kamera dan lensa.  Bagi saya lebih molek dan sopan jika gaya pemakaian baju kita itu lebih menerapkan unsur-unsur keislaman dan kemelayuan. Tidak perlu beraksi dan berpakaian hingga menjolokkan mata untuk nama anda dijulang dan dikenali oleh umum hakikatnya bakat dan otak anda KELAUT!

Adakalanya mereka nak tunjuk diri lebih sporting dan advance daripada orang lain hanya disebabkan oleh latar belakang mereka yang kononnya lahir diluar negara, berdarah kacukan la, dibesarkan di luar negara la, keluarga sportingla, memang pakaian sejak memula menceburi bidang lakonan begitu la, macam-macam lagi alasan yang diberikan hanya untuk mengaburi mata masyarakat.

Apabila dicerca, dikata dan dikeji, melenting naik hantu dengan mengatakan itu tidak benar, ini tidak benar.  Walhasilnya apa lagi yang perlu mereka tegakkan kerana semuanya sahih dan benar.  Masyarakat bukannya bodoh dan boneka yang boleh diam dan tidak berkata-kata.

Alangkah baiknya jika semua artis wanita di Malaysia ni berpakaian sopan dan sentiasa menutup aurat dan menjaga tatasusila mereka.  Tak salah berhijab dan menutup aurat untuk mencari rezeki bukankan itu lebih AFDAL dan HALAL.

Saya salute pada artis-artis Malaysia yang sudah berhijrah. Tampak lebih ayu dan cantik. Rezeki mereka pun semakin mencurah-curah.

Dulu Dan Sekarang Tak Sama Lagi...


Adakalanya saya jadi tak faham dengan karenah manusia sekarang, dah diberi segala kesenangan dan kemudahan tetapi masih lagi mengambil jalan yang jauh untuk menghadapi sesuatu hanya dengan cara itu dapat menagih simpati daripada orang lain.

Hidup sesetengah manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang mereka perolehi dan hadapi.  Kesyukuran hanya dilahirkan dibibir dan dihadapan orang lain tetapi tidak di hati.  Kerana di dalam hati tersemat rasa ketidakpuashatian dan dendam serta rasa iri hati sesama sendiri tidak kira adanya pertalian persaudaraan atau tidak.  Semua itu diketepikan hanya dengan pendapat "kenapa dia boleh dan aku tidak?".

Kadang-kadang kita lihat seseorang tu yang bekerja bertungkus lumus mencari rezeki bukan hanya untuk beliau malahan untuk membahagiakan orang yang lain tetapi segala jasa dan pengorbanan yang dilakukan tidak pernah dihargai malahan BURUK yang dia dapati. 

Segala kebaikan dan ketulusan dicurahkan tanpa ada batasan tetapi dengan rasa tidak bersalah beliau masih dianggap  si polan itu suka melawan dan tidak mendengar kata, sedangkan kehidupan si polan itu mencari rezeki adalah untuk keseluruhan keluarganya serta membahagiakannya.

Suka hati untuk dimarahi, suka hati disuruh untuk kesana kemari, suka hati untuk diketepikan, suka hati untuk dikata, disumpah dan diperlekehkan oleh orang lain tanpa rasa hormat-menghormati.  APA SEBENARNYA YANG TERJADI?

Mana perginya nilai murni tersebut, sudah hilangkan rasa bersyukur, kekeluargaan dan kesopanan dalam diri hingga begitu sukar untuk meluahkan ucapan terima kasih kepada mereka yagn banyak berjasa pada kita.  Mengapa mesti ada jurang diantara mereka? 

Semua manusia adalah sama di sisi Allah tiada perbezaan dan perbandingan hanya yang membezakan kita amal dan ibadah sahaja, jadi tak perlulah kita memandang seseorang yang lain itu dengan pandangan kasar yang hina dan jijik serta meluat kerana selalulah mengambil sikap "SIAPALAH KITA UNTUK MENILAI SESEORANG ITU"

Segala perlakuan dan niat baik selalu dipandang buruk dan tak baik ada sahaja yang perlu dikritik dan dipertikai tetapi kenapa orang lain yang disukai tidak pernah dipertikaikan pula kenapa mereka selalu di agung dan disenangi oleh semua orang.  

