Assalammualaikum....
Lamanya tak bersiaran...baru tengahari tadi saya dengan rakan sepejabat bercerita pasal blog kami. Saya ni dah lama ketinggalan dan agak suam-suam kuku dalam aktiviti mengapdet aktiviti dan berita harian.
Pastinya ramai yang dan lupakan saya .....
Apa khabar rakan-rakan blogger saya. Semoga sihat semuanya....
Bukan merajuk...bukan malas...dan bukan bosan dengan dunia blogging tapi tuntutan tugasan yang agak mendukacitakan amat mencekik saya ketika ini..tak langsung berkesempatan nak menjengah blog ......
Rindu sangat-sangat nak baca entri kengkawan semua...Insyaallah ..kerja pun lately ni kurang sikit saya akan cuba berziarah semula kerumah kawan-kawan....
Sekadar memulakan entri pertama saya hari ni nak bercerita pasal kisah anak-anak yang memasuki kejohanan Asia bagi season terakhir anjuran Rotax "Rotax Asia Challenge" atau dalam nama lain "Xeramic Challenge 2013" yang berlangsung pada hari Ahad, 15/12/13 baru-baru ini di Sepang International Circuit.
Penat tak payah nak ceritalah ....memang tetiap kali kalau anak-anak saya mengambil bahagian kami suami isteri ni yang macam orang hilang arah...kesana kesini menghantar dan menjemput mereka selain dari memberikan sokongan padu tak berbelah bahagi...daripada day 1 sampailah ke akhiran....
Umpama kalau cerita kat orang... balik rumah tu...memang tidur mati suami isteri tak sedar diri dek kerana kepenatan kehulu kehilir menguruskan anak-anak. Tetapi tak mengapalah ..demi kebahagiaan mereka dan minat mereka kami ikutkan sahaja dapat pahala.
Berbeza pada kejohanan yang lepas yang mana anak yang sulung mengambil bahagian , kini dedua sekali mengambil bahagian.
Walaupun mereka tidak memenangi apa-apa kategori tetapi Alhamdulillah pengalaman dan kepuasan tergambar dalam jiwa dan diri mereka. Insyaallah di kejohanan yang lain akan perlu dipertingkatkan lagi usaha dan kerja keras mereka.
Walaupun tak menang tetapi TAHNIAH kepada Muhammad Afiq Haikal #15 kerana berjaya mendapat tempat ke 4 dan Muhammad Amirul Haikal #21 berjaya di tempat ke 6 (mengalami kemalangan akibat dari perlanggaran dengan peserta dari negara Indonesia).....
Selain itu anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan tersebut dengan melayari sesawang di SINI
Selain itu anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan tersebut dengan melayari sesawang di SINI
You Guys Did A Great Job!!
5 comments:
wow..cam best jer
Ok..first sekali...COMELNYAAAAA Icha... Aduhaiiii.
Congrats Amirul dan Afiq....bertambah maju dah pasti akan lebih berjaya nanti.
@Aziela
terima kasih aunty zila...nnt bila ada tournament lagi jemputlah datang bawa adam sekali menonton.... :-)
asssalamualaikum rahmah...lama x singgah ke sini moga sihat hendaknya...;)
In this fashion my friend Wesley Virgin's story launches in this shocking and controversial VIDEO.
As a matter of fact, Wesley was in the army-and shortly after leaving-he found hidden, "SELF MIND CONTROL" tactics that the CIA and others used to get whatever they want.
THESE are the EXACT same tactics many famous people (notably those who "come out of nothing") and elite business people used to become rich and famous.
You probably know that you utilize only 10% of your brain.
That's mostly because the majority of your brain's power is UNCONSCIOUS.
Maybe that expression has even taken place INSIDE OF YOUR very own brain... as it did in my good friend Wesley Virgin's brain about 7 years ago, while riding a non-registered, beat-up garbage bucket of a car without a license and $3.20 on his banking card.
"I'm very frustrated with living paycheck to paycheck! When will I finally succeed?"
You've been a part of those those conversations, right?
Your success story is going to start. You just need to take a leap of faith in YOURSELF.
Take Action Now!
Post a Comment