Sikap tunjuk menunjuk, lumba melumba sesama sendiri kini menjadi trend dan ianya dipandang remeh dan dengan rasa tidak bersalah mereka merelakan seumpama perkara tersebut terjadi.

Dunia akhir zaman, semakin ramai manusia kini hampir lalai dan leka. Semoga kita sentiasa dijauhkan dari segala sifat dan sikap takbur, meninggi diri, menunjuk dan berfikiran kita bagus, materialistik dan elakkan dari rasa ego dan buruk sangka pada orang lain. Selalulah berfikiran POSITIF dan hidup berlandaskan tunjuk ajar serta bimbingan dari Allah s.w.t. kerana sesungguhnya kita hidup di dunia pinjaman Allah s.w.t. ini tak lama. Bersamalah kita menghargai antara satu dengan yang lain.

Friday, March 16, 2012

Memang Melampau.....


Sumber Google

Amboiii....melampau betullah RM700 sebulan untuk gaji bulanan pembantu rumah yang hanya mengkhusus untuk membuat satu tugasan khusus sahaja??

"Jika seorang pembantu rumah itu diambil untuk menjadi tukang masak, ia akan hanya menjalankan tugas memasak dan tugas-tugas berkaitan sebagai tukang masak dan tidak akan menjalankan tugas-tugas lain seperti mengasuh bayi dan sebagainya. "

Kalau macam ni, lebih baiklah saya berhenti kerja dan duduk dirumah menguruskan rumahtangga kalau nak dikira satu tugas yang khusus aje mereka dah boleh dapat RM700 inikan pula kalau multitasking membasuh, mengemas, menjaga anak, memasak dan sebagainya.

Kenapalah kerajaan Malaysia ni terlampau baik hati hinggakan sanggup menerima apa sahaja terma dan syarat yang dikenakan oleh mereka hanya untuk memuaskan hati mereka. Sungguh tidak berbaloi dan kiranya ianya sudah melampaui.  Kalau macam tu apabila kita suruh mereka buat kerja sampingan di rumah takkan hanya takat menjaga anak-anak sahaja, membasuh, memasak semua dah tak boleh suruh pulak. Mengada-ngada betullah.

Kalau dah makan pakai dan segala kelengkapan mereka kita jugak nak tanggung, bayar pula gaji secukup-cukupnya RM700.......huish senang betul hidup merantau eh! macam ni semakin ramailah pembantu rumah Indonesia yang berlumba-lumba masuk ke Malaysia kerana bukan hanya kerja rumahtangganya mudah malahan gajinya juga cukup lumayan.

p/s: tak rasa ke macam ianya membebankan rakyat Malaysia?

Thursday, March 15, 2012

Bersainglah Secara Berhemah




Kehidupan kita seharian adalah suatu persaingan.  Tidak kira samaada di dalam dunia perniagaan, dunia pekerjaan, dunia kekeluargaan dan di dalam pelajaran persaingan adalah rempah ratus yang hampir tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seharian manusia.

Bagi mereka yang sentiasa bersifat negatif persaingan adalah batu penghalang bagi mereka, namun bagi mereka yang sentiasa bersifat positif dan berdaya saing, persaingan akan memberikan kesan yang amat baik samaada kepada diri sendiri ataupun orang lain.

Persaingan yang sihat akan sentiasa menciptakan perkembangan graf yang baik terhadap sesuatu yang kita ceburi.  Dalam bidang pekerjaan, persaingan boleh wujud apabila pekerja-pekerja bersaing dengan sesama sendiri untuk meraih kepercayaan majikan bukan dalam erti kata lain mengampu ye.

Maka apabila kepercayaan dapat diperolehi, maka kebiasaanya seseorang itu akan mendapat habuan yang memuaskan contohnya kenaikan pangkat, bonus, disukai oleh semua orang dan peningkatan gaji.  Bagi mereka yang sentiasa berfikiran sempit dan negatif, persaingan menjadi ancaman dan mimpi ngeri bagi mereka dan melahirkan suasana yang sukar untuk meraih kejayaan yang mereka sasarkan.  Pendirian dan sikap begini biasanya akan menyebabkan seseorang itu akan menganggap ianya sebagai ancaman dan menganggap pesaing itu sebagai musuh mereka.

Maka secara tak langsung mereka akan berfikir pelbagai perkara untuk menjatuhkan pesaing tersebut dan sudah semestinya melahirkan persekitaran yang negatif. Bagi mereka tiada istilah tewas dalam kehidupan.  Keperibadian sebegini secara tak langsung mewujudkan sifat ego, sombong, mementingkan diri dan dengki dengan kejayaan dan kemampuan orang lain.

Bahkan ianya akan mengundang gejala-gejalan yang tidak sihat antaranya fitnah memfitnah, tuduh menuduh, gosip liar dan sebagainya. Semua itu bagi memastikan pesaing mereka itu jatuh tersembam  ke bumi.

Sebagai orang Islam kita seharusnya bijak menangani permasalahan ini dan telah dikurniakan dengan iman yang bersih dan sempurna oleh Allah s.w.t untuk kita sentiasa berfikiran secara waras, sentiasalah melihat dari sudut positif demi mewujudkan sikap yang dinamik, progresif, proaktif dan berdaya saing secara sihat.

Apabila wujudnya persaingan maka kita sepatutnya menjadi lebih gigih dan bersemangat dalam berdaya saing malahan untuk lebih komited dalam kehidupan seharian kita.

Jangan dengki-dengki ye!!





Cegah Sebelum Parah


google

Seringkali kita lihat, dengar dan perhati media-media tempatan kita membuat liputan mengenai kisah anak-anak kecil yang hilang tak kira samaada di culik ketika keluar bermain di luar rumah, pergi ke kedai atau pasar malam dan sebagainya hingga mengakibatkan kematian dan kehilangan misteri hingga tidak dijumpai.

Pernahkah kita terfikir bagaimana untuk membenteras akan kejadian ini daripada terus berulang dan berlaku.  Berkata-kata memang mudah kerana kita tidak merasai akan kekalutan serta kesedihan yang para ibu bapa penjaga yang mengalaminya, tetapi sebagai langkah kita boleh mempraktikkan pelbagai alasan dan ketegasan dari mengelakkan perkara yang tidak diingini dari berlaku.

Bukan ingin menunding jari pada sesiapa, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang perihatin serta mempunyai hati dan naluri keibuan kita tidak sanggup untuk melihat dan merasai apa yang di lalui oleh para ibu-ibu berkenaan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul.  Hari-hari mendatang yang mereka terpaksa lalui dengan kisah sedih peristiwa hitam yang terjadi menghantui kehidupan sehari-hari mereka.

Sebagai ibu bapa penjaga kita seharusnya menitik beratkan nilai keselamatan yang tinggi terhadap tahap pergaulan dan aktiviti seharian anak-anak kita. Pantau dan kawal kemana sahaja mereka pergi tidak kiralah jika mereka mempunyai aktiviti di luar rumah contohnya aktiviti kokorikulum di sekolah atau bermain bola atau sebagainya kita seharusnya tahu kemana mereka pergi dan TIDAK SEHARUSNYA kita membebani mereka dengan tugasan orang-orang dewasa contohnya pergi membeli barang di kedai atau menghantar makanan di rumah saudara atau jiran yang lain.

Kadar jenayah di negara kita semakin hari semakin meningkat hingga tidak kira usia, manusia diperlakukan dengan kejam tanpa belas kasihan dan perikemanusiaan.  Dimanakah kewarasan dan akal fikiran serta tiang agama yang kita tanamkan di dalam diri dan jiwa agar sentiasa berbaik hati dan sangka dengan orang lain.  Kekejaman semakin hari semakin menjadi jadi tidak kira pertalian darah ataupun orang asing.  Kanak-kanak seawal lahirnya di dunia hinggalah ke warga emas menjadi mangsa kerakusan manusia yang berhati dan berjiwa BINATANG.

Anak-anak harus diberi perlindungna sebaiknya.  Pelbagai kes jenayah melibatkan kanak-kanak antaranya rogol dan bunuh serta sebagainya kian berleluasa kini. Ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa mereka bersama anak-anak dan menemani mereka kemana sahaja mereka hendak pergi ketika waktu cuti persekolaha atau hari minggu bukan dengan membiarkan mereka hidup berdikari melakukan semua perkara orang dewasa tanpa memikirkan apa impak yang akan mereka terima.  Suasana zaman sekarang tidak sama dengan tahun-tahun 60an, 70an dan 80an dulu dimana ibu bapa boleh meninggalkan anak-anak sendirian dirumah dengan selamat dan bermain di luar rumah dengna selamat, kini semuanya telah berbeza.  Sama-samalah kita mengatasinya, hanya itu cara yang terbaik untuk kita membanteras kejadian buruk ini dari terjadi.  

Jauhi anak-anak dari bergaul dan bermesra dengan orang-orang yang tidak dikenali serta perhatikan mereka apabila setiap kali kita membawa mereka keluar berjalan ke tempat umum.  Biarkan mereka menangis apabila setiap kehendak dan permintaan mereka tidak kita turutkan melainkan dengan HANYA bersama kita daripada kita sendiri yang akan menangis dikemudian hari.

Bersama-samalah kita mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah anak-anak yang hilang tidak dijumpai, mangsa rogol, liwat dan bunuh seperti kes baru-baru ini kisah tragis adik Nurul Nadirah (Dirang) agar kita semua lebih perihatin dan sensitif akan isu ini.

Cegah sebelum parah!!

Wednesday, March 14, 2012

Penting Ke Foursquare Tu?



FOURSQUARE....semua tahu kan....


Best ke guna application ni? Wajib dan perlu ada ye bagi semua pengguna yang memiliki smartphones.


Untuk apa? Apakah faedah dan kegunaannya?


Selalu fikir akan keburukan dari kebaikannya. Sebelum ini saya memang salah seorang pengguna aplikasi ini dan merupakan suatu kemestian bagi saya untuk mengapdet status di mana sahaja saya berada.


Tetapi pernahkah kita terfikir akan PRO dan CONS yang terdapat apabila kita menggunakannya. Memang best dan seronok kerana kita tidak ketinggalan dari memiliki software software aplikasi terkini bagi pemilik smartphones tetapi tahukah kita akibat dari kekerapan dan kealpaan kita mengapdet lokasi kita setiap masa dan setiap saat akan mengundang padah.


Kita tidak memandang serius akan semua perkara buruk yang bakal berlaku minta dijauhkan lah. Tetapi kalau boleh haruslah dielakkan. Sebenarnya kalau difikir-fikirkan saya tak nampak apa fungsi utamanya, mungkin juga ada sesetengah pengguna memikirkan bahawa ini sahaja cara untuk mereka in touch bersama kawan kawan yang mereka kenali dengan harapan dapat berjumpa mereka jika kebetulan mereka berada di tempat yang sama.


Kalau nak dikira bukan dapat anugerah, piala ke atau sejumlah wang bagi membolehkan kita mengunci setiap tempat yang kita lawati jadi rasanya tidak berbaloi pun.


Walhasilnya setiap perkara yang kita lakukan selalulah fikir dahulu akan buruk dan baiknya sesuatu perkara itu. Malahan bukan itu sahaja ianya bukan hanya akan menyumbang kepada sesuatu perkara yang buruk berunsur jenayah yang kita sendiri beranggapan kita tiada musuh atau tiada siapa pun yang dengki serta iri hati..tetapi memandangkan kita terlalu taksub dan leka untuk ber 'check in' ke sana sini hingga lupa menerapkan langkah langkah keselamatan untuk diri kita dan juga keluarga.


Hindarkan diri dari perkara yang tidak diingini. Jikalau ianya boleh dicegah dan dikawal maka cegahlah ia sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.


Sekadar untuk mengingati diri sendiri dan juga berkongsi pengetahuan bersama rakan rakan bloggers yang saya kasihi.


Published with Blogger-droid v2.0.4

MegaGiveAway By Penmerah.com



Assalammualaikum....


Dah lama tak kena tag dan masuk GA.  Terima kasih pada Fiza aka fizafantagirO kerana sudi mengetag saya untuk menjoinkan diri untuk Segmen MegaGiveAway by Penmerah.com

Antara syarat-syarat yang melayakkan anda menyertai GA ni adalah seperti disenaraikan di SINI (jemputlah singgah dan berikan sokongan anda pada blogger Penmerah ye)

Pada anda yang saya tag ni sudi-sudikanlah melayakkan diri untuk menyertai GA ni ye. Antaranya:-


Selamat mencuba!!

Wordless Wednesday # 30



be kind to others!!

SSU/UIS Sports Day

Pasti semua ibu bapa takkan melepaskan peluang apabila sekolah anak anak mereka mengadakan majlis sukan tahunan. 

Amirul dan sahabat baiknya Imran

Hadiah yang diperolehi pada hari itu dan sebelumnya



Baru baru ini saya dan En Habi menghadiri majlis sukan tahunan sekolah anak anak kami di Sri Utama International School.


Sempat lagi bebeudak bertiga ni ambil gambar

Acara bermula seawal jam 8:30 pagi dan berakhir hingga pukul 12:30 tengahari.  Amirul dan Afiq memasuki acara berkumpulan antaranya bawa bola dalam gelung rotan dan berlari dengan tali skipping.  Mereka berdua berjaya memenangi acara berkenaan dengan mendapat tempat pertama dan kedua.


Afiq beratur untuk menerima hadiah

Kelakar melihat kerenah anak anak dan teringat pulak flasback saya masa zaman persekolahan dahulu.  Indahnya zaman persekolahan.

marching time for all the houses (kurang semangat)

Rumah biru yang stylo pakai shades kaler biru

Tahniah pada abang dan abang ngah.



Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, March 13, 2012

Kidzania Kuala Lumpur


Assalammualaikum...

Bersiaran kembali seperti sediakala....



Nampak aje logo pasti semua orang tahu apa yang saya nak cerita pada entri kali ni.....

Kawan-kawan semua ada yang dah pergi ke KIDZANIA? Seronok kan? Kita yang jadi parents pun teruja nak menyertai anak-anak yang diberi segala kemudahan di sana.

Main entrance


Pada anda yag tak berapa pasti Kidzania bertempat di Mutiara Damansara mudah sahaja untuk mengetahui di mana lokasi tersebut kerana ianya bersebelahan dengan pusat beli belah IKEA dan berhadapan dengan Hypermarket TESCO.  Kalau nak mudah lagi cari bangunan yang ada kepala kapal terbang Air Asia terjojol di luarnya.

Bawah bangunan ada McDonald

Kemudahan makanan yang senang kerana sebelum anda dan anak-anak mendaftarkan diri anda boleh menikmati hidangan McDonald dibawah bangunan tersebut.

Kepala kapal terbang Air Asia yang terjojol keluar menghala ke arah IKEA

Sesampainya di bangunan Kidzania anda akan berasa kagum kerana design dan bentuk kaunter pendaftaran mereka seakan-akan lapangan terbang malahan ianya juga dinamakan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kidzania.  Kenapa saya berkata sebegitu sebabnya pemandangan yagn biasa kita lihat di lapangan terbang dengan jam dari pelbagai negara tergantung di dinding bahagian pendaftaran mereka.

ghupe orang yang hepi nak masuk dah tunggu giliran nak naik

Harga tiket dikenakan pada kanak-kanak berusia dari umur 6-16 tahun sebanyak RM55 seorang dan 0-5 tahun RM35 seorang manakala parents RM35 seorang.

Boarding pass

Selesai pendaftaran anda akan diberikan tiket boarding pass (macam naik kapal terbang tu) cek CIMB Bank sebanyak 50 Kidzos, peta lokasi kidzania dan tag tangan untuk setiap pengunjung berdaftar.

Cheque untuk kanak-kanak sahaja 50 Kidzos

Selepas itu anda akan diarahkan untuk naik ke tingkat 5 bangunan berkenaan bagi tujuan 'check in' di Bahagian Immigration (jangan tak percaya sini pun ada Immigration Department tau) di sini tag anda akan di imbas mengikut bilangan boarding pass anda dan setelah ianya selesai anda akan menuju ke dalam dunia KIDZANIA.

Dentist

Di sini semuanya yang anak-anak kita impikan terdapat di sini. Tetapi sebelum anak-anak anda memulakan tugasan perlu di ingatkan yang mereka perlu menukarkan cek yang diberi sebelum ini ke dalam bentuk cash (kidzos) di bank CIMB yang telah disediakan di sini yang akan diselenggarakan oleh mereka yang bertugas.

Paramedic

Selesai mendapat wang mereka , mereka ditugaskan untuk mencari kerja bagi menambah wang yang mereka perolehi sebelum ini bergantung pada minat dan keseronokan mereka.  Setiap pekerjaan yang mereka lakukan mereka akan dibayar gaji.  Mudahkan??

Kidzania Court

Wang berkenaan juga boleh digunakan oleh mereka jika mereka ingin melanjutkan pelajaran di University Kidzania, belajar memandu kenderaan (mengambil lesen) dan membeli makanan atau minuman (buatan sendiri).

Fire Department 

Di Kidzania anak-anak dilatih untuk hidup berdikari dan mempunyai self confident agar mereka lebih yakin dan dapat menitipkan nilai-nilai kesabaran, keharmonian, bantu-membantu dan berfikir secara logikal mengenai sesuatu tugasa yang mereka lakukan.

Pusat Sterile air mineral

Mereka boleh menjadi apa sahaja dalam masa satu hari mengikut kehendak mereka dan pengalaman serta ilmu yang mereka perolehi amatlah berguna untuk mereka pada masa akan datang. Contohnya mereka boleh memilih untuk menjadi Doktor, Pensyarah, Hakim, Lawyer, Policeman, Fireman, Reporter, Pilot, Engineer, Steward, Stewardess, Artist, Newscaster, DJ Radio, Pelumba F1 dan sebagainya dan jika mereka masih keliru akan perkerjaan yang sesuai dengan mereka, mereka bolehlah pergi ke Jobs Search (agensi mencari kerja) dan dikenakan sebanyak 10Kidzo untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian.

Matawang Kidzos

Ibu bapa juga disediakan ruang rehat yang dipanggil "parents lounge" jikalau mereka ingin berehat dan meninggalkan anak-anak mereka di sini selama mana yang mereka suka.  Kedai barangan souvenier juga terdapat di sini dengan harga yang standard.

Performance at every one hour

Terdapat dua sesi pada hari wiken hujung minggu iaitu sabtu dan ahad  dimana sesi yagn pertama dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang dan bersambung dari jam 4.00 petang hingga 9.00 malam.  Berlainan pula pada hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat yang mana waktu operasinya bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang (lebih banyak masa kan).


Policeman

Berkunjunglah di waktu cuti persekolahan ini bersama anak-anak kerana di KIDZANIA anak-anak kita akan menunjukkan talent yang mana kita sendiri tidak pernah terfikir yang mereka sanggup melakukannya.


Paramedic Ambulance

Cooking time for Icha & Jiha

Jail


TM Engineer


Reporter

 CSI (bz betul kehulu kehilir)

Paramedik dalam Ambulance

Reporter tu berjaya mengeluarkan artikel sendiri dan print outnya


Meja berita NST

Firemen bertungkus lumus memadamkan api 

Icha bangga tangan ada tattoo (boleh hilang punye)

Rombongan kami ke KIDZANIA

Jiha dengan butterfly tatoo dimukanya

Budak-budak yang seronok tak henggat

Amirul di konti Hitz.fm menjadi DJ

Wall climbing activity for the kids

Pos Laju delivery..pasti sampai punye

KIDZANIA


Semua gambar di atas adalah gambar hak milik peribadi saya.  Dan anda adalah dilarang untuk membuat duplikasi dan meniru sebarang cerita atau gambar berkenaan daripada entri ini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...